Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label Good Old Days. Show all posts
Showing posts with label Good Old Days. Show all posts

Monday, November 26, 2012

kasut sekolah yg perlu direndam (direbus?)


Membeli kasut sekolah anak-anak. 
Terhimbau kembali ke sekolah.
kasut sekolah yg perlu direndam (direbus?)
diberus, dikapur, kalo tak kering sangkut belakang peti ais.





ke.la.bu. nolstalg
ik persis kasut zaman persekolahanku 
yang senantiasa kanvas nya terpalit selut tanah lanar bendang 
akibat melalui short-cut denai kampung 
ekoran tiada ber-ongkos mau pulang naik bas
ke.la.bu. is soooo me. Sentimental punya value
-------------------------------------------------------
My mantel ash grey shoes, 
both from my favourite footgear brands.
Grey is my forever favorite monochrome color.
It is neither black nor white. Versatile one.

.

Monday, June 11, 2012

8th August 1511



"Hey anak Melayu! Lihatlah tangan kita!" - Sultan Ahmad Syah

Melihat yang demikian, tersentaklah hulubalang Melaka lalu mereka beramai-ramai menggempur Portugis bermati-matian.

.

Wednesday, October 26, 2011

Away Day : Kuala Lumpur - Port Dickson Trail (Treasure Hunt)

Treasure Hunt Kuala Lumpur Port Dickson Trail
23rd SEPTEMBER 2011, FRIDAY

Treasure Hunt Kuala Lumpur Port Dickson Trail
Treasure Hunt Kuala Lumpur Port Dickson Trail
6.30am : Arrival Of Teams

Treasure Hunt Kuala Lumpur Port Dickson Trail


7.00am : Flag Off (Tesco Headquater, Manjalara Kepong)

Hahaha... Pirates Post Challenge.

Requirement: 3 Eye Patches, 1 Captain Hat, 1 Wooden Leg, 1 Pet Shoulder, 3 Killer Weapons


Hmmm... macam-macam version Shoulder Pet yang ada...


Ni haa.. gambar kat bawah ni, Treasure Hunt 'Tulip' namanya


1.00pm : Arrival At Avillion Port Dickson Hotel
: Submit Answer


1.30pm : Lunch
2.00pm : Check-In
4.00pm : Tele-Matches Start

Tak larat gelak time Tele-Matches,
dari Dizzy Pole, Shake Ur Booty, Ala-ala jalan atas bata game...sumer fun!

The Cup Brigade

Tropicana Bowling

Shake Ur Booty
The Tele-Match Winners - The Cow Team, dapatlah Chocolate Cadburry 500gram sorang. Team aku, Team Cat Meow-Meow
dapatlah juga rasa Chocolate Cadburry 125 gram sorang... no 3 jah..


6.00pm : Tele-Matches End

7.00pm : Treasure Hunt Answers Presentation
7.45pm : Treasure Hunt Prize Giving


8.00pm : Dinner



24th SEPTEMBER 2011, SATURDAY
7.00am : Breakfast
: Free & Easy
9.30am : Check Out
: Leaves for Charity Home

*** *** *** *** ***


Tuesday, November 24, 2009

Anak Semantan : Kenduri Aqiqah, Cukur Jambul & Tangga Tebu (Part 2)

Tangga Tebu?
Dulu masa anak aku Si Atiqah, Si Adiputra....


aku dah tak bleh ingat, tak bleh recall langsung
peristiwa di kala itu.

Al-maklumlah belum kenal apa itu dunia blog...
takde intention nak catat peristiwa untuk kenang-kenangan,

serta rujukan untuk generasi akan datang.

Now, aku bleh sharing serba sedikit pasal adat-adat, budaya & nilai-nilai murni yang semakin pupus dilanda arus modenisasi.

* jahilnya aku, nampak tak 'objek berbentik batu-bata berbalut ribbon-lace'? Sehari sebelum itu... aku punya biras Si Shark
ambil tanah liat tanah merah laterite yang kena hujan.
Di 'lepa'nya bentuk macam 'butter-spread'...
ada 2 unit (sebab ada 2 orang baby yang participate)
dijemur, separa kering,
dihulur pada mak mertuaku untuk keringkan di dalam umah....
aku mati-mati ingat tongkol belacan... chehhh! *


Kat belah keluargaku di Kedah, dah tak buat dah sumer-sumer nih.
Marhaban & berzanji sudah lama ditinggalkan.

Babahku punya 'iktiqad = bid'ah katanya.
Wallah u 'aklam.
Masing-masing punya pegangan, berbaik-sangkalah kita sesama kita.
Banyak rahsia dalam rahsia.

Dalam majlis seperti inilah, banyak yang tersurat & tersirat
dapat kita observe & sendiri ambil pengajaran.
Aku suka perhatikan gelagat manusia.
" Dalam berselam, cetek ditimba "

Ada yang suka menonjolkan diri, ada yang suka merendah diri,
Ada yang over-confident, ada yang low-profile...

ada yang suka over-shadow orang lain,
ada yang menyorok bawah lindungan shadow orang lain.

Ada yang selfish, ada yang pandai console orang,

ada yang tak sedar diri, ada yang sedar mana duduk-letaknya diri sendiri,
ada yang tak kenal diri, ada yang malu sendiri.
"Jangan diperlelar timba ke perigi - kalau tak putus, akan genting talinya "

Aku? Aku ada semua yang tersebut di-atas,
cuma portion & ratio dia sahaja yang berbeza.
Iskkk...

Majlis bemula dengan majlis khatam Al-Qur'an (semua tok-tok guru yang pernah mengajar si pengkhatam dijemput untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur'an dari Juzuk 'Amma)

Than, program seterusnya ialah majlis marhaban berserta cukur jambul & menjejak tanah.

Then, disudahi dengan hidangan lauk-pauk ala orang kampung Pahang.
Gulai kari biasa.
(Selalunya orang kenduri 'aqiqah,
daging disunnahkan masak yang manis-manis.
contohnya Masak Kuzi).
Kalau aku yang jadi Leader/ Kepala Majlis,
nescaya akanku buat satu revolusi Masakan Kuzi di Felda Jengka 13...
pecah tradisi.

Pastu, di malam harinya.
Aku kena masak satu hidangan makan malam
untuk ahli-keluarga jauh-dekat dalam 30 orang makan.
Setiap seorang yang di pin-pointkan sila ambil part sediakan satu hidangan.
Ada sambal hijau petai ikan bilis, ada goreng ikan yang telah direbus dahulu sebelumnya.

Ibarat "Berbuat Di Alang, Berlayar Di Luar Musim"
Aku buat Ayam Masak Kuzi.
(tupun 90% jer jadi sebab bidan terjun, last minute offer:
1. Faktor 1: Tak cukup tomato sauce - best brand Del 'Monte untuk buat Kuzi,
2. Faktor 2: tak dapat rempah kurma yang best , aku tak pernah tengok itu brand. - aku pakai rempah kurma Adabi + Mix dengan rempah Biryani Faiza (kalo tak ada rempah Kuzi, emergency kita pandai2 adjust rempah kurma)
3. Faktor 3: tak dapat plain yogurt jenama Sunglo atau Nestle
Ada 1 orang ngengada2 bangkang aku tak minum susu, paksa aku guna santan.
Weiyyy, guna santan bukan style masakan Arab wal unta lah...
Hentam sahajalah labu...!

"Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat"

Kengkadang, apabila seseorang itu terlalu ghairah nak mengexposekan diri...
"ibarat kera mendapat bunga?"
Sepatutnya, masa adat mencukur jambul,
kena ikut priority.

VVIPnya adalah atuk & nenek baby tersebut, nenek sedara, atuk sedara...
diikuti oleh mak sedara paling tua (akulah tuh),
atau pak sedara paling tua (Mr. Anuar lah tuh)


Semua yang tersebut di atas, tiadalah berkesempatan berbuat demikian.
Aku dapat lihat 'riak keterkilanan' pada wajah ibu mertuaku.
"tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata... yee haaa...! "

Tapi nasib baik, nasib baik bukan aku yang jadi 'dayang pengiring bawa dulang tuh'...
kalo tak, nescaya satu keping gambar
pun takkan ada untuk dijadikan kenang-kenangan.

Tuh pun aku snap pkai blasah dengan handphone jer...
Mana aku tau mana itu worang tinggalkan kamera kat mana?
Heiyyy....! Lain kali kenalah "bertanjak baharu tinjau!"
Tukang tangkap gambar (bukan keluarga dekat)...
dah lari tinggalkan kamera & pergi angkut dulang...

Nasib baik aku ada, dapat jugak dia merasa masuk gambar pakai baju yang chanteek, khenn?
"janganlah menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, ...ewahhh!"

* Selepas majlis bersurai... layan karaoke... Mok Der sedang mengalunkan lagu Ramli Sarip... layan...*

Saturday, June 13, 2009

Siri Jelajah Kenari : Gunung Jerai (Episode 1), Flash Back

Previous post...
Siri Jelajah Kenari

Boleh Click Kat Mana-Mana Tajuk Kat Bawah Ini Kalau Nak Tahu Apa Kisah Selanjutnya.

SIRI JELAJAH KENARI : Pulau Sayak
SIRI JELAJAH KENARI : Pantai Merdeka
SIRI JELAJAH KENARI : Tanjung Dawai
SIRI JELAJAH KENARI : Lembah Bujang
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai & Titi Hayun
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai (Episode 1), Flash Back

Kali ini macam Star Wars lah pulak, Episode 1 comes later.

* Photo Credits to Mr Miracle-Miracle

ANTARA ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH KU MILIKI,
menyaksikan saujana sawah padi terbentang menggunakan pancainderaku,
majestic panoramic
aku terpana, membuatkan aku merasa betapa kerdilnya aku
& betapa agungnya Maha Pencipta *


Ini semua gambar-gambar tahun 2001.
Masa aku masih bujang trang, tang, tang lagik.
Baru setahun aku di alam pekerjaan.

Adik-adik ku pulak masih kecil & tak habis belajar lagi pada masa itu.
Kami bukannya dari latar-belakang yang agak mewah.
Perjalanan kami agak terhad pada masa itu.
Nak berjumpa, berkumpul sekali agak susah.

* Photo Credits to Mr Miracle-Miracle
Pulau Bunting dihubungkan oleh jambatan gajah putih *


Maklumlah, semua tak duduk sekali di rumah...
Aisyah Rohim, Asyraf Rohim, Najib Rohim sejak Form 1 sudah duduk boarding school.

Tinggallah kat rumah Rasyid Rohim, Firdaus Rohim & Halimah Rohim
di rumah bersama bonda & babah.

* Masa ni, kalo tak salah aku 2-3 hari selepas Aidil Adha,
Najib Rohim (baju putih) masa itu masih di Maktab Mahmud, lepas SPM
Firdaus Rohim (baju hijau) masih di Form 3 *

* On the way to Gunung Jerai's Peak, anda akan jumpa satu area,
ada Muzium Perhutanan kat sini & Muzium Kayu - Kayan kalau tak salah.
Masa kami datang Public Holiday, pukul 1.00 petang, mana nak bukak.
Sunyi sangat tempat tuh.. tak ada orang, sumer tengah beraya *

* Gambo teruk, dah ler blur, dah tak boleh nak auto-correct langsung ...
masa nih, kabus punyalah tebal,
walaupun dah nak tengah hari,
hujan lebat waktu kami masih mandi kat Air Terjun Titi Hayun tadi,
sebelum datang ke sini *


* Ni, masih di area depan gate Muzium Perhutanan itu,
kabus punyalah tebal, nak bawak kereta pun tak nampak,
jalan kecik... nasib baik hanya berselisih dengan satu dua sahaja kereta yang turun *

Pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.

Kedamaian mula terasa ketika memandu menyusuri jalan lereng bukit
yang mengambil masa kira-kira setengah jam dari kaki gunung
tetapi dijamin tidak membosankan dengan ‘kenakalan’ kera dan monyet yang jinak
pastinya menyentuh perasaan mereka yang berjiwa mesra alam.

Sepanjang journey mendaki guna kereta,
tak sah kalo aku kata tak nyaris-nyaris berlanggar (clash) dengan keta yang datang dari arah depan yang bertentangan,
ada yang 'makan jalan' pun ada.

Time balik (menuruni gunung) lain pulak ceritanya.
Tak sah kalo tak cium bau getah tayar...
Brake, brake, brake ...
Tak tau lah dari tayar kereta sapa, orang depan aku ker, orang belakang aku ker...
... ker tayar kereta aku sendirik...

Ini adalah Hall, sebelah dia ada surau ker Masjid Gunung Jerai.
Kalo ambil wudhuk...
huishhh, sejuk macam ice... menggigil , mencengkam sampai ke tulang hitam
wa cakap luuuuu...

* Dah sampai kat atas puncak,
before that aku mandi Air Terjun Titi Hayun
tak salin baju, terus drive kereta sampai Kaki Gunung Jerai kat Gurun...
then, ada satu surau tinggal kat situ,
so kelam-kabut ala kadar sauk pakai baju T-Shirt nih,
suar pun tak sempat nak zip kaki dia... ala kadar jerk.. *

* Aku pun tak dapat agak awan ker kabus kat sini...
bawah dari palang besi ini ada 'track' & taman,
kat sebelah dia ada taman rusa,
link dengan taman rusa itulah chalet.

Kat palang ni, view jauh boleh nampak sawah padi terbentang di Daerah Yan,
Pulau Bunting, Pulau Songsong, Pulau Bidan & Pulau Telur
Breathtaking view.

Aku sampai sekarang tak berani nak sewa chalet kat situ,
macam scary jer,
macam-macam cerita orang... *

* Photo Credits to Mr Miracle-Miracle,
eh, apasal 'CHOKIA' sangat signboard dia, ini macam pun boleh? *

Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung.
Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd,
termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan
dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam.

Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial
pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu,
kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan.

Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung
yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu.

* Waktu ini, sejuk ya'amat,
kabus yang menyapa & menyapu pipiku
tetiba mencair menjadi butiran air...
aku tak perasan, tetiba jer awan ker kabus tuh bertukar jadik hujan,
ajaib bin pelik, bukan datang dari atas langit, datang dari kabus ker wan tuh sendiri... *

* Hujan dah tetiba, belasah jer tangkap gambor *
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Ada Air Terjun kat Kuari Pecah Gunung Jerai ini.
Alaaa... yang selalu 'makan korban' itu.
Bayangkan, air separas bukulali, tapi ada orang tergelincir menbawa lemas...
Memang tak logik, tapi ramai orang lemas kat situ.
Selalu ada kat kawasan sungai, tasik, air terjun.
info Sulur Bidar
Tahu tak sebab apa?
Because of 'SULUR BIDAR'
Apa itu Sulur Bidar?
Sulur Bidar ada katanya makhluk halus atau syaitan
yang menyerupai sesuatu pusar air atau canvas putih terbentang atas air
bagi memesongkan manusia.
Ada yang kata ular besar (ular bidang) berbentuk leper
macam carpet besor 4meter x 4meter.


* gambar ini dari web omputeh : dia kata strange white object floating around, tapi web tak bleh bukak, dia tak bayar sewa tapak kot *
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Apa yang pasti makhluk ini leper macam tikar @ carpet
lebar terhampar 4meter x 4 meter
Dalam air, atas air, dekat beting pasir sungai

* pun dari web yang sama *
info sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur BidarSulur Bidar
SULUR BIDAR adalah makhluk misteri atau hidupan misteri yang memang misterius.
Tak tahulah binatang ker syaitan.
Sulur Bidar = Hantu Balong Bidai
Mungkin syaitan yang menjelma jadik binatang.
sepanjang 20 kaki dan berbentuk 4 segi.
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Macam tikar canvas putih tuh!
Ada masanya orang jumpa version warna merah.
Makan dgn cara mengulung dan memerah.
Semasa menggulungkan diri, akan menghasilkan buih.
Kemunculam makhluk ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama
dedaun yang terbenam di dasar sungai ke tasik ker lombong.

* macam ni kot masa dia nak timbul, kuar buih-buih bagai...
aku tak pernah tengok, tapi buleh guna kuasa imagination *

sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Daun-daun tersebut akan timbul ke permukaan air seperti dedaun kering.
Daun-daun tersebut bila diambil akan terasa kering seolah-olah telah diperah oleh sesuatu.
Kata orang, daun yang terkena buih ini boleh diambil dari air & terus dibakar.
Satu perkara yang aneh sehingga daun yg basah di dalam air pun boleh di nyalakan jika di bakar.
info Sulur Bidar sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Apa saja yg sesuai pasti menjadi mangsanya.
Ketika itulah anda disarankan agar melarikan diri & laungkan azan dengan kuat agar tidak dijadikan mangsa makhluk halus tersebut.
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Tempat-tempat famous yang boatman, kaki-kaki pancing, orang asli
selalu jumpa Sulur Bidar ni
ialah di Tasik Kenyir (ada musim dia), Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini & Sungai Pahang
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Dari Wikipedia:
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia.
Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air.
Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

Mulutnya ada pada setiap penjuru (4 penjuru = 4 mulut)
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai
Dari Uncle Seekers:
Hantu Balung Bidai juga dikenali sebagai Hantu Bidai atau Hantu Balung.
Ada pendapat yang menyatakan rupa bentuknya seperti seekor ular besar yang menjalar di air dan ada pula yang menyatakan ia mempunyai kepala yang bulat,
rambut dipenuhi ular yang berbisa,..
(aku teringat kat MEDUSA pulak... MEDUSA, yang rambut dia dari serpents tuh)

sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai
Kalau boleh syaitan atau makhluk halus ni nak supaya kita puja atau sembah dia.
Berbekallah kita dengan iman & amalan di dada.
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai
Dulu, dah dua kali Adik aku Halimah juga Firdaus,
Cikgu sekolah anjur lawatan/ rombongan ke Gunung Jerai.
Mak bapak aku tak kasi join.
Aku ingat lagik, sampai nangis - nangis Halimah nak pergi...
Aku pun tak kasi, dah banyak kes wooo...

Gunung Jerai adalah tempat mistik
(kata orang adalah sebuah perkampungan jin non-muslim)
Ada orang bunian turun ke pekan berdekatan dari Gunung Jerai beli barang,
datang dari Gunung inilah khabarnya, bila bagi duit, last-last bertukar jadik daun kering.

INFO MISTIK
(kekekekek, layan ... akukan suka bab-bab paranormal & mistik ni...
tak tahu, ni nak kasi tahu... )

Di Semenanjung Malaysia,
ada beberapa gunung yang paksi yang juga berkongsi paksi dengan gunung di alam ghaib.
Antaranya Gunung Jerai, Gunung Ledang, Gunung Ayam...

* Pakai payung lah pulak,
aku nak background taman waktu hujan,
macam ceta Korealah pulak, Winter Sonata *


Babah aku cakap, ada satu lagik puncak Gunung Jerai kat Menara Pencawang Telekom atau Pencawang TV, nun ada satu lubang dalam tanah, macam gua...
tahun berapa ntah ada Mat Saleh masuk,
terus ghaib tak kuar-kuar... hilang tanpa kesan.

Di samping itu, kesan peninggalan silam seperti batu kapal, padang Tok Syeikh,
air terjun Alur Naga dan telaga Tok Syeikh yang ada kisah tersendiri
turut menjadi tarikan ke Gunung Jerai.

* Kat belakang tuh office Gunung Jerai Resort & Cafe
From left to right
Najib Rohim (now aged at 26yrs), Rasyid Rohim ( now 24yrs ),
Asyraf Rohim (now 28yrs), Halimah Rohim (now 18yrs) *


Aku masih banyak gambar, tapi tak dapat cari kat mana aku simpan,
Tak ada gambar, nak cerita pun susah.

* It's hard to say goodbye to yesterday.
Masa kecik-kecik, siblings selalu jugak jumpa masa cuti-cuti semester.
Sekarang dah masing-masing bekerja,
sibuk, ada private life... *

Firdaus Rohim now in Kota Kinabalu, Sabah,
Najib Rohim ( is the only one I get close to, maybe we have similarity in character & attitude)
Asyraf Rohim (very hard to get him, in Shah Alam)
Rasyid Rohim, with my parents in Sungai Petani.
Halimah Rohim in Mara Junior Science College, Pendang, Kedah.

As the time goes by...


AKU MASIH HUTANG ENTRY
Keistimewaan Sawah Padi Persisir Pantai Yan...

Yan boleh diibaratkan sebuah perkampungan yang mempunyai alam semula jadi indah termasuk laut, air terjun, sungai, gunung dan perkampungan Melayu asli.

Sememangnya keindahan Daerah Yan, sukar dilupakan...