Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Tuesday, May 5, 2009

Bersepai-Sepai, Bersepah-Sepah...


Aku betul-betul rasa pilu.
Rasa begitu kosong... habis segala macam keindahan & keriangan ditarik dariku...

Aku balik malam ini sampai di rumah menjelang pukul 10.15 malam.
Malas betul aku bawak kereta malam nih... minyak kereta aku biar sampai memanjang naik warna merah kat indicator... kukerling tanpa perasaan.

Tak ada mood.
Kereta dah tersengguk-sengguk barulah singgah petrol pump.
Selalu on the way balik dah macam-macam planning apa nak masak & jamu untuk family.

Aku matikan enjin. Lama aku bertafakur dalam keta, kat 15 minit baru melangkah kuar.
Rumah gelap. Sunyi. Sepi. Menggerunkan.


Kembali membujang.
Satu episod yang membosankan.

Satu nilai yang amat mahal perlu aku bayar.
Atas nama pengorbanan.

Kalau tak bermula sampai bila kami harus begini?
Aku sudah terlalu LAMA bohsan dengan rutin harian kerjaku yang amat kejam.
Aku dah LAMA bohsan asyik out-station sahaja,
aku dah LAMA bohsan kerja macam balaci macam nih...

Memanglah kita kena hargai pekerjaan kita.
Tapi aku mesti cepat melompat kuar dari periuk ini.

*Ikan oh, ikan... korang dah makan ker belum?
Nanti mama buat spaghetti kuah cacing lumat untuk kau yer nakkkk...
Cian ko, tentu lapar sepanjang hari tak ada orang nak bagi ko makan,
tunggu mama balik baru dapat makan yerk... itu pun kat pukul 10.00 malam, kan...*

1hb MAY: aku datang kerja (settlE pending job, giler ker haper... Labour Day datang kerja 9.00am - 6.00pm)
7.30pm 1st May sampai umah, masak Tom Yam udang makan dgn nasi putih panas2 seisi kuarga

12.01pg 2nd May : Packing luggage besor 2 unit. Packing baju anak2 & Suami
11.00pg 2nd May: Balik Jengka
1.30tgh hari: Sampai Jengka

3.00pm: Pergi rumah sewa baru No.1, Jengka 13. Tinjau apa yg patut
6.00pm operasi mesin rumput rumah No.1 Felda Jengka 13 & bakar sampah

3rd May: 10.00am mesin rumput rumah no.1 Jengka 13, tukang apa2 yg patut.
9.30pm: Bertolak balik KL (Jam teruk 50km sebelum sampai KL)

12.30am 4rd May (Sampai umah Sg. Penchala without anak2, suami ajer teman agar aku selamat sampai)
7.30am : pergi kerja
9.00pm: Balik kerja. Masak.
11.00pm. Prepare balut & plaster buku2 bacaan anak2 nak dikirim bawa balik Jengka 13
skali dgn stationary derang.

7.30am 5th May (antar Husband aku pergi KL Sentral, dia akan amik LRT Star pergi Hentian Pekeliling, suami aku nak balik Jengka 13 balik)
8.15am : sampai opis...

10.15pmsampai umah.

9.00am 6th May (bertolak pergi Jusco Bkt Indah, JB)
8.30pm : BAKAL makan malam di Restaurant Siam Senoko, Jln Stulang Laut, depan The Zon, JB


2.00pm 7th May : BAKAL bertolak pulang ke KL
9.00pm : BAKAL sampai ke muka pintu umah Sg. Penchala.

Kesimpulannya. Aku mesti pantas.
Takkan ujung tahun 2010 aku masih begini?

Semoga rumah no.1 Jengka 13 memberikan sinar harapan untuk insan2 seperti kami.
Yang mahu mencari ketenangan & kebebasan sendiri.

RANTAI : Wings

"Kau ingin aku tunduk
Segala kemahuanmu
Kau cengkam
Dengan mata wajahmu

Rantai ini hapuskanlah
Tak bisa ku tahan lagi
Rantai ini leburkanlah
Tak ingin ku jadi abdi

Tak mungkin lagi kita
Menerima penaklukkan
Bebas Mandela bebas
Bebas bumi Palestin

Rantai ini hapuskanlah
Lambat laun kan meledak
Rantai ini leburkanlah
Tak mahu ku diperbudak

Bebaskan...

Dunia ini satu
Bukan dua pun tiga
Bebaskan dari rantai
Capatalist Metarialisme

MUsibah rantai ini hapuskanlah
Tak bisa ku tahan lagi
Celaka rantai ini leburkanlah
Tak ingin menjadi abdi

Bebaskanlah... "

Mr_barbarik


Projek: (macam2 aku nak buat, tapi aku masih di KL nih,
macam mana nak buat dgn penuh intensif...)

4 comments:

  1. tiap2 dari kita berlainan cara kehidupan kita.
    life is tough, yang penting carik rezeki yang halal.

    ReplyDelete
  2. hi.. salam...

    rumah kat jengka 13 tu rumah u ke? padat tgk aktiviti u.. sabarlah.. mesti ada jalan penyelesaian.. cool ok!!

    :-)

    ReplyDelete
  3. Thanks Mr. Deaf,
    Hari ni sepanjang2 jalan balik JB ke KL aku nagis ingat anak2 aku & mak bapak aku kat Sg Petani sahaja.

    Dulu aku membesor di boarding school dr form2 - form5, then masuk U...

    Dah besar tinggalkan mak bapak aku lah lagik pulak. Derang yang raised me -up... masa aku susah derang yg support, anak sulong aku derang jaga... laaa ni apa sumbangan aku terhdap org tua ku?

    Aku tanak bia anak2 aku besar derang jadi macam aku pulak kelak...

    aKU BUKAN GILA KERJA.
    aku terpaksa "bread & butter"

    ReplyDelete
  4. Thanks Big Mama Bukhari...


    We will settle down by God's will...
    di Kg Kuala Mai Baharu tanah pusaka mak merua aku utk husband aku (sebelah rumah Tok Naqib Ayah Talib...) depan padang bola Dewan Org Ramai Kuala Mai.


    Rumah No.1... medium perantaraan 1-2 tahun perancangan utk step seterusnya... rancang nak jadi penternak modern & agro business.

    Betul wahai Mama Bukhari... saya dlm dilemma nak satukan keluarga saya... Anak sulong saya masih di Kedah atas sebab2 tertentu...

    ReplyDelete