Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Monday, May 5, 2008

Nota Pejalanan Balik Utara (Seorang Ibu & Anak2nya) PART i

1st May 2008.
Dengan segala macam kecelaruan minda dan kontroversi...
Segala-galanya menyalakan tekad dan azam membara...

Aku nekad meninggalkan Sungai Penchala
Bersama-samaku
Atiqah Jasmine Balqis (4 tahun) & Adiputra Luqman Hakiim (1 setengah tahun)

Sesungguhnya rindu datang mengamit aku pulang.
Perjalanan tanpa direncanakan.
Kepulangan yang tidak diduga.

Kepulangan seorang anak perempuan
kepada sepasang suami-isteri yang telah berusia emas.
Kepulangan seorang ibu
kepada seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja memasuki pra-sekolah...

Aku ingat lagi, kali terakhir aku pulang ke daerah itu kira-kira 5 bulan yang telah berlalu.



*** Selamat Jalan, Romeo!***

Pagi itu detil pukul 9.30 pagi, sesudah mencuci kesemua pinggan mangkuk,
selesai segala pakaian telah kusidai...
aku turun membawa bagasi merah... kusumbat ke dalam boot keretaku...
Anak-anakku turuti aku.. kiranya mereka ingat aku hanya mahu membawa mereka bersiar-siar ke taman sahaja seperti sediakala...


***Kalu nak naik Hi-way biasalah, nengok yang hijau sahaja... biru tak mainlah...***

Singgah di Petronas Sungai Penchala, mengisi minyak RM60.00. Membeli 'toys' untuk bebudak..., tak lupa soya bean milk untuk mereka...
aku meluncur membuat pusingan U di LDP (Lebuhraya Damansara Puchong),
menghala ke Sungai Buloh, naik ke Lebuhraya Utara Selatan...

*** Nak pegi Kedah & Utara Semenanjung Malaysia , sini ambik kanan***

Sesungguhnya perjalanan yang memakan jarak beratus-ratus kilometer
amatlah memenatkan dan membosankan...
lebih-lebih lagi bila melalui lebuhraya yang mana pemandangannya sama sahaja dari mula sampai habis... seragam.
Dan juga selok belok jalan yang sama aja ragamnya...
Mahu mengantuk aku melayan jalan yang tak ada rentak & seninya ... boleh stress wooo...



Haaa... long distance driving nih... menuntut 'endurance' yang sebenar-benarnya...
Lebih-lebih lagi pikul 2 orang budak kecik.
Manakan sama travel sorang diri secara solo jika nak dibandingkan travel sorang diri bersama bayi dan kanak-kanak... oh, alahai banyak sunggu karenahnya..




Kala driving sorang-sorang fikiran terawang-rawang, melayang-layang... tahu-tahu dah sampai.
Driving dengan anak-anak, kejap-kejap nak berak dalam pampers lah,
kejap anak nak minumlah mama...
kejap "mama kenapa mama potong lori ikut sini?"...


*** Nak kuar ikut exit Slim River, Perak... guna jalan dalam lah pulok...
sibuk dengan re-construction, "kesulitan masa kini, untuk kesenangan anda di masa hadapan" katenyer***


So aku dah lama tak layan keindahan alam semulajadi...
Alam ciptaan Allah ni, dah lama aku tak amati betul-betul... kesegaran udara desa dah lama aku tak sedut dan hirup masuk ke dalam paru-paruku...

**** Turn to the right****

Maka, aku kuar ikut Slim River, Perak terus sampai Sungkai > Trolak (Singgah kat satu resort, dulu aku penah belajar kat sini - Maktab Sains Mara Trolak kat Felda Trolak, > lalu Bidor > Tapah naik balik Lebuhraya melalui Ipoh sampai ke Bertam, Kepala Batas Seberang Perai. Penang.

*** gambor malas nak edit, suram, gelap, berbalam-balam,
masa nih tengah salin pampers anak & bagi anak kencing***


2 comments:

  1. hoho..jalan-jalan ek..
    rase mcm rancangan tv plak...
    ni ader bakat nak jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ni...

    ReplyDelete
  2. Hmmm.. ntahlah Der Shraaf...
    aku cuma suker bab jalan2 & makan2
    lebih sikit dari ulasan benda2 lain...
    Tak payah pikir banyak...
    mengkisahkan semula sahaja....
    Will go jenjalan to your blog soon... thanks.

    ReplyDelete