Suatu waktu
Hujan lebat
Titiknya jatuh mencurah
Dari cucuran atap
Terjun ke dalam longkang
Rintik-rintik
Berderai bersatu
Menjadi aliran terusan
Ibu dan aku
Emak dan si anak kecilnya
Berpayungan di tepi kaki lima
Melepaskan satu per satu
Sampan-sampan kertas dan bot-bot kecil
Laju ia berlepas
Meninggalkan pengkalan dan landasan
dibawa arus nan deras
Hujan lebat
Percikannya penuh ria
Sapu ke wajah
Meninggalkan topeng memori masa
Hujan lebat
Kuulangi detik itu
Bersama anak comelku
Topeng mukapun dibuka
Membiarkan sahaja percikan mesra
Hujan lebat
Titiknya jatuh mencurah
Dari cucuran atap
Terjun ke dalam longkang
Rintik-rintik
Berderai bersatu
Menjadi aliran terusan
Ibu dan aku
Emak dan si anak kecilnya
Berpayungan di tepi kaki lima
Melepaskan satu per satu
Sampan-sampan kertas dan bot-bot kecil
Laju ia berlepas
Meninggalkan pengkalan dan landasan
dibawa arus nan deras
Hujan lebat
Percikannya penuh ria
Sapu ke wajah
Meninggalkan topeng memori masa
Hujan lebat
Kuulangi detik itu
Bersama anak comelku
Topeng mukapun dibuka
Membiarkan sahaja percikan mesra
written by aisya iasya, kuala lumpur May 2005
No comments:
Post a Comment