Di atas permintaan ramai, juga lantaran banyaknya e-mail yang saya terima melalui Gmail account yang mencadangkan agar saya memperkemaskan susunan DIGEST
Sulur Bidar @ Hantu Balong Bidai, maka tercetuslah entry kali ini.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGKebanyakan pembaca mencadangkan saya membuat artikel yang bersifat lebih tersusun, gaya lebih formal. Sehinggakan Jabatan Perhilitan telah membuat Link Rujukan entry saya sebelum ini kepada pihak yang mengajukan soalan berkenaan
Sulur Bidar.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANG(saya agak segan dengan gaya bahasa yang agak sempoi, overall entry
Sulur Bidar pada 25hb Jun 2009- appearance nya agak kurang, kurang kemas penyusunannya)
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGSebenarnya, entry
Sulur Bidar pada 25hb Jun 2009 hanyalah sekadar kompilasi santai untuk rujukan sendiri dan dibaca oleh anak-anak kelak.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGSulur Bidar itu sejenis ikan besar? Atau sejenis hidupan berbentuk obor-obor gergasi? Atau sejenis ular gergasi yg hidup di dasar tasik, persisir pantai dan sungai?
Sulur Bidar atau nama-nama lainnya ; Sulur Bidai, Ular Bidang, Hantu Bidai, Hantu Balong, Hantu Balong Bidai, Balum Beude (Acheh), Gulung Tikar, Leled Samak (Sunda), Long Badak...
Ada dua pendapat mengenai
Sulur Bidar ini, iaitu pendapat pertama mengatakan bahawa
Sulur Bidar adalah haiwan alam nyata yang telah bermutasi atau berevolusi menjadikan bentuknya agak ganjil, jauh lebih besar dan hebat.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGMenurut pendapat pertama,
Sulur Bidar ialah sejenis haiwan paling kecil berukuran sebesar sejadah, paling besar berukuran 20kaki persegi. Berdasarkan pengalaman dan penceritaan dari mulut ke mulut, anggaran saiz
Sulur Bidar yang biasa ditemui ialah 4 meter x 4 meter.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGSulur Bidar berbentuk fizikal seakan-akan
tikar bidang yang luas atau bidang kanvas nipis yang terapung di permukaan air.
Menurut keterangan lisan mereka yang pernah menyaksikan secara dekat, Sulur Bidar mempunyai 4 kepala yang berbentuk kepala labi-labi di setiap penjuru. Ada yang mengatakan terdapat jari-jari seolah-olah jejari ular gonggok di segenap sisi
Sulur Bidar. Ia menjerut dan menggulung mangsa selama beberapa hari lalu tenggelam ke dasar untuk mendapatkan sumber protein.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGKebiasaannya
Sulur Bidar tinggal di dasar tasik atau sungai yang agak dalam.
Semasa Sulur Bidar menggulungkan diri, akan menghasilkan buih. Kemunculan Sulur Bidar ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama dedaun yang terbenam di dasar sungai ke tasik ker lombong. Lokasi
Sulur Bidar biasa ditemui - pertemuan dua sungai, muara sungai, air terjun, tasik.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGSULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANG*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGPendapat kedua mengatakan
Sulur Bidar makhluk alam mistik iaitu jelmaan entiti paranormal ( jin dan syaitan). Juga dikenali sebagai Hantu Bidai atau Hantu Balong Bidai. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai jelmaan
tikar mengkuang yang hanyut, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGSulur Bidar versi Hantu Bidai terbentuk hasil daripada
tikar buruk yang yang telah dibuang ke dalam sungai.
Tikar ini telah di'tumpangi' jin or syaitan lalu terhasillah
Sulur Bidar ataupun Hantu Bidai. Perlahan-lahan
tikar buruk yang terbuang hanyut membawa riwayat dukanya.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANG " Bila aku buruk, tiada berguna, tiada siapa nak pakai, terbuang hanyut melata nestapa "
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANG*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGResearch dari Ensiklopedi Melayu (bereferensikan Keanekaragaman Suku dan Budaya Di Acheh, Rusdi Sufi)Balum Beude, sering juga dikenal dengan nama gulung
tikar, adalah sebuah istilah yang berkaitan dengan pengetahuan tentang makhluk alam ghaib yang berlaku dalam tradisi masyarakat adat di Nanggroe Acheh Darussalam. Kepercayaan tempatan yang beredar dalam masyarakat Acheh meyakini bahawa balum beude atau gulung
tikar adalah sejenis syaitan atau makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir dan biasanya bersemayam di kuala dan di tepi pesisir pantai. Apabila
balum beude menampakkan dirinya, maka yang terlihat adalah berupa cahaya berwarna merah dan berbentuk persegi seperti
tikar gulung atau menyerupai hamparan
tikar merah. Oleh yang sedemikian, nama lain untuk
balum beude adalah gulung
tikar.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGDari Wikipedia:Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin atau syaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai
tikar , dan akan menggulung dan melemaskan mangsa. Mulutnya ada pada setiap penjuru (4 penjuru bermakna ianya mempunyai 4 mulut)
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGDari Uncle Seekers:Hantu Balung Bidai juga dikenali sebagai Hantu Bidai atau Hantu Balung.
Ada pendapat yang menyatakan rupa bentuknya seperti seekor ular besar yang menjalar di air dan ada pula yang menyatakan ia mempunyai kepala yang bulat, rambut dipenuhi ular yang berbisa ...
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGCerita Masyarakat Sunda:Menurut cerita orang-orang tua di Sumedang, Garut,dan Sukabumi terdapat suatu makhluk yang lebih dikenal dengan Leled Samak. Di daerah tersebut ada semacam kepercayaan bahwa di sungai-sungai itu ada penunggunya, iaitu Leled Samak (Samak =
Tikar). Menurut cerita dari mulut ke mulut dan dari sesepuh, bentuk Leled Samak itu sendiri seperti
tikar biasa. Jadi Leled Samak merupakan gabungan dari 2 kata dari bahasa daerah Jawa Barat, Bahasa Sunda. Leled itu berarti menggulung dan Samak itu adalah
tikar. Dengan kata lain Leled Samak itu adalah
tikar yang menggulung untuk membaham mangsanya.
SULUR BIDAR HANTU BIDAI HANTU BALUNG BIDAI ULAR BIDAR ULAR BIDANGBerasal dari
tikar bekas alas memandikan jenazah dibuang ke dalam sungai yang telah dihuni atau diserapi makhluk halus penghuni sungai.
Untuk mendapatkan idea yang clear, kehadiran dan modus operandi Sulur Bidar, anda digalakkan menonton Youtube : Creepshow 2 - The Raft