Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label Streets. Show all posts
Showing posts with label Streets. Show all posts

Monday, June 22, 2009

Kedai Mamak Yg Cool Jalan Chan Sow Lin .. (Kuah Kambing Ada... )

roti canai kuala lumpur
Aku pun tak reti nak start penulisan & jalan cerita kali ini.
Beku segala sendi & tarak idea yang nak mengalir bagaikan sungai yang bening.
roti canai kuala lumpur
roti canai kuala lumpur
Otak penat... otot nak rehat.
Minggu ni aku dikerah 'berstock-taking', kemas-kemas nak pindah umah,
dalam pada itulah jugak aku sibuk menjadi protegee kepada seorang mentor yang bernama IDA.
stress singgah & hinggap di segenap sarafku... yearghhh...
roti canai kuala lumpur
roti canai kuala lumpur
Aku mula-mula 'ter'jadik customer kedai ni,
selepas seminggu aku tukar tempat kerja di Headquarters Taman Maluri...
tahun 2005.
Punca: Cari jalan pintas (short-cut) yang tak jam & jimat masa.
roti canai kuala lumpur
* Mamat Bangla yang berjawatan rasmi sebagai penebar roti canai,
aku lupa apa ntah nama dia...

orang asing datang berdagang di bumi bertuah ... Semenanjung Tanah Melayu... *
roti canai kuala lumpur
Aku nih cerewet sikit,
bukan semua kedai mamak aku pakai terjah & pakai duduk ajer...
mesti tinjau-tinjau apa yang patut...

Check pinggan, bawah piring, gelas, sudu, garfu, kuku pekerja sumer aku observe.

roti canai kuala lumpur
roti canai kuala lumpur
(Member aku Si FauziSalim kata aku kengkadang adalah antara TOP 5 yang agak fussy bila makan kat kedai @ restaurant, sumer nak custome & pelik-pelik katanya)
... it's quite true, tapi mostly aku sempoi,
malas nak menyusahkan orang & jadik kekwat...
roti canai kuala lumpur
roti canai kuala lumpur
tapi bab-bab daki, kerak kat pinggan, sudu, gelas aku memang telek betul-betul...
Kat Johor, ada kedai mamak depan Hotel Crown Princess ...
aku pernah sound dia bila aku angkat pinggan,
bawah pinggan penuh lumut hitam ber'grease'... yulkkksss...

roti canai kuala lumpur
* Kenapa roti canai jadik 'kemek & lenyek' macam ini?
Ini adalah akibat tekanan yang dikenakan (diberikan) kepada roti canai ini.
Tekanan yang diberikan selalunya berupa 'kepap' atau hipitan
melalui kaedah merapatkan (menepuk tangan kanan & kiri secara kasar & kuat)

dan pada waktu itu roti canai berada
di pertengahan antara tangan kanan & kiri.
Roti canai kuala lumpur
Pergerakan tangan mestilah selari dengan permukaan meja licin.
Hasilnya roti canai akan terkepit & dihempap (hempuk/tepuk)
oleh tangan kiri & kanan*
Tak sampai seminit roti canai diangkat,
dengan serta merta mamat bangla itu 'menghempuk' roti canai
dengan 'bare-hand' beliau...

aku tanya dengan nada impress & amazed, "ada sakit ker, macha?"
dia jawab, "tarapapa dateeen... suda biasa..."
(dateen laaa sangattt..!)
roti canai kuala lumpur
* Sang Adiputra masa tunggu bahagian roti canai dia sampai *
roti canai kuala lumpur
Aku pernah pergi satu restaurant mamak kat Taman Tun Dr. Ismail.
Kebetulan aku facing tempat buat roti canai,

kat tepi dia ada satu mamak tengah uli-uli tepung satu besen besar penuh,

ntahnya nak wat karipap ker, wat apa ker aku tak taw.

Tetiba masa ku nak suap roti naan kuah sup kambing kaw...

masa tuh lah si mamak tuh terbersin besor,

habis sumer masuk dalam besen tuh,
selamba jerrr,
dia kaup balik & uli macam nothing happened.

Chaissshhh...! Aku serta-merta ban masa tuh jugak... Wekkkkkk ... tak rela!

roti canai kuala lumpur
roti canai kuala lumpur
Aku rasa 'killer' item kat sini ialah roti canai dia...
Features: Garing, Rangup... sumer cukup...
Strength : Aromatic kuah dhal @ dalcha...
kengkadang ada isi accessories tambahan sperti perut, daging-daging reja lembu & kambing...
huh... fantastic...
Kengkadang aku suka jugak makan roti puree... oily tuh, tara pappa, tibai sekali sekala.
roti canai kuala lumpur
* kagum betul aku dengan tunas-tunas pohon ketapang ini,
cantik & memberi inspirasi kepadaku... *
roti canai kuala lumpur
Tempat dia sempoi, service cepat... mesra pelanggan.
Aku suka singgah sini... park kereta dalam 5meter - 20 meter,
bila staff dia nampak aku datang mesti greet ,
"Ya, datin... datin mau order apa? Makan? Bungkus? ... "
roti canai kuala lumpur
* dah lama aku makan kat sini dari tahun 2005 lagik, ini hari 22.06.09, baru aku mendongak ke atas... takut ditembak dek makhluk-makhluk atas pokok tuh... *
roti canai kuala lumpur
Masa Suzie pregnant dulu, aku ingat lagik...
sanggup dia kirim kat aku every Saturday roti canai kual dalcha kambing nih...
Masa aku mula-mula datang HQ (4 tahun dulu... )

* ini roti canai yang aku tapaw dari kedai tuh,
kuah aku tuang dalam mangkuk kasi proper,

nengok tuh, daging kambing bek, bek, bek yang seksi

sedang berendam tenang mengundang kolestrol..
bukan tak tahu, tapi kalau dah mahu... *

roti canai kuala lumpur
belum pun buka bungkusan,
dah ter'bau' kuah dalcha kambing yang semerbak harum gitu,..
sampai clerk aku masa tuh Si Ina
terhidu-hidu nak trace punca ajaib mana datang bau yang mengujakan itu.
Sesak napas menahan perasaan lapar pabila ghau-ghau bau dia datang...

* yang ini sepupu roti tissue,
si tose (ada yang eja 'dosa', 'dosai', 'tossei', 'tosey')
pun aku prefer kuah dhal kambing bek-bek-bek...
yalah, mana ada kambing meaow - meaow -meaow, tak padan ... *

* haaa... aku selalunya tak berkenan kalo tindan bawah piring atas makanan cenggini,
mesti angkat piring tuh check & analisa permukaan bawah dia macamana...
aku musti pesan awal-wal jangan wat macam nih... *

Bagi aku, aku rasa dalam KL,
selama yang aku pernah hidup nak dekat 20 tahun kat KL nih,
kat sinilah roti canai yang paling sedap bagi akulah...
tak kisah lah... kena dengan taste aku,
taste orang lain belum tentu.

* beware & take pre-caution action kalo makan kat tepi-tepi jalan & kaki lima,
especially kalo bawak kids... takut ada kereta yang 'makan jalan'...
bas MARALINER pun banyak sebab dekat depot dia *

Landmark, Lorong Satu (1), Jalan Chan Sow Lin,
depan Headquarters & Showroom Citroen (Dulu Showroom Volkswagon),
sebelah Percetakan Nasional Berhad.
Dekat T-Junction tuh.

* apparaa... aku nih, roti canai pun, aku tergamak nak wat story kat sini,
tak ada yang sensasinya kan... ngalah wartawan hiburan plak,
mensensasikan apa-apa yang tak sensasi, boleh? *


Tuesday, June 9, 2009

DIGEST: Yuk Melancong Ke Pasar Pudu! Syurga Lubuk Ikan Aquarium...

Anda pernah menjejakkan kaki tak kat Jalan Pasar Pudu?
Jalan Pasar ni berada di area Pudu (of courselah!)
Jalan kaki dari Berjaya Time Square pun boleh sampai beb...

* yang warna biru tuh, Pudu LRT Station *

Landmark nak jumpa Jalan Pasar Pudu, Lubuk Ikan Aquarium...
mesti cari mana dia Balai Bomba Pudu, atau Pejabat Pos Pudu...

(pssstttt... tepi pejabat pos tuh ada kedai mamak, aku hari tuh,
lepas x-ray gigi lone ranger ajer makan roti canai kat situ)

aku selalu gak jalan-jalan, cuci mata kat sana..
ushar aneka ragam manusia jual-beli barang ... macam2 ada.

* Salah sebuah kedai yang jual accessories aquarium & other pets macam hamster, hanjing, ayam serama & juga kucing meow, meow...
kedai ini aku rekomen, accesories dia murah,
service bagus, harga boleh kurang banyak, banyak fish tank assortment,
harga ikan jauh lebih murah kat kedai nih
Belakang kedai ini betul-betul... ada Chong Wan Xian Shi Temple *


Apa yang ada?
Lebih kurang macam streets assortment, Chinatown products.
Jam, calculator, bags, stokin lambak 5 saploh hinggit, spender,
remote control, keta mainan... padlock, goggles...
barang-barang panas pun ada... huhuhu...

* Photo credits to mohdimran*

Ikan Bandaraya, scientific name = Ancistrus Temminck
yang juga bermaksud Temminck's Bristlenose *


*Aku heran betul, aku belilah dua hekor ikan bandaraya ini untuk dijadikan khadam,
suwuh cucik tingkap aquarium aku, biar suci dari lumut,
tapi pehalsss sampai sekarang, detik 12.40 am, ikan bandaraya DBKL aku itu
masih tak reti-reti melekap & melekat kat dinding kaca fish tank aku...
ker, aku salah beli?
Eh, ikan cuci cermin tuh bukan ker sama dengan ikan bandaraya?
Musykil, musykil... *

Kedai barang-barang elektrik dan elektronik memang banyak kat sana
Kat Jalan Pasar Pudu ini, deret depan RHB Bank tuh,
banyak sekali kedai jual electronic equipment, second brand & non-branded punya.
Berdegung-degang bunyi speaker dek lagu-lagu techno.
Bagus untuk amplifier system, sapa yang suker bingit-bingit nak sound effect yang kaboom.
Jugak, ada accessories kereta (audio system & lampu), harga memang malatop!
Ada Cop Sirim ker tak, aku tak pasti, sebab tak pernah nak get close to those things.

Puas aku cari gambar bulan January 2009 hari tuh,
masa aku, Adi Putra, Atiqah & Mr. Anuar melancong di suatu pagi Ahad
ke Pasar Pudu.

* Kat kedai ni, banyak assortment tropical fish yang cantik - cantik & upper grade sikit,
ikan pun macam healthier & more lively sebab kaedah display pakai besen,
pastu warna besen tuh yang membiru agak kontra dengan warna merah oren badan ikan,
verylah menonjol... kan? *

Dah ilang gambar-gambar tuh.
Gambar Adi Putra mencelup tangan menangkap black gold fish dalam besen tuh.
Gambar Atiqah pegang kura-kura.

* Adi Putra & Atiqah, suka sangat bertinggung (squat) kat tepi besen nih,
sambil tangan menggagau, mulut berkicau...

suker sangat & geram
tengok lemah gemalai lenggok ikan berenang-renang *


Boleh dikatakan, once in a month,
aku musti turun sini.
Beli aquarium accessories & beli ikan hiasan.

Aku kalo turun sini,
korank musti tak kenal aku,
sebabnyer aku dress up style mak chik-mak chik turun pasar jer,
very the selebet you know...

Aku boleh katakan, di sinilah pusat ikan hiasan & perkakas aquarium
yang terbesar di Lembah Kelang @Klang Valley.
Harga? Memang murah lagi berbaloi.
Puas hati kata orang.

* katak ker kodok, kalo berani, cuba ambik secekak dengan your naked hand... *

Ada kat tepi-tepi jalan, siap jual ikan Arowana & Ikan Koi sebesor lengan
siap pack dalam plastik dah...
Cuma tinggal ulur duit dan angkut balik.

* Photo credits to Wadi-Oasis*
* Pre-pack ikan emas... aku berkenan betul yang blackie tuh,
nak-nak kalo yang mata timbul tuh, exotic... memukau
Belum buat ujikaji, bila dah bungkus macam tuh,
berapa jam tahan oxigen tersebut boleh support nyawa ikan kat dalam tuh yer?
Dengar kata sampai 4 jam... *


Masa mula-mula aku start beli ikan dulu...
(dah 25tahun tak pernah bela ikan, lupa dah teknik-teknik & cara bela ikan).
Pulak tuh, aku beli 6 ekor ikan mas hitam yang mata terjojol.
Pagi beli, petang terus kojol keenam-enamnya.

* ikan ketutu @ soon hock, ada yang harganya mencecah RM25.00... *

Lusa, aku beli lagik... ikan sepat warna merah - biru (lily fish)
6 ekor sumer & ikan emas tompok-tompok...
pun mati jugak lepas 4 hari..... tension betul.

* kayu bakau atau kayu jati,
kalo rendam dalam fish tank, akan menghasilkan 'black water effect'
air jadi warna kayu, semulajadi.... *


Seminggu lepas itunya, aku beli lagik ikan guppy 20ekor.
campur sword tail warna merah menyala 6 ekor.
Masuk hari keempat, sumer arwah.

* salin air fish tank, tumpang masuk dalam bekas nih japppp... *

Fed-up... anti-chlorine dah beli,
filter dah beli, black water remover dah beli, ammonia remover dah beli,
PH tester dah beli, apa pasal mati jugak?

* Photo credits to mohdimran*
* kalo tak salah aku, ini kedai yang next to kedai besen biru... kedai ni eksen sikit...
aku last-last end up beli 'ikan reject' kat kedai ni.
Kedai ni ajer yang jual ikan reject kat situ.
ikan reject = anak-anak ikan yang nak bagi makan kat flowerhorn tuh,
sepeket RM2.00.
sepeket = ada lebih kurang 20 ekor.
Aku beli 3 peket.
Last-last tinggal berbaki sampai hari ini dalam 12 ekor.
ideallah populasi ini untuk fish tank aku yang tak seberapa tu *

* arwah- arwah ikan emas yang kubeli sekor RM3.00, ikan guppy seekor sembilan posen,
sumernyer tinggal kenangan... isk, isk, isk... *