Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Monday, June 8, 2009

Ikan Bakar Part 2 : Bawak Member Makan Ikan Bakar Jalan Bellamy

Rupa-rupanya rakan-rakan bloggerku Ibu Singa & Nas jugak terkena tempiasnya.

(kalau nak thrill, kita sebenarnya boleh menghasilkan ikan bakar sendiri...
beli ikan fresh, lumur apa-apa yang patut, bakar atas kuali...
...
atau bakar atas dawai... wangiiiiii semerbak baunya... ghau, ghau... )


Gerai Seri Melaka World kami tuju, setelah, tiada lagi ruang di Gerai Seri Menanti, Pak Jaafar

*Aku sebenarnya kalau boleh tak nak buat entry ikan bakar lagik, takut sesapa borink membacanya, mengulang benda yang sama berturut-turut...
tapi sementara ada mood nak mengarang jalan cerita...*


Hari ini,
Aku pergi report kat member sebelah kiriku (Jiss)
aku dah jumpa tempat Ikan Bakar Jln Bellamy tu
memberku Syam (dia duduk depanku) cakap
dia dah baca entry ikan bakar Jalan Bellamy ku yang terdahulu.
So, Jiss cadangkan, apa kata kitaorang pergi lunch kat situ... erkkk...
... boleh saja...

Soklan: Apa beza Ikan Bakar Seri Menanti dengan Ikan Bakar Seri Melaka World?
Sila scroll down untuk jawapannya... tunggoooooo...!

Agak kaget kitaorang, parking penuh, sampai ke Stor Istana Negara...
Sesak macam kenduri kahwin layaknya.



Target Utama: Gerai Pak Jaafar, Ikan bakar Berempah Seri Menanti.
Waduuuhhh, capek menunggu hampir 15minit, ngak ada tempat kosong.
Laris benar & luarbiasa betul pengunjung yang menyerbu gerai itu.
Regular customer agaknya.

Gerai Ikan Bakar Seri Menanti, dia 'selek' (taruk) rempah just nice sikit-sikit ala kadar jer. Pastu bila dia angkat taruk kat ceper leper tuh, direct contact debgan steel ceper tuh,... Minyak banyak, tuh yang rangup & crispy tuh....
Ikan kelihatan agak berkilat & bersinar-sinar macam kena lacquer @ 'Shelek' Then, ikan punya portion macam terubok, dia cut dua sahaja (kepala & ekor)... bigger lah.


Style Ikan Bakar Seri Melaka World, dia paste rempah banyak-banyak, tebal-tebal & cover keseluruhan ikan. Bila dibakar atas ceper leper, dialas dengan daun pisang...
Ikan dibakar agak rapat & sesak ya'amat atas ceper tuh... cian.
Minyak tak banyak.
Ikan kurang rasa crispy & kurang lemak - manis

(kan kolestrol tuh yang buat makanan sedap,...kan?)

Ikan terubok, dikerat 3, kepala, tengah & ekor, smaller portion.


'Apit kiriku' Suzie sedang menerkam cencaru bakar dengan garfu & sudunya.
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Dimulakan dengan Bismillah...
Syam tekun memulakan langkah pertamanya, mencubit isi ikan bakarnya,
aku pulak yang terasa tak sabar-sabar nak makan nengoknya...
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Aduhhh, ikan bakarku terbiar sepi... cinonet... tak ambil air asam.
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Ikan-ikan yang menjadi korban santapan insan-insan yang datang sejauh Taman Maluri.
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Tulang berceracak, ada yang disisih ke tepi, ada yang tak larat nak sisih, kunyah saja.
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Bil-bil yang dah diselitkan ke bawah pinggan, telah dipaparkan.
Asalnya ialah kertas kosong bahagian atas, kertas bertulis ditelangkup ke bawah ketika pelanggan sedang menjamu selera atau tengah baca doa.
Soklan emas: Apa tujuannya diselit dalam keadaan kertas di telangkupkan?
Sapa tau?

Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Sehabis, menjamu selera, Suzie beli tapai beras lah pulak kat Gerai Seri Menanti...
Pastu dia beli cekodok panas... yang warna itam tuh...
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
*Gerai Seri Menanti*
Aku biasalah, tetap takkan melepaskan peluang
nak tangkap gambar Ikan Bakar Seri Menanti sekali lagi...
Dah tukang bakar tuh cuak, hari tuh dah tangkap gambar, ni tangkap gambar lagik...
Si Syam duk interview harga-harga potongan terubuk...
Cuak dia, ingat kami nih competitors agaknya.
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Ikan Bakar Belakang Istana Negara Jalan Bellamy
Padan dengan namanya Gerai Seri Menanti,
ramainya customers buat orang sanggup queue,
sanggup menanti dalam kelaparan yang menggigit perut.
ternanti-nanti customers terdahulu bangkit,
then cepat-cepat chup tempat selepas sabar menanti.


11 comments:

  1. helpppppppppppppp.................
    meleleh air liur ni.................
    still tak pergi2 lagi ni Sya.....................
    waaaaaaaaaaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  2. wah..tgk ikan bakar tu je pon dh nk terliur..(skrg ni lom sarapan lg..lapar la plak)

    ReplyDelete
  3. adus.....meleleh air liur den...

    ReplyDelete
  4. perrrrggghhh..kau nie sengaje buat aku terliur. dah ler aku nie jauh....pose pulak tu. menitis2 air liur aku nie

    ReplyDelete
  5. To Bu Singa,


    Jgn tak pergi buuu,
    jangan tak pergi... termimpi2-mimpi aroma wangiiinya ibu singa weihhh...


    Confirmn... malam bukak...

    ReplyDelete
  6. To Van Der Shraf...
    Ahkak galakkan kamu pergi bersama rakan-rakan & sanak saudara...

    Suasananya cukup tenang kalau datang pepagi sabtu seawal jam 11 pagi.....

    ReplyDelete
  7. To Mommy Sarah @ Charlie,

    Pada yang jauh di perantauan,
    boleh beli Ikan Salmon,
    pastu grill macam License To Grill kat Asian Food Channel tuh...

    Fooohhh, minyak dia, lemak bagai... kan?

    ReplyDelete
  8. To Nas,
    Ikan bakar versi Utara apa kurangnya.
    Kat sini versi Ikan Bakar Berempah...


    nanti balik kampung nak tangkap gambar ikan bakar Utara pulak...

    ReplyDelete
  9. Dear Eva,


    Nak pergi nak ajak sapa?
    Mr Oren ker?

    ReplyDelete
  10. aku kalau salmon, buat kari kepala ikan jek. takpe...nanti aku beli fillet salmon and marinate macam malaysian style. agak2 apa rasa yek?

    ReplyDelete