Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Sunday, May 24, 2009

Jumaat Malam Sabtu: Makan Udang & Minum Jus Avocado

*Jumaat 21st May lalu, lepas kena saman... rasa lapar nak makan nasik lah pulak...
tetiba... yer? Rosak program diet makchik*


* Kira cincai: Taruk nasik 1 scoop, udang 15ekor, campur sweet corn + asparagus*

sapa ntah cakap, & aku terbaca,
kalau makan udang,
lepas itu jangan makan pil vitamin C... nanti goal
Betul ker... atau sekadar myth sahaja?
Kalau macam itu, kalau pergi Barbecue Udang Galah, Lobster bagai,
tak bleh minum fresh orange atau lime juice lah?

* Menggelabah: Lidi satey tak ada nak cucuk udang, pakai bamboo tooth pick pun boley
Kalau tak cucuk (kira support dengan tulang-belakang tiruan)
udang akan melengkung @ mengerekot selepas dimasak*


CARA MASAK UDANG LIPAN >>>
CLICK SINI
FOR MY PREVIOUS ENTRY UDANG LIPAN @ UDANG KETAK


Aku suker makan udang.
Kalo Udang Galah, jangan cabar... itu febret.
Paling suka gulai kari udang taruk nenas stail UTARA.
Perghhhhh...

(teringat pulak, SENTAPPPPP....
insaf org kat Somalia yang kebuluran nun...
insaf, kusyukuri nikmatMU
aku hidup dalam limpahan makanan yang tak bertepi,
makanan berlambak tak tertepis...
... insaf, insaf, insaf)


Hati menjerit-jerit nak cuba 'jus alpokat' @ avocado juice.

Masalah: Blenderku pecah dihentak Adiputra 4 bulan yang lalu tak berbeli yang baru.
Takkan nak tumbuk dengan lesung batu bekas tumbuk sambal kot?

Kutabahkan hati, kugenggam azimat.
Cari idea... macamana orang dulu-dulu buat avocado juice tanpa electric blender?

There must be a way.

* Avocado + RM3.99 sebiji di Jusco*

* Cut into halves*

* Peel off sumer kulit, kita pakai grater... manual weih!*

* Inilah hasil parutan kiter tadik. Pada stage ini, anda ada 3 option:
1) Kasik lecek buat Avocado Juice
2) Buat masker taruk kat muka lenyek-lenyek
3) buat salad ( ku nampak Chef Micheal Smith - Chef At Home buat hari tuh)*


MUKTAMAD! Saya pilih nombor 1) ... seperti yang tersebut di atas.

* Sebiji Avocado - dilute dengan air, menghasilkan 600ml juice.
Sepatutkan campur dengan chocolate milk, baru ummmphhh...
Tapi sekadar mix dengan secukup rasa condensed milk sahaja*

Muak - Muak - Muak
Tak bleh pergi nak habiskan +/- 800ml jus avocado semalaman.
So: Jumaat > Sabtu > Ahad
Hari ini Isnin, masih ada dalam 100ml dalam fridge.

Apa khasiat?
Kononnya mampu mencantikkan kulit.
Popular kat Indonesia minuman ini.

Version Indonesia yang taruk chocolate tuh.
Agaknya sebab itulah cewek-cewek Indonesia sana sumer cantik-cantik, mulus, gebu.


Adalah sejenis buah yang berkhasiat
yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium,
vitamin A dan C dan niasin.
Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori,
(ha,ha,ha...hancur diet ku pada hari tuh... 300 calorie top-up on 10.00pm)
Bagusss, bagusss sekalli...
dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak.

Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.


Di samping itu, amalan memakan buah avocado ini
setiap hari
boleh menurunkan paras kolestrol
di samping mengekalkan paras lipoprotein
iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada
diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin
amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit
serta mengatasi masalah kulit kering.



10 comments:

  1. thanks for the health tip.
    macam2 yang pelik

    ReplyDelete
  2. Deaf,
    hmmm... cubalah buat.
    nanti kulitmu licin bak sutera...
    tak percaya?

    ReplyDelete
  3. salam.. hi..

    t mmg sokmo shopping kat jusco..
    :-)

    jus avocado tu best.. penah minum sekali masa kat tg. balai.. mmg enak utk diminum..

    pandai u masak.. rajin tau!!

    ReplyDelete
  4. sangat suka memasak rupanya adikku ini ya...

    ReplyDelete
  5. masak sedap2 tak ajak aku dtg rumah!

    ReplyDelete
  6. hoho...pelik sungguh masakan akak.. tp takpe... janji berani cuba!!!

    ReplyDelete
  7. Big Momma...
    Shopping kat Jusco utk assorment tertentu ok...
    kalau nak yang happening, kena pergi pasar basah... lagik best...

    Ni bukan kes pandai... ini kes combine-combine & champak-champak...

    Pengaruh Jamie Oliver & Chef Micheal Smith & New Scandinavian Cooking...

    Senang... Malas2 pun masih boleh nikmati gourmet food... ;)

    ReplyDelete
  8. TQ Momma Of Singa,


    ... bukan sekadar suka masak....
    malah suka makan pun iya.

    ...juara kungfu 4 pinggan udang & 4 pinggan ketam,... pingat emas kategory heavyweight tau.

    ReplyDelete
  9. Adik Najib...

    Nanti ahkak masak yg pelik-pelik & bawak pegi Taman Melati Gombak nuuuuun...

    Wokey? InsyaAllah. Ko pegi Sabah jugek ker?

    ReplyDelete
  10. Eva Mendes,

    Pelik bin ajaib kan?
    Sebab bila campur2 bahan boleh appear cenggini dalam gambor...

    raser tak tahu lagik taste dia...

    Miss photogenic kot sumer udang ni.
    Asparagus pulak tuh Mr. Photogenic...

    ReplyDelete