Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Monday, May 11, 2009

DIGEST: Kuala Kangsar (Part 1 : Jambatan-Jambatan Sungai Perak)

Yu'uh... boringnya aku tak ada koleksi baru aku nak tempek & buat penceritaan.
Buat review & buka topik pasal makanan adalah cara yang paling mudah & jimat.

*Jambatan laluan keretapi nak ke Bukit Berapit*

Makan dulu, then baru cerita lepas 6 bulan ke atas.

Tadi aku pegi opis, 23km dari umah aku.
3rd Floor Jusco Maluri.
10.30 am sampai. Banyak parking kosong. Ekonomi gawat. Kuasa membeli kureng...

Buat budget, pukul 2.00pm aku chow...
Sampai umah, internet W1max pulak server mengong... kat 3 jam aku tunggu dia ok balik...
Hubby aku tak bayar bill ker haper? Bila expired aku pun tak ada info.
Ya Allah, makin sepi-lah dunia aku.
Astro pun aku tak tahu bila expired nyer... belum bayar lagik agaknya...


*Ini dari Taiping menghala ke Dandar DiRaja Kuala Kangsar...
maknanya kena guna jalan dalamlah,

kalau guna highway, kuar ikut mana yer?
Haaa, kuar kat atas sikit selepas Sungai Siput Utara*


Chupppp! Tak jadilah...
Aku nak cerita pasal Labu Sayong... yey, yeyyy...


*Lepas signboard kat atas tu, akan jumpa junction... kalau terus naik jambatan baru ini.
Jap aku check apa nama dia..
Jambatan baru = Jambatan Sultan Abul Jalil.

Kalau tak naik Jambatan Sultan Abdul Jalil, belok kiri,
akan jumpa Jambatan lama yang bergelar Jambatan Iskandariah.
Lepas Jambatan Iskandariah
kalau belok kanan akan jumpa Kampung Kepala Bendang,
kalau belok kiri pergi Kuala Lumpur, pun ada kedai labu sayung kat sebelah kiri*

Chupppp!
Seksa sungguh nak retrive memory
nama-nama Jambatan yang cross Sungai Perak.

Keliru.

Nanti salah taruk nama, marah orang-orang tertentu kita salah bagi fakta.


1.Jambatan Iskandariah = Jambatan lama.
Dibina = Tahun 1928
2 lane; Satu (1) lane pergi, satu(1) lane balik.

Diperbuat dari besi, typical type old bridge construction.
Main road = Federal Route no.1, laluan utama Utara-Selatan sebelum Lebuhraya PLUS siap.
Location: Kampung Jamuan.
Sebelum naik Jambatan Iskandariah, jumpa JPJ.
Jika dari Taiping, turun Jambatan Iskandar jumpa simpang,
(Kanan untuk ke Sayong. Kiri untuk ke Ipoh & KL)

Gambar ini puas aku 'Google' jarang betul nak dapat gambar Jambatan Iskandariah
yang jelas & clear tanpa perlu disuluh-suluh macam ini.
Credits photo to : Krabat Kramat

*Yang ini aku snap masa drive.
Dari Taiping menghala ke Ipoh & KL
Sebab tulah aku mark gambor nih, very rare species. Nantilah aku beli satu camera murah-murah macam yang Mr. Deaf Angel sarankan. Cadangan Tuanku , patik junjung & diterima*

*Dah nak turun dari Jambatan Iskandar,
belok ke kanan jumpa Kampung Sayong, belok ke kiri ke Ipoh & KL,
ada deretan gerai labu sayong kat kiri bahu jalan.
*


2.Jambatan Sultan Abdul Jalil = Jambatan baru = Jambatan Sayong
Tarikh dibuka = June 2002
Panjangnya = 330m
4 lane; 2 lane pergi, 2 lane balik
Ada divider kat tengah-tengah.
Diperbuat dari gabungan besi & konkrit.
Gah sekali & indah berkelipan pada waktu malam.

Credits to : AsiaExpose
Letih nak cari yang cantik & lain dari yang lain duduk letaknya.

Copy dari Wikipedia: Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah@ The Sultan Abdul Jalil Shah Bridge (a.k.a Jambatan Sayong) is one of two bridges that cross the Perak River in Kuala Kangsar, Perak. The other bridge is the Jambatan Iskandariah

The bridge connects the town of Kuala Kangsar (on the left) with Sayong village (on the right), spanning 330 meter across the river. It officially opened by the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah in June 2002.

3. Jambatan Sultan Azlan Shah =
Jambatan Yg Merentangi Sungai Perak melalui PLUS Expressway.
Dibuka: Tahun 1986
Panjangnya lebih kurang 300meter.
4 lane; 2 lane pergi, 2 lane balik.
Ada divider kat tengah-tengah.
Berhampiran Kawasan Rehat Sungai Perak Arah Utara & Arah Selatan
Material; Besi & konkrit

4. Jambatan Sultan Idris Shah II =
Jambatan Yang merentangi Sungai Perak di Bota

melalui Ipoh -Lumut Highway (Federal Route no.5)
Dibuka = Tahun 2007
Menghubungkan Bota Kanan & Bota Kiri

Aku imbas balik post aku yang dulu-dulu bawah tajuk
"Nota Perjalanan Balik Utara (seorang Ibu & Anak-anaknya...)"
dah lama dah aku post rupanya manuscrip itu ...
Bulan May 2008... start 5th May 2008 post

yang aku gamble balik dengan 2 putera & puteri aku.

(Tahu tak... 4 bulan selepas aku balik tuh, aku dapat pos laju ...
dari Polis Trafik Cawangan Bidor... aku kena saman RM300 speeding over limit.

Speed limit 60km/hour, aku bawak bukan laju... 80km/hour.
Mr. Anuar membebel-bebel kat aku after found out,
kata beliau "Jalan kampung, mana boleh bawak berdesup")

SAMPAI SEKARANG aku tak bayar-bayar,
masa nak renew road-tax aku pegi Balai Polis Traffik Cawangan Jalan Bandar, KL ,

dekat Bas Stand Kelang area Central Market tuh,
polis tuh kata tak payah bayar kalau renew roadtax insuran kat agen,

kalau kat Pos Malaysia kena settle dulu sumer...
ada 4 saman bawah nama aku

1 aku over speed, 1 Mr. Anuar over speed,
2 from org yang aku dah kuburkan nama dia dlm kamus hidupku....


*Turun Jambatan Sultan Abdul Jalil akan ada 2 bengkel & kedai Labu Sayong right hand-side,
kena U-Turn kat depan T-junction ni kalau nak pergi ke kedai itu.
Kalau belok ke kiri, kita boleh tembus ke tempat Jambatan Iskandariah berakhir,
boleh pergi ke tempat asal-usul AUTHENTIC labu sayung yang pure,
di Kampung Kepala Bendang

Dulu tak ada Jambatan Baru Sayung, orang ramai naik bot penambang seberang sungai.*



3 comments:

  1. interesting untuk orang cam aku tak pernah sampai this place.

    wah...dah letak nama kat gambo ler.

    bagus tu. tapi letak tepi eh.

    kadang2 aku nengok orang letak nama terpampang2 kat tengah, abis gambo dah kena block

    ReplyDelete
  2. khik,khik,khi... belajar dari masterlah...

    aku belajar blogging ni pun lepas dapat pm dari mu di Cari.com dulu...

    tuh pun terlambat 2 tahun.

    malas nak taruk nama. leceh.
    hanya untuk gambar yg susah payah nak dapat sahaja.

    TQ

    ReplyDelete
  3. salam,

    nice blog n info.
    Thanks for the credit

    krabat kramat aka fzyfuzzy

    ReplyDelete