Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, January 5, 2008

Jalan Keretapi BUKIT MERAH, Bukit Berapit

Lihatlah landasan keretapi nan panjang merentasi Tasik Bukit Merah,
cukup indah, cukup mendebarkan, cukup mengesankan...

Terowong Bukit Berapit

Gambor-gambor ini cukup nostalgik...

Aduh, aku terkenang masa aku kecik-kecik dulu, abah & ibu bawak naik keretapi dari Penang ke Singapura, atau dari Arau ke Singapura, patah balik dari Singapura ke Perlis.


Kecik bebenor lagi aku masa tuh, dalam umur darjah tiga. Tapi aku dah boleh ingat. Masa tiap-tiap kali keretapi nak lalu Bukit Berapit mesti keadaan jadi kecoh dan semua penumpang stanby nak mengalaminya - nak ambil feel kata orang...


Satu lagik time keretapi nak lalu Tasik Bukit Merah,
ohoiii.. saujana mata memandang,
aku ingat lagi masa tuh aku tadika,
keretapi lalu kat Tasik Bukit Merah dalam pukul 4-5 petang, hujan turun renyai-renyai...
tasik Bukit Merah penuh dengan dedaun bunga teratai warna merah muda...

aku terlalu kecil masa tuh,
aku hairan kenapa kiri-kanan keretapi penuh dengan air,
biar betul..?

Macam mana keretapi aku boleh tukar jadi feri?


Last sekali aku melalui laluan yang penuh dengan nostalgia ini
pada lewat penghujung tahun 1994,
tamat English Intensive Course di MSM Sungkai, Perak.

Aku dan member-member aku yang duduk di utara naik keretapi dari stesen Bidor,
keretapi lompat-lompat. 1 gerabak ada 4 orang sahaja masa tuh...

Tengah hari itu keretapi melalui Tasik Bukit Merah sekali lagi...
aku berdiri di muka pintu, syahdu betul... masa itu tak ada kelopak teratai & telipuk mekar. yang melambai perjalanan aku

hanyalah kocakan gelombang air tasik Bukit Merah berwarna merah
dek warna tanah sepanjang melintasi lokasi itu.

Bukit Merah Lake aka Tasik Bukit Merah

This is my dream,

nak naik keretapi lompat-lompat, nak lalui sekali lagi Tasik Bukit Merah,
kala musim teratai kembang mekar mempamerkan warna merah penuh pesonanya...

3 comments:

  1. iya lah...itu gambar cantik sangat...dan macam pernah ku lihat dan kenal tuan punya itu gambar

    ReplyDelete
  2. adapun foto itu sememangnya chantik. dipotret hasil pandangan makhluk yang tak berwujud. dalam alam Allah yang juga tak wujud hakikatnya. segala-galanya Allah jua.

    saya jua hanya menempel foto itu tanpa rujuk. ya.
    jua saya tak pernah claim foto itu saya yg punya kerana saya tiada hak.
    adapun saya yang tak berwujud ini telah mengembalikan hak sesama makhluk. saya telah padamkan jua.

    terima kasih kerana kechantikan foto alam ciptaan Allah, hasil garapan ketikan & pandangan sudut fotography & olahan makhluk ciptaan Allah itu telah saya kongsi tanpa izin kamu semua.

    sudah dipadam.

    ReplyDelete