kesian baby tu.... gara2 sayangkan BMW....nyawa dia dipertaruhkan....mmmmmm....
Subject: Let Your Child Die, Don't Let Your BMW Die, Don't You Ever!
Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi.
Berlaku hari ini ( 1 Feb 2008 ).
Masa rehat Jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.
Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.
Car park yang mengadap DEMC tu..
Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW.
Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...
Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki
berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).
Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu.
Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...
Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...
Pompuan A:
umpil aje la pintu kereta ni
Mak Budak tu:
tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...
Pompuan C
: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?
Mak budak tu:
(sambil menangis)...nanti suami saya marah...
Pakcik B:
isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci,
saya takkan patah balik rumah,
saya pecahkan aje cermin kereta ni...
Pakcik C:
"Mana bapaknya???"
Mak Budak tu:
"Dia balik Meru ambil kunci"
Semua orang:
"Apa! Meru!!!"
Suasana menjadi kelam kabut
sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu.
suasana gamat macam perhimpunan haram...
Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan.
Dia asyik kata..."saya takut suami saya marah"
"Tunggu suami saya datang"...
Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: "pegi ambil kapak,
pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak.
Awak tak sayang nyawa anak ke?"
Sambil beberapa orang pergi mencari tools
utk pecahkan cermin keta,
beberapa orang pengawal keselamatan
sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu
kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan
dan kelemasan dalam kereta tu...
Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu.
Cina mekanik memberi komen
" aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"
Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan,
maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng....!!!! Selesai masalah...
Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan...kesian baby tu..
berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....
Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor".
Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...
Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...
bapak dia masih tak muncul-muncul...
mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...
P/S:Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu.....
sampai hati......ingatkan kita bangsa kita
ni penuh dengan sopan santun, adat ketimuran, penuh kasih sayang, compassionate, etc berbanding org Kafir......
alahai manusia...
ReplyDeletebiar betik these people.
ReplyDeleteTu hari aku makan karipap kat tangga tau, duduk kat tangga. Ada orang tua ni datang cakap " its good you eat like that, so you learn to be humble ". Fikir balik, memang betul, kalo tak perasan bongkak dan bangga diri dan sombong tu akan makin merebak dalam hati kita. So pada aku, walaupun berapa gah pun some of you readers here, sometimes its good untuk naik BMW, bukan BMW kereta German tu tapi - Bas, MRT ( untuk Msia is LRT ), dan Walk. Aku tiap2 hari guna BMW, dan I am proud of it.
hahahaha... BMW BMW.. tak sangka sampai camtu kan.. just drop at your blog, i found ur blog from geng jurnal.. nice entry..
ReplyDelete