Sebenarnya, kali ini aku nak cerita pengalaman aku join aktiviti memancing.
Mancing kat mana?
Akupun tidak tahu pada mulanya.
Pada sangkaan ku, aku akan mengalami aktiviti pemancingan di Sungai Pahang
seperti yg selalu kudengar lewat ceritera suamiku & resam keluarga Pahang.
Tepat jam 3.09 petang Ahad itu, dengan kelajuan yang tak berapa laju kira-kira 80km sejam,
berbekalkan kuasa kuda 1500cc,
kami (yang dimaksudkan dengan kata ganti nama kami: diriku, suamiku & bapa mertuaku)
bergerak ke arah Gunung Senyum dari Jengka 13.
Melalui Jengka 25, dalam motokar
aku mendongak melihat kepulan pokok hujan berarak suram.

Tiba di Kampung Paya Hangat, di mukim Batu Sawar, Pahang.
Aku terkebil-kebil membaca papan tanda di situ.
Aku terkebil-kebil membaca papan tanda di situ.
Kereta burukku, kereta comotku, kereta cabukku, kereta kemekku
berhenti di tengah denai, di tengah hutan.
Bapa mertuaku, segak berbaju batiknya
bergaya dengan seluar slacknya
mencantas pelepah salak
menyisir daunnya
Aku bertanya pada suamiku
"Hendak diperbuat apakah pelepah salak itu?"

"Hendak diperbuat si joran, kata orang kampungku - "fishing rod".
Sesungguhnya, tidak sama sekali jika dibandingkan dengan pengalaman memancing di Port Klang...
yang sarat dengan fishing rod dan kekili yang sofitiskated... canggih.
Kini, segala-galanya kembali ke alami...

Riak air di empangan kulihat tenang. Nun kelihatan berbalam-balam Gunung Senyum
Senyum di penghujung rimba yang menghijau.
Di tepian suak, ada olengan pada kelompok kiambang.
Apungan teratai subur mekar
sesekali diusik kocakan gelombang
Laman tasik terpencil sunyi
laman terapi barangkali...

Aku masih tercegat di pinggir empangan
masih berdiri
Mata terus mengamati menghayati
pada deruan air yang terjun
ke lohong kunci air
Ahhh... cukup sinonim bagiku.
Terhimbau pada terusan
Teringat aku pada tali-tali air di tebing sawah
lewat musim menyemai padi di daerahku di Kuala Muda, Kedah.

Paya rawa gambut
Penuh selut
Sarang belida sepat
Lubuk potak dan selat
Daun kiambang mati mereput
akar teratai berselirat berserabut
terapung bagai bot sabut
Penuh selut
Sarang belida sepat
Lubuk potak dan selat
Daun kiambang mati mereput
akar teratai berselirat berserabut
terapung bagai bot sabut
Ah, berebut-rebut meragut umpan
aku terpempan melibas joran
acap-kali terguling tergolek gelantang
terhumban mengimbangi badan
aku terpempan melibas joran
acap-kali terguling tergolek gelantang
terhumban mengimbangi badan
Lewat remang senja
bingkas bangun bungkus segera
mahu cepat pulang
menyiang, menyiap
menghidang santapan
hendak makan bersama-sama keluarga
& akulah tukang masaknya.
bingkas bangun bungkus segera
mahu cepat pulang
menyiang, menyiap
menghidang santapan
hendak makan bersama-sama keluarga
& akulah tukang masaknya.
3s,
ReplyDeleteko pakai kamera apa eh? aku cakap sikit eh, ko untung ah dapat pegi all these places, ko try to get a clearer pic la. Then aku gerenti mesti lagi power giler.
Salam...
ReplyDeleteaku dah advanced forecast dalam otakku dulu (dah ada draft dlm kepala pasal soalan ini) sebelum kamu kemukakan pertanyaan yg serupa ini...
Aku pakai kamera yg tak brapa best...
Ada pakai Panasonic Linux bila nak pegi jauh2 jer...
yg nipun tak plan nak ambil gambar...
Last minute
Nantilah... moga dapat balik kameraku itu...
tu ah, ala...ko beli camera murah dapat 4mega pixel, 3 optical zoom pakai bateri AA size tu pun ok dah. Taruk je dalam beg. Rugi ah ko.
ReplyDelete