assalamualaikum tuan pengarah jabatan kerajaan
semuga tuan duduk dan berdiri serta berbaring
dalam kenikmatan dan redha tuhan yang maha agung
semuga tuan juga jadi manusia yang kekal dalam sembahyang
tuan,
saya cuma seorang kecil statusnya
juga tubuhnya.jerit saya tidak didengar orang
bisik saya jenaka pada banyak orang
dan tentunya saya orang bebas
selain dari mentaati perintah tuhan
itu-lah,mungkin tuan lupa
mengarahkan saya untuk datang bertemu tuan
(melalui utusan) dihari sekian dan waktu yang sekian
jadi kurang adab kerana saya tidak
tertakluk dibawah arahan mana-mana pengarah,
ketua kerani,kerani,budak perempuan garang,
peon,makcik buat kopi juga tukang kebun kerajaan
saya bukan anggota kerajaan
tiada akujanji,maka saya pun bebas menari
manis benar jika tuan sendiri dengan aman
menjemput saya ke restoran misalnya,
minum pagi minum petang atau
jika tuan suka,boleh sahaja sarapan
lewat malam misalnya
selepas berjabat tangan,jika tuan mahu
dan mengizinkan saya minum kopi o ais kegemaran saya
maka layak-lah jika tuan teringin marah dan marah kepada
saya,mentelah pula jika diakhir pertemuan,tuan sudi
membayar.jika tidak,saya teramat suka untuk berbelanja
kerana saya pun kaya juga
tuan,
terlalu lama duduk dalam besar membuat kita lupa
ujudnya kecil keliling.
akhir kata,
tolong doakan mati saya dengan bibir basah
menyebut nama tuhan kerana itu-lah yang penting pun
selain itu,semuanya tipudunia.
wassalam.
No comments:
Post a Comment