Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label My Kids. Show all posts
Showing posts with label My Kids. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

CELOTEH Ramadhan.... Aku Jua Punya Ceritaku Sendirik...

Dear Blogger Friends... Welcome Back...!

Ramadhan Datang Lagi...
* Selamat Menunaikan Ibadah Di Bulan Ramadhan Al Mubarak *


Lama dah aku tak up-date blog.

As Raya is coming closer,
I'm deadly busy guys...
Starting from 10.08.09,
I'm very busy woman.
Away from office,
everyday I have to visit stores.
Now, JUSCO have more than 21 stores....
imagine how I'm going to cope with that!.. (how terrible...)

Last week, turun Melaka 2X...
penat daily trip,

this week Friday I baru balik
dari Queensbay Penang, Seberang Prai City & Ipoh....
Next week 27th & 28th nak turun JB lagik - Permas Jaya, Tmn University & Bukit Indah ... Whooaaa & arghhh... !


Luckily all my kids with Nenek & Tok-Ayah di Tikam Batu, Kedah.
If not, I'm surely a dead meat.

Thanks Babah & Bonda for their kind support!

Ayah & Ibu....
Ayah dan ibu... itulah permulaan kami...
dapat melihat bulan dan matahari...


Yayyy!

Baru raya tahun ini 3 pasang...
Buleh amik by end of this month.
31st August 2009 buleh collect.
(posa tak abis lagik, dah sibuk dengan baju raya...)
Tahun ini aku buat:
1. Kurung Betawi 2. Kurung Pahang 3. Kurung Pahang Jugak

* Aku suka rich fabric,
tak payah taruk sequine dah, no beading works required... rimas...

My motto: Simple, Naturally fits, never overdone...

I opt for Classic Cut... I always go for classic look.

I hate something yang stereotype...
I don't like to follow mainstreams... *


* Yang ini aku agak menyesal sikit beli.
(berkilo-kilo jugak sesalannya kalo nak sukat)
Nhuhhh... looks like this fabric shouting...
" Look at me!"

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh TER-beli ini kain.

Dahler ader glitter sana, blink-bling sini...
isyyyhhh, ...
tak tergamak nak pakai waktu day event.

Aku tak mau nanti orang kata aku " Datin Wannabe " pulaks *


* Yang ini aku paling suka...
Aku nikan cerewet & very particular bila masuk bab perihal potong-memotong kain.
Cara potong, cara nak ambil sesuatu motiff itu taruk kat mana.


Baju ini designs dia jalur menegak (vertical order)...
Meaning A lines dia kena macam piramid...
sebab nak bagi effect kurus ... nthehhh... thehehehe....


Kalo nasib tak baik,
tailor tuh salah terbalikkan V shape macam piramid terbalik,
habis aku...
Nanti visual effect orang nampak aku
macam Super Heroes...
Atas besor, bawah kecik.

Berikut adalah contoh-contoh potongan badan Super Heroes Huruf "V"

* Super Dave: Daredevil for Hire
Nostalgik betul, cartoon nih aku suker sangat tengok masa tahun 1992 - 1993...
retro betul... LOL... kwa-kwa-kwa... *
* The Tick : Besor atas, kecik bawah... buleh? *

* Batman : Penyelamat Gotham City...
pun besor atas kecik bawah.. hunky ler tuh gamaknya... *


* Clark Kent a.k.a. Superman , dia punya kepak... aisehhh
takkan aku kelihatan macam Superman pada Hari Lebaran?*

(ini jugak dinamakan berlebih-lebihan,
aku insaf jugak pada kalangan yang kurang bernasib baik & zuhud pada duniawi...

Siti Fatimah binti Rasulullah, pakaian pengantinnya dari apa?)


Ada lagik 3 pasang
Aku beli masa Vietnam Trip itu hari.
Chiffon Vietnam, Kasa Vietnam & Sutera Vietnam
aku tak sempat nak hantar potong buat baju.
Itu aku dah plan untuk Raya Aidil Adha nanti.

Ibadah puasa.
Aku agak bersederhana ini tahun.

Tak ada lebih-lebih.

Sahur sekadar roti putih 2 slices.

Buka puasa pun dengan tempe goreng sahaja.

Yelah... kita bukan nak menjamu selera...

(Aku manusia biasa: mungkin di lain hari aku buleh cuba menu lain yang lebih istimewa...)

Lagik pun, mana mungkin di bulan puasa
kita menambah berat badan hanya kerana terlebih bersantap di malam hari?
Uishhh... amat menyedihkan.


Aku teringat jaman Rasulullah SAW.
Ada sahabat berbuka puasa
hanya dengan setengah potong tamar sahaja.
Ada yang hanya mampu berbuka pusa dengan sepotong lemak kambing sahaja.

Ohhhh... aku tak dapat imagine.

(Masa blajar kat U dulu, aku pernah buka posa dengan maggie mee jerrr,...)

I think...
Aku akan melalui Ramadhan ini berseorangan, sebatang kara.
Anak-anak jauh di kampung halaman.
Enche Anuar mungkin akan berada di rantauan - Langkawi, Kedah.

All Muslim colleagues will start take their Raya Leaves on 18th September 2009.
Aku sahaja yang kerja on 19th September 2009.
(sebab aku nak lajak Raya lama sikit kat kampung after that...
yelah, aku akan beraya at both side of family... KEDAH - PAHANG).

Dah 2 tahun aku tak balik langsung beraya di Kedah.

Habis kerja 11.00pm
So forecast 12.01 am akan start masuk highway,
by 5.00am reach my home-town.

Malam raya, tengah-tengah takbir bergema itu
aku akan memandu berseorangan
di tengah gelap pekat malam
ke arah Utara Semenanjung Malaysia.

Meet my kids, parents, siblings & husband there.

Saturday, May 30, 2009

Craving For KFC...

now already 11.53pm.
Tak bleh tidooor.
don't know why I'm craving for KFC.
sudah 3 bulan tak jumpa fast food.
Can't lie to myself that deep inside, I really love fast food.


feeling like want to start my car keys and drive toward Kepong,
15km away from my place.

Kepong KFC, 24-hours outlets.


Ohhh... that yummylicious original recipe chicken...
I want chicken thigh!




Sunday, May 10, 2009

Kuala Kangsar (Part 3: Kedai Labu Sayong)

*Kebanyakan labu sayung ini di dalamnya sudah diisi air, senang nak tahu ketahanan
& yang mana bocor atas tak bocor.... telap air ataupun tidak*


*Ada bermacam-macam products, antaranya terendak lampu & takar*

*Pattern yang dah dimasukkan ke dalam sekam padi untuk kasi tinted inipun, aku beli sebijik*


*Aku minat kat periuk tanah liat, wahhhh....
boleh buat mask gulai...

tentu sedap lagi lemak lagi lazat bila masak guna periuk atau belanga tanah...
selama ini aku masak
pakai periuk cap buaya, periuk stainless steel & periuk hard anodize sahaja.*


*Masa aku amik gambar nih, Adiputra baru cekap sikit bertatih-tatih...
Aku suruh dia duk kat luar kedai.

Kang pecah berderai sana-sini...
mahu aku terkedu kat situ,
tak tau nak buat muka pesen apa*


Hmmm.. banyak masa aku nak menghadap komputer rupanya.
Kalau biasa-biasa aku mesti asyik ulang alik ke dapur cuti-cuti begini.
Sebab; banyak dapat order menu itu & ini dari family member aku.

*Aku beli pattern ini sebijik*

Member aku orang Kuala Kangsar.
Nanti aku ingat nak pergi kat Kampung Paya Lintah ker...
Kampung Kepala Bendang ker, Kampung Bendang Hilir ker...
aku nak beli yang authentic punya.
Baru puas hati... tak gittew?



Thursday, May 7, 2009

Kedai Gunting Rambut Sg Penchala

Buat sementara waktu,
pihak kami terpaksa menghentikan buat sementara
Siri Jelajah Kenari (episod yang seterusnya)
lantaran beberapa masalah dari segi kesahihan bahan rujukan &
photo lokasi yang agak tak sesuai untuk dipaparkan di sini.

Lagik pulak topik berat tak berapa nak jalan dengan keadaan mental si penulis di kala ini.

*kedai ni service bagus, tak sombong, mesra pelanggan, cekap & cepat
juga : mudah & murah*


So, penulis skrip beralih ke Sungai Penchala,
di mana penulis sudah sedia tahu apa yang akan ditaip di sini.


"Tak nak!" , pabila papan diletakkan di kedua-dua tempat letak tangan kerusi kiri & kanan...
Tukang gunting dukung Adiputra & letak atas papan... kasi tinggi, kerusi rendah.


Nangislah, nanti dah tak boleh buat 'rambut pacak' - fauxhawk style ala-ala David Beckham gitu.


Aku tanya mana beli cermin besor gajah Sang Kelembai begini hebat cermin nih...
Agak keberatan nak bagi tahu.
Tak apa, supplier cermin aku ada 2 kat Johor Bahru, nanti aku request.


Adiputra tertekan dengan deruman enjin motor mesin rambut.
Adiputra menangis sampai kuar belon hingus macam bubble gum dari mulutnya.


Dah potong rambut aku pegi kedai depan tuh dengan Adiputra,
beli bayam, beli kentang, beli ikan.
Cepat Adiputra usung barang-barang dapur tuh masuk kedai & hulur kat tukang gunting...
happy sangat lah tuh, dah escape gamaknya.
Dah tak ingat dah masa duk atas kerusi tu.

Petang itu pegi Kajang,
makan Sate Kajang Haji Samuri.
(exterior kedai best, dah jadi macam mini muzium,
ada lori 1 tan zaman dulu kepala merah, antik.... tapi tak snap gambar...
ramai sangat orang, pelik nanti derang tengok)

Order sate perut, sate ayam, sate daging...
dah kenyang sebelum itu makan nasik... tapi gatal jugak nak singgah makan lagi.


Lain aku cakap, lain pulak style yang dibuat.
Dah dikikis tepi sahaja pulak.
Tak apalah, masih boleh buat 'rambut pacak'... trademark Adiputra.

Thursday, April 30, 2009

Siri Jelajah Kenari : Pulau Sayak

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut



Kalau disebut Pulau Sayak.
Apa yang dapat dikaitkan dengan tempat tersebut?

1. Mee Udang yang lazat & menyelerakan
(khabarnya ranking no.1 di Semenanjung Malaysia ini, ranking no.2 Mee Udang Kuala Sepetang)

Average price, tak mahallah sangat RM5.00, RM6.00 sepinggan.

Ada banyak tempat kat area Pulau Sayak & Pantai Merdeka ini yang menawarkan Mee Udang.
Kalau salah masuk kedai, awas... jangan tak tahu da yang charge sampai RM36.00 hinggit sepinggan!


2. Tempat melihat anak bulan Ramadhan & Syawal

3. Ada resort, antaranya Lagenda Resort... satu lagi aku tak check lah pulak apa namanya resort yang seblah mee udang itu. Oh Ya... Pulau Sayak Beach Resort...
Ini link dia, kalau nak tengok betapa , oh betapa.... : http://pulausayak.com/index.html


4. Tempat memancing yang best.

5. Tempat menyendiri. Sepi itu indah... waaaahhhh!


Sekarang area pantai di Kampung Pulau Sayak sudah tak semenarik dahulu.
Dahulu aku datang tahun 2001 paling akhir mendarat di sini.
Bawah sikit dari gerai Mee Udang Pulau Sayak yang famous amous itu
adalah pantai berpasir landai jugaklah...

Trademark kat bawah sikit dari gerai mee udang Pulau Sayak itu ialah pantai yang berbatu batan pejal warna merah (macam kat Pantai Merang (bukan Pantai Marang tau, Merang katBatu Rakit, Kuala Terengganu)

Kini pantai berhampiran gerai Mee Udang tersebut nampak merbahaya
kerana tanah runtuh akibat hakisan ombak.
Hakisan itu semakin teruk sejak aktiviti menyedut pasir dijalankan
ditengah laut berhadapan persisiran pantai tersebut.
Walaupun pun jauh dari tepi pantai,
namun kesannya membawa kepada tanah runtuh dan hakisan di sepanjang persisiran pantai


Atiqah Balqis... di Pauh Bay...Top right-hand side ... Batu Panjang Bay.


Dekat Pauh Bay ini ada satu 2 chalet yang agak usang,
dalam 50 meter dari tempat kami bergambar
... bentuk 3 segi gitu.
10 meter dari chalet ada 2 rumah penduduk baru ditokok- tambah.
Aku hari itu nyaris-nyaris nak menyewa kat situ untuk bermalam memancing...
Nampak angker sangat dalam hutan nan sunyi begitu... tak berani aku.


Masuk ikut depan kedai mee udang Pulau Sayak, menyusur jalan tar purba yang dah pecah-pecah tuh... sampai ke Tok Putih Bay, then menyusur lagi ke Pauh Bay...
Dari Pauh Bay ke Batu Panjang Bay (tempat ramai pemancing bertenggek kat batu yang menganjur ke laut...

Best campur ngeri view dia... yelah, ombak memukul batu tuh, terpercik ke muka wei kalau diduduk atas batu itu... macam tak secure jer kalau salah langkah...

Kalau terus lagik, jalan mati, nak reverse keta habis langgar kebun orang...
pun ada sebijik umah tengah ditokok-tambah kat penghujung jalan...



Ini kat Tok Putih Bay,
trademark dia batu karang & bongkah batuan laut besar berwarna hitam.

Aku dah macam species lemur atau flying fox dah.

Adiputra, di Pauh Bay...

Cantik kat sini, macam nak terjun mandi ajer, tapi bahaya... dalam agaknya.


Adiputra berlatar belakangkan bot-bot nelayan di Telok Tok Putih sana.

Pusat tamadun terawal di Nusantara, kurun kedua sebelum masihi.
Lagi tua dari Kesultanan Melayu Melaka.

Mak lang aku masa cangkul-cangkul tanah nak buat penambahan rumah,
ada jumpa berkeping-keping batu bata jaman dulu... ada tembok purba tertimbus lagik,
tapi dia diam sahaja.
kalau tak habislah tanah kami kena jadi pusat cari gali arkeologi.
Kacaulah...

Kat Kampung Sungai Mas itu dah banyak halaman rumah orang yang dijalankan kerja cari gali, dikorek, ditaruk bumbung zink, di taruk tali di tengah-tengah halaman umah... uishh... sulit tuh...
makan berpuluh-puluh tahun tak siap-sipa & dialaih-alih...

Mak aku pun, masa nak gali lubang untuk buang sampah, tercangkul bata-bata dalam tanah yang dikorek sedalam 3 kaki... nak cakap apa lagik... lagik digali lagi banyak pulak..
buat tak tahu ajer...

*Photo credits to Norshah, taken from Air Asia plane during flight from KL to Alor Setar
Here we can clearly see Pulau Sayak, to the left is Tok Putih Bay, to the left is Pauh Bay, to the left is Pantai Merdeka & Bukit Penjara... then Merbok Rivermouth then Tanjung Dawaion the opposite side.*


Here, this is the land where Iskandar Dzulkarnain built Istana Pulau Tiga.
Where is the Istana Pulau Tiga located?

Dalam Sungai Merbok, ada 3 pulau kecil.
Di atas pulau itulah Iskandar Dzulkarnain telah mendirikan istana Baginda
yang dikenali sebagai Istana Pulau Tiga.

Saturday, April 25, 2009

Siri Jelajah Kenari : Pantai Merdeka

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut




Belatar belakangkan Gunung Jerai di seberang sana.
Juga Tanjung Dawai di seberang sana.

Top -right hand side, yang dilitupi pepohon hijau itu apa dia?



Itulah dia Gua Bukit Penjara.
(Prisoner Cave)
Bukit Penjara sempana nama Penjara Raja Bersiong.
Dikaitkan dengan tempat di mana Raja Bersiong simpan semua stock prisoner dia
sebelum dibawa ke 'royal kitchen'.

Di atas Bukit Penjara inilah..
Di atas bukit, di tepi laut.

Siapakah itu Raja Bersiong?
Raja Bersiong = Tunku Sulaiman
Setelah diadili dan didapati bersalah memakan beberapa orang tentera China Manchu,
dia melarikan diri ke Singgora ( Songkhala ) dan dibunuh oleh Narai @ Hang Tuah di sana.

Rentetetan Cerita Raja Bersiong (dari Blog Sejarah Nagara Kedah):

Ayahanda Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah Paduka Seri Per Abu, Sultan Nara Wanara (Kelantan dan Trengganu) yang berkahwin dengan keturunan Batak dari Sumatera.

Tengku Sulaiman telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina manchu ini (anggaran 10 orang kesemuanya) lalu memasak dan memakan daging mereka.
Tulang-tulang mereka di kumpulkan berhampiran Istana Bukit Tinggi.
Setelah di jalankan siasatan diraja, Tengku Sulaiman dipanggil mengadap Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Setelah diadili, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah meyebut perkataan “Raja Tui yangkam belot yukbat” bermaksud, Raja Sulaiman derhaka enggan serah kuasa (rujuk Undang Undang Kedah, m.s 24).

Tengku Sulaiman telah melarikan diri ke Singgora (Songkhala, Thailand)
yang masih lagi berada dalam Nagara Kedah ketika itu. Baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerintahkan Raja Acheh iaitu Paduka Seri Iskandar Muda Thani untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman memberi tentangan dan baginda dibunuh oleh Iskandar Muda Thani di Singgora.

Paduka Seri Tuanku Iskandar Muda Thani dikenali sebagai Hang Tuah di Melaka dan sebagai Narai di Ayuthia. Nama sebenar baginda ialah Tun Saaban.

Kalau ikut legend: nama Raja Bersiong (gelaran): Prak Ong Maha Perita Deria
tapi legend dicipta untuk banyak agenda tersembunyi.

Apa lagi? Kononnya ada pepohon buah pala di atas Bukit Penjara ini.
Yang ini aku tak dapat nak pastikan.


Very outstanding Gunung Jerai itu.
Landmark yang jadi petunjuk arah kepada pelayar-pelayar ataupun pedagang-pedagang
masa silam untuk ke Lembah Bujang dari Lautan Hindi & Selat Melaka.

*bot penambang yang boleh dibayar tambangnya untuk membawa penumpang ke seberang sana ... Tanjung Dawai*

Masa aku kecik-kecik dulu, Pantai Merdeka mana ada benteng ataupun tembok kat tepi dia tuh.
Tembok ini untuk keselamatan & juga mencegah hakisan.


Ombak laut pun dah lesu, air laut pun dah tak bersih macam dulu.

Masa aku umur 4 tahun dulu, aku masih boleh ingat nih...
Aura Pantai Merdeka... pasir punyalah banyak ala-ala Port Dickson tuh...
Pokok kelapa dan pokok-pokok lain merendang.
Angin punyalah kuat, menderu...

Apalagik, dia punya pukulan, aku menjerit-jerit ketakutan (sampai nak masuk dalam kain mak aku masa tuh) pada bunyi deburan ombak yang menggerunkan.

Aku sebagai budak umur 4 tahun yang tak pernah jumpa pantai, (sebab aku duduk kat tanah tinggi perbukitan Chuping Perlis tuh, hulu... dalam hutan)
terjerit-jerit sampai tak boleh berjalan sebab phobia sangat.

kata orang Kedah : "Per-ghark" (jak*n)


*inilah dia... gamat yang dah mengecutkan badan dia jadi bebola...*

*lembah bujang, pantai merdeka, penjara raja bersiong, bukit penjara*