Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 28th April 2012 (Saturday Jln Tuanku Abd Rahman (Sogo- Dataran Merdeka)


Aku neutral dalam soal ini.
Sokong tidak. Tentang pun tidak.
Dah tiga kali aku tak pergi mengundi dalam Pilihanraya Umum.
Apa? Tak bertanggung jawab?


10.00 pagi sudah membeli-belah di Jusco One Utama, aku menghadiahi diriku sepasang skirt rona dusty pink yang cukup sederhana buatku. Hajat hati ingin matchkan ia dgn T-shirt Stylo Korea rona cream bertulisan hitam besar ONE kat depan. Huhu.. cukup sentimental buatku... ONE! Perfect combination dikenakan dengan shawl kemasan crepe rona dusty pink , very Korean look.


10.30pagi melencongkan tayar Unicorn 1.5L ku ke arah Jalan Semantan arah Parlimen. Hmmm aku dah agak. Road block. Aku sudah masak dengan laluan 'mesti-buka' setiap kali ada tunjuk perasaan atau berbantah-bantahan... aku terus ke arah Jalan Bukit Tunku, belok kiri... tadaaa... inilah hasilnya... patah balik sebelah bertentangan nak naik ke Parlimen. Hati aku konfiden mesti boleh lalu punya!


Van kat depan aku neyh bengang, Abang Polis tak bagi dia masuk.
"Cik Puan nak pergi mana ni?"
"Saya kena pi terapi!"
"Ok, sila-sila ... " Abang Polis tarik kon ketepikan, bagi laluan Buraq putihku lalu
Ait...? Bulleh lepas? Dia tau kew aku kena terapi apa?
Hwa, hwa, hwa... retail therapy la... membeli belah, window shopping bagai.
Aku kan observer. Pemerhati politik bebas.


Wolla! Dari Parlimen, lalu depan Tasik Perdana, line clear!
Aku siap leh lap lagik... Huhuhu!


Depan simpang Tugu Negara, lengang selengang-lengangnya!
Kay Elle kew neyh?

" kata pyan,
kuala lumpur jem hari-hari
satu orang pun tak nampak "


Feewitt... macam lepas sumer orang awam kena culik dengan alien naik piring terbang lah pulak. 
Hullo? Anybody on the planet?


Haaa... depan Padang Merbok, menghampiri Bank Negara... 
barulah kelihatan tanda-tanda makhluk homo sapiens... 
aku ingat aku sengsorang jah kat pusat bandaraya tadi.


Lencongan. Tidak boleh masuk ... sila cari arah lain.


Pun tak leh terobos. Sila cari ikhtiar lain!


Pun tak bleh. Teruskan usaha anda kak long!


Aku drive masuk Jalan Kuching.
Aku taw ada jalan depan sana mesti buka tembus depan hotel Air Asia.

"Aduh..! fikiranku kosong; layaknya ditong
Ah ...! kerajaan pasti suka rakyat - seperti aku"


Yee haaa!
Yang part seterusnya aku tak sempat snap photo.
Sebab Unicorn aku kena ambush dengan orang-orang yg berarak. Aku betul-betul tak sangka hanya kereta aku alOne yang duk atas Jalan Tuanku Abdul Rahman masa tu. Betul! Only my car...
Teruk kena himpit tetiba. Gabra aku! Sampai panik! Sumer kuning jah aku nampak!


Al-kisah demi aku melihat jalan lengang. Aku suker lah, aku bawak laju tak hengat. Masa tu kiri-kanan jalan dah ada orang pakai baju kuning nak berkumpul kat depan simpang empat depan Pertama Complex, Sogo, Campbell , Cinema MBO tu.


Sekali nak dekat traffic light, aku agaklah dalam kul 11.45pagi. Sa-kalian yang aku tengok cool kat tepi-tepi jalan & yang masih berjalan tetiba mara ke tengah jalan. Apa lagi terkapitlah kereta aku kena ambush, kena hurung. Sampai aku tak nampak jalan mana dah aku nak tuju. Semua menderu. 


Kereta aku kena hurung degan lebah-lebah berbaju kuning -hitam.
"Mak ..! Tolong...!" Aku gubra sampai tersasar menghalakan kereta ku pada kaki-kaki anggota pasukan polis yang sedia berbenteng di pangkal lorong. Seb bek tayar tak naik atas kasut boot depa. Kalo tak masuk TV aku.

Reverse secepat mungkin, aku parking belakang Houz Depot.

mana dimana anak kambing saya ; anak kambing saya yang pakai baju merah

mana dimana pemimpin politik saya; pemimpin politik saya itu yang semua dalam parah

mana dimana anak kambing saya ; anak kambing saya kakinya penuh cagu 
mana dimana duduk rakyat negara saya ; rakyat negara saya itu yang bodoh,pekak,buta dan bisu
mana dimana anak kambing saya ; anak kambing saya itu yang suka duduk beralih-alih
mana dimana kaya bahasa saya ; kaya bahasa saya itu yang tunggu masa untuk disembelih
mana dimana anak kambing saya ; anak kambing saya itu yang duduk tepi sawah
mana dimana penyakit negara saya ; 
penyakit negara saya itu yang orang panggil rasuah
chan malichan can malichan
benteras kata kerajaan maknanya buat beda'ah






Macam perbarisan Hari Kebangsaan lah pulak.. lintas hormnat pada aku?




Tergesa-gesa memunggah masuk barang dagangan pabila gelombang rakyat marak menghampiri




Kereta merah yang baru rasa lega sikit meloloskan diri dari kelompok penunjuk perasaan.
Jangan bimbang, aku faham apa yang ko rasa, aku dah kena hurung tadi.



pemerintah cuba masukkan

anak gajah kelubang jarum

berjaya belum tentu namun

acaranya menjadi festival

menjadi pesta menjadi

parti.

pembangkang gatal ditengah

belakang digaru tidak

sampai tangan namun dicubanya

sehingga berpusing-pusing

seperti anjing mengejar ekor

sendiri.

rakyat asyik melastik langit ; setelah jauh batu jatuh menimpa dahi.



Aku gigih mengambil gambar dengan kamera handphone tiga suku.
Aku tak teringat lansung nak tengok orang berdemonstrasi hari ni.
Yang aku taw, aku nak buat retail therapy. Jiwa kacaw, membeli-belah ubatnya.
Asik jem jah. Kamera hang. Banyak detik-detik dramatik aku lepaskan.





Saya mengambil gambar dalam out-fit berwarna ungu violet lilac & lavender.
Skirt labuhku deep purple, shawl ku lilac, bajuku lavender
Tak ada unsur-unsur yang menepati tema kuning pun.
Selembar benang kuning pun aku tak punya.



Melaungkan takbir & tahlil!




Semangat deyh!









No comments:

Post a Comment