Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label Books - Reading Material. Show all posts
Showing posts with label Books - Reading Material. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Sabil Prahara Di Bhumi Rencong (Atjeh)


last Saturday aku menerima satu misi dari  The Another Faqir Mahagony Je'Taime Encore
task aku ialah menyiapkan design ... I mean... cover kulit buku mengenai Jihad Fisabilillah di Atjeh
(tajuk buku di rahsiakan buat setakat ini) dalam 3-4 hari ni aku sibuk membuat homework tentang konsep tata-warna, motif & thema yg aku nak ketengahkan.


konsep warna :  deep red, classic brown & black
motiff: Raja Sabil, Bonda Raja Sabil, Peta Atjeh, Senjata Rencong


untuk bahagian lay-out dalaman pula, aku dah set nak pakai font Georgia, biar besor, jelas lagi nyata... walau font itu pasti memakan lebih banyak page berbanding kalo pakai font Arial yang lebih slim.


Juga motif Atjeh Shield & Bendera Perang Atjeh untuk aku gunakan di setiap introduction of chapter.

chantik bukan artwork buku yang telah sedia wujud ini?
aku kagumi... sangat vassss... very bold

aku juga tengah menyusun lay-out Syair 99 & Gurindam 99 sebagai sisipan dengan setiap naskah buku tersebut.

aku sukakan ejaan Atjeh pada naskah rujukan di mana Aceh dieja Atjeh... apa yang aku paling tak boleh lupa. masa aku baca syair tu 'baji' aku mati-mati ingat 'baji = wedges... bongkah" rupa-rupanya "baji = bayi "(sebutannya bayi)



Thursday, December 31, 2009

"Awan Kalau Dapat Dicapai... Maka Saktilah Hamba... "

"Awan kalau dapat dicapai... maka saktilah hamba... "

Dengar kata Encik Anuar & the anaks-anaks sudah menaiki Hilux balik ke Jengka, Pahang.
Ada urusan keluarga yang menuntut kebergegasan beliau pulang.

Aku masih di Headquarters, Taman Maluri ketika itu.
Masih sibuk 'pump' rebates terakhir
untuk menaikkan 'Gross Profit' ratio January'09 - December'09.

* Year End Gifts dari my Senior Manager, Miss Makeispary,
sumer orang dapat. Aku punya yang keldai tuh...
background Bi-Annual Merchandising Report, tengok gross profit *


" Mati Itu Pasti... Hidup Insya-Allah "

Kosong.
Apa guna ku balik kerumah di mana tiada orang di rumah.
Rumah kosong,
penuh makhluk-makhluk dimensi berlainan
bertebaran dengan seiring kegelapan malam.

"Minum kopi abad inipun terasa berlainan.
Manisnya bukan manis madu,

tetapi terasa seperti manis tebu"


Malam... aku ke MPH... cari buku.
Dah lama aku teringin membaca buku
"Hijab Sang Pencinta"
melihat pada covernya sahaja,
benang-benang pada hatiku sudah bergetar.

Sudah hampir lebih 12 bulan aku nak beli buku ini.
Tapi dibeli dahulu oleh seorang kenalan.
Janjinya biarlah aku baca hakmiliknya
sehabis sahaja dia membacanya akan dipinjamkan kepadaku.

"Dendam itu bara... Kemarahan Itu Apinya... "

Uh, aku lebih selesa menguliti & membelek-belek
& menghayati buku yang menjadi hak milikku yang sah...
legally owned by me.
Kutunggu jua, sampai last-last sekali kubeli sendiri
(baru berkesempatan membeli
Novel Trilogi Bagaikan Puteri ... Hijab Sang Pencinta,
selalu out of stocks... selalu kecewa, hampa).

"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menuju ke batu,
melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghayut usia,
sejalan nafas melangkah ke hujung....
..... awan kalau dapat dicapai... maka saktilah hamba.

Kamu
Bagaikan Puteri... Haryani "

Akhirnya jam 8.30malam, aku pulang ke rumah, lampu kunyalakan.
Bersantap 3 keping roti sandwich Gardenia berintikan Salmon Skin
... wahhh, sedap.

* Salmon skin available at Japanese Food Section only RM1.00 per pack...
nampak ajer pendek kulit nih,
kalau buka lipatan ada dalam 2 kaki panjangnya, ikut panjang ikan salmon lah...
kat meat section jual Chicken Skin for RM1.00 per pack...
lagi lah bahaya & tak lalu makan kulit hayam...
dari mak hayam... baik makan salmon...
Each family member loves to eat fish... ayam jarang-jarang sekali *


"Makan nasi?" Saifudin berasa pelik

"Ya... nasi. Makan dengan ikan bakar,
daging masak kari... ulam-ulaman pun ada.
Jemputlah makan, "pelawa Khasnan.


"Nasi... makanan istana, "kata Saifudin.
Khasnan dan Sairah terhenti menyuap.
Tangan masing-masing tergantung berhampiran dengan bibir.

* ada owang kasi bunga... *

Cuba mengaccess Jin Online game... aku pakai nick "Adiputra"
tapi watak seorang puteri Paladin,

* at Cronus *

seorang puteri bunian layaknya
dengan jurus-jurus kemahiran tertentu.
now dah level 77 dah...

* Elven City... tempat elf & penunggu hutan *

share nick nih dengan Encik Anuar...
Server selalu sesak, susah nak online, pakai server Tun Ali.

Kata-kata keramat Laksamana Sunan
bila musuh hairan kenapa tak hapuskan sahaja nyawa mereka:
"Sebagai manusia... aku sayang padamu"


Buka AFC channel, tengok Iron Chef - Peaches Challenge,
the challenger refuses to have kitchen assistants... hebat jugak.

Kutengok Hijab Sang Pencinta.
Buku yang kuidam-idam melebihi setahun.
Aku jatuh cinta pandang pertama dengan buku ini.

*TRILOGY ... Epik Novel*
Seharusnya ku baca 'Bagaikan Puteri' dulu, diikuti 'Cinta Sang Ratu'
ini tidak... terus Hijab Sang Pencinta.


Baca sampai bab Cheng-de
(khunsa @ Yu-Nak asalnya biduanda Maharaja China,
siangnya seorang lelaki, malam hari bertukar menjadi perempuan)
lari dari China ke Banjaran Himalaya ke Pulau Utara
sampai dia tukar jadi manusia serigala (Manggala)
bunuh Maharani Pulau Utara,
aku dah senak otak, nak termuntah aku... sesak nafas...
berpinar-pinar aku kalo bab darah2 nih... mual & loya
dulu aku baca Ramlee Awang Murshid, novel Tombirino,
jadinya tak habis baca kes darah2 nih lah...

RAMLEE AWANG MURSHID: Novelis Thriller No.1 Malaysia.

terus ku langkau ke tengah-tengah buku,
Era Saifuddin masuk ke zaman sekarang dah, di Punggor, Johor....


Kekkekekkkk... aku kalau baca buku memang macam tuh.
Kalau buku ada 500 pages
1. Baca 20 pages depan.

2. Baca betul-betul start dari pertengahan buku sampai habis. (page 250 - 500)
3. Undur (Page 150 - 250)

4. Undur (Page 21 - 149)


(500 pages: Start pukul 9.30pm, khatam pukul 3.45pagi)
Lepas itu baca balik page 1 - 500.

Bukan apa... tak bleh tahan thrill jalan citer dia yang suspens...
Nampak sangat tak tabah mengharungi onak -ranjau cerita nih...
Pandai Encik Ramlee Awang Murshid buat plot.

Ramlee Awang Murshid seorang novelist yang mendidik.
Sehebat-hebat Laksamana Sunan, beliau tetap manusia, seorang Hamba Allah
bernafas & berjalan di atas muka bumi ini dengan aturcara Allah jua.
Apalah sangat seorang makhluq diagung-agungkan...

Page belakang-belakang...
Scene majlis pernikahan Saifudin dengan Haryani
Juga Scene Laksamana Sunan kembali ke abad ke-15
di atas pasir pantai Melaka
Saat meriam Portugis meledak menyerang Melaka...
Aku puji cara Ramlee Awang Murshid mendidik.

Memang buku ini terkesan di hati.
Watak Laksamana Sunan sungguh terkesan di jiwa.
Laksamana Sunan yang sentiasa membahasakan dirinya 'kita'..
"nama kita Saifudin'.

Membaca buku.
Also reading between the lines.
Tersurat & tersirat.
Hijab Sang Pencinta banyak mengajar 'kita' mengenali diri, mengenali Sang Pencipta.
Banyak mengembalikan kejayaan sesuatu perkara kembali kepada Allah.
Allah yang mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi.
Saifudin tidak pernah riak & angkuh walaupun darjatnya bertaraf sufi.
Bahkan beliau bergelar Laksamana Sunan,
jarang disedari siapa dia oleh orang kebanyakan...
sebab dia biasa-biasa sahaja.

Sentiasa bersabar, menjauhi marah, sentiasa memaafkan,
mendoakan kebaikan lawan, rendah diri, & zuhud.
Semua dibawah perancangan & plan Allah Maha Pengatur.
Zikir, Munajat, tenang, cekal, redha,
iaitu pasrah & berserah kepada ketentuan perjalanan hidup yang diatur Allah
adalah satu perkara yang paling aku kagumi pada Saifudin.
Tawadduk

Aku insaf & malu dengan diri aku yang seolah-olah
tersentap dek kerna ter'liat' (lihat) diri ku penuh dengan sifat & sikap
yang agak bertentangan dengan watak Saifudin.
Saifudin sentiasa berbaik sangka dengan manusia.
Sentiasa bersyukur, merujuk pertolongan Allah.

Awal pagi itu, aku menjadi individu yang baru kena charge sedikit.
Pukul 4.00 pagi 31.12.09 aku mandi,
guna hadiah yang Cik Wahida hadiahkan untuk semua division dia

(pagi 7.00 am 30.12.09 aku dapati satu mystery gifgts atas mejaku)

Dinihari itu, hati kecilku berdesis
alangkah untungnya kau kalau hijab
diizinkan terbuka untukku merentasi alam lain...

Sungguh,
Saifudin itu amat baik orangnya.
Mulia akhlaqnya.
Jernih matanya.
Halus bahasanya.

Saturday, October 17, 2009

Ulat Buku

Ground Floor, Opposite to Boulevard, Central Market, Kuala Lumpur.
Secondhand BookShop where I love to go to.
To select and to pick at minimum Add Imageprices, a lots of priceless books
with great stories and emotion experience to indulge, absorb and digest...

* Citer nih memang unik, timeline dia dari tahun 1492 - 1511, berlaku di Cumbria , Scotland, membawa ke England & kembali ke Scotland, aku suker ... *

I bought at least 12pcs of books at 1 time.
Verrrrrrrry cheap maaa...
RM2.00 X 12 = RM24.00 for 12 pcs good books.

Paling suka = Sidney Sheldon
Paling benci = Stephen King
Genre paling suka = Historical Romance

Kalo novelist Melayu yang aku paling suka, tak lain tak bukan Ramli Awang Mursyid.
Thriller & very historical gittew...

Sebab dah murah sangatkan, averagely 1 books = RM2.50,
banyaklah koleksi buku-buku second hand aku.
Dalam 2 tahun lepas tuh, aku ulang baca balik buku-buku lama.
Ada yang aku keep baca every 6 months, tak jemu dibaca.
Ada yang hilang ghaib dipinjam orang yang aku sendiri tak hingat dah...

Kat kedai tuh, banyak sangat buku sampai bersepah-sepah atas lantai.
Buku 1st hand pun ada, 2nd hand pun ada, yang 20th hand pun ada agaknya.
Magazines, academic books pun banyak.

Buku-buku ni kita kenalah pilih, dalam banyak-banyak novel yang berlambak kat situ,
banyak jugak karya-karya yang tak bermutu serta novel-novel picisan.
Macam... Mills & Boon... adeih....

Dalam banyak-banyak buku yang aku dah beli kat Central Market itu,
buku inilah yang aku paling sayang.
"Their First Noel"

The compilation of 4 short novels with Christmas theme.
Very touching, memorable and soothing novel to be read and felt.
Very heart whelming...

I think to celebrate the holidays with these charming historical romance stories about the magic of birth and the joy of Christmas by four top authors... Deepavali holidays lah katakan...

Ayuhai mamak bendahara...gerangan apakah yang membawa petaka kepada qutubkhanah beta?

Bila aku take out dari atas meja, punyalah semangat tengok cover punyalah cantik...

Bila sekali bukak, opocot mak kau meletop... kurrrr ssemangat... terkejut aku...

Nih, siapa yang nak bertanggung jawab nih?
Aku siap check buku-buku lain yang berjiran dalam kawasan kejiranan dia,
satu naskhah buku pun tak terjejas....

This is a Silverfish, a primitive insect.


Tuesday, August 25, 2009

Ikan & Komik (Pebret Aku)

Besar-besar...
Belum masuk kuali lagi aku dah tau dah betapa lazatnya kalau dah jadi lauk.

* Tuuu... haaa teruboks & the gang.
Siakap pun sedap *

Kalo aku pergi Pasar Borong Selayang ...
mau pengsan aku borong ikan-ikan besor betis, besor lengan macam ni.
Pasal? Rambang mata, disulami nafsu-nafsi selera makan.

* Yang panjang tu macam ikan barracuda
tapi sebenarnya tenggiri.
(aku dulu baca comic Pendekar Laut Si Jerung Harimau,
memyelam dalam laut di celah-celah schools of baracudda...) *


Apalah aku dah TER-melalut sampai Pendekar Laut lah pulak.

Eccheh....
Nostalgia lagik...
Pendekar Laut... Aku memang giler kumpul komik WIRA TUNGGAL nih dulu.
Laaa nih pun suka baca lagik koleksi lama.
Sekali aku teringat , terkenang jua daaa...


Siri Pendekar Laut @ Tiger Shark
Nama Hong Kong dia = Warlord Tiger Hell.
Nama pemilik gelaran Pendekar Laut (nama asal) = Pai Cheung Lang.
Komik Hong Kong yang banyak membentuk diri
para pengemar komik tanah air di negara kita.

* Orga The Killer Whale, nampak tak sirip Killer Whale tuh...
Orga = Arch Nemesis bagi Pendekar Laut.*


Aku pun dah ingat-ingat lupa kat Pendekar Laut Si Jerung Harimau, Orga The Killer Whale,
Blue Dream, Jerung Raksasa,
Penjejak Neraka, Hitomi, Zonan, Zinan
dan macam-macam pendekar kelas 3 & kelas 4 dalam tuh.


Banyak 'bentuk perkembangan minda' aku gara-gara membaca komik-komik cenggini.
Banyak betul duit aku habis masa tu
dek kumpul Siri Pendekar Laut,
(Harga dalam RM1.90 kalo tak salah)
Ada yang mak aku dah bakar,...
masa mak kemas-kemas bilik kat umah di Kedah...(aku tengah kerja, merantau kat KL).

Komik ni ada rentetan generasi..
Pendekar Laut Generasi I dan Pendekar Laut Generasi II,
dan ada pulak Pendekar Laut Generasi III ...

Pebret komik ;
(Siri Pedang Setiawan, Dewata Raya, Raja Rimba)


Akulah antara peng'gila' komik-komik sebegini.
Sebab apa? Sebab daya imaginasi yang tinggi, melampau & super merepek dalam komik nih.


Paling aku tak tahan....
gaya bahasa yang digunakan.
Sungguh cool... (bagi tahap otak kanan akulah...).
ade ker ...
Advance nya Pendekar Maut nih,
tak main lah buah kungfu Hikmah Tendangan Angin Puyuh Ker,
Hikmah Libasan Naga Berantai ker...
"Tinju Maut Pendekar Laut" 1 Juta HP
1 juta horse power tuh, kalo kena mau melambung sampai Alaska.


Fuiiyooohhh... tengok tuh.... Belang Tarung kat dahi.
Inilah yang dinamakan "Belang Tarung".
"Belang Tarung" ini akan muncul saat setiap watak nak tunjuk belang masa bertarung.
Kalo nak tahu hebat tak hebatnya sesuatu watak tuh,
"Belang Tarung" nih yang reflects kehebatannya.
Makin banyak "Belang Tarung" makin power lah hero tuh.


Ramai jugak member-member aku yang taksub dengan komik legend nih.
Sekitar tahun 1997 - 1998.
Siri sampai cecah beratus-ratus siri.... ala Telenovela.
Inilah salah satu wacana seni penceritaan
yang membuatkan ntah berapa ramai yang addicted
& setia mengikuti dari satu siri ke siri yang lain.
Aku dah tua sekarang nih, tapi aku tak kisah nak baca komik nih depan orang kalo aku terjumpa.

Sekian dahulu...
Terima lah Hikmat Ketenangan dan Ketenteraman Abadi 999 999 HP!!!

Thursday, May 28, 2009

Buku Kesayangan... Kubelek-belek, kuidam-idam, lansung kubeli...

Aku tak tahu, dalam banyak-banyak kedai, kedai buku yang paling aku suka pergi bertandang.
1st choice ialah Borders Bookshop, then Popular Bookshop (yg besar sahaja) then MPH Bookshop.

Ada satu bookshop kalau tak salah kat AEON Tebrau City Shopping Centre, Harris Bookshop nama dia, best sebab ada sofa yang begitu selesa untuk lepak-lepak baca buku, sebijik macam library layaknya.

Tajuk buku : Yakjuj & Makjuj, Bencana Di Sebalik Gunung
*ini adalah buku yang dalam TOP listing aku.... dalam pemerhatian... now aku dok ushar..
. hari ini baru bertembung pandang... aduhhhh jatuh cinta pandang pertama aku dibuatnya!*

Panasaran aku... tebal betul buku ini about 2.5".
Retail Price : RM31.50
Sungguh mengujakan, aku dah flip-flip pages dia.
Kenapalah aku baru jumpa buku ini setelah banyak wang ku
telah aku habiskan ke arah yang lain pada hari ini?

Banyak hipotesis & teori-teori yang begitu mencabar akal & membuka minda
mengenai Gog & Magog
serta huraian teori Iskandar Dzulkarnain yang baru

Calon-calonnya ada 3;
1. Alexander The Great Of Macedonia ( vote OUT!)
2. Cyrus The Great ( probability.... perhaps... )
3. Firaun Akhenaton (Monolitic God... teori baru...)


* akhirnya tanggal 28.05.09, jam 1.30pm,
kumiliki jua buku ini, setelah kira-kira 3 minggu dalam observation
priced at RM19.90 *

Tajuk buku : Belajar Dari Para Wali

Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan
yang diletakkan di atas hamparan kisah insan- insan gemilang,
yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan.

Disisipkan 'pandangan sisi' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Bawah: Ini adalah buku yang aku beli pada penghujung May 2009.
Seronok bukan kepalang buku ini menjadi hak milik ku yang sah.

Buku tentang hobby & crafts.
Satu buku yang hijau itu,
entah aku tak mengerti satu patah perkataan pun
yang termaktub di dalamya sebab bertulisan Jepun.
Kena mintak tolong adik aku translatekan kelak.
Buku hijau = pasal buat beaded works = how to assemble beads jadik bracelets, necklace & macam-macam lagi jewelleries.

Buku satu lagik, buku pattern baju = Lady Boutique
Wahhhhh, aku minat betul style baju warna kelabu macam yang ditunjukkkan pada page itu.

So simple & comfortable yet practical.
NEVER OVERDONE!

So aku belilah buku yang ada pattern-pattern baju.
Senang nak suruh member aku jahitkan kelak.
Manalah tahu satu hari nanti, aku ditakdirkan pandai potong baju...


Last but not least...
2 buku yang paling aku sayang...
aku purchase buku ini pada awal January 2009.

Buku pasal nak buat home-made fruits enzyme & healthy vinegar.
Dalam tak ada duit, akupun heran, macamana aku boleh beli kedua-duanya sekaligus.

Tajuk buku : Healthy Enzyme DIY
Ada 48 enzyme DIYremedies & 15 delicious recipes
yang telah direka khas untuk meningkatkan 'body energy'
& memberi nafas baru dalam corak pemakanan.

Tajuk buku : Active Vegetable and Fruit Enzymes
Bagi kita guidance if we search for a solution that can make us healthier.
This book guides us how to make enzymes
by utilising fruits, vegetables and herbs in simple ways.
Through organic diets, our body and its immune system can be improved
to exude radiance & vitality.