Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Monday, January 28, 2013

Ti Paduka Kus (Perjuangan Yang Belum Selesai) VIRUS KENCING TIKUS


Re-Cap Special Affair Simbiosism, Parasitism, Pest Control…Ti Paduka Kus & Penghuni Pondok. Ni kali ke tiga aku posting pasal permbasmian & pembenterasan melawan makhluq comel ni. Semalam aku tito, jari manis tangan kanan ku telah di gerik-gerik manja sebanyak 2 kali (twice) oleh si dia yang nak tunjuk terrer... seb baik tak luka macam hari tu.

(Pasal Simbiosism) tu nanti aku ceta. Sebab tikus ni lah yg gali lubang kat sink hole tempat air kuar ke longkang, kalo tak asik tersumbat, anai-anai timbus buat sarang.

Dun have anything special nak di ketengahkan. All of my to-be storied tak der sentimental value mahupun commercial value.

Arakian setelah melangkaui 3 bulan aku berkira-kira mahu melancarkan perang saraf terhadap pest yg dikurnia darjah Cik Siti Paduka Kus
aku nekad menggunakan concept repellant yg didatangkan khas dari Daiso of Japan.


 Aku beli 2 jenis... satu yang bentuk pill biru besar yang boleh break down into quarters, satu lagi yang grain type (bentuk sejibok cat sand), dia tulis terms "EVASION", gigih lah aku pi free online dictionary nak taw apa dia EVASION


Traditionally , I used to apply konsep tangkap dan lepas.
Akan tetapi ini memerlukan disiplin & kerajinan yang tinggi. Tak kurang jua sifat kemanusiaan yang tinggi.

Sudah tangkap tak boleh simpan Ti Paduka Kus lama-lama dalam perangkap atas sebab

1)  kebersihan (tamo dia terberak dalam sangkar apalagi terkencing, dikuatiri vurus kencing tikus tersebar.)
2) sebab kasihan dia haus tak minum… water supply is vital. Tak makan tak per lagi.
3) kecenderungan Ti Paduka Kus mencederakan diri sendiri amat tinggi. 
Berdasarkan pengalaman rata2 Ti Paduka Kus akan cedera di bahagian skull dan muncung sehingga menampakkan bones. Wahhh.. ini baru Skulls & Bones yang sebenar!
Tak dapat dikenalpasti samada sebab menyondol-nyondol cubaan meloloskan diri ataupun sebab stress, tertekan ataupun gejala boring entahkan jua tanda protes. Tapi aku tak pernah suspect Ti paduka Kus ada intention nak prolong further commit suicide ka apa.
Cer lihat kesan gerikan maut gigi tikus pada aluminium packaging aku nyer rat repellant. Evasion type lah konon. Buat aku down ajer. Aku baru potong packaging tu, tabur suku kandungan dia kat dapur malam tadi. Ni aku bangun pagi tadi dah kena serangan balas. Malam tadi jenuh nak tidur kena ambush dek tikus. Di gigit-gigitnya jari manisku tanpa mercy. Aku dah seriau... takut kena infection deyyy.. 

Awww… berkenaan virus kencing tikus…
Neyh nak ceta.

Kes Virus kencing tikus di kawasan perkelahan atau yang ada sungai untuk tujuan outdoor, camping, memancing, ini contoh-contohnya:

  • Pada tahun 2010, Malaysia digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Anggota bomba penyelamat mangsa dan juruselam merupakan korban  penyakit ini,  angka korban 8 orang dalam selang masa kurang sebulan.  
Tragedi Lubuk Yu berkait dengan kematian 8 orang yang terbabit dalam operasi mencari mangsa lemas Mohd. Azhar Azizam (28 tahun) di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang pada 26 hingga 30 Jun 2010. Mereka maut akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar.
148 orang diberi rawatan kerana dikhuatiri dijangkiti wabak itu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan bahawa 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan. Ujian sinar-X dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis. 
Wabak ini diisytiharkan tamat pada Ogos 2010, selepas tiada kes baru dilaporkan. 
  • Kawasan perkelahan Lata Bayu di Baling, Kedah ditutup pada 5 Ogos 2010 kerana jangkitan penyakit bawaan tikus. Penduduk sekitar Kampung Asam Jawa, Kampung Corok Golok, Kampung Banggol, Kampung Pajak, Kampung Bukit Hitam dan Kampung Padang mendapat bekalan air melalui paip khas yang disalur dari empangan air di puncak Bukit Tok Bidan. Kawasan lain ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu
  • Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac 2012 dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Nak berkongsi petua yang di kemukakan oleh Sembilang Boy dari forum lubuk.net dengan kawan-kawan berkenaan ilmu yang diajar oleh tentera kat dalam Hutan Royal Belum. 

"Khabarnya kawan mereka  4 orang masuk hospital sebab kena virus kencing tikus ni. Yg dok ajar kat saya ni pun baru jer kebah dr demam itupun sebab dia melantak panadol sampai 4 biji sekali makan.

Dia kata kalau nak amik air untuk minum make sure sumber air tu tidak ada pokok buluh berdekatan. Untuk memastikannya cuba check kut2 dalam air tu ada tak daun buluh. Kalau ada daun buluh dalam air maknanya ada rumpun buluh berdekatan. Yang ni penyebab si tentera ni kena virus ni sebsb masa duk buat pemantauan dia ceduk air dari mata air betul-betul bawah rumpun buluh.

Yang kedua jgn sesekali minum air sungai yang baru lepas hujan. Kalu dah lepas 2-3 hari boleh la nak amik minum. Dan make sure didihkan pada takat suhu 100 darjah celcius.

Tikus ni diorg kata suka berumah di kawasan rumpun buluh ni. So, dah tentu dia berak dan kencing kat situ sekali."


  • Ajal maut ketentuan Tuhan dan siapa kita untuk mempertikaikan. pemergian pelawak tanah air, penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen,  Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, awal malam tadi (Jam 12:30 pagi – 2 April 2010) sememangnya memeranjatkan.  Din Beramboi meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus kencing tikus.
  • Allahyarham Khairil Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Dunia seni tanahair dikejutkan lagi dengan kematian seorang artis akibat daripada jangkitan kencing tikus. Izwan Pilus telah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira 6.15 petang 20hb Januari 2012 (Sabtu).
  • Malaysia pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Aduhai... tak sangkalah pulak posting aku kali ni jadi berjela-jela. Macam buat thesis pulak siap letsk contoh-contoh kejadian sebagai refeence. Cuma tak ada nota kaki aja. Nak ber-awaspada pun, kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz... 

  • Virus kencing tikus dalam air tebu. Dapat dari email kayyy...
Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan "gated community" merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka. Keluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan "soft drinks". Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-rakannya dan si penjual tebu itu sendiri.


Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadang-kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus ini lebih besar dari kucing!
Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai "survival" dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam. Apa pun cuba kita fikir logik dan "simple science of life cycle". Suratan atau kebetulan? 

  • From FB: Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).  Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi mengesahkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini ternyata berpunca pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.
Sangat dianjurkan agar membilas secara meratakan air pada bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih banyak tercemar(contaminated) dibandingkan tandas awam (means penuh kuman dan bakteria.




Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.Tetapi hakikatnya, kencing tikus atau leptospirosis bukanlah asing kepada penduduk negara ini. 

Leptospirosis turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.

Menerusi sebuah artikel, leptospirosis berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus.

Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.



Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutama mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.

Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah!



1 comment:

  1. selalu jugak dengar, tapi ni kali dapat better info dari posting kau. thanks..

    ReplyDelete