Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label Happy Hour. Show all posts
Showing posts with label Happy Hour. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Bukit Broga! Tunggu Aku Datang....!


Indah sungguh. Tapi ada officemate aku kata tak cantik mana pun Bukit Broga.
It doesn't matter. Yang penting aku happy.


Aku sudah tak karuan...
Sejak aku tengok photo-photo pre-wed Sheikh Muzaffar dulu, aku mula pasang niat.
That, one day, aku mesti panjat jugak bukit ni.

Maka pada hari Selasa yang lepas, masa lunchies kat Sup Meletup, Greenwood, Gombak.
Aku membentangkan proposal, mukaddimah untuk merealisasikan matlamat aku ke Bukit Broga. Bukan senang beb, kalo aku muda belia, pada fasa umur 20-an... senang jer, hari ni niat, esok terus jadi, dah boleh up-load dah gambar panjat bukit kat facebook.



Ni dah tahap auntie-auntie ni, kena banyak planning.
Kalo ikut hati, aku pegi jer sorang-sorang hari Ahad ni, ajak lah sorang kawan wat teman, tak susah, menjadi jer. Bukan jauh Semenyih dari Damansara, dalam 45minit sampailah kut kalo kuar rumah pukul 7.00 pagi.

Last aku panjat bukit - April 2011.
The last time I climbed was Bukit Terasek, Taman Negara Kuala Tahan. Pancit aku dibuatnya.

A mama with 3 kids, rarely exercising, only sitting on an office chair all day long, and lying on the lazy bed all night long. Weekdays view limits to pc monitors and documents, weekend views goes to apparels and accessories at bazaars & shopping complex. Where is the life that i recognised? Gone away...

For the 1st time come the craziness to organize hill climbing activities
The group will consist:
*Syariza Syawal from Jusco Headquarter, my junior colleague who successfully climbed the Broga Hill last 2 years with her team*

* Syarifah Suryaney from Tesco Head Office, my office mate who actively cycles every Saturday with her group*

* Rosnah, my old-time friend from caring Pharmacy who never join out-doors activities*

A few out-ward bounders friend from Ija’s side
& a few out-ward bounders friend from Rosnah's side.

Target: Saturday, End December 2011
So, kengkawan sapa-sapa yang ada terbaca & nak join sila pm ya.

Thursday, June 11, 2009

PART 2 : Mandi Air Terjun FRIM, Kepong

3rd June until 7th June 2009, I was in Jengka Pahang.


6th June 2009.
1st time after year 1985, I re-visited area yang bernama Maran.
Ala, yang ada tempat nama Tong Kiat tuh,
then ada Kuil Maranthendavar (asalnya sebatang pokok besor tengah-tengah jalan...)
Kuil Maranthendavar adalah ranking no 2 di Malaysia lepas Batu Caves bagi penganut Hindu.

* syiok sungguh , sejuk, nyaman, thrill , sumer ader... *

Sebenarnya, agak ralat sangat-sangat sebab tak ada sekeping photo pun yang aku snap
hari itu, sebab 'kejahilan nak guna charger'

* pok-pok air, suker ngat ler ... kena jaga-jaga... *

Mr. Anuar ajak aku anak-beranak mandi Lubuk Yu @ Sungai Yeh.
3 hari sebelum tuh, Mr. Anuar & Souler pergi Tapah, mandi air terjun Lata Kinjang.
(yang ada kubur Anak Sang Kelembai tuh)



Aku mula-mula sanggup tak nak pergi Lubuk Yu,
sebab tak bleh tangkap gambar kenangan, rela tak pergi...

"Ader ker macam tuh pulak?"

* gambor blur, disebabkan tanganku yang terketor-ketor pegang kamera
& Adi Putra pun menggigil kesejukan , ketap gigi ... *

Best tempat tuh.... bukan air terjun... tapi sungai yang tohor berjeram-jeram...
ada akar kayu siap boleh gayut-gayut macam tarzan, then kabushhhh, terjun dalam sungai...
Nanti aku balik lagik bulan July nih, InsyaAllah pergi lagik tempat tuh... balas dendam.

* terowong bawah jambatan tuh,
menghala ke 'kolam renang' yang jadi tempat mandi manda kat bawah sana *


So, sementara tuh, aku tempek gambar Episod Mandi Air Terjun FRIM.
Area kat tepi jalan.

( yang hari tuh, Part 1 : Area tengah, bawah sikit dari kolam atas )

* ada sekali tuh, kat FRIM ni, aku datang hari Ahad,
ada 4 kenduri kahwin sedang berlansung

1 kat padang bola tempat Maya Karin kahwin, 600 meter dari jambatan nih,
1 kat quarters 50 meter dari padang bola, 550 meter dari jambatan nih,

1 kat balai terbuka 20 meter dari jambatan ini,

1 lagik kat quarter atas bukit, 500 meter dari jambatan nih...


* macam jacuzzi *

BOLEH ANDA BAYANGKAN?
AKU NAK MANDI SERBA SALAH MASA TUH,

KEKOK & MALU PUN ADER...
BERPUSU-PUSU PENGUNJUNG

YG PAKAI BAJU KURUNG, KEBAYA DUK MAIN AIR KAT BIRAI-BIRAI TEBING...

YANG DUK BASUH TANGAN LEPAS MAKAN NASIK MINYAK PUN BANYAK... *



buleh click sapa yang rasa nak click kat tulisan merah nih...
Jom Mandi Sungei (Part 1)


"Cintailah Sungai Kita "

We not inherite this earth from our ancestor,
but we borrow it from our children...




Thursday, May 14, 2009

Makan-Makan Nong & Jimmy Steamboat Ampang

Kisah makan-makan ini adalah sesuatu yang memang selalu ku terkenang-kenang.

*1st Time datang sini, November 2007, buat farewell party untuk member aku Wan Nor Mazlina yang bagi 1 week notice nak ambik Kursus Perguruan Lepasan Ijazah kat Maktab Tuanku Bainun... (8X mintak... baru berjaya... )*

Masa farewell Wan Nor, minah nih sesuka hati lepas makan ketam 4 pinggan,
dia orderkan air untuk semua orang (dekat-dekat 24 gelas)
sampai masa nak bayar bil mengakibatkan 'Mak Besar' aku terkorek-korek dompet tak cukup duit... bil masa tuh dekat RM840.00


Satu sempena birthday aku October tahun lepas... (plus birthday lagik 4 worang colleagues... campur-campur September, October, November Birthday...)
Tapi aku yang jadi leading stewardess nyer...


Dressing Code: Baju Raya. So masing-masing ngalah mak datinlah...

Sempat kami tapaw kuih raya masing-masing dari rumah.
Sementara nak tunggu ketam besar... kita makan dulu biskut tart nenas.


*Muka tension member-member yang asik mengunyah kerepek pisang
... menenti ketam yang tak kunjung tiba... *

Mak Besar aku Miss Makeispary Ganapathy...
... suka sangat panggil aku ASHA...
... my name not ASHA lah...I'm Aisya

* Kelihatan golongan-golongan yang 'fail' ujian menebuk kelapa muda...
terkial-kial ... cucuk straw tak lepas-lepas...
aku sebagai leading stewardess yang tolong buka... *

I lost most of the photos where I saved in H: drive at Headquarters...
The main event, crabs! We ordered Barbecue Crabs and Crabs cooked in Curry Powder Flavour.
This one = Black Pepper Crab. I prefer the Curry Crab... Butter Prawn so fragrant...


We ordered 6 plates of Crabs... 2 plates Black Pepper Crabs..
another 2 Plates Barbecue Crabs & 2 Plates Curry Flavoured Crab.
I remembered very well that... I ate 6 crabs that night.
Bukan glutton taw.

Why?
1. (that was because 2 of us being allergic of eating seafood...)
2. Ramai control ayu & malu2 kucing...
3. Ramai tak tahu teknik yang mudah & betul makan ketam tanpa perlu comot2... & tanpa kelihatan lahap...


Aku dapat 'pingat' dari Mak Besar, my Senior Manager - Miss Makeispary...
.. award apa ntah... aku pun tak hingat...
"Kerang Award"

Sidekick aku Suzie sedang memasang lilin birthday cake untuk ditiup beramai-ramai...

Aku bagi 5 bintang untuk makanan kat sini.

Address:
Lot 27363, Jalan Cahaya 1,
Taman Cahaya,
Ampang, Selangor

Cari Galaxy Ampang... dekat-dekat situ ajer.
Tel : 03 4251 1807




Wednesday, April 22, 2009

Siri Jelajah Kenari : Gunung Jerai & Titi Hayun

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut



Hijau-Kuning semangat padi.
Aku bukan anak jati Negeri Kenari.
Aku tak dilahirkan di Negeri Kenari.
Aku tak membesar di Negeri Kenari.
Aku tak pernah menuntut ilmu di Negeri Kenari.
Aku pun bercakap loghat Negeri Kenari bercampur Loghat Indera Kayangan.


Negeri yang paling nolstalgik pada aku ialah Perlis Indera Kayangan.
Aku rindukan Monsun Tropika nya.
Aku rindukan saat bunga-bunga lalang berterbangan
menari di tiup angin musim kering.

*****
Aku rindukan panorama perbukitan indah Ladang Tebu Chuping Perlis.
Mengayuh basikal mendaki bukit pada kecerunan (slope > 45%)
Then menuruni bukit dengan basikal Chopper sampai putus rantai basikal,
basikal bergerak sejauh 1kilometer tanpa dikayuh!

*** Kuala Sungai Merbuk, Kedah:
Sebelah kiri Tanjung Dawai, sebelah kanan Pantai Merdeka.

Menyusur Pantai Merdeka sampai ke Pulau Sayak (tempat tengok anak bulan Ramadhan & Syawal), juga tempat mee udang yang famous amous itu... ***

*** Yang bertanda kuning (org Kedah pronounce : ku- nin')
ialah Muzium Arkeologi Lembah Bujang...
Kalau menyusur ke kiri lagi...
melewati Pekan Yan masuk simpang Masjid akan menghala ke Air Terjun titi Hayun yg ada Tangga Kenari 1000 Tahun itu,
1km dari Air Terjun Titi Hayun ada Air Terjun Batu Hampar
juga 1km ke Air Terjun Puteri Mandi ***


Aku hanya pulang ke Negeri Kenari pada penghujung tahun 1993.
Babahku pulang ke kampung halamannya...

Seingat-ingat aku, aku mula jatuh cinta dengan kampung halaman bapaku
sewaktu aku mula memiliki kereta pertamaku pada tahun 2001.

Puas aku menjelajah (6 beradik menaiki kereta selama seminggu)
Dari Sungai Petani - Air Terjun Titi Hayun - Gunung Jerai - Alor Setar - Bandar Darulaman dan lain-lain tempat.

*** Uols...!.. Tak lengkap rasanya kalau bercerita tentang daerahku
Kuala Muda -Yan tanpa memperihalkan keindahan & keistimewaan Dataran Kedah- Perlis...
Saujana mata memandang Jelapang Padi Malaysia..
.
(Episod akan datang aku akan review pasal keistimewaan sawah padi Yan)

Berapa ramaikah yang pernah melihat sawah padi terbentang luas
dari ketinggian 1.217 meter dari aras laut?

SubhanaAllah... very breathtaking view...
Saujana mata memandang...
kalau Uols naik Gunung Jerai pukul 7.00 pagi, sampai kat peak dekat-dekat pukul 8.45 pagi... boleh tengok kabus beransur-ansur berarak...
mula-mula tak nampak apa pun kat bawah, lama-lama sikit-sikit tabir kabus tersingkap, mempamerkan sawah padi, lautan & pulau-pulau...

VIEW DIA?
MACAM TAK MAU BALIK DAH***


Aku tak ada gambar terbaru...
Gambar-gambar lama belum di-scan lagik...
Esok aku harap aku boleh scan balik, so jap lagik aku cari balik album dolu-dolu.

*mandi sampai KE-TARQ
KE-T'ARQ = ketar = ketor*


Selalunya routine naik Gunung Jerai ini bermula dengan pergi ke Yan dulu
(kira kita circle Gunung Jerai itu dari South to the West to the North and to the East,
baru naik gunung.... ikut Guar Chempedak, Gurun)
Sebab apa?
Aku datang dari Sungai Petani, South area... ikut Jambatan Sungai Merbuk.
Mesti nak mandi air terjun pagi-pagi buta itukan?
So aku nak-beranak tak mandi pagi itu, tak payah nak membazir bil air rumah bonda aku.
Kami angkut segala shampoo, shower gel, sabun mandi, scrub, berus gosok badan...
(kalau boleh nak basuh baju sekali kat situ pakai sabun Breeze... ngeh,ngeh, ngeh)


Pukul 7.00am bertolak selepas makan nasi goreng yang bonda sediakan.
On the way to Air Terjun Titi Hayun actually ada satu Air Terjun - Lubuk Tupah namanya.
Orang kata best & indah, ntah aku tak pernah pegi pun...
dekat sangat dengan Sg. Petani location dia.
Aku tak lalu nak pergi sebab
dulu kecoh pasal kes "video2 toooot dalam hutan rimba rekreasi ini", ha itulah sebabnya......



*** Kita worang mandi sampai selsema & demam esok harinya...
mana taknya, pukul 9.00 am sampai,
pukul 4.00 pm baru nak berangkat kuar dari Air Terjun Batu Hampar ***


* Apa itu Tangga Kenari 1000 Tahun?
Meh, aku quote, copy & paste dari web Majlis Daerah Yan

Tangga Kenari 1000 Tahun

  • DI SEBALIK kekayaan spesis hutan dan keindahan atmosfera alam semulajadi Gunung Jerai telah melahirkan cetusan idea Tan Sri Dato' Sri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu untuk membina tangga konkrit melalui denai hutan. Ianya bertujuan memajukan industri pelancongan berasaskan alam semulajadi.

  • Rekreasi Titi Hayun jaraknya hanya 5 kilometer ke Peranginan Gunung Jerai mengikut laluan denai hutan serta mempunyai kemudahan jalan masuk merentasi perkampungan tradisional dari Pekan Yan dengan jarak 3.4 kilometer sahaja telah dipilih sebagai destinasi pembinaan tangga konkrit ke Puncak Gunung Jerai. Pembinaannya ada kaitan dengan air terjun Titi Hayun iaitu kawasan perkelahan sediada dengan sejarahnya sendiri sejak 100 tahun lalu.

  • Pada 5 Mei 1997 lalu anak tangga pertama telah dibina dengan dinamakan Tangga Kenari 1000 Tahun sempena nama sejenis burung yang ada di Negeri ini.

  • Lebihkurang 1342 anaktangga dan sebuah jambatan gantung dibina berkonsepkan MENJARO (Mental, Jasad dan Roh) pada sebahagian laluan denai tersebut disamping mengekalkan sebahagian laluan denai melalui kompatment 21 dan 22 Hutan Simpan Gunung Jerai.

  • Dengan terbinanya mewujudkan budaya pendakian bukit untuk kecergasan dan rekreasi serta seterusnya menyemai bibit-bibit cintakan alam semulajadi anugerah Allah (SWT).

  • Di sepanjang Tangga Kenari akan dinikamati keindahan flora dan fauna khusus Orkid.
  • Ia adalah anak tangga terbanyak dan terpanjang di dalam hutan yang menggunakan tenaga manusia secara gotong-royong.

Jika nak naik Gunung Jerai ada 4 jalan altenatif...

1. naik ikut jalan raya,start kat Guar Chempedak. (dekat dengan highway la.)
2. naik ikut tangga 1000 tahun, melalui air Terjun Titi Hayun, Yan Kedah,
Landmark: Simpang masuk Maktab Mahmud cawangan Yan.

3. naik ikut jaln belakang Museum Arkeology Lembah Bujang,Merbok....yg ni trek hardcore...tempat circuit kembara negara wat race.
4. naik ikut...jalan Denai Lata Tupah, Merbok

*Episod akan datang: Lembah Bujang & Tanjung Dawai

Friday, March 6, 2009

PART 1 : Jom Mandi Sungei..... (FRIM, Kepong)

Salam dari kehijauan Forest Research Institute Malaysia , Kepong


I love to spend my weekends here. Our family weekly routine - mandi air terjun.
We just live nearby, about 9 kilometres from FRIM.

Very cosy, not very costly.
Let's calculate: Toll RM1.60 + Fuel RM2.00 + Free Entry + Toll RM1.60 on the way back.



FRIM, is a man-made forest. Founded in 1929.
The waterfall, is where the canopy walkway ended.
Just follow the water pipe line from the top of hill, you will come to the main road.


Fuuh, at last aku dapat jugak line internet...
Pakai W1max lah pulak... laju banyak.
Gian lama tak ber-blog.

* 'warming up session' untuk si cilik yang dah lama tak jumpa air*

Udah lama tak menaip cenggini,
terkial-kial jugaklah nak start.
Mengarang bukan kerja senang, yer tak?

The very first time I set my feet in FRIM, 2003. Co-incidently, when I was very excited and longed for canopy walkway activity. It didn't end up with walking through the trees canopies, but I discovered the waterfall at the end of the road and jumped hilariously into the running water.

*Gaya anak pompuanku, posing tak hengat*

* ni kita orang meniarap nih pada 45 degree slope, tunggu air hempap kita orang*

* haaa, bila dah kena terkam dek air... macam nilah gayanya, sampai terlompong mulut tuh*


* fresh & refreshing, let's have some fun*


bukan senang nak hasilkan karangan yang 'mantop'...



Feel Free to Call: 03 - 6279 7525
for Canopy Walkway Information & Motel reservation at FRIM

FEEL FREE TO CLICK:
Part 2
Mandi Air Terjun FRIM




Tuesday, July 8, 2008

Tangkap Kepah Lagik - Awal Pagi Ahad 15.06.08


ENTRY TANGKAP KEPAH Di Waktu Senja 14.06.08 >>>>
Sila Click Sini ... KUALA MUDA



*** Keadaan beting pasir kala air laut semakin pasang pada puku 8 pagi itu...
air takat lutut***


Pagi Ahad, selepas menghantar Asyraf Daniel Imran ke PASTI...
kitaorang pegi lagik ke Kuala Muda...

*** Gambor ni aku penah buat screen saver, nyaman & tenang***

mind heart body soul
** Ni bukan mandi laut weih... ni tengah kutip kepah nih... tak caya?***


*** Pengutip kepah bersama bekas tangki air yang terapung di atas permukaan laut, senang nak isi muatan hasil tangkapannya... ini dapat banyak sekali kaut dengan pencakar besi***


Inilah rupa kepah yang dikaut
mengunakan pencakar @tau nama glamournya 'rake'...
Kira macam membajak di paras air laut setinggi ketiak...
tarik pencakar tuh... kaut segala pasir...
then, pasir keluar ikut lubang jaring-jaring besi, yang tinggal hanyalah kepah
yang lazat lagi enak... nyum-nyum...

*** Segar dari persisiran pantai***

*** Buat cekodok pun sedap, kira macam jemput-jemput udang,
cicah sama kuah kacang... wowww! ***

lupa bila mention pasal jemput-jemput, bukan bermakna masuk sekali dengan cengkerang2nya...


*** Kalu beli, seplastik yang masih bercengkerang lima hengget jer... expressway ***