Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Sunday, February 10, 2008

Aku Panasaran, Kalut, Takut... (09.02.08)

...(Aku copy balik apa yang aku coret secara terburu-buru dalam buku catatan semalam...
takut terlupa bila dah ilang takut)...

Malam ini, aku jadi panasaran sekejap
Sekejapan apa?
Lama jugaklah.

Begini ceriteranya...
Tatkala aku berbaring
Berseorangan di dalam kesuraman kegelapan
Di dalam bilik
Terasing kejauhan dari hikuk pikuk dunia

Terlintas lagi fikiran itu
Fikiran yang maha menyesakkan
Membuatku senak
Membingungkan kepala hotak ku
Mengusutkan segala spina sarafku
Sarat, penat, aku tak larat

Aku tak terjangkau
Aku tertanya-tanya
Terpinga-pinga
Siapakah ruh ku?
Siapakah aku di dalam jasad jasmaniku?
Macamana aku boleh menempatkan diri di dalam fizikal ini?
Apa yang sedang aku alami?

Lantas, dalam kecaca-marbaan itu
Aku teringat akan filem The Matrix

Arghhh... Kalut!
Aku kalut! Aku takut!

Aku cubit lengan kiriku.
Sakit

Aku tadah kedua telapak tanganku
Aku raut kulit wajahku
Hairan dan bingung aku...
Bagaimana ruhku ini?

Menerawang, menerobos lagi ruangan itu
Yanga aku sendiri tak tahu
Apakah itu

Aku pening
Aku rasa dunia aku berpusing

Aku tampar pipiku
Pedih.
Perit.


Aku menerpa balik dengan pertanyaan yang bertahu-tahu menghentam kotak fikiranku sendiri
Lemas...Aku lemas.

"Siapakah aku ini?"
"Macamana aku boleh berada dalam diri ini?"
"Aku kat mana ni?"


Aku makin kalut
Makin kusut
Makin melalut
Aku takut
Aku jadi kelam kabut.

Aku teringat kembali filem the Matrix!
Aku kaget.

Tidak! Tidak! Tidak!
Aku serabut.

Aku tak mahu fikir lagi.
Otak aku ligat berputer.
Aku ingin istirahat.

Mengenal diri, jalan terbaik kepada mengenal Rabbi

No comments:

Post a Comment