Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, May 23, 2009

DIGEST: Tips & Pendinding Elak Rogol & Cabul

Salam semua,
sekarang semakin menjadi2 kejadian rogol.. juga bunuh.......
Seperti sudah tidak selamat lagi anak2 kecil (tak kira girls or boys)
remaja perempuan & remaja lelaki dan wanita keluar rumah,
membimbangkan...mengerikan...


Samada kes berlaku secara rela atau terpaksa...
yang pasti keadaan seperti sudah tidak dapat
untuk diatasi dan diselamatkan ....
haruskah dipandang ringan
oleh pihak berkuasa tentang jenayah rogol, liwat & bunuh ini ...??
Bagaimana untuk mengelak
dari terjebak menjadi mangsa .....


Aritu kat Forum Perdana Ehwal Islam @ TV1,
Al- Ustaz tu suruh baca "Surah Lailatul Qadr",
hembus keseluruh badan anak pompuan
utk elak dari fitnah rogol dan utk jaga kehormatan.



*Diambil dari Mount Hira, sila click on photo, kasi perbesar*

Kaedahnya:
Baca dari ubun-ubun anak & tiup sehabis baca, then beralih ke dahi (baca & tiup), then ulang langkah yang sama untuk part muka, leher, dada, abdomen, belly, sampai ke hujung kaki.

(ini aku ada buat kat my daughter, sambil menangis-nangis aku dibuatnya)


Berikut aku ambik dari Ustaz Zaharuddin
zaharuddin.net
(Ustaz Zaharuddin benarkan & galakkan semua pihak ambik & sebar = edar info ini)


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Apapun, segala macam bentuk perhatian kini perlu ditingkatkan,
apa guna ibu bapa yang asyik dengan mencari duit dan wang
sehingga tiada masa untuk melihat keselamatan anak.
Begitu ramai ibu bapa yang tersangat sibuk dan sentiasa bertawakkal palsu
tentang hal keselamatan anak-anak mereka.


Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doa adalah yang berwarna merah)


Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?

Lelaki berkata : aku disengat kala

Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda.

Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

9 comments:

  1. thanks for sharing.

    Kalo aku ada lampu aladin, satu aku mintak kat aladin, stop all the crimes, the drug abuse dan apa2 la related.

    dulu kecik2 kita semua tinggal kampung, pintu tak ditutup, tingkap semua bukak, takde grill pun.

    ReplyDelete
  2. Yah...
    Aku pun macam ko Mr. Deaf,
    aku kalau ada wish.
    Aku pun nak mintak takkan ada satupun jenayah kat atas muka bumi nih.

    Zaman Khalifah Umar & Khalifah Abd Aziz dulu adalah zaman paling aman.
    Malam hari, kalau sebilah jarum jatuh pun ada bunyi.

    Khalifah adil, sampai duit zakat tak ada org nak terima...

    ReplyDelete
  3. Anak aku kat KL nih, tau pintu mesti tutup 24jam.
    Si kecik adiputra 2tahun setengah,
    terus tutup & lock pintu,kalo pintu terbuka.

    Aku selalu kata... "Tutup pintu, nanti org jahat masuk!".

    Balik kampung Wan dia, pantang pintu terbuka, terus nak lock.
    Pening mak mertua aku.

    ReplyDelete
  4. thanks Sya...
    esp doa2 tu..

    ReplyDelete
  5. Sama2 kita beramal, berikhtiar, mudah2an selamat anak cucu kita sekalian... dunia akhirat.

    ReplyDelete
  6. nie nak kena suh najib bacakan ker?? lalalala~

    ReplyDelete
  7. Weiyyy... Cik Eva Mendes... lain pulak jadiknya kan...

    Hu...huhu... agak2 lorrr... :)

    ReplyDelete
  8. tak kira.. nak jugak!! (sambil hentak2 kaki...gulik2)

    ReplyDelete
  9. Dek non... Eva Mendes...
    Cute ler tuh.... ;)

    ReplyDelete