Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label sanctuary of mind. Show all posts
Showing posts with label sanctuary of mind. Show all posts

Friday, October 5, 2012

BERKATA HAMBA, MAKA ITULAH TUHAN


BIARLAH TENGGELAM DLM KEBINGUNGAN- ITU ADALAH URUSAN SENDIRI:
HAMBA ADALAH TUHAN, TUHAN ADALAH HAMBA;
BETAPA SYI'RI , SIAPAKAH DIBEBANI?
-------------------------------------------------------
KALO ANDA BERKATA HAMBA, MAKA ITULAH TUHAN;
ATAU ANDA TUHAN, BETAPAKAH IA DIBEBANI?



Friday, October 14, 2011

Malas Kerja, Rajin Ke Mesin ATM...?

Rajin Bercakap, Rajin Bekerja – Bagus sekali Rajin Bekerja, Malas Bercakap – Kena Buli Malas Kerja, Rajin Bercakap – Wayang Cina
Sebab aku MALAS nak mencerna jiwa, aku nak 'kopipes' satu artikel hasil cernaan jiwa blogger yang menggelarkan diri beliau 'Pegawai Khalwat'. Photo di atas aku ambik dari Board Lawak Jenaka Cari Forum. (Aku tak plagiat karya orang khen... aku kasi credit kat pemilik karya asal yg aku duk sourcing).
Malas Bekerja, Malas Bercakap – Tak Guna Malas Bekerja, Suka Mengadu – Nyanyuk Malas Bekerja, Selalu Ponteng – Baik Berhenti Malas Bekerja, Suka Menyibuk – Baik Mati
Pandai Cakap, Tak Pandai Cakap, Pandai Kerja, Tak Pandai Kerja

Dalam persekitaran hidup kita ini, kita akan bertemu ramai orang, dan kita memerlukan ramai orang. Ada orang yang pandai buat kerja tapi tak pandai bercakap. Ada yang pandai bercakap tapi tak pandai buat kerja. Ada yang pandai buat kerja dan pandai bercakap. Dan ada yang tak pandai kedua-duanya.

Bila pandai buat kerja tapi tak pandai bercakap, selalunya orang ini akan rugi sedikit dari segi masa. Kerana kemampuan mereka untuk maju ke depan, tidak kiralah dari segi ekonomi, tugas, perkembangan kendiri dan sebagainya, akan agak perlahan. Kerana kita memerlukan masa untuk mengenali orang yang sebegini, yang kita nampak ada kebolehan untuk buat kerja. Dan biasanya kita akan mengambil masa untuk menghargai mereka.

Yang tak pandai buat kerja tapi pandai bercakap, inilah golongan yang paling celaka. Biasanya mereka akan menggunakan kebolehan bercakap mereka untuk mengabui mata kita. Dan kalau mereka memang betul-betul pandai bercakap, walaupun kerja tak jadi, kita akan tetap mempercayai mereka. Berulang kali kerja tak siap pun, dek kebolehan mereka meyakinkan orang, maka mereka akan terus dipercayai.

Golongan yang tak pandai bercakap dan tak pandai buat kerja, aku tak dapat komen. Kerana golongan ini akan rugi semua. Tetapi kebiasaannya pasti ada kerja-kerja ringkas yang dapat mereka lakukan juga.

Dan yang pandai bercakap dan pandai buat kerja, golongan ini kita perlu lihat pada nawaitu mereka. Kalau baik niatnya, bahagialah dunia. Kalau buruk niatnya, deritalah sebahagian daripada kita dan bahagialah sebahagian lagi.

Anda, pandai apa?

Thursday, September 1, 2011

Anak Merdeka

Jepun mula 'menjarahi' (menduduki la tu) Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945. Aku belum lahir pada ketika itu.
Babah dan bondaku pun belum lahir pada ketika itu.
Bayangkanlah kalo aku wujud masa tentera MPAJA & PKM mengganas...
huisyh... aku pun tataw masa tu aku menjadi seorang apa? Seorang pejuang? Seorang pertualang? Seorang wanita orang awam? Sebijik keledek dileyek-lenyek?


*Baru amik petang tadi neyh... penat aku jadi pengarah photography, anak-anak aku tak makan saman... susah nak train derang posing*

Masa aku lahir, jap aku check, (sapa Perdana Menteri Malaysia ketika tu)..
Oh, Malaysia pada ketika itu bermenteri perdanakan Tun Hussein Onn.
Lahir-lahir jer, di bumi bertuah inilah aku bernafas 'safe & sound' tanpa dihujani peluru sesat yang tak mengenal kasihan...

* Jalur Gemilang tu, aku yang susah payah jahit benang kat bodynya, pastu aku berjuang diterjah manik-manik hujan renyai waktu pagi 1 Syawal, memasang Jalur Gemilang pada gate umah pusaka Arwah Babah...
Jalur Gemilang yang kecik tu aku jahit balik, cari tangkai bunga Cherry Blossom...recycle balik,
buat tiang nak pacak kat gate... baru happening yeeehaa! *


Seorang aku telah diperkenalkan oleh sistem 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dalam sukatan KBSR (Menteri Pelajaran pada ketika itu - Dato Amar Dr. Sulaiman Hj Daud). Masa tu belum ada lap-top, TV kotak pun aku tak penah tengok lagi masa tuh.

* Aku bangga kat kampung aku, koman2 dalam 7 buah rumah yang kibarkan Jalur Gemilang *

Hari ini, anak-anak aku menggenggam erat peha ayam KFC dengan bestnya...
tak cukup paha, ngap chicken thigh laks.. (walhal aku 1st time dapat pegang ayam KFC pun masa umur 19 tahun, cian aku)... Mayonaisse pun aku tak penah jilat, umur aku 24 tahun baru ler aku taw ada mender kat atas muka bumi (dan leh sapu atas muka roti) ni di panggil mayonaisse. Hehe...

* Miahahaha... Tempat ni dah jadi port posing para guest yang datang beraya di umah Bondaku.
Ala-ala hotspot Red Carpet gitu*


Sunday, March 14, 2010

Giler Online Game

Saya memohon maaf kepada rakan & silent readers.
Kebelakangan ini, saya dilanda satu fenomena baru...
Kegilaan ini semacam satu ketagihan yang tak dapat dibendung-bendung lagi.

Amat kuat melekat, lebih kuat dari gam gajah.
Tinggallah routine harian saya : berblogging & join forum...


I can't help myself.... indulge ..
.. in that online game....
Eager to complete the mission ( memanggil 3 jin... kira taiko lah nih...)
Juga nak levelling up to level 132 at least
And, nak pakai barangan berstatus 'hebat', instead of Elit, Unik & refinned...

*My mentor : Shuk and I.


Inside F2 Tomb... aku memanggil mentorku bertarung dengan Tomb Keeper
yang tak terlawan olehku....

Pertarungan sengit... hati-hati yaaa... silap langkah... ajal menyambut.

*Killing the boss... and get abundance of treasure...wowww... lumayan!

* Ada certain techniques nak jatuhkan precious stones... kalau tak sia-sia... hampeh...*


My mentor and his ex-mentor bertukar-tukar wasiat di waterfall....
Acer sempat lagi memeriksa jin-jin & kelengkapanku (gear) & memberiku bunga dikala itu...

Mentorku Shuk_Sempoi mebuat pertunjukan bunga api
yang memancarkan huruf "Keamanan & Kemakmuran "


Keluarga Harry Potter yang aku join (secara automatic akibat perkahwinanku dengan Yee85)...
Masterskills sedang memberi taklimat...
Legion ku juga "Laskar Pelangi" yang dianggotai oleh Pang-5-Ulung, Pang-5-Galak, Pak Munawer datang menghadirkan diri.
>Jebat< dari legion Selendang Merah turut memberikan sokongan moral.


Mentorku Shuk (menunggang Snow Raptor - garuda putih) kelihatan di belakang, hadir sebagai pemerhati politik setelah aku sebagai Ketua Legion Laskar Pelangi menjemput beliau.

Monday, October 26, 2009

"Prophecies"

Dalam istilah konspirasi,manusia terbahagi kepada tiga bahagian.

Pertama,manusia yang mengetahui kebenaran sebenar dari The Source (Allah Azza wa Jalla) dan patuh dengan bimbingan dan panduan dari-Nya.

Kedua,manusia yang mengetahui kebenaran bersumberkan pengetahuan
The Watcher (Iblis 'Izzazil' Laknatullah) dan mereka cuba untuk menentang The Source.

Ketiga, manusia yang menjadi zombie.
Mereka manusia dungu yang makan untuk hidup,hidup untuk makan.
Mereka bagaikan haiwan ternakan sahaja.

Golongan Elit dari kasta Yahudi mempunyai istilah khas untuk manusia seperti ini.
Mereka yang hanya hidup di dunia
tanpa mengkaji apa yang berlaku di sekeliling mereka ini digelar GOYYIM.

Golongan goyyim adalah hamba, pencacai dan kuli percuma.


Jika anda mendapat kesedaran sekarang,
cuba keluar ke pekan dan ke tempat-tempat awam sebagai contoh,di MidValley atau KLCC
dan perhatikan gelagat Goyyim-goyyim ini menghabiskan waktu mereka
dengan material dan hiburan sahaja.

Pada waktu tengahari berpusu-pusulah mereka ke tempat makanan
seperti kambing-kambing kerana kelaparan.
Selepas itu bertebaranlah mereka mencari hiburan atau bekerja mengumpulkan harta benda tanpa berfikir sebentar mengapa mereka diciptakan.

Read More? Why Not...

Tuesday, October 20, 2009

AEON & Me LUV The EARTH :)

Planting The Seeds Of Growth

Date & Day: 3rd October 2009, Saturday @ Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor.


Kalau naik flight, dari northern (from China ker, from Vietnam ker ... turun kat KLIA, lagi 7 minit nak mendarat, sila tengok kat bawah kalau seat kat sebelah kanan, akan nampak satu area bekas lombong yang macam inilah, ...

* tasik bekas lombong yang begitu isolated, kalo datang sini jangan datang sorang-sorang, tergelincir dalam tasik, tak sapa yang tahu ... terlalu sunyi, projek mega tanpa pelawat ... pekerja resort pun aku tak nampak dalam 3x datang sini ... *

... aku dah 2 kali 'fail = gagal" nak shoot arial photo yang macam ni masa dalam flight atas 2 sebab 1st time masa balik dari Guangzhou, memory card penuh, 2nd time masa balik dari Ho Chi Minh City, handphone buat hal, flight mode tak boleh shoot photo... eeeiiiiiiyyyyy....!!!) Gambar from Wakx- Flickr *

Diadakan sempena ulang tahun ke-25 Aeon Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu pemanasan global.

Pelbagai jenis pokok termasuk pokok cempedak, nangka, mangga, durian, pulai, kayu puteh, merbatu dan mertajam telah ditanam di atas tanah seluas 4.8 hektar.

* Ikut rehearsel, & info/demo after ucapan from VVIP, basically... pokok 'besar' tanam in the middle, pokok 'kecik' tanam kat outer rings... the logic is... bila pokok besar menjulang, kita boleh nampak bentuk dia macam 'cone', kat tengah semua yang tinngi menjulang, encircled by shrubs & smaller trees *

* On rehearsel day, my friend Ija & Fauzi Salim on the hill, di atas tanah lot masing-masing *

Tapi istilah 'besar' & 'kecik' was not according to the size on the current time.

Pokok durian is considered BIG trees, but before it grows up, the anak pokok quite smaller (approximately 1 feet height) compared to anak pokok belimbing (2 feet height) ... so ramai yang mistakenly positioned the anak-anak pokok according to SIZES ...

* Group aku dah cuci tangan, dah 100% completed... tapi aku lupa tangkap gambar masa tanam pokok al-maklumlah memasing busy,

on the way went down the hill, aku jumpa member aku Si Aina yang masih terkial-kial menghiris poly bag, aku tangkap gambar dia (taktik ler tuh, Senior Manager aku masak sangat dengan perangai aku yang satu nih...), then aku dengan liciknya suruh dia snap gambar aku ... konon-kononnya lah... *

For BIG trees the mark the polybag with orange mark, but it ended up with confusing results when all the paint ran out when we soaked the anak-anak pokok in the large basin altogether.

* ni aku punya tanah lot : Group 42 -G, Consist of 10 Japanese Volunteer & School Childrens from Olak Lempit School.

* Malaysia Group Leader - Aku sendiri, Japanese Group Leader - Mr. Bonbai... Tanah lot tepi road, tak jauh dari main road *

2,500 nature lovers and volunteers gathered at the Paya Indah Wetlands in Dengkil for a tree planting event to commemorate AEON’s 25th anniversary on Saturday.

* Ketibaan Japanese Volunteer, macam kat airport pulak, aku pegang A3 Size paper tulis G-42, nak match dengan Group Leader Japan yang pun pegang satu copy lagi kertas yang sama *

* Print-out steps & ctiteria yang perlu diambil kira masa menanam pokok (sampai sekarang aku belum zoom in nak baca apa yang dia kata) *

Among them were 500 volunteers from Japan who had arrived two days earlier to join 2,000 local volunteers comprising of school children, NGO’s, government departments and AEONmanagement and Jusco staff ...

* every volunteer di bekalkan sebuah 'goodie bags', dalam goodie bags tuh ada mender-mender nih sumer - spade, hand sanitiser brand Jusco Selection, 1pc Good Morning Towel #96, Milo, Gardenia Roti, Garnier Sunblock , Button, satu AEON recyclable shopping bags yang boleh convert jadi apron, macam yang volunteer sumer duk pakai tuh... *

... to plant 25,000 trees at the AEON Woodlands located at the Paya Indah Wetlands, also known as The Malaysia-Japan Friendship Forest.

*Para penanam pokok berarak masuk (berpusu-pusu) melalui gate 2 ke atas lot-lot tanah yang telah ditetapkan untuk menghijaukan bumi *

Tanam pokok event, hari Sabtu.... hari Jumaat pukul 4 petang kami all the group leaders dah pergi dengan 5 bas, buat rehearsal... tinjau dulu lot tapak (errr, macam lot tapak kubur pulak... ada yang dapat atas bukit, ada yang dapat bawah kaki bukit, ada yang dapat kat slope curam... ada yang dapat tepi main-road)... yang kat atas tuh, sure mahal punya...

... moments to be treasured

Tekun, planting seed of growth...

* Abeesss lah aku, aku tak pakai UV- Sun protector ker sunblock... Giler tak nampak muka tengah hari terik cenggini... adesss ... *

* tengok, kulit aku dah merah-hitam legam terbakar macam orang Puerto Rica... orang pulau... tak kisah kalo aku tak attend apa-apa function dalam 2 - 3 bulan lepas lepas tuh... *

before .....

... after

Pertambahan pengeluaran gas karbon dioksida telah membawa kepada kesan rumah hijau iaitu pemanasan global, penanaman pokok dapat mengurangkan masalah ini

Sang Bedal & Sang Libas dalam tasik buaya (tasik buaya siap ada pagar elektrik & tembok hijau)

Aku ada banyak gambar grouping lain, tapi belum bluetooth & pindah masuk dalam drive, tuan punya camera pun aku belum trace lagik... isyhhh tragis betul, dah nak post entry nih, belum dapat-dapat gambar...

Monday, August 24, 2009

Aura... Aurora.. Rora - Ra...

Mender ntah...
Aku dah lama merayau-rayau (sampai tak dapat nak kuar & escapekan diri)
dalam sesawang Facebook sampai tak hengat nak berblog seperti sediakala...

Tiap-tiap hari aku agak busy ber Farm Town, ber Farm Ville, ber Bejeweled Blitz...
berquiz bagai...
So inilah antara quiz yang aku sempat layan si Facebook sana.

Sekian, terima kasih.

Aurora-Estranged


aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

aurora oh aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh
aurora oh aurora
tidak ada bunyi mu
sanggup aku tetap menunggu
terdiam kerana berwarna ungu
ku putuskan biar bisu

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

malam ini
aku sendiri
menumpu langit sambil berkata
gembira kamu disana
ku lihat, tersenyum, berwarna merah
ku tau kau selamat


Saturday, June 13, 2009

Siri Jelajah Kenari : Gunung Jerai (Episode 1), Flash Back

Previous post...
Siri Jelajah Kenari

Boleh Click Kat Mana-Mana Tajuk Kat Bawah Ini Kalau Nak Tahu Apa Kisah Selanjutnya.

SIRI JELAJAH KENARI : Pulau Sayak
SIRI JELAJAH KENARI : Pantai Merdeka
SIRI JELAJAH KENARI : Tanjung Dawai
SIRI JELAJAH KENARI : Lembah Bujang
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai & Titi Hayun
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai (Episode 1), Flash Back

Kali ini macam Star Wars lah pulak, Episode 1 comes later.

* Photo Credits to Mr Miracle-Miracle

ANTARA ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH KU MILIKI,
menyaksikan saujana sawah padi terbentang menggunakan pancainderaku,
majestic panoramic
aku terpana, membuatkan aku merasa betapa kerdilnya aku
& betapa agungnya Maha Pencipta *


Ini semua gambar-gambar tahun 2001.
Masa aku masih bujang trang, tang, tang lagik.
Baru setahun aku di alam pekerjaan.

Adik-adik ku pulak masih kecil & tak habis belajar lagi pada masa itu.
Kami bukannya dari latar-belakang yang agak mewah.
Perjalanan kami agak terhad pada masa itu.
Nak berjumpa, berkumpul sekali agak susah.

* Photo Credits to Mr Miracle-Miracle
Pulau Bunting dihubungkan oleh jambatan gajah putih *


Maklumlah, semua tak duduk sekali di rumah...
Aisyah Rohim, Asyraf Rohim, Najib Rohim sejak Form 1 sudah duduk boarding school.

Tinggallah kat rumah Rasyid Rohim, Firdaus Rohim & Halimah Rohim
di rumah bersama bonda & babah.

* Masa ni, kalo tak salah aku 2-3 hari selepas Aidil Adha,
Najib Rohim (baju putih) masa itu masih di Maktab Mahmud, lepas SPM
Firdaus Rohim (baju hijau) masih di Form 3 *

* On the way to Gunung Jerai's Peak, anda akan jumpa satu area,
ada Muzium Perhutanan kat sini & Muzium Kayu - Kayan kalau tak salah.
Masa kami datang Public Holiday, pukul 1.00 petang, mana nak bukak.
Sunyi sangat tempat tuh.. tak ada orang, sumer tengah beraya *

* Gambo teruk, dah ler blur, dah tak boleh nak auto-correct langsung ...
masa nih, kabus punyalah tebal,
walaupun dah nak tengah hari,
hujan lebat waktu kami masih mandi kat Air Terjun Titi Hayun tadi,
sebelum datang ke sini *


* Ni, masih di area depan gate Muzium Perhutanan itu,
kabus punyalah tebal, nak bawak kereta pun tak nampak,
jalan kecik... nasib baik hanya berselisih dengan satu dua sahaja kereta yang turun *

Pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.

Kedamaian mula terasa ketika memandu menyusuri jalan lereng bukit
yang mengambil masa kira-kira setengah jam dari kaki gunung
tetapi dijamin tidak membosankan dengan ‘kenakalan’ kera dan monyet yang jinak
pastinya menyentuh perasaan mereka yang berjiwa mesra alam.

Sepanjang journey mendaki guna kereta,
tak sah kalo aku kata tak nyaris-nyaris berlanggar (clash) dengan keta yang datang dari arah depan yang bertentangan,
ada yang 'makan jalan' pun ada.

Time balik (menuruni gunung) lain pulak ceritanya.
Tak sah kalo tak cium bau getah tayar...
Brake, brake, brake ...
Tak tau lah dari tayar kereta sapa, orang depan aku ker, orang belakang aku ker...
... ker tayar kereta aku sendirik...

Ini adalah Hall, sebelah dia ada surau ker Masjid Gunung Jerai.
Kalo ambil wudhuk...
huishhh, sejuk macam ice... menggigil , mencengkam sampai ke tulang hitam
wa cakap luuuuu...

* Dah sampai kat atas puncak,
before that aku mandi Air Terjun Titi Hayun
tak salin baju, terus drive kereta sampai Kaki Gunung Jerai kat Gurun...
then, ada satu surau tinggal kat situ,
so kelam-kabut ala kadar sauk pakai baju T-Shirt nih,
suar pun tak sempat nak zip kaki dia... ala kadar jerk.. *

* Aku pun tak dapat agak awan ker kabus kat sini...
bawah dari palang besi ini ada 'track' & taman,
kat sebelah dia ada taman rusa,
link dengan taman rusa itulah chalet.

Kat palang ni, view jauh boleh nampak sawah padi terbentang di Daerah Yan,
Pulau Bunting, Pulau Songsong, Pulau Bidan & Pulau Telur
Breathtaking view.

Aku sampai sekarang tak berani nak sewa chalet kat situ,
macam scary jer,
macam-macam cerita orang... *

* Photo Credits to Mr Miracle-Miracle,
eh, apasal 'CHOKIA' sangat signboard dia, ini macam pun boleh? *

Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung.
Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd,
termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan
dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam.

Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial
pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu,
kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan.

Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung
yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu.

* Waktu ini, sejuk ya'amat,
kabus yang menyapa & menyapu pipiku
tetiba mencair menjadi butiran air...
aku tak perasan, tetiba jer awan ker kabus tuh bertukar jadik hujan,
ajaib bin pelik, bukan datang dari atas langit, datang dari kabus ker wan tuh sendiri... *

* Hujan dah tetiba, belasah jer tangkap gambor *
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Ada Air Terjun kat Kuari Pecah Gunung Jerai ini.
Alaaa... yang selalu 'makan korban' itu.
Bayangkan, air separas bukulali, tapi ada orang tergelincir menbawa lemas...
Memang tak logik, tapi ramai orang lemas kat situ.
Selalu ada kat kawasan sungai, tasik, air terjun.
info Sulur Bidar
Tahu tak sebab apa?
Because of 'SULUR BIDAR'
Apa itu Sulur Bidar?
Sulur Bidar ada katanya makhluk halus atau syaitan
yang menyerupai sesuatu pusar air atau canvas putih terbentang atas air
bagi memesongkan manusia.
Ada yang kata ular besar (ular bidang) berbentuk leper
macam carpet besor 4meter x 4meter.


* gambar ini dari web omputeh : dia kata strange white object floating around, tapi web tak bleh bukak, dia tak bayar sewa tapak kot *
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Apa yang pasti makhluk ini leper macam tikar @ carpet
lebar terhampar 4meter x 4 meter
Dalam air, atas air, dekat beting pasir sungai

* pun dari web yang sama *
info sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur BidarSulur Bidar
SULUR BIDAR adalah makhluk misteri atau hidupan misteri yang memang misterius.
Tak tahulah binatang ker syaitan.
Sulur Bidar = Hantu Balong Bidai
Mungkin syaitan yang menjelma jadik binatang.
sepanjang 20 kaki dan berbentuk 4 segi.
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Macam tikar canvas putih tuh!
Ada masanya orang jumpa version warna merah.
Makan dgn cara mengulung dan memerah.
Semasa menggulungkan diri, akan menghasilkan buih.
Kemunculam makhluk ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama
dedaun yang terbenam di dasar sungai ke tasik ker lombong.

* macam ni kot masa dia nak timbul, kuar buih-buih bagai...
aku tak pernah tengok, tapi buleh guna kuasa imagination *

sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Daun-daun tersebut akan timbul ke permukaan air seperti dedaun kering.
Daun-daun tersebut bila diambil akan terasa kering seolah-olah telah diperah oleh sesuatu.
Kata orang, daun yang terkena buih ini boleh diambil dari air & terus dibakar.
Satu perkara yang aneh sehingga daun yg basah di dalam air pun boleh di nyalakan jika di bakar.
info Sulur Bidar sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Apa saja yg sesuai pasti menjadi mangsanya.
Ketika itulah anda disarankan agar melarikan diri & laungkan azan dengan kuat agar tidak dijadikan mangsa makhluk halus tersebut.
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Tempat-tempat famous yang boatman, kaki-kaki pancing, orang asli
selalu jumpa Sulur Bidar ni
ialah di Tasik Kenyir (ada musim dia), Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini & Sungai Pahang
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai info Sulur Bidar
Dari Wikipedia:
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia.
Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air.
Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

Mulutnya ada pada setiap penjuru (4 penjuru = 4 mulut)
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai
Dari Uncle Seekers:
Hantu Balung Bidai juga dikenali sebagai Hantu Bidai atau Hantu Balung.
Ada pendapat yang menyatakan rupa bentuknya seperti seekor ular besar yang menjalar di air dan ada pula yang menyatakan ia mempunyai kepala yang bulat,
rambut dipenuhi ular yang berbisa,..
(aku teringat kat MEDUSA pulak... MEDUSA, yang rambut dia dari serpents tuh)

sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai
Kalau boleh syaitan atau makhluk halus ni nak supaya kita puja atau sembah dia.
Berbekallah kita dengan iman & amalan di dada.
sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai
Dulu, dah dua kali Adik aku Halimah juga Firdaus,
Cikgu sekolah anjur lawatan/ rombongan ke Gunung Jerai.
Mak bapak aku tak kasi join.
Aku ingat lagik, sampai nangis - nangis Halimah nak pergi...
Aku pun tak kasi, dah banyak kes wooo...

Gunung Jerai adalah tempat mistik
(kata orang adalah sebuah perkampungan jin non-muslim)
Ada orang bunian turun ke pekan berdekatan dari Gunung Jerai beli barang,
datang dari Gunung inilah khabarnya, bila bagi duit, last-last bertukar jadik daun kering.

INFO MISTIK
(kekekekek, layan ... akukan suka bab-bab paranormal & mistik ni...
tak tahu, ni nak kasi tahu... )

Di Semenanjung Malaysia,
ada beberapa gunung yang paksi yang juga berkongsi paksi dengan gunung di alam ghaib.
Antaranya Gunung Jerai, Gunung Ledang, Gunung Ayam...

* Pakai payung lah pulak,
aku nak background taman waktu hujan,
macam ceta Korealah pulak, Winter Sonata *


Babah aku cakap, ada satu lagik puncak Gunung Jerai kat Menara Pencawang Telekom atau Pencawang TV, nun ada satu lubang dalam tanah, macam gua...
tahun berapa ntah ada Mat Saleh masuk,
terus ghaib tak kuar-kuar... hilang tanpa kesan.

Di samping itu, kesan peninggalan silam seperti batu kapal, padang Tok Syeikh,
air terjun Alur Naga dan telaga Tok Syeikh yang ada kisah tersendiri
turut menjadi tarikan ke Gunung Jerai.

* Kat belakang tuh office Gunung Jerai Resort & Cafe
From left to right
Najib Rohim (now aged at 26yrs), Rasyid Rohim ( now 24yrs ),
Asyraf Rohim (now 28yrs), Halimah Rohim (now 18yrs) *


Aku masih banyak gambar, tapi tak dapat cari kat mana aku simpan,
Tak ada gambar, nak cerita pun susah.

* It's hard to say goodbye to yesterday.
Masa kecik-kecik, siblings selalu jugak jumpa masa cuti-cuti semester.
Sekarang dah masing-masing bekerja,
sibuk, ada private life... *

Firdaus Rohim now in Kota Kinabalu, Sabah,
Najib Rohim ( is the only one I get close to, maybe we have similarity in character & attitude)
Asyraf Rohim (very hard to get him, in Shah Alam)
Rasyid Rohim, with my parents in Sungai Petani.
Halimah Rohim in Mara Junior Science College, Pendang, Kedah.

As the time goes by...


AKU MASIH HUTANG ENTRY
Keistimewaan Sawah Padi Persisir Pantai Yan...

Yan boleh diibaratkan sebuah perkampungan yang mempunyai alam semula jadi indah termasuk laut, air terjun, sungai, gunung dan perkampungan Melayu asli.

Sememangnya keindahan Daerah Yan, sukar dilupakan...