Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label Hairy Story. Show all posts
Showing posts with label Hairy Story. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

Kedai Gunting Rambut Sg Penchala

Buat sementara waktu,
pihak kami terpaksa menghentikan buat sementara
Siri Jelajah Kenari (episod yang seterusnya)
lantaran beberapa masalah dari segi kesahihan bahan rujukan &
photo lokasi yang agak tak sesuai untuk dipaparkan di sini.

Lagik pulak topik berat tak berapa nak jalan dengan keadaan mental si penulis di kala ini.

*kedai ni service bagus, tak sombong, mesra pelanggan, cekap & cepat
juga : mudah & murah*


So, penulis skrip beralih ke Sungai Penchala,
di mana penulis sudah sedia tahu apa yang akan ditaip di sini.


"Tak nak!" , pabila papan diletakkan di kedua-dua tempat letak tangan kerusi kiri & kanan...
Tukang gunting dukung Adiputra & letak atas papan... kasi tinggi, kerusi rendah.


Nangislah, nanti dah tak boleh buat 'rambut pacak' - fauxhawk style ala-ala David Beckham gitu.


Aku tanya mana beli cermin besor gajah Sang Kelembai begini hebat cermin nih...
Agak keberatan nak bagi tahu.
Tak apa, supplier cermin aku ada 2 kat Johor Bahru, nanti aku request.


Adiputra tertekan dengan deruman enjin motor mesin rambut.
Adiputra menangis sampai kuar belon hingus macam bubble gum dari mulutnya.


Dah potong rambut aku pegi kedai depan tuh dengan Adiputra,
beli bayam, beli kentang, beli ikan.
Cepat Adiputra usung barang-barang dapur tuh masuk kedai & hulur kat tukang gunting...
happy sangat lah tuh, dah escape gamaknya.
Dah tak ingat dah masa duk atas kerusi tu.

Petang itu pegi Kajang,
makan Sate Kajang Haji Samuri.
(exterior kedai best, dah jadi macam mini muzium,
ada lori 1 tan zaman dulu kepala merah, antik.... tapi tak snap gambar...
ramai sangat orang, pelik nanti derang tengok)

Order sate perut, sate ayam, sate daging...
dah kenyang sebelum itu makan nasik... tapi gatal jugak nak singgah makan lagi.


Lain aku cakap, lain pulak style yang dibuat.
Dah dikikis tepi sahaja pulak.
Tak apalah, masih boleh buat 'rambut pacak'... trademark Adiputra.

Sunday, January 6, 2008

New Angle Bob Hair Cut (My New Haircut)

nJangan salah sangka, ni bukan aku nih... sekadar gambar hiasan.

Gatal ajer tangan aku nak conteng
buat mata, hidung, mulut
kat kulit kepala gambar atas nih...



Pesen bob berekor kura


kat atas nih...style rambut yg stylo, macam budak baik...


Dah 3 taun (nak masuk 4 taun) aku tak pergi kedai gunting rambut.
Last sekali pergi taun 2004.

Hari ini aku nekad pergi Taman Maluri, Cheras...
lepas berpusing-pusing dalam kereta 4-5 kali survey tinjau kedai,
aku pergi kat Minas Hairstylish.
Entah kenapa aku pun tak tahu... kedai dia punya theme sahaja yg warna biru, siap dengan signboard biru... 4 kedai yang lain warna tema kuning-jingga.
Lain sikit dari yang lain di Taman Maluri nih, tu yang tarik aku buat keputusan tuh.
Nak buat style yg macam China Doll Bob hairstyle tuh... tapi kat dahi tak nak lah macam Star Trek pompuan tuh... lawak lah...

Kata orang, kalau orang tu dah memang lawa, buat apapun tetap lawa.
Kalau dah memang lawak, buat apapun tetap lawak?


Baru turun dari Planet Venus...

Star Trex, Next Generation



Version adoih mak.......




Gambor kat bawah ni Jennifer Garner dalam Alias, okeh jer, nampak macam nerd & mod.
Macam cikgu disiplin pun ada.



Haaaa... yg ala-ala nerd macam nilah... yang aku suka...
Gambar yg berikutnya....



Gambar yg berikutnya ... yang ini classic nasional....
naperlah macam kawan Charlie Chaplin sahaja...



Yang macam background hijow kat bawah nih.... na-has.... ayo....