Aku selalu tertanya-tanya...
Adakah
Buah Perah = Brazil Nut?Similarity: Shape, Size, Color, Seeds originally from 1 cluster, both if eaten (over consumed) may lead to toxicated... sebetulnya toxicity .. err, betul ker aku punya toxin...?*Ini Brazil Nuts yang dah di'un-shelled'*So, hari ni aku google lah, nak dapatkan jawapan dia.
Sebab dah nak dekat 2 tahun beraja-bersarang di hati rasa 'cuak' aku ini.
Tak puas hati lagik tak dilangsaikan gelora ini.
*Ini buah perah, yang dah jadi chunks & powder itu ialah asam rom@ asam rong*Aku penah makan buah perah. Beli kat Masjid Rusila, Marang Terengganu.
Tuh pun masa aku form 2... lama sesangat.
Lemak, sedap best tak terkata... makan buah perah rebus.
"NON-STOPPABLE"
Aku makan sampai over dose... mabuk sikit lepas tuh, terlepek tak boleh bangun.
Kalo aku bangun jugak, mesti aku nak tanduk dinding depan aku macam lembu.
Macam makan buah berangan, macam makan biji cempedak rebus. Tapi lagik superb.Source: Budak RaubSekarang nak cerita tentang bagaimana nak proses buah perah ni
(utk buat asam rong @ rom):1. Buah Perah / Biji Getah perlu dijemur selama 1 minggu (bersama kulit)
2. Selepas seminggu, kopek kulitnya yg keras tu, dan jemur selama seminggu lagi
3. Setelah cukup kering, bolehlah ditumbuk.
4. Tumbuk isi dengan sedikit air
ditumbuk tetapi tidak terlalu hancur seperti menumbuk kacang untuk dibuat kuah ketupat.
(Menurut Budak Raub, bahawasanya Atuknya guna lesung kayu,sebab selalunya Atuk Budak Raub tumbuk buah perah seguni banyaknya)5. Isi dalam balang
6. Jual di pasar.
Atuk Budak Raub jual dengan harga RM10 sekilo*Buah perah tanpa cluster, kulit kena buang sebelum makan*Ini sumber dari Jerantut.Net lah pulak;Bagi yang tak tahu atau belum pernah dengar tentang asam rom @ asam rong,
Apa dia yang di katakan 'asam rom' @ 'asam rong' ni?
Ianya sejenis perencah gulai yang dihasilkan dari buah perah.
Sesuai dimasak dengan ikan, kancil, napoh dan landak
"Panjangnya aku nak melalut nih, dah terbabas ke lopak - belukar dah ..."penangan gulai 'RONG' makanan rakyat marhaen, di pendalaman.
'RONG' atau nama popularnya asam rong adalah sejenis bahan masakan
yang dihasilkan dari isi dua jenis buah iaitu perah dan getah.
Asal usul nama
'Rong' ini tidaklah diketahui.
Mungkin rong itu sendiri bermaksud 'isi' dan sempena
'isi' ke dua-dua jenis buah untuk membuatkan bahan ini, maka dipanggil
rong.
...isirong kelapa sawit ...seperti CD rong, CD-ROM?
Tetapi di antara kedua ini, buah perahlah yang paling original.Isi buah ini dikeluarkan dibuang kulit arinya, di jemur lalu ditumbuk halus.Kemudian uli hingga lembut dan kelihatan berminyak..disimpan di dalam takar.Rong ini hendaklah sentiasa diuli dari masa kesemasa supaya tidak berkulat.Asam Rong ini boleh bertahan sehingga LIMA TAHUN..Bagi rakyat miskin, golongan marhaen untuk membuat gulai Rong Pucuk Pakutidak perlu banyak bahan.Memadailah dengan hanya sepangku pucuk paku yang dipetik di tebing sungai,segenggam asam rong, awas cili api, garam, kunyit dan airserta asam gelugur (kerana asam rong tidak cukup memberi rasa masam).Untuk memaniskannya, beberapa anak ikan, hasil 'saukan',dimasukkan atau sedikit ikan bilis yang ditumbuk.Selain dari pucuk paku, ubi kayu, keledek, terung, batang keladiserta pucuk-pucuk ubi boleh digunakan.Tetapi masakan rong ini menjadi lebih enak jika digulaidengan sejenis ikan sungai, ikan kenerak, yang dagingnya berwarna jingga.Selain dibuat gulai, rong juga boleh dibuat sambal bakar...*Photo Credit to Amir Ridhwan*
Gulai asam rom @ asam rong @ serom adalah makanan tradisi masyarakat Melayu,
asam rom lebih dikenali di sekitar
Kg.Ulu Sungai dan Batu Talam, Raub & Ulu Tembeling, Jerantut (Tempat lain ada juga).
Asam rom yang telah siap dan sedia untuk digunakan.
Ada jual di pekan-pekan sehari sekitar Raub dan Jerantut.
Terdapat dua jenis asam rom, satu dari buah perah dan satu lagi dari buah getah.Jika anda berada di kawasan Batu Talam Raub,
hidangan gulai asam rom adalah menu utama kenduri-kendara
(suatu masa dulu laa, sekarang ni masih ada tapi tak banyak).
Asam rom buah perah.1. Buah perah terdapat dalam hutan
(sama spesis dengan buah getah cara sebarannya)
Dalam kelonsong ada 5 biji sebelum pecah secara sendirinya menjadi berulas.2. Ulasnya di keluarkan & dijemur dua-ketiga hari.
3. Kemudianya ditumbuk hancur dicampur sedikit garam
4. Disimpan dan sedia untuk dimasak (sama konsep asam tempoyak)
*Photo credit to Man Laksam: gambar asam rom*
Asam rom buah getah (biasanya orang Ulu Tembeling)1. Buah getah di keluarkan isinya
2. Dijemur dua-tiga hari (to allow the kernel to shrink)
Then the outer shell is discarded and the kernel is retrieved and dried for one more day
3. Ditumbuk hancur (then kneaded to extricate the oil) +
campur garam
4. Sedia untuk dimasak gulai atau..sambal lempeng
5. Biasanya dicampur sedikit cili di giling dan dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak
(hidangan seperti lempeng)"Tadi dah terbabas ke lopak - belukar, nih dah sampai ke lubuk-paya lah pulok"
aku saja nak buat arkib manuscript kat sini, senang aku nak refer.
Tiada lagik dendam tak sudah. Selama ini aku ingat biji getah boleh buat tempe masa jaman Jepun dulu,
buat Gulai Asam Rom pun bleh...Paling teruk aku main letup biji getah dulu-dulu masa kecik-kecik...*Try this: Aminah Manja and her husband Oseman Busu (above) show their yam dish made with fermented rubber seeds as a condiment.
At right, Oseman shows how the dried seeds are pounded before the fermenting process.
The condiment is a favourite of the people of Jerantut, Pahang. Pictures: Bernama*Jeruk buah perah (Buah perah sahaja) 1. Setelah dibersihkan
2. Direbus sehingga masak (tidak sehingga hancur)
3. Dimasukkan dalam tempayan campur garam
4. Boleh dimakan selepas seminggu hingga setahun5. Awas, jangan makan terlalu banyak! nanti pening!
(mabuk -kata orang!) <-- memang ya pun betul, bukan orang kata lagik.Harga se 'pot' (gelas besar) buah perah RM2.00
Harga se 'pot' (gelas kecil) asam rom perah RM2.00
Harga asam rom buah getah murah sedikit
"Tadi dah terbabas ke lubuk-paya,
ni dah tenggelam dalam Tasik Bera lah pulok......"
..alang-alang menyeluk pekasam... sekali harunglah...
Mak mertua & Pak Mertua aku orang Sg Pahang. Mukim Jenderak - Benta.
Dulu ada buat Gulai Asam Rong @ Asam Rom... aku tak makan, tak reti-reti nak makan.
Bila dengar & baca kat banyak tempat kata sedap... terkilanlah pulak.
29hb nih aku balik Pahang... negok anak-anak... ingat nak trylah.
Ini makanan exotic, lain daerah tak jumpa wooo...
Hanya dijumpai dari Raub ke Jerantut sampai Lipis sana. Pahang Tengah & Utara.
Ewah-ewah, cerita punya cerita, analysis tak tempek lagik.
Jap...
*Mana ntah, aku amik gambar nih... tak ingat pulak, ini yang belum un-shelled lagik,
Brazil Nut dalam cluster*
The Brazil nut (Bertholletia excelsa) is a South American tree
in the Family Lecythidaceae, genus Bertholletia, species B. Excelsa.Brazil nuts as an abundant source of the mineral selenium
- which is an important mineral for heart and joint health also anticancer.
Brazil nuts are chock full of it.
Just 6 nuts have almost 800% of the recommended daily allowance of selenium.
Kalau kita makan banyak sangat Brazil Nuts ni... "NON-STOPPABLE" sebab sekali makan sedap & crunchy sangat, mesti terlajak.maka ended up with SELENIUM TOXICITYSymptoms: Nausea, vomiting, hair loss, skin lesions,
abnormalities in the beds of the fingernails,
and fingernail loss can all be symptomatic of selenium toxicity.
Levels of selenium necessary
to trigger these toxicity symptoms aren't usually obtained from food,
since selenium-rich foods contain about 30-50 micrograms of selenium per serving.
(Brazil nuts would be an exception here, since they average about 70-90 micrograms per nut).
Brazil nuts good. Many Brazil nuts very very bad.*Photo credit to Kasut Vinci*
Buah Perah, nama scientific dia = Elateriospermum tapos,
Famili EuphorbiaceaeAda orang kata boleh membawa MAUT utk kanak2.
Mereka dikatakan memakan buah perah yang direbus.
Postmortem dibuat menunjukkan
yang bebudak ni mengandungi tinggi kandungan cyanide.
Apa mende tu cyanide? Cyanide ni merupakan kimia beracun yg tahap tinggi la.
(aku rasa salah proses lah, bukan boleh rebus suka-suka hati ajer, peram, rebus , tukar air, rebus lama-lama... kalo rebus tak salin air, gerentilah mudharat...)So kesimpulannya, motto aku kali ini:
"Feel free to taste, there is nothing to worry about,
it doesn't make you feel intoxicated or under the weather,"