Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Tuesday, April 8, 2008

Azab Sengsara Kena Bom Pemedih Mata (Riot Control Grenades)... Kuang, kuang, kuang...

Bom Pemedih Mata




Bom gas digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai.
Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan gas CS).
Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan.
Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile).
Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka)
menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu.

Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini
untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan lepuh pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh barah paru-paru).
Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.

Nih gambor bawah nih bom kaler... yg kuar asap warna warni kot...

Adik aku, (Si Tukang Cerita, cian dia, entah elok-elok masuk Polytech dalam 6 bulan tak mau blajar nak masuk polis... bikin lemas perut bapak aku,... 3 bulan training kaki adik aku buruk makan dek air(peluh) bin melecet dalam kasut sebab disuruh berlari berkilo-kilo meter jauhnya... mak aku sampai tiap-tiap ari nangis mengingatkan anaknya yang sorang ini... sampai pos berbotol-botol minyak gamat...)

anggota Pasukan Gerakan Am Polis Hutan Batalion 16 di Putatan Kota Kinabalu Sabah - pulang ke Semenanjung Malaysia pada bulan January 08 yang lalu setelah tamat kursus 3 bulan di Sarawak. Ni bulan May 2008 nih nak balik Semenanjung lagik, nengok bapak aku warded nak operate lagik.....

Antara kursusnya ialah mengendalikan rusuhan.

Biasalah, pelatih-pelatih nih, sebelum depa tembak bom tuh kat orang awam masa rusuhan... (aku menci nengok polis FRU tembak bom nih kat orang wat demo, tengok kat dalam Harakah, nengok kat dalam video...kesian betul)...

Sebelum depa apply kat orang, depa yg kena jadi bahan ujikaji... dah kena baru tahu.

First, instructor kumpul dekat 180 orang pelatih kat4 lapang sasar yang lalang dia kat tinggi pinggang. Dia suruh sumer pelatih melutut, buat rantaian manusia, kedudukan ala2 orang nak sujud dalam solat, siku kacip sama siku orang kiri dan kanan... tak nak kasi lari... Sumer orang pejam mata siap2, tutup idung dengan baju.


Ini ulangan latihan kedua. Part pertama sumer lari kuar pagar masuk hutan - escape. Derang rela kena denda semata-mata nak escape bom nih dari kena azab bom. Part kedua nak tak nak kena jugak...

Dia tembak bom nih dalam 10 tin. Tin pertama jatuh (tak taw berapa meter jauh dr pencerita). "Allahu Akbar! Allahu Akbar!" tetiba terdengar jeritan padu yg amat dahsyat... Org kiri dan kanan dah merentap2 tangan tukang cerita. Tukang cerita tahan tangan, tunduk, kalut baca doa.


Tin nombor dua jatuh. Betul2 depan org sebelah kiri agaknya. Orang kanan regut tangan, meronta-ronta, seluruh pelatih bertempiran lari lintang pukang, semua dibutakan dek bom tuh, mana yang teguling-gelentang dipijak rakan-rakan yang buta guna boot tentera, mana yg jatuh dalam lopak air, terus dikeroyok oleh yang berbondong-bondong kononnya selamat kalau kena cover dengan air....

"Firdaus...! Sini ada lopak air, cepat selam...!"
Si pencerita baru nak menerpa terjun...
join geng-geng yang dah nak dok menyelam kat dalam lopak,...
"Arghhhhh... Aduih, Allahu Rabbi...!"
Sekonyong-konyong terdengar jeritan parah member yang baru sua kepala timbul
nak ambil nafas di permukaan lopak...
Patutlah FRU selalu sembur orang guna paip bomba... nak suruh lagi gatei kaedahnya...

"Heh, baru nak start terjun, terus tak jadik, nasib baik..." ruper-rupernyer kalu kena air lagi gateilah gamaknyer... tergaru sana, tergaru sini... azab...

Ramai member-member tukang cerita yang menggelupur kena attack dengan asap yang mampu buat pernafasan terhenti 40 saat. Chisss... ramai jugak yang berguling-guling, kaki menendang-nendang angin, tangan garu sana sini... terjetik-ketik...Azab nestapa....

Nun dalam jarak 120 meter, ada lebih kurang 7 orang pelatih sibuk menendang-nendang pagar besi, tak kurang jugak sibuk menolak pagar nak meloloskan diri walau kederat dah tak der, sambil seblah tangan menekup hidup...

Sementalaah itu sempat jugaklah asap beracun bom merebak, menusuk masuk... " Argh... Allahu Akbar!" Si pencerita meraung, tapi suara hanya bergema dalam tekak ajer, tup-tup pagar roboh, napas dah terhenti... 40 saat rasa macam 40 tahun katanya... nak mengucap tak sempat, ingat Allah, ingat mak abah ajer katanya...


“Bila serangan senjata kimia,
kita tidak boleh bernafas dan membuka mata kerana ia merupakan anggota badan yang sensitif"

Lepas wisel ditiup instructor suruh berkumpul, sumer mangsa bom attack, muntah ijow kuar lendir & mucus ...uwerkkkkk... secara tak sedor...

Pencerita turut merasai ‘keperitan’ gas pemedih mata walau dah lama dekat hampir 4 jam lepas tamat latihan. Gas tersebut mampu ‘melekat’ dan menjadi sebati dengan pakaian perlindungan yang dipakai.

Tukang cerita merasa pedih pada bahagian mata dan kulit dan sakit peparu. Bayangkan sekiranya ia terkena pada wanita, kanak-kanak, bayi, orang sakit jantung... orang kurang upaya (wanita pregnant, orang tua), pasti mendatangkan kemudaratan serius.

Haaa.. adik aku dah bagitaw kat babah aku,
jangan sesekali pergi menghampiri kawasan demo (bapak aku sukalah tuh kalau ada demo, dia tak pernah join, tapi teringin sangat nak join walaupun dah umurnya dekat 60 taun... )

1 comment:

  1. aku tak pernah rasa kena tembak benda ni lagi, baca description ko, mintak2 tak mau rasa sampai bila2 ah hehehe

    ReplyDelete