Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, February 16, 2013

Repekan Ablasa Style ...

Hmmm... salam to all of you.

Aku pun tak tahu nak mulakan repekan ablasa style kali neyh.
Banyak aktiviti aku dalam 2 minggu ni, tapi not all suitable to be published here. Bukan public reservoir gittew. Ada jugak rasa nak cerita pasal ayam kedu hitam dan rakannya ayam cemani... tapi blom ada drive, lom sampai seru deh...



Aku terlupakan brewed coffee dalam tin yang aku letakkan di atas meja setentang main entrance bilik bacaanku. Cartoon Shaun The Sheep ~ kambing biri-biri dan khinzir yang aku google  tak lagi menggeletek tangkai hatiku.


Dalam diam ataupun bisu...
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku ...
Hening.
.
Udara malam di Kay-Elle tetap nyaman seperti di Sungai Petani.


Monday, February 11, 2013

AYAM HITAM SILKIE CHICKEN BUKAN AYAM SELASIH MEH NAK STORY KAT KAW...

Few weeks ago, the last week of January 2013 ... I flipped across Tesco's pullout tab page which highlighted BLACK CHICKEN MEAT priced at RM7.88 per bird.


Biasalah nur kalbu ku. Sudah jadi my best practise ... aku suka belikan, jamu my family especially mak aku dengan barang-barang exotic yang mak aku tak pernah jamah. Mak aku dah 63 years old, so aku suka impress mak aku dengan makanan exotic, rare dan pelik-pelik. Selagi larat nak hadap... apa salahnya ... bukan sembarangan makanan yang aku introduce, super food tu.




Aku mula-mula teruja beli black chicken ni pada tahun 2009, masa Chinese New Year. Aku beli kat Jusco. Sekitar RM11.88 per bird kat Jusco. Lepas tu takbeli-beli dah. Now I tend to repeat purchase, beli lagi seekor kat Tesco. Fresh stocks at RM7.88.

Selama ni kalo orang tanya aku just mentioned it as ayam selasih. Actually, tak sama antara ayam selasih dengan ayam sutera ni. Spelled as silkie atau silky, ayam sutera hitam bulunya halus macam sutera lah...


Banyak beza ayam sutera ni dengan ayam selasih atau ayam cemani atau ayam kedu hitam (ahahhaha... nak kena buat separate review kalo cenggini, khusus untuk species lain)

Ayam Silkie @ Sutera atau wu gu ji (nama China nya) adalah makanan kesihatan grade super. Memang telah di kenalpasti dengan khasiatnya dan nilai perubatan yang terkandung semenjak abad ke tujuh dan kelapan lagi. Disebabkan oleh kandungan anti-oxidant nya yang tinggi,  justeru tak salah lagi lah kita nak categorize kan bawah payung makanan kesihatan.


Telah digunakan sebagai remedy atau tonic sejak turun-temurun bagi wanita-wanita di dalam pantang selepas melahirkan untuk mengembalikan tenaga. 


Carnosine - anti oksidan yang terkandung dengan banyaknya dalam ayam hitam jenis sutera ni menyebabkan ayam sutera ni disenaraikan sebagai superfood. Kadar kandungan carnosine dalam ayam hitam neyh dipercayai dua kali ganda lebih banyak dari yang terdapat dalam ayam kampung biasa. Dari beberapa pengalaman lepas, khabarnya beberapa reaksi positive telah dikesan ke atas 'yin', peredaran darah, paru-paru dan sistem perncernaan.

Ni, aku quote dari internet:

Black chicken or silkie is widely used in traditional Chinese medicine. It has lower fat content, higher levels of iron and nutrients present in regular chicken. It also contains naturally occurring antioxidant carnosine, which protect against ageing, alleviate diseases such as autism and diabetes and help prevent atherosclerosis, joint inflammation and protect against neurological disorders, such as Alzhemier’s. It is very small and lean and is usually used to make soups.



Comparison saiz paha ayam (chicken whole leg) hitam sutera silkie dengan ayam biasa


Tak kiralah ayam tu berbulu putih atau berbulu hitam, attribute dan ciri-ciri ayam sutera ini adalah seperti berikut ....


Ikut kata Wikipedia lah yer:

1. Origin : China
2. Fluffy plumage (Gebu rasa macam sutera)
3. Isi dan tulang yang berwarna hitam kebiru-biruan (almost black-pigmented)
4. Lubang telinga kebiru-biruan
5. Kaki yang berjari lima (ayam biasa hanya berjari empat)





Chinese medicinal cures have been touted for years as some of the best homeopathic remedies ever created. As early as the 13th century, black chickens were reported in China, and have been used in Chinese medicine for well over 1,000 years. Recently popular in American cuisine, the black chicken is now considered a "superfood".

The theory of "superfood" status for the black chicken is related to the bird's high levels of anti-oxidants. An anti-oxidant is a molecule that slows down the oxidation of other chemicals in the human body. Although oxidation is essential to human life, antioxidants help to keep the process at a healthy level. The specific antioxidant present in black chickens is carnosine.

Carnosine is a substance found in high concentrations in the human brain and muscle tissues. This substance holds many antioxidant properties which are currently being studied for their positive effects in the fields of auditory, speech skills, motor development, and opthamology. The levels of carnosine in a black chicken are two times higher than those in traditional chickens. Carnosine can also be found in turkey as well as supplements offered at vitamin shops and nutrition centers.

Until recently the strange characteristics of the black chicken have rendered it unpopular in European and American cultures. The chicken is born with black bones, meat and skin and is considered a bantam or miniature chicken.

Historically the chicken was eaten as a medicinal cure and is said to have a positive effect on the yin, blood, lungs and stomach. The chicken is most commonly served as a part of a stew or soup cooked with other Chinese medicinal herbs such as wolfberries and ginseng.

The taste of the black chicken is thought by some to be sweeter than that of traditional chicken, while others claim they taste no difference at all. The black chicken can be cooked is all the same fashions as the traditional chicken, but some believe the coarser texture of the meat leads toward stewing of the black chicken meat more frequently than other cooking methods.

The black chicken is certainly the new kid on the block in the "superfood" market. Its small size and unappealing looks will undoubtedly deter some consumers from purchasing the product, but with plans to increase the size of the chicken through interbreeding, we will surely see this Chinese medicinal secret in mass distribution in no time.

.

Alat Pemanggang Ikan Ajaib Mak Baru Beli Buatan Korea


* Ni ha gambar aku google lepas people in da house mention gadget
...  a sort of yang baru kuar dari yƍjigen-pocket Doraemon yang ada fourth dimensional tu... , miahahaha ... *

Kay... last week aku berkira-kira nak buat ayam bakar, or ayam panggang or barbeque grilled chicken. So dalam sok-sek-sok-sek mengomel kat mak aku waktu sembang-sembang petang minum kopi aku cakaplah nak buat barbeque. Mak aku pulak tak henti-henti update aku yang dia dah tempah Alat Pemanggang Ikan Ajaib.




Biasalah orang kampung, mana ada buat market survey kat departmental stores kew hapa. Nak window shopping jauh sekali. Ni sumer berkat hasil bertandang ke rumah sepupu-sepupu ku, so dari situ baru ada awareness orang la ni dah pakai Alat Pemanggang Ajaib Made in Korea Ikan Style. Soooo in!


Aku balik umah mak, mak aku beriya-iya cerita. Lansung aku black-out. I could not imagine pekemender yang 'Pemanggang Ajaib' tu. Sounds like alat pemanggang gadget  yang keluar dari poket Doraemon tu.



Then, petang tu sampai dah special delivery, my cousin antar gadget Korea tu datang umah, malam tu aku cuba apply kat 2 ketul chicken thigh aku beli kat Tesco Sungai Petani Selatan. Then aku chop black chicken thigh nak include dalam arena pemanggangan malam tu sekali.

Arrr... nanti aku story; buat review pasal ayam hitam ni... orang panggil Silkie... it's a new superfood you know...


Sebab aku dah lama tak masak kan. And the main reason is aku suka makan sangat sekarang ni tapi malas masak... so my brother Najib Rohim contribute satu recipe yang simple super duper berkat nonton AFC. Senang jah... as easy as 313, 314, 315... bla-bla-bla....


Mula-mula kau carilah rempah kari (sukati nak rempah kari ayam, daging, ikan, udang, ikan masin.. ). but i choose rempah kari ayam-daging...  boh pi lah jenama apa... asalkan rempah kari. and then... kau carilah rempah kurma... and the third ingredients is Perencah Nasi Goreng ... but i could not find pun apa-apa perencah... so aku replace dengan 2 kiub pati ayam Knorr ...
  


Haaa.. dah okay lah... a few minutes to go. Sebab kiub pati hayam Knorr tu dah masin... tak payahlah taruk garam. And aku add in dalam mixing bowl tu kira-kira 2 senduk makan ...atau 2 scoop minyak zaitun jenama Basso , extra virgin olive oil cold press gittew ... kau gaul rata-rata, godek-godek biar mesra ...haaa , so masa nak grill nanti tak payah susah-susah nak sapu-sapu minyak dah... senang ... tak banyak perkara remeh nak di perhatikan ....


Pemanggang Ajaib mak aku ni detachable type, leh buka-buka & pasang balik. Somemore warnanya black, macam stoneware ... kuranglah sikit effect kena apinya tu ... both sided ada non-stick surface macam Teflon tu ... so leh balik-balik kasi masak sekata .. nak turn ayam tu senang. Aku rasa dia pakai teknologi haba kat dalam tu, dia circulate haba, so masakan masak pakai haba panas ...



Hmm... it's a showtime! Boh Pemanggang Ajaib atas 2 Burner jenama apa ntah aku tak nampak. dapur kampung mak aku yang still keep functioning as main food producer kat umah mak aku.


Haruman aromatic yang menerjah menerobos luabnng hidung masing-masing, kembang-kempis ... triggering kelenjar air liur.. drooling ...


"SANGAT BERBALOI UNTUK DIMILIKI.... BUKAN SEKADAR MEMANGGANG, ANDA JUGA BOLEH MENGGORENG, MENUMIS, MENGUKUS LAUK-PAUK DAN JUGA MEMBAKAR KEK MENGGUNAKANNYA!!!
SUDAH BANYAK TESTIMONI YANG DITERIMA MENYATAKAN KEBERKESANAN ALAT INI BAGI MEMBANTU MEMUDAHKAN KERJA-KERJA MEMASAK... BOLEH DILETAKKAN TERUS DI ATAS DAPUR GAS ATAUPUN INDUCTION COOKER.... "
Pehal macam nak jual barang ajer posting aku neyh? Nay, nay, nay...



Testing-testing, first trial merasmikan die-casting surface .. memang best, tak hangus, tak melekat... isi dalam masak elok sekata ... macam pakai microwave ... effect grill sama aja macam letak atas dapur arang ... good to have this stuff ... tak payah susah payah kipas-kipas bara arang ... neat, tidy & clean as you go!


Jimat masa, isi & kulit ayam sikit pun tak melekat kat non-stick surface. Ayam rasa juicy, tak kering. Ni yang buat everybody minat nak masuk dapur bukan sekadar untuk makan, tapi untuk cooking experience ... 


There you are! Landed molek atas steak plate 32" diameter. Giler kau 32 inci... tu ukuran pinggang kew hapa, bukan pinggan.... Pembetulan: 32 sentimeter... la.


Naahhh, tu dia! Tadaaa ... a new way to grill just 30 minutes ... sedap lagi dari Kenny Rogers Quarter Chicken....  Jimat RM$$.$$


Die-casting type... aku dah cuba guna buat telur dadar (omelette) menggebu-gebu jadi texture dia macam kek span.. tak pakai minyak pun, just grease sikit surface guna margerine.


Mak aku tengah takjub. Dah 63 years old tak pernah cuba mender ni. Excited la tu ... Somemore ni time anak-anak beliau yang menjamu, masak untuk beliau follow Jamie's Oliver dalam video.  Berbesar hati gitu fefeeling kekdahnya...


My brother Najib Rohim balik singgah umah mak aku untuk masak & makan. His wife still dalam confinement,  proud father & mother to a month-old Omar Akram bin Najib Rohim.


Suasana dapur kampung umah pusaka mak aku. Sempoi aja tapi aku rasa cool. You olls orang kay-elle mungkin pakai dapur yang ada hood. Kami orang kampung terus buka tingkap nako kat dapur tuuu...


Dinner is served! Tadaaa... Makan sama sambal tumis style Jawa Kawajen... eyh silap...Kajawen ... Kwa-kaw-kwa... Yach... silalah kan ibu-ibu, bapak-bapak...

(^.^)
.

Monday, January 28, 2013

Ti Paduka Kus (Perjuangan Yang Belum Selesai) VIRUS KENCING TIKUS


Re-Cap Special Affair Simbiosism, Parasitism, Pest Control…Ti Paduka Kus & Penghuni Pondok. Ni kali ke tiga aku posting pasal permbasmian & pembenterasan melawan makhluq comel ni. Semalam aku tito, jari manis tangan kanan ku telah di gerik-gerik manja sebanyak 2 kali (twice) oleh si dia yang nak tunjuk terrer... seb baik tak luka macam hari tu.

(Pasal Simbiosism) tu nanti aku ceta. Sebab tikus ni lah yg gali lubang kat sink hole tempat air kuar ke longkang, kalo tak asik tersumbat, anai-anai timbus buat sarang.

Dun have anything special nak di ketengahkan. All of my to-be storied tak der sentimental value mahupun commercial value.

Arakian setelah melangkaui 3 bulan aku berkira-kira mahu melancarkan perang saraf terhadap pest yg dikurnia darjah Cik Siti Paduka Kus
aku nekad menggunakan concept repellant yg didatangkan khas dari Daiso of Japan.


 Aku beli 2 jenis... satu yang bentuk pill biru besar yang boleh break down into quarters, satu lagi yang grain type (bentuk sejibok cat sand), dia tulis terms "EVASION", gigih lah aku pi free online dictionary nak taw apa dia EVASION


Traditionally , I used to apply konsep tangkap dan lepas.
Akan tetapi ini memerlukan disiplin & kerajinan yang tinggi. Tak kurang jua sifat kemanusiaan yang tinggi.

Sudah tangkap tak boleh simpan Ti Paduka Kus lama-lama dalam perangkap atas sebab

1)  kebersihan (tamo dia terberak dalam sangkar apalagi terkencing, dikuatiri vurus kencing tikus tersebar.)
2) sebab kasihan dia haus tak minum… water supply is vital. Tak makan tak per lagi.
3) kecenderungan Ti Paduka Kus mencederakan diri sendiri amat tinggi. 
Berdasarkan pengalaman rata2 Ti Paduka Kus akan cedera di bahagian skull dan muncung sehingga menampakkan bones. Wahhh.. ini baru Skulls & Bones yang sebenar!
Tak dapat dikenalpasti samada sebab menyondol-nyondol cubaan meloloskan diri ataupun sebab stress, tertekan ataupun gejala boring entahkan jua tanda protes. Tapi aku tak pernah suspect Ti paduka Kus ada intention nak prolong further commit suicide ka apa.
Cer lihat kesan gerikan maut gigi tikus pada aluminium packaging aku nyer rat repellant. Evasion type lah konon. Buat aku down ajer. Aku baru potong packaging tu, tabur suku kandungan dia kat dapur malam tadi. Ni aku bangun pagi tadi dah kena serangan balas. Malam tadi jenuh nak tidur kena ambush dek tikus. Di gigit-gigitnya jari manisku tanpa mercy. Aku dah seriau... takut kena infection deyyy.. 

Awww… berkenaan virus kencing tikus…
Neyh nak ceta.

Kes Virus kencing tikus di kawasan perkelahan atau yang ada sungai untuk tujuan outdoor, camping, memancing, ini contoh-contohnya:

  • Pada tahun 2010, Malaysia digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Anggota bomba penyelamat mangsa dan juruselam merupakan korban  penyakit ini,  angka korban 8 orang dalam selang masa kurang sebulan.  
Tragedi Lubuk Yu berkait dengan kematian 8 orang yang terbabit dalam operasi mencari mangsa lemas Mohd. Azhar Azizam (28 tahun) di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang pada 26 hingga 30 Jun 2010. Mereka maut akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar.
148 orang diberi rawatan kerana dikhuatiri dijangkiti wabak itu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan bahawa 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan. Ujian sinar-X dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis. 
Wabak ini diisytiharkan tamat pada Ogos 2010, selepas tiada kes baru dilaporkan. 
  • Kawasan perkelahan Lata Bayu di Baling, Kedah ditutup pada 5 Ogos 2010 kerana jangkitan penyakit bawaan tikus. Penduduk sekitar Kampung Asam Jawa, Kampung Corok Golok, Kampung Banggol, Kampung Pajak, Kampung Bukit Hitam dan Kampung Padang mendapat bekalan air melalui paip khas yang disalur dari empangan air di puncak Bukit Tok Bidan. Kawasan lain ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu
  • Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac 2012 dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Nak berkongsi petua yang di kemukakan oleh Sembilang Boy dari forum lubuk.net dengan kawan-kawan berkenaan ilmu yang diajar oleh tentera kat dalam Hutan Royal Belum. 

"Khabarnya kawan mereka  4 orang masuk hospital sebab kena virus kencing tikus ni. Yg dok ajar kat saya ni pun baru jer kebah dr demam itupun sebab dia melantak panadol sampai 4 biji sekali makan.

Dia kata kalau nak amik air untuk minum make sure sumber air tu tidak ada pokok buluh berdekatan. Untuk memastikannya cuba check kut2 dalam air tu ada tak daun buluh. Kalau ada daun buluh dalam air maknanya ada rumpun buluh berdekatan. Yang ni penyebab si tentera ni kena virus ni sebsb masa duk buat pemantauan dia ceduk air dari mata air betul-betul bawah rumpun buluh.

Yang kedua jgn sesekali minum air sungai yang baru lepas hujan. Kalu dah lepas 2-3 hari boleh la nak amik minum. Dan make sure didihkan pada takat suhu 100 darjah celcius.

Tikus ni diorg kata suka berumah di kawasan rumpun buluh ni. So, dah tentu dia berak dan kencing kat situ sekali."


  • Ajal maut ketentuan Tuhan dan siapa kita untuk mempertikaikan. pemergian pelawak tanah air, penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen,  Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, awal malam tadi (Jam 12:30 pagi – 2 April 2010) sememangnya memeranjatkan.  Din Beramboi meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus kencing tikus.
  • Allahyarham Khairil Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Dunia seni tanahair dikejutkan lagi dengan kematian seorang artis akibat daripada jangkitan kencing tikus. Izwan Pilus telah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira 6.15 petang 20hb Januari 2012 (Sabtu).
  • Malaysia pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Aduhai... tak sangkalah pulak posting aku kali ni jadi berjela-jela. Macam buat thesis pulak siap letsk contoh-contoh kejadian sebagai refeence. Cuma tak ada nota kaki aja. Nak ber-awaspada pun, kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz... 

  • Virus kencing tikus dalam air tebu. Dapat dari email kayyy...
Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan "gated community" merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka. Keluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan "soft drinks". Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-rakannya dan si penjual tebu itu sendiri.


Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadang-kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus ini lebih besar dari kucing!
Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai "survival" dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam. Apa pun cuba kita fikir logik dan "simple science of life cycle". Suratan atau kebetulan? 

  • From FB: Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).  Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi mengesahkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini ternyata berpunca pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.
Sangat dianjurkan agar membilas secara meratakan air pada bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih banyak tercemar(contaminated) dibandingkan tandas awam (means penuh kuman dan bakteria.




Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.Tetapi hakikatnya, kencing tikus atau leptospirosis bukanlah asing kepada penduduk negara ini. 

Leptospirosis turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.

Menerusi sebuah artikel, leptospirosis berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus.

Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.



Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutama mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.

Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah!



Monday, January 14, 2013

My Latest Craze... HIGH 5 CUSTARD FILLED BUN (INTI KASTAD ALA JEPUN)

Tau tak apa tu custard?
ahahhaaha...
Tau sedap aja.





I dun mind about calories or nutrition facts inside. 
The toughest part is this delicious buns hardly available in petrol mart, 7-Eleven, hypermarket or grocer. I bought this 3 times in 6 months because of the availability issue, I don't know whether they got problem with production, being less produced compared to other flavour, or exceeded sales where they got demand more than supply.



So far, I bought this only at Esso Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. I never get this from other places. Why? Unanswerable.


Just that simple without review, without recipe. Just photo stocks.
Tata!. ^.^

Tuesday, January 8, 2013

Blabbb ... Bulleh Lah .. Ceta Makanan


Almost > 15days consuming goat's meat ... every day i eat lamb's meat,
mutton cube, Lamb shank, shoulder, rib.
Hmmm.. I feel healthier.

Mengamalkan pemakanan sunnah. Harus rabak purse kalo tak kena gaya.
Anyway berbaloi. Baru aku sedar, makanan /diet yang diambil Rasulullah SAW adalah pemakanan premium, avant garde. Semua dari kualiti terbaik.


Lebih-lebih lagilah , aku dah boycott Mc Donalds, no more sumber makanan. Kalo tidak setidak-tidaknya once a week mesti makan Mc Donalds. Now I have to cook. Instantly i used to buy dari gerai nasi dagang atau nasi kerabu Terengganu bawah jambatan Sungai Penchala aja. But since almost every evening makan, my weight melonjak naik 10kg in 1 month. Banyak kalori. Aku stop. 


Sedikit sebanyak I used to know macamana nak mendapatkan premium grade with reasonable expenditure. Usia sudah merangkak senja, melihat ramai generasi sebelumnya telah dijemput pulang ke rahmatullah setelah sekian lama menderita diabetes, kanser, obesiti, darah tinggi, sakit jantung.

Aku sendiri align balik pola pemakanan among my family members and relatives. Setelah pemergian Al-Marhum ayahanda ke rahmatullah , Bonda lebih setia mengamalkan pemakanan sunnah. 

Aku sendiri telah berkesedaran dalam gizi dan nutrisi. Telah tak banyak, sedikit telah mengurangkan pengambillan processed food. 


Now, not anymore, instant noodles is not appealing to me at all.

Alhamdulilah, aku bukanlah penggemar mee segera ... setakat ini yang aku congak dalam setahun paling kuat pun 2x aja aku makan instant noodles ni. 
Tak minat... walaupun satu ketika dulu ... 6 tahun lalu, inilah antara makanan favourite aku. In year 2012 I only consumed it twice. Once in October 2012, another one in April 2012. Seingat akulah.


 Sudah hampir setahun aku mengamalkan pemakanan sunnah seperti direct food (bukan originated from US ya...) I buy products produced from Middle East country or Mediteranean ... sebab aku tahu stock-stock dari country macam US, UK, Australia ... dicurigai  kalo hantar ke negara ummat Islam, mesti hantar quality paling teruk... rejected stocks walau dia claim premium grade kew apa... mesti ada something yg dia dah modified.


Bermula dengan makan kismis (zabid) atau raisin . Kismis merah Iran yang besar-besar tu. Then apricot kering, kurma mariami, safawi... almond atau nama localnya badam... pistachio nut, walnut, gajus (nama glamournya cashiew), chick pea ... InsyaAllah cukup untuk menjana energy, tak perlu berlapar dan teringat-ingat pada un-healthy snacks lagi. Kat office, aku dah jadi pelopor ... trend setter among my colleagues.


Afterall , aku baca balik posting aku atas -bawah. Rasa kelakar pulak sebab ayat purely blunt and raw. Bolleh lah...
.

Friday, January 4, 2013

Chermatilah Dengan Berpayah-payah

Chermatilah Dengan Berpayah-payah
Manusia Tidaklah Punya Apa-Apa
Mengapa Engkaw Melihat Dengan Gelap Mata?



.

Wahai Anak Bunga Bangsaku



Engkaulah pewarisnya
Di dalam negara bertuah
Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada
*
Wahai anak bunga bangsaku
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada ...
.

Zainuddin pun menulis surat pada kekasihnya Hayati (Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk)



that was back in 1989 when i first read this masterpiece.
old version with old Indonesian spelling.
the book was belong to my late uncle, properly kept under guest bed in one of the bedroom.


ealier last month i glanced at the nostalgic title on a bookshelf at Pustaka Indonesia, 2nd Floor Wisma Yakin where I hold a membership no. #0995, huhuhu. Have to wait until to the very end of year 2012, then I decided that I have to treasure this as one of my must have item.

I was so touched by the melancholic language used. Old phrases. 




Zainuddin pun menulis surat pada kekasihnya Hayati

Hayati! .... Apa yang saya lihat kemarin? Mengapa telah berubah pakaianmu, telah berubah gayamu? Mana baju kurungmu? Walaupun adinda orang dusun! Saya bukan mencela bentuk pakaian orang kini, yang saya cela ialah cara yang telah berlebih-lebihan, dibungkus perbuatan 'terlalu' dengan nama mode. 

Kemarin, Adinda pakai baju yang sejarang-jarangnya, hampir separoh dada Adinda kelihatan, sempit pula guntung lengannya, dan pakaian itu yang dibawa ke tengah-tengah ramai.

Kakanda percaya, bahwa yang demikian bukan kehendak Hayati yang sejati, Hayati hanya terturut kepada kehendak perempuan zaman kini. Mereka katakan itu kemajuan, padahal kemajuan jauh dari itu. Apakah tujuan kemajua itu kepada perubahan pakaian sampai begitu, Hayati?

Hayati, kehidupanku! Pakailah pakaian yang asli kembali, lekatkan pakaian dusunmu. Maafkan Hayati, bahwa Hayati sangat cantik, dan kecantikan itu bukannya dibantu pakaian, tetapi diciptakan sejak dia dilahirkan.

Jangan marah Hayati. Kau hanya buat saya seorang, bukan buat orang lain. Biarlah orang lain mengatakan kau perempuan dusun, tak kenal kemajuan pakaian zaman kini, kau Hayati...kau hanya untukku seorang.

Zainuddin.
.