Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label Hero. Show all posts
Showing posts with label Hero. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

Ikan & Komik (Pebret Aku)

Besar-besar...
Belum masuk kuali lagi aku dah tau dah betapa lazatnya kalau dah jadi lauk.

* Tuuu... haaa teruboks & the gang.
Siakap pun sedap *

Kalo aku pergi Pasar Borong Selayang ...
mau pengsan aku borong ikan-ikan besor betis, besor lengan macam ni.
Pasal? Rambang mata, disulami nafsu-nafsi selera makan.

* Yang panjang tu macam ikan barracuda
tapi sebenarnya tenggiri.
(aku dulu baca comic Pendekar Laut Si Jerung Harimau,
memyelam dalam laut di celah-celah schools of baracudda...) *


Apalah aku dah TER-melalut sampai Pendekar Laut lah pulak.

Eccheh....
Nostalgia lagik...
Pendekar Laut... Aku memang giler kumpul komik WIRA TUNGGAL nih dulu.
Laaa nih pun suka baca lagik koleksi lama.
Sekali aku teringat , terkenang jua daaa...


Siri Pendekar Laut @ Tiger Shark
Nama Hong Kong dia = Warlord Tiger Hell.
Nama pemilik gelaran Pendekar Laut (nama asal) = Pai Cheung Lang.
Komik Hong Kong yang banyak membentuk diri
para pengemar komik tanah air di negara kita.

* Orga The Killer Whale, nampak tak sirip Killer Whale tuh...
Orga = Arch Nemesis bagi Pendekar Laut.*


Aku pun dah ingat-ingat lupa kat Pendekar Laut Si Jerung Harimau, Orga The Killer Whale,
Blue Dream, Jerung Raksasa,
Penjejak Neraka, Hitomi, Zonan, Zinan
dan macam-macam pendekar kelas 3 & kelas 4 dalam tuh.


Banyak 'bentuk perkembangan minda' aku gara-gara membaca komik-komik cenggini.
Banyak betul duit aku habis masa tu
dek kumpul Siri Pendekar Laut,
(Harga dalam RM1.90 kalo tak salah)
Ada yang mak aku dah bakar,...
masa mak kemas-kemas bilik kat umah di Kedah...(aku tengah kerja, merantau kat KL).

Komik ni ada rentetan generasi..
Pendekar Laut Generasi I dan Pendekar Laut Generasi II,
dan ada pulak Pendekar Laut Generasi III ...

Pebret komik ;
(Siri Pedang Setiawan, Dewata Raya, Raja Rimba)


Akulah antara peng'gila' komik-komik sebegini.
Sebab apa? Sebab daya imaginasi yang tinggi, melampau & super merepek dalam komik nih.


Paling aku tak tahan....
gaya bahasa yang digunakan.
Sungguh cool... (bagi tahap otak kanan akulah...).
ade ker ...
Advance nya Pendekar Maut nih,
tak main lah buah kungfu Hikmah Tendangan Angin Puyuh Ker,
Hikmah Libasan Naga Berantai ker...
"Tinju Maut Pendekar Laut" 1 Juta HP
1 juta horse power tuh, kalo kena mau melambung sampai Alaska.


Fuiiyooohhh... tengok tuh.... Belang Tarung kat dahi.
Inilah yang dinamakan "Belang Tarung".
"Belang Tarung" ini akan muncul saat setiap watak nak tunjuk belang masa bertarung.
Kalo nak tahu hebat tak hebatnya sesuatu watak tuh,
"Belang Tarung" nih yang reflects kehebatannya.
Makin banyak "Belang Tarung" makin power lah hero tuh.


Ramai jugak member-member aku yang taksub dengan komik legend nih.
Sekitar tahun 1997 - 1998.
Siri sampai cecah beratus-ratus siri.... ala Telenovela.
Inilah salah satu wacana seni penceritaan
yang membuatkan ntah berapa ramai yang addicted
& setia mengikuti dari satu siri ke siri yang lain.
Aku dah tua sekarang nih, tapi aku tak kisah nak baca komik nih depan orang kalo aku terjumpa.

Sekian dahulu...
Terima lah Hikmat Ketenangan dan Ketenteraman Abadi 999 999 HP!!!

Sunday, August 23, 2009

CELOTEH Ramadhan.... Aku Jua Punya Ceritaku Sendirik...

Dear Blogger Friends... Welcome Back...!

Ramadhan Datang Lagi...
* Selamat Menunaikan Ibadah Di Bulan Ramadhan Al Mubarak *


Lama dah aku tak up-date blog.

As Raya is coming closer,
I'm deadly busy guys...
Starting from 10.08.09,
I'm very busy woman.
Away from office,
everyday I have to visit stores.
Now, JUSCO have more than 21 stores....
imagine how I'm going to cope with that!.. (how terrible...)

Last week, turun Melaka 2X...
penat daily trip,

this week Friday I baru balik
dari Queensbay Penang, Seberang Prai City & Ipoh....
Next week 27th & 28th nak turun JB lagik - Permas Jaya, Tmn University & Bukit Indah ... Whooaaa & arghhh... !


Luckily all my kids with Nenek & Tok-Ayah di Tikam Batu, Kedah.
If not, I'm surely a dead meat.

Thanks Babah & Bonda for their kind support!

Ayah & Ibu....
Ayah dan ibu... itulah permulaan kami...
dapat melihat bulan dan matahari...


Yayyy!

Baru raya tahun ini 3 pasang...
Buleh amik by end of this month.
31st August 2009 buleh collect.
(posa tak abis lagik, dah sibuk dengan baju raya...)
Tahun ini aku buat:
1. Kurung Betawi 2. Kurung Pahang 3. Kurung Pahang Jugak

* Aku suka rich fabric,
tak payah taruk sequine dah, no beading works required... rimas...

My motto: Simple, Naturally fits, never overdone...

I opt for Classic Cut... I always go for classic look.

I hate something yang stereotype...
I don't like to follow mainstreams... *


* Yang ini aku agak menyesal sikit beli.
(berkilo-kilo jugak sesalannya kalo nak sukat)
Nhuhhh... looks like this fabric shouting...
" Look at me!"

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh TER-beli ini kain.

Dahler ader glitter sana, blink-bling sini...
isyyyhhh, ...
tak tergamak nak pakai waktu day event.

Aku tak mau nanti orang kata aku " Datin Wannabe " pulaks *


* Yang ini aku paling suka...
Aku nikan cerewet & very particular bila masuk bab perihal potong-memotong kain.
Cara potong, cara nak ambil sesuatu motiff itu taruk kat mana.


Baju ini designs dia jalur menegak (vertical order)...
Meaning A lines dia kena macam piramid...
sebab nak bagi effect kurus ... nthehhh... thehehehe....


Kalo nasib tak baik,
tailor tuh salah terbalikkan V shape macam piramid terbalik,
habis aku...
Nanti visual effect orang nampak aku
macam Super Heroes...
Atas besor, bawah kecik.

Berikut adalah contoh-contoh potongan badan Super Heroes Huruf "V"

* Super Dave: Daredevil for Hire
Nostalgik betul, cartoon nih aku suker sangat tengok masa tahun 1992 - 1993...
retro betul... LOL... kwa-kwa-kwa... *
* The Tick : Besor atas, kecik bawah... buleh? *

* Batman : Penyelamat Gotham City...
pun besor atas kecik bawah.. hunky ler tuh gamaknya... *


* Clark Kent a.k.a. Superman , dia punya kepak... aisehhh
takkan aku kelihatan macam Superman pada Hari Lebaran?*

(ini jugak dinamakan berlebih-lebihan,
aku insaf jugak pada kalangan yang kurang bernasib baik & zuhud pada duniawi...

Siti Fatimah binti Rasulullah, pakaian pengantinnya dari apa?)


Ada lagik 3 pasang
Aku beli masa Vietnam Trip itu hari.
Chiffon Vietnam, Kasa Vietnam & Sutera Vietnam
aku tak sempat nak hantar potong buat baju.
Itu aku dah plan untuk Raya Aidil Adha nanti.

Ibadah puasa.
Aku agak bersederhana ini tahun.

Tak ada lebih-lebih.

Sahur sekadar roti putih 2 slices.

Buka puasa pun dengan tempe goreng sahaja.

Yelah... kita bukan nak menjamu selera...

(Aku manusia biasa: mungkin di lain hari aku buleh cuba menu lain yang lebih istimewa...)

Lagik pun, mana mungkin di bulan puasa
kita menambah berat badan hanya kerana terlebih bersantap di malam hari?
Uishhh... amat menyedihkan.


Aku teringat jaman Rasulullah SAW.
Ada sahabat berbuka puasa
hanya dengan setengah potong tamar sahaja.
Ada yang hanya mampu berbuka pusa dengan sepotong lemak kambing sahaja.

Ohhhh... aku tak dapat imagine.

(Masa blajar kat U dulu, aku pernah buka posa dengan maggie mee jerrr,...)

I think...
Aku akan melalui Ramadhan ini berseorangan, sebatang kara.
Anak-anak jauh di kampung halaman.
Enche Anuar mungkin akan berada di rantauan - Langkawi, Kedah.

All Muslim colleagues will start take their Raya Leaves on 18th September 2009.
Aku sahaja yang kerja on 19th September 2009.
(sebab aku nak lajak Raya lama sikit kat kampung after that...
yelah, aku akan beraya at both side of family... KEDAH - PAHANG).

Dah 2 tahun aku tak balik langsung beraya di Kedah.

Habis kerja 11.00pm
So forecast 12.01 am akan start masuk highway,
by 5.00am reach my home-town.

Malam raya, tengah-tengah takbir bergema itu
aku akan memandu berseorangan
di tengah gelap pekat malam
ke arah Utara Semenanjung Malaysia.

Meet my kids, parents, siblings & husband there.