Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Sunday, September 25, 2011

DIGEST: Ular Cintamani & Ular Itik

Tahyul vs Realiti
Penulis masih sedar. Masih dalam lingkungan waras.
Penulis tidak bertujuan memesongkan para pembaca ke arah kesesatan mahupun khurafat & syirik. Mengambil jalan selamat, disebabkan itulah tidak dilampirkan sebarang unsur-unsur mentara mahupun unsur-unsur kebatinan yang bergelar Mantara Ular Cintamani mahupun Doa Ular Cintamani .

*** *** *** *** *** *** *** ***
Walaupun sekadar dibaca dek kerana keindahan seni bahasanya, sentuhan prosa klasiknya, dikhuatiri didampingi khadam ayat yang berupa penghuni alam ghaib.

* Subhanallah, Allah mencukupkan yang sedikit, Allah melimpahkan kasih sayangNya ke seluruh alam. Mohonlah sesuatu dengan Allah, Insyaallah dapat. Sungguh luas ilmu Allah.*

Entry kali ini. Penulis tidak akan menyentuh perihal permata Ular Cintamani , tiada berkenaan geliga Ular Cintamani . Juga tiada memerihalkan berkenaan kayu Ular Cintamani (akar bahar), sekali-kali tidak mengenai Ular Cintamani yang telah bertukar menjadi batu. TIDAK.

Pernah dengar berkenaan Ular Cintamani ?
Ada beberapa cerita yang telah dikhabarkan ekoran 'encounter' dengan sang ular misteri ini.

* Kenapa penulis tengok pipe fish ni macam Ular Cintamani jew...*

Khabarnya sang Ular Cintamani adalah seekor ular sakti ukurannya kecil, bersaiz pendek, berwarna-warni, berparuh itik. Ular Cintamani adalah seekor ular misteri berkepala itik, berlingkar bersarang dirumpun-rumpun pokok. Mengikut lagenda Ular Cintamani ni suaranya amat merdu sehinggakan haiwan lain yg mendengarnya terpukau dan terkaku. Difahamkan makan minumnya pun burung-burung berterbangan yang bawakan dan tolong suapkan. Menurut cerita Ular Cintamani akan diberi makan oleh burung-burung liar. Ular ini tidak perlu berburu untuk makan, hanya membuka mulutnya saja maka burung-burung akan datang dan memberi makan kepada ular tersebut.

Ukuran Ular Cintamani tidaklah sebesar ular biasa, hanya sebesar lidi rotan. Akan tetapi bisanya amat kuat seperti ular biasa. Banyak orang-orang pintar mencari sarang Ular Cintamani tersebut untuk dibuat penglaris usaha ... orang yang memiliki Ular Cintamani atau sarangnya akan memperoleh khasiat yang sama seperti Ular Cintamani tersebut yang meneruskan hidup dengan diberi makan oleh burung-burung dengan tanpa pergi berburu.

*** *** *** *** *** *** *** ***
Ular Cintamani adalah haiwan alam jabarut. Versi yang diceritakan oleh orang-orang asli - Ular Cintamani ni kecil sahaja. Menurut member Encik Ruski. Cara bergerak ia bergolek bukan menyusur macam ular biasa. Menurut kepercayaan orang asli bila jumpa Ular Cintamani ni terus ambik kain balut simpan kat rumah selama beberapa hari... kononnya Ular Cintamani tersebut akan bertukar menjadi emas.


Ular itik?
Ular itik atau dikenali sebagai ular bebek di Indonesia. Ular itik juga berparuh seperti itik. Mengeluarkan bunyi seperti anak itik. Kononnya, ular itik adalah pengawal kepada Ular Cintamani . Barangsiapa yang dapat ular ini mahupun makan ular ni diperayai boleh jadi kaya raya & hidup senang, rezeki melimpah ruah.

"Ular itik ni jenis binatang mistik keluar time hujan dan kepala seperti itik. Kalau terjumpa, cepat cepat tangkap dan makan isinya sebagai melancarkan rezeki" mark123


*** *** *** *** *** *** *** ***
* Credit photo & story dari Alimputra's fotopages : liputan selepas kebakaran besar yang membumi-hanguskan sederet rumah 2 tingkat "tapi bila dah tengok-tengok balik, mak ngah shitah noticed yang ulaqitik (tak tau la haiwan species apo...) peliharaannya yang dikatakan pelik ni, sebab ada tertulis tulisan jawi. Tak sure la pulak ayat-ayat Al-Qur'an ke apa ker, tak terbakar pun, cuma besen bekas tu je yang cair sikit. Hairan jugak kan, dalam api-api yang punyalah besar, ulaq itik ni tak mati!" *


"cerita tentang sejenis ular yang agak pelik, iaitu... ular itik.
Duduknya di tepi tebing telaga (ni zaman 70-an dulu la, sekarang ni mana nak cari telaga). .Yang anehnya ular ini bunyinya macam itik. Berparuh serupa itik. Warnanya hitam dan besarnya tidak lebih daripada besar kelingking budak.

* Haaa... yang ni bukan saiz sebesar kelingking budak? *

Menurut Tok Wan itu, sesiapa yang makan ular itik tersebut, akan diberikan rezeki yang berpanjangan. Tok Wan tu pernah cerita tentang kawannya dikejar dek ular itik hingga ke depan tangga dan dia lari lintang-pukang sebab takut...

Member tu tanya tok wan dia, pernah atau tidak Tok Wan makan ular itik..? Tok Wan gelak... kata Tok Wan, orang Melayu-Islam mana boleh makan ular... haram! Walau atas alasan apa sekalipun... "


*** *** *** *** *** *** *** ***
Lagenda Mahsuri: "Pada suatu malam sedang ia berbual-bual dengan isterinya serta mengucap syukur kepada Tuhan atas rahmat dan kemakmuran yang telah diturunkan olehNya kepada mereka itu, mereka telah terdengar bunyi Ular Cintamani dekat rumah mereka. Dengan tidak bertangguh-tangguh, Pandak Maya pun turun ke tanah serta nampaklah ia ular itu ada dua ekor. Ditangkapnya kedua-kedua ekor ular itu. Mengikut satu kepercayaan orang tua-tua bahawa barang siapa dapat melihat dan memakan Ular Cintamani itu akan hidup senang-lenang. Oleh yang demikian Ular Cintamani itu pun dibunuh mereka lalu dimasak dan mereka memakannya dengan tidak ada sisa barang sedikit pun "
ULAR CINTAMANI CHINTAMANI ULAR ITIK

4 Cakap-Cakap Orang, Nak Tokok Tambah?:

  1. bravo fren.. terngangah aku baca post ni.

    ReplyDelete
  2. ngeh, ngeh, ngeh.., aku laks ... terbeliak baca blog kamu... liputan yg kadang kala rare & hardcore. paling aku suka entry ko yang down to earth makan nasik bungkus... realistic & implementable... <-- tul kew?

    ReplyDelete
  3. Aku pernah dgr psl cerita ular cinta mani dan aku tak sangka ada org yg tau serba sedikit psl kisah ular nie...tahyul atau tidak aku mmg auka memvacanya...kalau nk cerita psl tahsul dizaman it ni pon byk lg cerita2 tahyul lg biol yg dilakukan oleh manusia2yg merasa diri mereka dah cko lama merdeka dan maju....

    ReplyDelete
  4. Aku pernah dgr psl cerita ular cinta mani dan aku tak sangka ada org yg tau serba sedikit psl kisah ular nie...tahyul atau tidak aku mmg auka memvacanya...kalau nk cerita psl tahsul dizaman it ni pon byk lg cerita2 tahyul lg biol yg dilakukan oleh manusia2yg merasa diri mereka dah cko lama merdeka dan maju....

    ReplyDelete