Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, May 9, 2009

Gerai Sate Minang & Bakso Takanang Juo Sungai Penchala

Semalam tidur pukul 3.36am...
Ini pagi tunggu biras aku Si Usup datang bawak Hilux
nak angkut semua reban puyuh balik ke Jengka 13, Pahang... tak datang-datang lagik.

Aku macam nak pegi opis ajer hari ini.
Kalu aku tak pegi hari ni, esok Ahadlah aku kena pergi.
Budget June09 aku belum buat lagik.
Ini bulan May09, nanti macammana Jusco nak set target
& achievement untuk June kalau aku tak set.

Monday, 11.05.09 aku dah kena present Hari Raya 2009 planning.
2006 (Theme Gema Raya), 2007 (Gemilang Raya), 2008 (Meriah Raya), 2009 (Gawat Raya?)

Laparnya aku.
Tapi kalo aku pegi opis Ahad, ralatlah sebab esok ada pasar pagi kat Sg. Penchala (100meter jalan kaki dari umah aku jer)...


Apa yang special pasar pagi Ahad Sungai Penchala?
1. Kaunter (gerai) Sate Minang Terkanang Juo, ada jual bakso... nyum-nyum-nyum
2. Gerai Laksam & Nasik Dagang (aku suka solok lada hijau... febret)

3. Gerai Roti John 4. Gerai Tau Foo Fah



Tapi still tak bleh lawan Pasar Malam Ahad Taman Tun Dr Ismail (2km naik kereta dari umah aku). Kenapa?
1. Makanan luxury sikit, richer tecture, richer taste & heavy banyak
2. Banyak assortment (kalau nasik ayam sahaja ada dekat 6 gerai),
(sup campur +
mihun sup Utara 3 gerai),
(nasik dagang + ikan percik + ayam percik + solok lada 4 gerai),
(popia basah & kering 4 gerai),
(nasik tomato, beriani 4 gerai)... waduhhhhhh... rambang mata!


Ni, makanya aku tempek gambar dari Sate Minang Takanang Juo,
dibawakn khas dari Tapak Parking Masjid Sg Penchala.



*Ini meatballs IKEA punya meatballs tak bleh challenge.... sedaaaaapppp banget!*

*Kuah bakso telah sedia untuk ditapaw*

*Esok aku nak beli Bakso Special = Lebih meatballs... nyum-nyum-nyum*

Ini gado-gado tapi version Minang punya.
Hubby aku kata sedap

*Gado-gado tau nama kampungnya PECAL yang kat atas ini pecal basic, taruk timun, kangkung, taugeh, daun ubi ramuan rahsia = KENCUR = CEKUR*

*Kelihatan Bakso di ayer nan tenang... belum dikocak oleh tangan-tangan yang menggigil kelaparan...*

*Bagi aku kalau mee hoon sup, ranking no.1 dalam Malaysia adalah Mee Hoon Sup Utara Simpang 4, Guar Chempedak, Kedah (10 tahun lalu sebelum pemilik asal meninggal dunia, sekarang diambil alih oleh anak-anak pemilik)...

... kalau Bakso paling sedap ranking no.1 bagi akulah ialah
[di satu tempat terpencil dalam lokasi tempat transfer simen dari trailer tangki simen ke tempat simen dimasukkan ke dalam tangki utk dimuatkan di dalam lori simen berbentuk siput]
Tempat itu dinamakan 'TASIK' di Sungai Buloh, Selangor belakang Bukit Rahman Putra, hanya untuk drebar-drebar trailer tanker simen, kalau masuk gerenti kasut & kaki penuh simen, kena pakai boot & safety helmet masa nak masuk ke warung itu.

SEDAP & PURE!
aku makan sekali sahaja sebab hubby aku suruh cari dia kat situ
(aku sesat 20 minit nak cari tempat tuh).
bayangkan kereta aku warna putih, bila kuar jadi kelabu dek selut simen.
dah tuh, terus drive pegi The Gardens, Mid Valley...


*Tadi pecal basic, ini pecal premium, tambah mee hoon lah pulak & apa ntah ... isi ayam kot*


*Pemandangan meja makan kat Pasar Pagi Ahad Sungai Penchala*

*Di hadapanku, 2 orang Minang dari Padang Indonesia sedang menjamu selera.
Diaorang tengok aku nak snap gambor terus tunduk & pusing.
Jahat aku nih rupanya.
Kampung Sungai Penchala ni lebih kurang 70% adalah terdiri dari pada orang-orang 'pemaustatin tetap' suku kaum Minang & Kerinci dari Indonesia,
aku rasa aku & husband aku ajer yang "Melayu"nya kat situ...

aku "Melayu version Langkasuka" kalau nak tau
*


*Encik Anuar yang tengah serabai tanpa segan-silu, tanpa memandang keadaan sekeliling
sedang menunda mee bakso dari mangkuknya*


*Semuanya OK, tapi bila saat kopi ais yang aku minta diletakkan di ats meja........ ngeh,ngeh,ngeh... (aku minum jugak, buat tak taw ajer) *


Mari bandingkan dengan kopi yang aku buat sendiri
masa aku breakfast pukul 11.00pagi tadi....


*Saki-baki biskut chipsmore anak aku,
biskut timbang RM6.00 sekilo kapit jem nenas tengah2 dia febret aku tuh...
*

Heran aku pasal apa ada garis melintang kat gambar tuh...,
bila view thumbnails & dalam handphone tak ada pun...




5 comments:

  1. Thanks Mr Lee for visiting mine.
    Today in Malaysia, is a Public Holiday for certain states... Wesak Day.. celebrated by Buddhist.

    Have you crafted anything related to Wesak Day?

    ReplyDelete
  2. terliur tgk mihun sup utara tu. adakah bella mngidam? gara2 view picture td..? hehe..

    ReplyDelete
  3. ooo street scene tu semua best foto2 dia.

    aku suka nengok gini nye gambo street scene


    sungei pencala? 70% indon. errkk.

    ReplyDelete
  4. Laaa... Bella cian nyer ko,
    kalu ngidam, bila nak makan diperingkat awal jgm makan minuh sup yg taruk cuka, cili jeruk banyak...

    ReplyDelete
  5. Mr Deaf..

    A'ah... susah nak jumpa penduduk pure Melayu kat sini...

    Banyak benor Minang, Acheh, Kerinchi kat sini... Jawo kurang...

    Tak payah aku melancong ke Sumatera.
    Jiran aku depan umah (umah atas satu busut)Indon, Belakang umah Indon...

    ReplyDelete