Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Tuesday, July 8, 2008

Tangkap Kepah Lagik - Awal Pagi Ahad 15.06.08


ENTRY TANGKAP KEPAH Di Waktu Senja 14.06.08 >>>>
Sila Click Sini ... KUALA MUDA



*** Keadaan beting pasir kala air laut semakin pasang pada puku 8 pagi itu...
air takat lutut***


Pagi Ahad, selepas menghantar Asyraf Daniel Imran ke PASTI...
kitaorang pegi lagik ke Kuala Muda...

*** Gambor ni aku penah buat screen saver, nyaman & tenang***

mind heart body soul
** Ni bukan mandi laut weih... ni tengah kutip kepah nih... tak caya?***


*** Pengutip kepah bersama bekas tangki air yang terapung di atas permukaan laut, senang nak isi muatan hasil tangkapannya... ini dapat banyak sekali kaut dengan pencakar besi***


Inilah rupa kepah yang dikaut
mengunakan pencakar @tau nama glamournya 'rake'...
Kira macam membajak di paras air laut setinggi ketiak...
tarik pencakar tuh... kaut segala pasir...
then, pasir keluar ikut lubang jaring-jaring besi, yang tinggal hanyalah kepah
yang lazat lagi enak... nyum-nyum...

*** Segar dari persisiran pantai***

*** Buat cekodok pun sedap, kira macam jemput-jemput udang,
cicah sama kuah kacang... wowww! ***

lupa bila mention pasal jemput-jemput, bukan bermakna masuk sekali dengan cengkerang2nya...


*** Kalu beli, seplastik yang masih bercengkerang lima hengget jer... expressway ***

Wednesday, July 2, 2008

Mengutip Kepah Di Kuala Muda - Sabtu 14.06.08

Petang itu jam 6.15pm bertolak dari daerah Tikam Batu, Sungai Petani Kedah menuju Kuala Muda, Seberang Perai Utara, Penang.

ENTRY TANGKAP KEPAH 15.06.08 >>> Sila Click Sini PAGI AHAD Kuala Muda

*** Ada 2 beting pasir, satu yang kecil memanjang...
satu lagik yang seluas separuh padang bola sepak***

Ingat saja nak jalan-jalan makan angin. Dah lewat petang sangat,nak masuk Maghrib.
Aku tengok Mr. Anuar bawak keta slow ajer takat 40km/jam.


Sungai Muda di sepanjang jalan kiri dan kanan, paras ayernya surut. Surut banyak.
Menonjolkan akar-akar pokok bakau & nipah.
Bila lihat akar nipah yang terserlah lumpur-lumpur kuning mengering, hati aku melonjak girang, ni petanda baik...
Aku sudah tidak sabar-sabar nak mengulangi episod mengutip kepah di laut sana.
Kali terakhir tahun 2001.
Mr. Anuar hanya pernah mendengar cerita
'konon'nya aku berjaya mengutip seguni beras saiz 20kg... 'Konon'nya... tapi tak pernah terbukti.
Kira serupa macam cerita dongeng.


Tiba di tepi pantai Kuala Muda, air surut, ramai orang di tengah air chetek,
sedang giat mencari kepah. Weiyh... seronoknya...

***Atiqah Jasmine Balqis
berdiri berlatar-belakangkan beting pasir yang timbul kala air surut***

Beting pasir ini tak tetap wujudnya...
Bak kata pepatah, 'Sekali air pasang, sekali pantai berubah'
atau ' Sekali air bah, sekali pantai berubah'.


*Sekelompok anak Cina sedang mengais pasir, mana tau kot-kot ada kepah*

Di Kuala Muda, jarang kita nampak orang suka-suka bermandi-manda.
Ayernya tak berapa sihat untuk mandi-manda, takut gatal-gatal pulak kang.

*** Permandangan di atas beting pasir yang bersaiz seluas separuh padang bola sepak***


*** Di atas beting pasir... ibarat pulau kecik...
Teringat aku kat pendatang tanpa izin Indonesia naik bot menyeberang Selat Melaka...
gara-gara nak menyusup masuk ke Malaysia, tekong turunkan mereka di atas beting pasir tatkala air surut di tengah samudera Selat Melaka,
bila air pasang, tragedi pendatang tanpa izin lemas berlaku... zalim***

Lautan adalah kehidupan
Sebiru laut, setenang air tanpa gelora


***Kalau berdiri di atas beting pasir, menghadap ke daratan tanah besar,
inilah pemandangannya... menara Masjid jelas kelihatan.***


*** Di atas beting pasir, penghujung beting pasir menghadap ke arah tenggara,
Pulau Pinang berbalam-balam menjadi latar-belakang gambar ini***


*** Manis sungguh si gadis ayu...
Sambil mengalai kepah sempat menyedeqahkan sekuntum senyuman kepadaku
terus aku teringat kat Mahsuri,
kalau bukan Mahsuri, Rita Rudaini kot***


*** Matahari terbenam diufuk barat... ada lagi yang dok mengutip kepah di jauh sana...
Aku phobia .. takut ada sotong kurita ker, jerung ker, buaya ker dok attack tetiba..
tak nakkkkk ***

Planning Ahead to Danau To' Uban... Old City of Chermin Empire

I'm tired. I long for a vacation!
August would be the busiest month in 2nd half 2008.
I'll be away to Seberang Prai, Penang for new Jusco stores Opening for about 25 days!

If I were a man, I would manage my hitch-hiking activities
and travel alone to the mysterious land.
I plan to set my feet in Kelantan next year.
My destination: Danau To' Uban.

I talked to my partner Mr. Anuar about my programme... and he asked me what for???
I explained that I want to witness with my naked eyes
and study the mysterious area Bukit Panau , Danau To' Uban myself.
Supposely, its all about the related ideas of FUTURE PHENOMENON
It is believed that 'HARTA UNTUK BELANJA PERANG AKHIR ZAMAN' is hidden there... bla-bla-bla...

Mr. Anuar said nothing about my plan.
Angguk tidak, geleng pun tidak.
I know, he doesn't trust that I can drive to Pasir Mas, Kelantan.
BE POSITIF MAN!
Sibuk tak yakin mana nak tidur.
There is hostels at Pusat Tahfiz Al-Qur'an near Masjid Brunei there... by the lake side.
IF THERE'S A WILL, THERE'S A WAY.

I plan to take my whole family there, with me.


It's quite impossible for a mother, a wife like me
to travel alone to rural area of Kelantan just to discover this.

So, from now on (6 month before my journey),
I must exercise a lots, to keep fit... I should plan my schedule.
Working with JUSCO, you are restricted to take maximum 5 days leaves
(except marriage leaves, cuti pegi Umrah/Haji & hospitalisation)

Danau Tok Uban! I'm coming!

Let's Think Out Of The Box!!!

I'm very busy lately...
So many things to be settled down... family matters.... company matters...

Today for the whole day I collect around RM77,000 + RM110,000 from my suppliers
to be pumped into my department gross profit.
Imagine: you run business without profits! That sounds crazy.


As a senior purchaser, you must master the figure.
The basic key:
Opening Inventory + Purchase = Sales + Price Alteration + Loss + Closing Inventory.

The you have to master Open To Buy policy, Turn Over Days and manage your profits.

Soon, next week is my evaluation for 1st Half 2008 performance.
Submission of Management By Objectives (MBO).

In Jusco there are 2 systems to increase your income...
1. Up-Grading (1 half of every year achievements & evaluation)
2. Annual Increament (2nd half of every year achievements & evaluation).


Yet, still I'm not prepared to study & reading the book - It's Not About The Coffee
(Leadership Principles from a Life at Starbucks)


Haaaaaaaaaa...
Now I'm nailed down to Harmoniser Forum (CVT).
My major interest topic: METAFIZIK: PERSPEKTIF TASAWUF DARI SUDUT SAINS.


Saturday, Sunday, .. I spent most of the time reading one by one challenging topics
Monday & Tuesday ... I thinked and thinked ... thinked out of the box...

Saturday, June 28, 2008

Hajat Tak Kesampaian Makan di "Restoran Cheng Ho" Suhaimi Search

Bila aku sebagai co-ordinator mencadangkan Restoran Cheng Ho
sebagai tempat untuk lunch Ahad 15.06.08...

.... ramai yang ragu-ragu dengan cadangan aku
dengan pelbagai sebab - musabab yang sungguh tak positif...

*** Kelihatan nendaku sudah duduk di atas bench di sebelah lakaran potret imaginasi wajah Laksamana Cheng Ho @ Zheng He***

Aku dah buat research dah...
yang buat aku makin berkobar-kobar nak pegi makan kat situ ialah
bila tengok Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun dah makan kat situ...
echeh, lagilah ... aku teruja.
Dah lama aku planning makan kat situ dengan adik aku Si Najib.


Kami sampai nak dekat pukul 2.30petang dah.
Apa malang aku tak buat reservation sebab tak jumpa contact number dia.

Apa lagi, Restoran Cheng Ho sudah 'full house'.
Restoran break 4 jam untuk next shift dinner phase pulak.


*** Pengunjung yang mungkin pertama kali datang nak mencuba...
sedang mengerumuni kaunter pertanyaan dengan penuh harapan di entrance ***



Haaa.. maka dengan ini
aku paparkan nombor yang terpampang kat tepi entrance Restoran Cheng Ho
untuk buat 'reservation'.
013 - 600 8990
(aku lupa ambik nama contact person pulak)


*** Dari kejauhan sudah kelihatan para pengunjung yang sedang mencongak-congak back-up plan hasil kesan fenomena 'full-house' di Restoran Cheng Ho***

Perut sudah lapor.
Pulak tuh tadi kitaorang pusing-pusing sesat dari Berjaya Times Square
sampai masuk Pasar Pudu.
Mati aku kalau kot-kotlah derang mengamuk salah bagi direction.
(kalo aku yang drive senang, sub-concious mind boleh lead automatically to the place).


So... bila keadaan begini terjadi orang yang bercadang nak makan kat situ, yang sudah pun sampai di muka pintu Restoran Cheng Ho ada yang mengambil tindakan;


1. patah balik masuk dalam kereta & blah
2. tunggu jugak sebab nak makan jugak kat situ (dah hajatnyer...)

3. beralih ke restoran di sebelahnya... hai, tak dapat makan kat situ, tengok bumbungnya pun jadilah...


*** Kita orang makan kat sini, not bad.
Aku recommend lepas lunch tuh,
kita orang ada pesan roti putih hailam, sapu dengan serikaya mixed dengan peanut butter, bakar atas dapur...
wuih, sedap tak terkira! Kita orang 17 orang, siap order 3x + 1x tapaw bawak bekal balik.... sedap... dah kenyang makan nasik pukul 3.20 petang, cuci mulut dengan rotibakar pulak... ader ker? ***


*** Wajah-wajah yang kelaparan dah pukul 3.00 petang tak masyuk makanan lagi... ***

Alhamdullillah, kopitiam kat sebelah pun sama-sama maju.
Dapat tempias rezeki dengan wujudnya sistem yang diamalkan Restoran Cheng Ho.
Rezeki masing-masing. Persaingan sihat.

*** Sepupu aku 3 beradik... ***

Ralat jugak sebab aku tak snap gambar makanan. I behaved myself.


Last sekali kitaorang bergambar kenangan beramai-ramai di luar kopitiam.
Aku belum dapat e-mail gambar tuh...


*** Aksi pekerja Restoran Cheng Ho yang mencurahkan bakti sedang merakamkan gambar kenangan kami sekeluarga 17 orang,
orang ambik gambar kitaorang, aku pulak sibuk tangkap gambar cameraman...***


Wednesday, June 25, 2008

Titik Pertemuan di Berjaya Times Square 15.06.08

Hari tu, Ahad 15hb Jun 2008.
Nak berjaya sampai ke Berjaya Times Square naik keta dengan jayanya (melalui KLCC) punyalah azab.


Pusing keliling cari jalan nak ke entrance.
Lainlah kalau dari Jalan Pudu ker, Jalan Hang Tuah ker,
masuk parking ikut depan balai bomba gittew.

** Adikku Si Najib, dulu blajar UIA, Kolej Bilal, Adiputra, Hubby, Atiqah, Adikku Si Asyraf **

Sudahnya, siap tersilap masuk loading bay punya parking pulak.

**Nenek ku dengan cucu & cicitnya...
rupanya dia nak beli branded handbag budget RM600.00
(aku pun tak pakai yg mahal bagai gittew, abis kuat RM100.00 jer)**


Masa aku pergi tu ada Japan GT punya promo.


Apa lagik, aku dengan tanpa segan apatah lagi silu bertindak sebagai papparazi.


... Fire red bak kereta bomba plak ...

... biru macam kereta polis...

... yang ini putih macam keta mayat.. hmm ambulance boleh jugak ...

*** Aku suka yang ini, ada iras-iras kereta klasik idaman aku "My Fair Lady"***



Dalam dunia yang fana ini aku minat kereta

1. My Fair Lady 2. Volswagon Beetle 3. Hummer 10 tayar
(dulu aku minat Toyota Hilux.... now sila lihat gambornya)


aku takat tgk ajer la .... sampai mati pon takder can nak naik ...


"Yuk! Kita berangkat ke Wangsa Maju, cari Restaurant Chinese Muslim Cheng Ho, milik Syeikh Amy Search".



Aku busy, tapi nak taruk entry jugak....

Petang Sabtu itu aku menerima call dari uncle aku... katanya nenda aku dah ada kat Legend Hotel, Kuala Lumpur... yg dekat The Mall tuh.
Nenda aku turun dari Singapore. 2 family, 2 biji keta turun Kuala Lumpur.


Dah lama tak jumpa woo. Ada dekat satu taun stengah.
2 family lagi tuh da dekat 5 taun aku tak jumpa.
Ada yang aku tak penah tengok lansung.
Ada yang aku last tengok taun 1989... waduhhhh.. nama pun dah lupa lansung.

Dia bagi 2 option sahaja untuk aku organise..
Option A: kumpul orang, book tempat untuk family gathering - dinner that night...
Option B: kumpul orang, book tempat untuk family gathering - lunch on Sunday


Aku menggaru kepalaku yang tak gatal.
Manalah aku tahu nak reserve kedai makan yang best-best kat Kuala Lumpur nih.
1st choice yang aku nak pegi sangat Ikan Bakar Jalan Bellamy (belakang Istana Negara tu)... besh!
Tapi tak sure Sunday ada buka ker?

2nd choice kat Gombak area.
3rd choice Restoran Puteri Rubiah Suparman punya.

Aku nak makan kat warung-warung jer... sempoi

Balik umah aku jadi gelabah biawak...
Hati aku bagai digaru-garu
suruh bawak derang nih pegi Restaurant Cheng Ho, Amy Search punya...


So, malam tu aku call adik-adik aku kat Shah Alam & Taman Melati Gombak.
Esok kita car pool pegi Berjaya Times Square jumpa derang.

Tuesday, June 17, 2008

Lelaki buaya darat, mulutnya manis sekali, tapi hati bagai srigala...

"Bang, daging boya nih, brapa sekilo?"
"Haaa... kasi saya 8 kilo, potong kecik-kecik ya... kulit buang sekali, kuku dia tolong 'clip'kan senang nak masak kicap taruk black-pepper"


Gamaknya, itulah yang diperkatakan oleh salah seorang pelanggan Jusco Guang Dong, China.
Buaya diternak untuk dagingnya di ladang buaya, macam ayam daging agaknya...

Boya ni dak masuk category perishable FISH DEPARTMENT,
product perikanan.
Buktinya, ia di'display' dalam kawasan kejiranan
yang terdiri dari kalangan ikan merah & ikan-ikan lain.

Sebelah menyebelah ber'neighbour'kan si ikan.
Tak sangka 'reptiles family' boleh disama tarafkan dengan 'fish family'


Aku rasa lebih afdal & sayugialah boya ini dimasukkan ke dalam MEAT DEPARTMENT.
Kalo kat Malaysia nih patut masuk dalam NON-HALAL DEPARTMENT.


Aku dah tengok keratan rentas badan boya nih...
lebih kurang macam potong ikan ketul besor gitu...
Macam potong ikan kerapu gergasi gittew.

Saturday, June 14, 2008

Hidangan Exotic ... Pity, Pity, Pity that animals...

Hmmm... ingin sekali aku makan yang sedap-sedap & berkhasiat ...
tapi bukan yang berupa sebegini...

Derap tapakku melangkah, hati berdebar-debar...
aku dah dapat mengagak apa yang bakal dihidangkan... ditawarkan...

Perutku tersangatlah laparnya...
"terketar-ketar, menggigil menahan lapar dalam cuaca musim bunga hujan renyai-renyai"


..inilah dia...


Sepanjang lorong kat food court tuh, aku tak rasa macam kat medan makan pun.
... aku rasa more to Aquaria.. aquarium.


Ahhh... inikah yang dinamakan berketamadunan?

Si Buntal yang sedia untuk di cekup menjadi sup... (ini boleh tahan lagi, species ikan..)

*** aku macam pernah makan ikan yang macam dalam gambar sebelah kiri tuh***

Dalam istilah Bahasa Melayu species bercengkerang bak helmet cenggini
ada dikenali dengan nama penyu, kura-kura, labi-labi, tuntung... apa lagi?

*** panjangnya ekor dia, teringat aku kat ekor armadillo pulak,
armadillo, yes Mr. Armadillo...***


Hmmm.. in English ... Turtle, Tortoise, Terrapin....


Nih dari kalangan puak kasta lain dalam species tortoise lah kot-kotnya...

*** yang ini sekali imbas macam scorpions, tapi aku rasa bukanlah, macam kumbang air jer... masak sweet sour atau goreng halia paling seswai gamaknya ... ***

**** Buaya darat untuk dimaharkan****

****belut still ok, Laksa Kuala Perlis pun pakai belut, blender buat kuah, tada pa-pa pun...*****
mind heart body soul


*** Mungkin pada waktu entry ini ditaip, kelompok kura-kira ini
sudah pun menjadi arwah & sudahpun selamat dihantar ke alam barzarkh...***



Labi-labi species nih, sebenarnya aku nak ambik gambar tummy dia,
macam very soft, softer dari species yang lain.
Aku imaginelah, kalau kukus taruk halia ker,
mesti part itu jadi oily & lemak-lemak manis begitu...waw...


heart mind body soul
Kumbang air, mungkin derang rebus macam lala kot...

*** Jauh perjalanan aku, setakat luas pemandangan,
tak sangat lah jauh perjalanan luas pemakanan... dush!***