Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label Plant - Vege - Tumbuhan. Show all posts
Showing posts with label Plant - Vege - Tumbuhan. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Mentajallikan mini-hutan dalam reading corner.

Salam buat sahabat-sahabat semua...
pada kita dan saat ini saya tidak lagi giat melakukan posting-posting yang panjang lebar sepertinya yang dahulu. adapun begitu rindu dan sayang apda blog ini membuatkan saya terus menerus memaparkan gambaran dan cetusan ringkas sebagai buah tangan di kala senggang.



I read this in a few days ago, inspired by IKEA 2013 yearly catalogue.
Now on, macamanalah aku nak tajallikan this idea ke dalam challet buruk ku?



Salam waktu Dhuha wahai beloved potted plants!
Today morning task... :Mentajallikan mini-hutan dalam reading corner.





After a while.. I think I should apply this DIY planter hanger made from
used t-shirt fabric.

Very nice, macrame technique... recycling.

Friday, July 3, 2009

DIGEST: Extraordinaire Si Pauh Janggi

*Siri Pauh Janggi 1 : DIGEST: Extraordinaire Si Pauh Janggi (Feel Free To Click Here)
*Siri Pauh Janggi 2 : Kelapa Laut @ Pauh Janggi (Click To Read More)
* Siri Pauh Janggi 3: Pusar Tasik Pauh Janggi @Beting Beras Basah (Special Articles Click Here)



Pernahkah anda mendengar mitos tentang Burung Garuda yang bersarang di atas pokok pauh yang tumbuh di tengah Pusat Tasik Pauh Janggi?
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Juga, konon-kononnya dongeng tentang Tasik Pauh Janggi,
di tengahnya ada saluran yang menghubungkannya ke laut luas,

kerana itulah pabila bulan mengambang,

airnya pasang lalu menutup lubang-lubang si ketam angin yang berkeliaran di gigi air.

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Merenung masa lalu dan melihat masa depan.
Dari ‘pusat tasik pauh janggi’ tempat berpusar lagi jauh ke tengah segara.
Tasiknya bukan di daratan bandar, tetapi pusar yang paling tengah dan paling dalam.
Siapa terjatuh atau tergelincir, tersuruplah ia ke dalam pusar.
Tempat menanti segala mara bahaya.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Tempat duduk menantinya Nenek Sepit Pentala Naga di Laut Buih Gelombang Tujuh.
Kalau si lemah yang sampai, maka hilang ghaiblah ia di mulut Raja Naga yang maha bisa.
Tetapi kalau si kebal malim megah malim perkasa,
dia berdiri di atas singa juang siap siaga.
Tiada seurat bulu roma celakanya hangus terbakar,

tiada seurat rambut hitam lebatnya gugur bertabur.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Juga mengenai haiwan mitos dalam alam Melayu, Si Gajah Mina...
di Pusat Tasik Si Pauh Janggi, ia bertempur dengan bermacam-macam ular dan naga...
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Ada ku dengar-dengar keris Taming Sari yg asli
kini berada di dalam simpanan Naga Sari di Tasik Pauh Jangi...
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Sesiapa yang menuntut ilmu jampi serapah, tentu pernah mendengar bomoh atau pawang menyebut 'mambang hijau' dan 'Pusat Tasik Pauh Janggi' dalam jampi mantera.
Misalnya ... "Hai ... Mambang Hijau yang menjaga lautan Pusat Tasik Pauh Janggi ..."

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Kata orang ... Mambang Hijau ialah Nabi Khidir (penjaga air dan lautan juga sungai).
Pusat Tasik Pauh Janggi
ialah Segi Tiga Bermuda.

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

Si Pauh Janggi is a term
that depicts a faraway location that should be explored”

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
"Masyarakat pribumi Melayu mempercayai bahawa Pauh Janggi
ialah pohon kehidupan yang tumbuh di tengah-tengah alam semesta
sejak bermulanya penciptaan"


"Bagi masyarakat Melayu lama,
dunia ini berpusatkan sebuah lautan yang besar.

Di tengah-tengah lautan itu terdapat sebatang pohon yang besar
digelarkan mereka sebagai
Pauh Janggi.
Di bahagian akar pohon itu,
terdapat sebuah gua yang dinamakan
Pusat Tasik (Pauh Janggi).
Pusat Tasik Pauh Janggi PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASEK PAUH JANGI
Masyarakat Melayu dahulu percaya bahawa
seekor ketam raksasa menghuni gua tersebut
& hanya akan keluar dua kali dalam sehari.

Segala pergerakan ketam tersebut akan mempengaruhi pasang-surutnya lautan,

arah tiupan angin & fenomena alam yang lain"
Dulu aku penatlah meng'google earth' cari Tasik Pauh Janggi.
Rupa-rupanya Tasik Pauh Janggi bukan berada di alam nyata.
Tasik Si Pauh Janggi berada di alam dimensi yang satu lagi.
ALAM JABARUT = alam Tasik Pauh Janggi berada
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Apa itu Pauh Janggi?
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Aku dulu mati-mati ingat Pauh Janggi
(ada yang tersalah eja Pauh Janji, Pauh Jangi)
ini sejenis species pokok mempelam @ mangga.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
* Pipi licin bak pauh dilayang, tapi yang ini bukan pauh janggi, ini pauh = mangga*
Kalau korang pun ingat PAUH = Pauh dilayang
atau PAUH = species mango.
Maka, amatlah bersalahan dengan istilah klasik ini.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Mungkin ramai yang tidak pernah melihat pokok palma Pauh Janggi
atau lebih dikenali dengan nama kelapa laut,
Double coconut atau nama saintifiknya Lodoicea maldivica.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pokok kelapa laut atau Pauh Janggi ini sering dikaitkan dengan Lagenda Pelayaran Melayu. Seperti yang kita ketahui, nenek moyang kita zaman dulu terkenal sebagai ahli pelayaran.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Ahli pelayaran ini kerap menemui buah Pauh Janggi
atau kelapa laut terapung-apung di permukaan Lautan Hindi.

Buah Pauh Janggi ini dipungut dan dijual dengan harga yang mahal
dan ramai yang mencarinya kerana dikatakan boleh dibuat ubat
dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit serta penawar segala racun,
sehingga dikatakan air yang disimpan dalam tempurung,
jika diminum dapat mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pauh Janggi juga dikatakan dapat menguat tenaga batin sehingga ia menjadi buruan ramai dan menyebabkan harganya sedikit mahal pada waktu itu.

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

Ahli pelayaran Melayu merahsiakan kewujudan pokok Pauh Janggi,
namun mengikut catatan,
Pigafetta yang turut serta dalam pelayaran Magellan pada 1519,
beliau diberitahu seorang ahli pelayaran Melayu bahawa buah yang terapung itu
ialah Pauh Janggi daripada pokok besar yang hidup di “Pusat Tasik”.
Ahli pelayaran itu percaya di Pusat Tasik itu ada burung Garuda yang memakan lembu dan gajah dan tempat itu tidak boleh dihampiri kerana selalu ribut dan taufan
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

Lagenda Pauh Janggi ini juga dikaitkan dongeng Haji Batu yang mana ketika beliau belayar untuk menunaikan haji ke Makkah, dia bermimpi supaya membawa tujuh batang paku dan penukul.

Dalam pelayarannya, kapalnya hanyut ke Pusat Tasik dan apabila kapalnya karam, dia memanjat pokok Pauh Janggi dengan berpaut pada tujuh batang paku yang dipaku pada batang pokok Pauh Janggi. Di atas pokok Pauh Janggi anak burung Garuda tinggal di dalam sarangnya.

Ketika burung Garuda sibuk memberi anaknya makan seekor gajah, dia mengikat badannya pada bulu burung Garuda dan seterusnya burung Garuda itu menerbangkan sehinggalah dia dapat menunai haji di Makkah.

Pokok Pauh Janggi ialah pokok palma tunggal dan kewujudannya hanya di Kepulauan Seychelles. Palma ini adalah pokok yang unik dan mempunyai buah seakan-akan buah kelapa yang kembar.

Buah palma ini seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) dan menjadi buah yang terbesar di dunia. Pakar Botani kagum dengan pokok Palma ini yang dapat hidup di lereng-lereng bukit sedangkan buahnya seberat 15 kg boleh berada di lereng bukit.

Pokok Pauh Janggi tersebar luas dan ditanam di sekitar taman botani sebagai tanaman antikuiti, ini termasuk ditanam di Taman Botani Singapura.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pokok Pauh Janggi pernah ditanam di Rimba Ilmu, Universiti Malaya (UM) dalam 1973 dan malangnya pokoknya mati diserang oleh anai-anai. Mengikut catatan, pokok Pauh Janggi pernah ditanam di Melaka oleh orang Portugis.

Sebagai pokok lagenda Melayu sepatutnya pokok ini banyak ditanam di Malaysia, terutama di negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah, sebagai tanaman antikuiti legenda pelayaran Melayu.


FAKTA
Pauh Janggi


Nama Saintifik: Lodoicea maldivica
Famili: Palmae
Negara Asal: Kepulauan Seychelles
Nama Lain: Kelapa laut, Double coconut , Daun Lontar, Daun Tal,
pokok tah, tai, ental, dan etal.

(Daun Lontar = orang dulu-dulu buat kertas tulis manuscript,
atau membuat catatan sebelum kerats dicipta ...
cuba tengok lambang Dewan Bahasa & Pustaka)

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Daun kelapa laut @ Pauh Janggi juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.

LAST BUT NOT LEAST: Here's link to my later entry
* feel free to click*
"Pauh Janggi @ Kelapa Laut : Resepi Penghilang Dahaga"
(Posted at : 17.10.09, Saturday)

Sunday, May 24, 2009

Jumaat Malam Sabtu: Makan Udang & Minum Jus Avocado

*Jumaat 21st May lalu, lepas kena saman... rasa lapar nak makan nasik lah pulak...
tetiba... yer? Rosak program diet makchik*


* Kira cincai: Taruk nasik 1 scoop, udang 15ekor, campur sweet corn + asparagus*

sapa ntah cakap, & aku terbaca,
kalau makan udang,
lepas itu jangan makan pil vitamin C... nanti goal
Betul ker... atau sekadar myth sahaja?
Kalau macam itu, kalau pergi Barbecue Udang Galah, Lobster bagai,
tak bleh minum fresh orange atau lime juice lah?

* Menggelabah: Lidi satey tak ada nak cucuk udang, pakai bamboo tooth pick pun boley
Kalau tak cucuk (kira support dengan tulang-belakang tiruan)
udang akan melengkung @ mengerekot selepas dimasak*


CARA MASAK UDANG LIPAN >>>
CLICK SINI
FOR MY PREVIOUS ENTRY UDANG LIPAN @ UDANG KETAK


Aku suker makan udang.
Kalo Udang Galah, jangan cabar... itu febret.
Paling suka gulai kari udang taruk nenas stail UTARA.
Perghhhhh...

(teringat pulak, SENTAPPPPP....
insaf org kat Somalia yang kebuluran nun...
insaf, kusyukuri nikmatMU
aku hidup dalam limpahan makanan yang tak bertepi,
makanan berlambak tak tertepis...
... insaf, insaf, insaf)


Hati menjerit-jerit nak cuba 'jus alpokat' @ avocado juice.

Masalah: Blenderku pecah dihentak Adiputra 4 bulan yang lalu tak berbeli yang baru.
Takkan nak tumbuk dengan lesung batu bekas tumbuk sambal kot?

Kutabahkan hati, kugenggam azimat.
Cari idea... macamana orang dulu-dulu buat avocado juice tanpa electric blender?

There must be a way.

* Avocado + RM3.99 sebiji di Jusco*

* Cut into halves*

* Peel off sumer kulit, kita pakai grater... manual weih!*

* Inilah hasil parutan kiter tadik. Pada stage ini, anda ada 3 option:
1) Kasik lecek buat Avocado Juice
2) Buat masker taruk kat muka lenyek-lenyek
3) buat salad ( ku nampak Chef Micheal Smith - Chef At Home buat hari tuh)*


MUKTAMAD! Saya pilih nombor 1) ... seperti yang tersebut di atas.

* Sebiji Avocado - dilute dengan air, menghasilkan 600ml juice.
Sepatutkan campur dengan chocolate milk, baru ummmphhh...
Tapi sekadar mix dengan secukup rasa condensed milk sahaja*

Muak - Muak - Muak
Tak bleh pergi nak habiskan +/- 800ml jus avocado semalaman.
So: Jumaat > Sabtu > Ahad
Hari ini Isnin, masih ada dalam 100ml dalam fridge.

Apa khasiat?
Kononnya mampu mencantikkan kulit.
Popular kat Indonesia minuman ini.

Version Indonesia yang taruk chocolate tuh.
Agaknya sebab itulah cewek-cewek Indonesia sana sumer cantik-cantik, mulus, gebu.


Adalah sejenis buah yang berkhasiat
yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium,
vitamin A dan C dan niasin.
Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori,
(ha,ha,ha...hancur diet ku pada hari tuh... 300 calorie top-up on 10.00pm)
Bagusss, bagusss sekalli...
dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak.

Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.


Di samping itu, amalan memakan buah avocado ini
setiap hari
boleh menurunkan paras kolestrol
di samping mengekalkan paras lipoprotein
iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada
diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin
amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit
serta mengatasi masalah kulit kering.



DIGEST: Buah Perah , Gulai Asam Rom, Brazil Nut

Aku selalu tertanya-tanya...
Adakah
Buah Perah = Brazil Nut?
Similarity: Shape, Size, Color, Seeds originally from 1 cluster, both if eaten (over consumed) may lead to toxicated... sebetulnya toxicity .. err, betul ker aku punya toxin...?

*Ini Brazil Nuts yang dah di'un-shelled'*

So, hari ni aku google lah, nak dapatkan jawapan dia.
Sebab dah nak dekat 2 tahun beraja-bersarang di hati rasa 'cuak' aku ini.
Tak puas hati lagik tak dilangsaikan gelora ini.

*Ini buah perah, yang dah jadi chunks & powder itu ialah asam rom@ asam rong*

Aku penah makan buah perah. Beli kat Masjid Rusila, Marang Terengganu.
Tuh pun masa aku form 2... lama sesangat.
Lemak, sedap best tak terkata... makan buah perah rebus.

"NON-STOPPABLE"
Aku makan sampai over dose... mabuk sikit lepas tuh, terlepek tak boleh bangun.
Kalo aku bangun jugak, mesti aku nak tanduk dinding depan aku macam lembu.

Macam makan buah berangan, macam makan biji cempedak rebus. Tapi lagik superb.



Source: Budak Raub
Sekarang nak cerita tentang bagaimana nak proses buah perah ni
(utk buat asam rong @ rom):


1. Buah Perah / Biji Getah perlu dijemur selama 1 minggu (bersama kulit)
2. Selepas seminggu, kopek kulitnya yg keras tu, dan jemur selama seminggu lagi
3. Setelah cukup kering, bolehlah ditumbuk.
4. Tumbuk isi dengan sedikit air
ditumbuk tetapi tidak terlalu hancur seperti menumbuk kacang untuk dibuat kuah ketupat.
(Menurut Budak Raub, bahawasanya Atuknya guna lesung kayu,
sebab selalunya Atuk Budak Raub tumbuk buah perah seguni banyaknya)
5. Isi dalam balang
6. Jual di pasar. Atuk Budak Raub jual dengan harga RM10 sekilo


*Buah perah tanpa cluster, kulit kena buang sebelum makan*



Ini sumber dari Jerantut.Net lah pulak;

Bagi yang tak tahu atau belum pernah dengar tentang asam rom @ asam rong,
Apa dia yang di katakan 'asam rom' @ 'asam rong' ni?

Ianya sejenis perencah gulai yang dihasilkan dari buah perah.

Sesuai dimasak dengan ikan, kancil, napoh dan landak

"Panjangnya aku nak melalut nih, dah terbabas ke lopak - belukar dah ..."
penangan gulai 'RONG' makanan rakyat marhaen, di pendalaman.

'RONG' atau nama popularnya asam rong adalah sejenis bahan masakan
yang dihasilkan dari isi dua jenis buah iaitu perah dan getah.
Asal usul nama 'Rong' ini tidaklah diketahui.
Mungkin rong itu sendiri bermaksud 'isi'
dan sempena 'isi' ke dua-dua jenis buah untuk membuatkan bahan ini, maka dipanggil rong.
...isirong kelapa sawit ...seperti CD rong, CD-ROM?

Tetapi di antara kedua ini, buah perahlah yang paling original.
Isi buah ini dikeluarkan dibuang kulit arinya, di jemur lalu ditumbuk halus.
Kemudian uli hingga lembut dan kelihatan berminyak..disimpan di dalam takar.
Rong ini hendaklah sentiasa diuli dari masa kesemasa supaya tidak berkulat.
Asam Rong ini boleh bertahan sehingga LIMA TAHUN..

Bagi rakyat miskin, golongan marhaen untuk membuat gulai Rong Pucuk Paku
tidak perlu banyak bahan.
Memadailah dengan hanya sepangku pucuk paku yang dipetik di tebing sungai,
segenggam asam rong, awas cili api, garam, kunyit dan air
serta asam gelugur (kerana asam rong tidak cukup memberi rasa masam).

Untuk memaniskannya, beberapa anak ikan, hasil 'saukan',
dimasukkan atau sedikit ikan bilis yang ditumbuk.
Selain dari pucuk paku, ubi kayu, keledek, terung, batang keladi
serta pucuk-pucuk ubi boleh digunakan.

Tetapi masakan rong ini menjadi lebih enak jika digulai
dengan sejenis ikan sungai, ikan kenerak, yang dagingnya berwarna jingga.
Selain dibuat gulai, rong juga boleh dibuat sambal bakar...


*Photo Credit to Amir Ridhwan*

Gulai asam rom @ asam rong @ serom adalah makanan tradisi masyarakat Melayu,
asam rom lebih dikenali di sekitar
Kg.Ulu Sungai dan Batu Talam, Raub & Ulu Tembeling, Jerantut (Tempat lain ada juga).
Asam rom yang telah siap dan sedia untuk digunakan.
Ada jual di pekan-pekan sehari sekitar Raub dan Jerantut.

Terdapat dua jenis asam rom, satu dari buah perah dan satu lagi dari buah getah.
Jika anda berada di kawasan Batu Talam Raub,
hidangan gulai asam rom adalah menu utama kenduri-kendara
(suatu masa dulu laa, sekarang ni masih ada tapi tak banyak).


Asam rom buah perah.

1. Buah perah terdapat dalam hutan
(sama spesis dengan buah getah cara sebarannya)
Dalam kelonsong ada 5 biji sebelum pecah secara sendirinya menjadi berulas.

2. Ulasnya di keluarkan & dijemur dua-ketiga hari.
3. Kemudianya ditumbuk hancur dicampur sedikit garam

4. Disimpan dan sedia untuk dimasak (sama konsep asam tempoyak)


*Photo credit to Man Laksam: gambar asam rom*

Asam rom buah getah
(biasanya orang Ulu Tembeling)

1. Buah getah di keluarkan isinya
2. Dijemur dua-tiga hari
(to allow the kernel to shrink)
Then the outer shell is discarded and the kernel is retrieved and dried for one more day
3. Ditumbuk hancur (then kneaded to extricate the oil) + campur garam
4. Sedia untuk dimasak gulai atau..sambal lempeng

5. Biasanya dicampur sedikit cili di giling dan dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak
(hidangan seperti lempeng)



"Tadi dah terbabas ke lopak - belukar, nih dah sampai ke lubuk-paya lah pulok"
aku saja nak buat arkib manuscript kat sini, senang aku nak refer.
Tiada lagik dendam tak sudah.


Selama ini aku ingat biji getah boleh buat tempe masa jaman Jepun dulu,
buat Gulai Asam Rom pun bleh...

Paling teruk aku main letup biji getah dulu-dulu masa kecik-kecik...

*Try this: Aminah Manja and her husband Oseman Busu (above) show their yam dish made with fermented rubber seeds as a condiment.
At right, Oseman shows how the dried seeds are pounded before the fermenting process.
The condiment is a favourite of the people of Jerantut, Pahang. Pictures: Bernama*


Jeruk buah perah (Buah perah sahaja)

1. Setelah dibersihkan
2. Direbus sehingga masak (tidak sehingga hancur)

3. Dimasukkan dalam tempayan campur garam

4. Boleh dimakan selepas seminggu hingga setahun

5. Awas, jangan makan terlalu banyak! nanti pening!
(mabuk -kata orang!) <-- memang ya pun betul, bukan orang kata lagik.

Harga se 'pot' (gelas besar) buah perah RM2.00
Harga se 'pot' (gelas kecil) asam rom perah RM2.00
Harga asam rom buah getah murah sedikit


"Tadi dah terbabas ke lubuk-paya,
ni dah tenggelam dalam Tasik Bera lah pulok......"

..alang-alang menyeluk pekasam... sekali harunglah...

Mak mertua & Pak Mertua aku orang Sg Pahang. Mukim Jenderak - Benta.
Dulu ada buat Gulai Asam Rong @ Asam Rom... aku tak makan, tak reti-reti nak makan.

Bila dengar & baca kat banyak tempat kata sedap... terkilanlah pulak.
29hb nih aku balik Pahang... negok anak-anak... ingat nak trylah.

Ini makanan exotic, lain daerah tak jumpa wooo...
Hanya dijumpai dari Raub ke Jerantut sampai Lipis sana.
Pahang Tengah & Utara.

Ewah-ewah, cerita punya cerita, analysis tak tempek lagik.
Jap...

*Mana ntah, aku amik gambar nih... tak ingat pulak, ini yang belum un-shelled lagik,
Brazil Nut dalam cluster*

The Brazil nut (Bertholletia excelsa) is a South American tree
in the Family Lecythidaceae, genus Bertholletia, species B. Excelsa.


Brazil nuts as an abundant source of the mineral selenium
- which is an important mineral for heart and joint health also anticancer.
Brazil nuts are chock full of it.
Just 6 nuts have almost 800% of the recommended daily allowance of selenium.

Kalau kita makan banyak sangat Brazil Nuts ni...
"NON-STOPPABLE" sebab sekali makan sedap & crunchy sangat, mesti terlajak.
maka ended up with SELENIUM TOXICITY
Symptoms:
Nausea, vomiting, hair loss, skin lesions,
abnormalities in the beds of the fingernails,
and fingernail loss can all be symptomatic of selenium toxicity.

Levels of selenium necessary
to trigger these toxicity symptoms aren't usually obtained from food,
since selenium-rich foods contain about 30-50 micrograms of selenium per serving.
(Brazil nuts would be an exception here, since they average about 70-90 micrograms per nut).
Brazil nuts good. Many Brazil nuts very very bad.


*Photo credit to Kasut Vinci*

Buah Perah, nama scientific dia = Elateriospermum tapos,
Famili Euphorbiaceae


Ada orang kata boleh membawa MAUT utk kanak2.
Mereka dikatakan memakan buah perah yang direbus.
Postmortem dibuat menunjukkan
yang bebudak ni mengandungi tinggi kandungan cyanide.
Apa mende tu cyanide? Cyanide ni merupakan kimia beracun yg tahap tinggi la.

(aku rasa salah proses lah, bukan boleh rebus suka-suka hati ajer, peram, rebus , tukar air, rebus lama-lama... kalo rebus tak salin air, gerentilah mudharat...)

So kesimpulannya, motto aku kali ini:
"Feel free to taste, there is nothing to worry about,

it doesn't make you feel intoxicated or under the weather,"

Wednesday, May 13, 2009

Directory Sayur-Sayuran... Mr. Taugeh Sprouts

Dari left to right: Taugeh Kacang Hijau,Taugeh Kacang Soya, Taugeh Kacang Pea
Bean sprouts: Mung Bean Sprouts, Soy Bean Sprouts, Snow Pea Sprouts.

Orang Pantai Timur tak mainlah main panggil-pangil "Sprouts"
... derang panggil nama manja terus - "CAMBAH"


Taugeh ini adalah agent kesuburan semulajadi....
Khas untuk wanita & pria.
Itulah agaknya namanya melambangkan sifatnya...
Membantu 'percambahan'

Taugeh juga menjadikan pemakannya menjadi awet muda.
Ini kerana....
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat
yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
(patutlah agaknya... ada orang kata umur aku masih dua puluh tutttt....)


Snow Pea sprouts (Tow Miao) are germinating green peas.
They are tender, cold in nature and contain much calcium, carotene, vitamin B and C.
Vitamin B is essential in smooth skin complexion and suppressing excess sebum secretion.
Juice pressed from fresh pea sprout
is used by women in the countryside as a natural facial mask for finer skin.


Alfafa Sprout: Bagus untuk wanita yang bakal menjelang menopause.
Ada agent cegah cancer, osteoporisis & heart diseases.



Mung Bean Sprouts: Taugeh yang paling popular di Malaysia... adalah taugeh kacang hijau.
Mudah & murah.
Tapi aku tak berapa minat... ntah... kalau masak cepat benyek kalau tak stir fry cepat-cepat...

Ada crita yang paling aku tak dapat nak lupa.
Aku ni jarang sesangat beli taugeh.
Ada sekali tuh, aku cakap kat gerai sayur tuh kat pasar ,"kasi taugeh 2 hinggit"...

Huhhhhh... sakit jantung aku bila tengok
makchik tuh tuang semua taugeh dalam besen kasi kat aku... "Saya nak 2 hinggit jer..."

Mau tak terhabiskan aku stok-stok taugeh tuh... jadik benyek jer.
Yang nak pakainya secekak cuma.
Aku lupa, orang kalau beli taugeh tahap-tahap 50sen, 20sen jer...

Soya Bean Sprouts: Taugeh yang paling aku suka, sekali beli 40sen.
2 kali masak, untuk 2 orang dewasa + 2 budak kecik makan.

Regu dia ialah putik jagung muda.
Kasi goreng sama-sama... dalam kuali bertemu jua.

Buat jemput-jemput cekodok pun sedap.
Hari Ahad aku selalu buat jemput-jemput taugeh kacang soya mix dengan carrot cincang.



Buleh sambung nengok kat shini untuk info yang lebih-lebih....
GOOD SPROUT NEWS

Saturday, April 4, 2009

Wanita Ibarat Pokok Semalu

Aku mengikut mak mertua aku dan pak mertua aku
balik ke seberang sana Sungai Pahang. Kampung Kuala Mai.
Tanah warisan keluarga hanya beberapa puluh meter dari landasan keretapi.
Kebetulan Etan (panggilan bagi bapak saudara sulong) tengah membersihkan kolam ikan.


Banyak istilah & benda-benda yang aku tak tahu.
Contohnya; aku cakap bunga merah kat gambar bawah ni ialah bunga teratai.
Maka dikatanya itu bukan teratai, itu bunga telipuk. Species teratai, tapi berbeda.


Pak mertua aku sedang mencabut semalu darat,
nak tunjuk mai kat aku kasi compare dengan semalu air.
Nama lain : Kangkung puteri
Semalu darat = keman darat, semalu air = keman air.


Bersih kan kolam ikan talapia. Sebab kangkung puteri @ semalu air dah galak menguasai kolam.
Semak.
Aku mana tahu.
Mati-mati ku sangkakan yang kat dalam air tuh,
pokok semalu yang dari darat terbabas ke kolam tumbuhnya.

Rupa-rupanya dari dua dunia yang berbeda.
Semalu air mempunyai badan yang besar dan agak gemuk.
Kalau buat goreng atau masak lemak katanya memang sedap...



He,he,he.. aku ada buat screen saver gambor nih kat opis...
Member-member aku geleng kepala,
boleh pulak aku pakai macam nih masa nak kutip kangkung puteri.

Wanita Ibarat Pokok Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.