Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Thursday, April 19, 2012

Laksana Pashtun Di Pergunungan Hindu Kush Afghanistan (Bukit Broga Jah!)

Dear Brothers and Sisters,
Sebenarnya aku pun tak tahu
bagaimana aku harus mempersembahkan entry ku pada kali ini.
Peristiwanya sudah pun basi lewat 2 bulan nan lepas.
Saat aku mengalami kecelaruan emosi & minda yang menerpa, maka pada subuh itu
kami bergegas menghala ke satu daerah
yang tidak pernah kami rancang akan perjalanannya.


Wajah-wajah gembira demi berjaya 'memakir' keretaku 
di atas ilalang berbunga putih demi pukul 8.00 pagi. 
Sedangkan sudah penuh ladang kelapa sawit bersusunan sekitar 500 buah kereta 
milik mereka yang mendaki Bukit Broga seawal pukul 6.00 paginya.

Jangan pandang belakangnya ada congkak buat hadiah kepada Adiputra dan Jasmine Balqis.
Aku agak lega, walau belum bersarapan pagi, aku sudah menyediakan 2 liter plain water di dalam bejana buat bekal mendaki kelak.


Adindaku Halimah As-Sa'adiah agak over excited kerna dapat juga dia ber'koloborasi' dengan aku pada kali ini. Dia tidak sesekali menduga aku akan mengutarakan idea gila pagi Sabtu tanpa amaran awal dan hints.


Mendaki Bukit Broga, aku sebagai Creative Director telah menggariskan konsep warna pakaian yang harus kami kenakan pada pagi itu. Wardrobe fully sponsored by Aisyah Redd Rohim. Aku mahu penampilan kami 'stand-out' kontra kepada latar belakang alam Bukit Broga kelak, al-maklumlah, kami tidak memiliki DSLR mahupun kamera. Aku tidak mahu kepenatan kami tak berbaloi dek rakaman yang suram apatah lagi rekod yang tidak memberansangkan
.

Kami mendaki lebih kurang 7km. Dalam pada masa perjalanan kami ke puncak, 
sudah ramai gereombolan-gerombolan yang turun selepas menyaksikan matahari terbit.
Melihatkan gaya kami, tiada lansung gaya mendaki. 
Dengan re-cycle bag IKEA saiz kecik buat isi i-pad untuk mengambil gambar. Botol air mineral lansung terlupa nak di bawa. Hanya Redbull 3 tin, Roti Gardenia 3 buku.

Aku punya fe-feeling laksana rusa terlekat tanduk pada ranting kayu pabila shawl ku terlekat dan tersangkut mati pada dahan pokok. 
Kepalaku pegun, tersangkut dibahagian ubun-ubun. Sukar meloloskan. 
Adindaku Halimah juga gagal membantu. Sehinggalah kami berselisih dengan gerombolan yang turun dari bukit, merekalah yang menolong melepaskan shawlku dari dahan pokok.


Banyak juga suara-suara gelakkan kami. 
"Hiking pun nak pakai macam ni!"
Halimah As-Sa'adiah sekadar berselipar Jepun RM2.90
Aku pulak bagai makcik Taman Tun nak ke pasar pagi.
Tak der ciri-ciri outward bounders lansung.


Pamerkan wajah belum 'terdera'. Belum melawan tarikan gravity.


Masa ni belum boleh 'anticipate' apa yang nak jadi dalam 20 minit - 1 jam dari itu.
Fikir seronok sahaja.


Masa ni belum sedar bekalan air tak bawak.
Kalo tahu nescaya aku sanggup patah balik walau dah 700 meter melangkah.


Bila ku pandang nun jauh di atas. Perasaanku jadi tak ketahuan.
Aku mula berasa cemas mengingatkan pengalaman aku pada April 2011 mendaki Bukit Terasek, Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.
Owh, aku sedari kecil tak pernah join hiking neyh... pancit sey.


Kegusaran jelas terpancar.
Mampukah aku yang dah menongkat tua neyh?


Trail to 3rd Peak. Paling seram. 
Mendaki di slope melebihi 60 degree kecuramannya. 
Dah lew slope botak tanpa rumput. 
Kalo ada rumput, lalang kering (hay) yang licin tu. 
Slipar Jepun RM2.90 tapak tak der bunga. 
Trail ni lebih kurang 50 meter. Ni yang paling seksa.

Paling curam, paling botak, paling tandus tak berpokok, paling bahaya...
kalo jatuh terus direct di hantar ke bawah nunnnn... tanpa barrier dah.



At 2nd peak.
Posing maut atas batu giling Sang Kelembai... ekekekke


Peaceful giler. Aku rasa best. Tak leh describe.


Sungguh aku tak sangka aku berjaya jugak mencecahkan kaki ke Bukit Broga.
Masa ni dahaga yahamat.

Tanpa segan silu aku tanya kat hikers lain yang nak turun 
kalau-kalau-lah mereka sudi hulurkan seteguk dua air 
buat kami membasahkan tekak.


Hahahha... gambar mahal... mountain view pergunungan Afghanistan.
Aku verangans kot-kot la ada bau-bauan rose dan jasmine melatari atmosphere di perjajaran. Owh, heaven nyer...


Buat iklan jap. Shooting layaknya.


Feeling ala-ala kafilah Badawi kat Rub' Al- Khali (or The Empty Quarter)
Vast dessert.. sand and only sand for thousands of kilometres.
A world of harsh extremes that may rank 
as both the least, and most, hospitable place on Earth.


Panas terik kat atas ni... aku pakai cenggitu sebab takut muka sun-burn...
Illuminates! Blanky! Cover!

Yang neyh, leh buat postcard.
Seni jugak aku ni rupanya... 
Tukang tangkap gambar touch-screen

Sebenarnya gambar yang diambil sebanyak 136 pcs.
Boh yang mana dan aja kat sini 
sebab entry pembukaan "Bukit Broga! Tunggu aku datang!" dah lama berlalu,
 nanti ibarat tiada kesudahan.


.

1 comment: