Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label paranormal. Show all posts
Showing posts with label paranormal. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

DIGEST: Ular Cintamani & Ular Itik

Tahyul vs Realiti
Penulis masih sedar. Masih dalam lingkungan waras.
Penulis tidak bertujuan memesongkan para pembaca ke arah kesesatan mahupun khurafat & syirik. Mengambil jalan selamat, disebabkan itulah tidak dilampirkan sebarang unsur-unsur mentara mahupun unsur-unsur kebatinan yang bergelar Mantara Ular Cintamani mahupun Doa Ular Cintamani .

*** *** *** *** *** *** *** ***
Walaupun sekadar dibaca dek kerana keindahan seni bahasanya, sentuhan prosa klasiknya, dikhuatiri didampingi khadam ayat yang berupa penghuni alam ghaib.

* Subhanallah, Allah mencukupkan yang sedikit, Allah melimpahkan kasih sayangNya ke seluruh alam. Mohonlah sesuatu dengan Allah, Insyaallah dapat. Sungguh luas ilmu Allah.*

Entry kali ini. Penulis tidak akan menyentuh perihal permata Ular Cintamani , tiada berkenaan geliga Ular Cintamani . Juga tiada memerihalkan berkenaan kayu Ular Cintamani (akar bahar), sekali-kali tidak mengenai Ular Cintamani yang telah bertukar menjadi batu. TIDAK.

Pernah dengar berkenaan Ular Cintamani ?
Ada beberapa cerita yang telah dikhabarkan ekoran 'encounter' dengan sang ular misteri ini.

* Kenapa penulis tengok pipe fish ni macam Ular Cintamani jew...*

Khabarnya sang Ular Cintamani adalah seekor ular sakti ukurannya kecil, bersaiz pendek, berwarna-warni, berparuh itik. Ular Cintamani adalah seekor ular misteri berkepala itik, berlingkar bersarang dirumpun-rumpun pokok. Mengikut lagenda Ular Cintamani ni suaranya amat merdu sehinggakan haiwan lain yg mendengarnya terpukau dan terkaku. Difahamkan makan minumnya pun burung-burung berterbangan yang bawakan dan tolong suapkan. Menurut cerita Ular Cintamani akan diberi makan oleh burung-burung liar. Ular ini tidak perlu berburu untuk makan, hanya membuka mulutnya saja maka burung-burung akan datang dan memberi makan kepada ular tersebut.

Ukuran Ular Cintamani tidaklah sebesar ular biasa, hanya sebesar lidi rotan. Akan tetapi bisanya amat kuat seperti ular biasa. Banyak orang-orang pintar mencari sarang Ular Cintamani tersebut untuk dibuat penglaris usaha ... orang yang memiliki Ular Cintamani atau sarangnya akan memperoleh khasiat yang sama seperti Ular Cintamani tersebut yang meneruskan hidup dengan diberi makan oleh burung-burung dengan tanpa pergi berburu.

*** *** *** *** *** *** *** ***
Ular Cintamani adalah haiwan alam jabarut. Versi yang diceritakan oleh orang-orang asli - Ular Cintamani ni kecil sahaja. Menurut member Encik Ruski. Cara bergerak ia bergolek bukan menyusur macam ular biasa. Menurut kepercayaan orang asli bila jumpa Ular Cintamani ni terus ambik kain balut simpan kat rumah selama beberapa hari... kononnya Ular Cintamani tersebut akan bertukar menjadi emas.


Ular itik?
Ular itik atau dikenali sebagai ular bebek di Indonesia. Ular itik juga berparuh seperti itik. Mengeluarkan bunyi seperti anak itik. Kononnya, ular itik adalah pengawal kepada Ular Cintamani . Barangsiapa yang dapat ular ini mahupun makan ular ni diperayai boleh jadi kaya raya & hidup senang, rezeki melimpah ruah.

"Ular itik ni jenis binatang mistik keluar time hujan dan kepala seperti itik. Kalau terjumpa, cepat cepat tangkap dan makan isinya sebagai melancarkan rezeki" mark123


*** *** *** *** *** *** *** ***
* Credit photo & story dari Alimputra's fotopages : liputan selepas kebakaran besar yang membumi-hanguskan sederet rumah 2 tingkat "tapi bila dah tengok-tengok balik, mak ngah shitah noticed yang ulaqitik (tak tau la haiwan species apo...) peliharaannya yang dikatakan pelik ni, sebab ada tertulis tulisan jawi. Tak sure la pulak ayat-ayat Al-Qur'an ke apa ker, tak terbakar pun, cuma besen bekas tu je yang cair sikit. Hairan jugak kan, dalam api-api yang punyalah besar, ulaq itik ni tak mati!" *


"cerita tentang sejenis ular yang agak pelik, iaitu... ular itik.
Duduknya di tepi tebing telaga (ni zaman 70-an dulu la, sekarang ni mana nak cari telaga). .Yang anehnya ular ini bunyinya macam itik. Berparuh serupa itik. Warnanya hitam dan besarnya tidak lebih daripada besar kelingking budak.

* Haaa... yang ni bukan saiz sebesar kelingking budak? *

Menurut Tok Wan itu, sesiapa yang makan ular itik tersebut, akan diberikan rezeki yang berpanjangan. Tok Wan tu pernah cerita tentang kawannya dikejar dek ular itik hingga ke depan tangga dan dia lari lintang-pukang sebab takut...

Member tu tanya tok wan dia, pernah atau tidak Tok Wan makan ular itik..? Tok Wan gelak... kata Tok Wan, orang Melayu-Islam mana boleh makan ular... haram! Walau atas alasan apa sekalipun... "


*** *** *** *** *** *** *** ***
Lagenda Mahsuri: "Pada suatu malam sedang ia berbual-bual dengan isterinya serta mengucap syukur kepada Tuhan atas rahmat dan kemakmuran yang telah diturunkan olehNya kepada mereka itu, mereka telah terdengar bunyi Ular Cintamani dekat rumah mereka. Dengan tidak bertangguh-tangguh, Pandak Maya pun turun ke tanah serta nampaklah ia ular itu ada dua ekor. Ditangkapnya kedua-kedua ekor ular itu. Mengikut satu kepercayaan orang tua-tua bahawa barang siapa dapat melihat dan memakan Ular Cintamani itu akan hidup senang-lenang. Oleh yang demikian Ular Cintamani itu pun dibunuh mereka lalu dimasak dan mereka memakannya dengan tidak ada sisa barang sedikit pun "
ULAR CINTAMANI CHINTAMANI ULAR ITIK

Friday, September 2, 2011

" Laksana Buntat Hendak Menjadi Gemala"

BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
" Apabila bertiup angin sakal
Ambil pengayuh mana yang ada
Apabila hidup ingin berbekal
Amalkan seluruh ilmu di dada "

BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
****************
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Maha Kaya Allah , Pencipta Seru Sekalian Alam. Maha Suci Allah Yang Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Segala sesuatu ciptaan Allah, pasti mempunyai hikmahnya.
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Huhu, ini hari aku kehilangan Kamus Dewan dalam stor buruk rumah pusaka arwah Babahku. Kamus Delta yang aku beli pada tahun 1992 dengan harga RM25.00
pun dah dilupuskan oleh Bondaku gara-gara project house-keeping beliau.
Puas aku cari right definition dalam Kamus Online Malay to Malay,
sumernya tak mencapai standard piawaianku.

BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET

BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Sedang aku sedang mengelamun di buai kenangan silam, aku teringat peristiwa aku memecah- belah-duakan sebutir buntat siput sebesar kepalan tangan remaja berusia 13 tahun. Aku masih di Form 2 pada ketika itu. Apalah yang aku tahu sangat pasal rahsia kayu, batu dan logam pada usia macam tu. Yang aku tahu, object tu memang pelik, menarik, misteri dan membuat aku tertanya-tanya. I never saw such thing before.
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Bila aku mengujakan pertanyaan pada Tok Kah (nenek angkatku yang aku stay dengan dia selama 5 tahun dengan beliau di Kuala Terengganu), Tok Kah cuma jawab "Siput tu"
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Hmmm.. Buntat Siput tu aku hanya buat paper weight @ penindih full scap paper aku nak buat assignment bertimbun-timbun. Sampai lah satu hari, aku telah memecahkan si buntat siput tu. Terbelah dua. Aku amati keratan rentasnya. Padat, macam batu. Warna putih gading. Timbul rasa sesal tak sudah.
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
****************
" Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga "
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Definisi geliga : sejenis batu hikmat yang mempunyai khasiat sebagai penawar bisa dan sebagainya (didapati dalam tubuh binatang seperti ular, landak, dan lain-lain)
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTETBATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, Definisi buntat : unsur kapur yang menjadi keras dan membatu pada tumbuh-tumbuhan, pada badan binatang atau manusia.

BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Definisi gemala (kemala) : batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal daripada haiwan seperti ular, naga, dan lain-lain), banyak khasiatnya dan mengandung kesaktian
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Definisi mustika (mestika, mastika) : 1. batu hablur yg sakti (terdapat di kepala ular, teripang, dsb); 2.batu permata yg berharga (seperti intan)
****************
Definition of bezoar : Bezoars stone is a natural Phenomenon found in the digestive systems of animals / humans. Bezoars stone formation through the coating, layer by layer for a long time period. Technically referred to as the establishment of the autoimmune process, in order to protect the body from a substances that are not necessary, but difficult to remove. It is quite possible that coated by the organic silica / quarts are substances horn / hair / eyes, minerals or metals (Mn, Cu, Zn, Al) which is an element that could not be digested from the remaining food. The Metal elements which in turn makes the colors on the stone bezoars pearls.

Definition of gal : bile obtained from an animal and used in the art of medicine.

****************
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
" laksana buntat hendak menjadi gemala"
peribahasa bermaksud orang kecil hendak menjadi orang besar.

(iaitu seseorang yang tak tahu akan kekurangan dirinya)
Miahahaha...atau dengan lebih menyentap lagi ia bererti; seorang yang tak sedor diri,
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
****************
(Source from Zuhaini)
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Bezoar datangnya dari perkataan Parsi yakni - Pa Zahar membawa maksud - Ubatan pada keracunan, objek Bezoar ini kelazimannya kedapatan di dalam usus-usus binatang. Pada sesetengah negara umpamanya di Malaysia lebih dikenali kepada Geliga, manakala di Indonesia ianya dikenali sebagai Mustika, dan di Filipina pula lebih dikenali sebagai Mutya.
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Proses kejadian Geliga ini bukanlah terbatas melalui organ-organ haiwan sahaja bahkan juga tumbuh-tumbuhan atau aspek-aspek alam semual jadi.
Proses ini telah pun mengambil masa jutaan malahan ribuan tahun dahulu.
Ianya amat disanjungi oleh Maharaja-maharaja Negara-negara Timur pada masa dahulu kala.

Selain daripada fungsi, kualiti penyembuhan minda , tubuh badan dan jiwa ia juga menakluki kuasa Psychic dan Spiritual terhadap si pemakainya. Di sini maka lahirlah tanggapan bahawa geliga-geliga yang berkualiti tinggi lazimnya dihuni oleh elemen spiritual atau Indwelling Elemental Spiritual yang bergelar Khadam.

BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
****************
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
"Dewa pun duduk ia bercerita,
Asal mulanya dapat sengsara,

Oleh disakitkan saudara,
Setahun sudah di dalam penjara.
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Sekalian habis diceritakan,
Suatu tidak dilindungkan,

Terlalu belas naga mendengarkan,

Diambil gemalanya lalu diberikan
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Ambillah tuan muda bestari,
Gemala ini nenek memberi,
Harganya itu tujuh buah negeri,
Apa kehendak keluar sendiri.

BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET
Jikalau orang terkena bisa,
Airnya sapukan beri berasa,
Jika ditolong Tuhan Yang Esa,

Dengan seketika beroleh sentosa"
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET

Sunday, August 28, 2011

Pusar Tasik Pauh Janggi

PEMBENTANGAN KHAS LAGENDA BETING BERAS BASAH

BETING BERAS BASAH
*Catatan bebas ana di Persatuan Sejarah Malaysia pada 19 Disember 2009
(Oleh Tuan Haji Ariffin Mohd Dahlan, credits to Ikan Tongkol Blog)
BETING BERAS BASAH
FAKTA:
1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak. 2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528. 3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.

BETING BERAS BASAH
CATATAN & PENGALAMAN PERIBADI PEMBENTANG
1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak
yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah.

Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan
yang menetap di Bukit Khuf Makkah.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi
bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin.
Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa.
Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib.
Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M)
terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam
untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut.
Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut di kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar.
Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja,
baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut.
Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota.
Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda.
Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut
iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah.
Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah.
Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian
dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah.
Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun,
beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya
bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib.
Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu.
Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah
menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna.
Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri,
almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang)
menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut
dan mengambil segenggam tanah
dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing.
Hujan panas tiba-tiba turun.
Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.
Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki.
Air kolam pula sangat jernih.
Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih
yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut.
Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam
dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’
untuk mengikat daun pemulih tersebut.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
11. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara
yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja
dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran
seperti bendera tubuh, pending, bengkong,
pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain.
Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring.
Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya.
Orang tua itu juga turut mengijazah beberapa ayat.
Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi
setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan.
Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa
yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau.
Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut.
Antaranya ialah seperti ...
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam
b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor.
Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu.
Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail
yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib),
seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah.
Beliau bertapa di Gunung Bubu.
Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan)
mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan,
beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu.
Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris,
Kelak tuanku akan bergelar Sultan.
Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan
maka tuanku hendaklah membebaskan Kulup Chandan.
Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong
tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan.
Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar),
ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib.
Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah
yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib)
yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya
adalah keturunan raja yang sebenar
yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama
kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol.
Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis,
ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.

Saturday, January 2, 2010

Apa Makna "Mati Beragan" ?

Hari ini & semalam aku bersiar-siar
ke beberapa laman web & blog barang misteri/mistik

cuci-cuci mata....
Hati aku bagai digaru-garu dengan istilah yang aku highlight warna hijau
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
-----------------------------------------------------------
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
Benda yang unik dan sangat jarang ditemui ini
adalah kepunyaan seorang guru yang cukup disegani dari Kalimantan.

Benda ini telah ditemui sendiri oleh beliau
dari kucing hutan jantan 3 belang
yang telah mati beragan.
kita perhatikan jarang ada kucing 3 belang yang jantan
( kucing 3 belang bermakna kucing yang punya 3 jenis warna pada tubuhnya),
kesemua kucing 3 belang yang biasa kita temui adalah betina.

Menurut orang yang arif,
dikatakan jika kita mempunyai kucing jantan

yang punya 3 jenis warna pada tubuhnya (3 belang) ,
jika dipelihara sebaiknya, kucing tersebut bakal menumbuh tanduk didahinya.

Hakikatnya kucing bertanduk
adalah suatu yang misteri, langka dan unik
yang melambangkan kebesaran kuasa Tuhan.
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
-----------------------------------------------------------

MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
Telek harimau mati beragan.
Diperolehi sendiri secara zahir di sebuah gua di hutan Tanah Bugis, Daerah Mangkasar, Indonesia, dalam keadaan matinya berdiri.
Diambil teleknya untuk dijadikan penggerun & penunduk musuh.
Wallahua'lam.

-----------------------------------------------------------
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
Stress aku...
Dah lama aku tak tangkap maksud sebenar "mati beragan"

Bukan Mati Berangan taw... tak sama tuh.
-----------------------------------------------------------
Adakah "mati beragan" itu membawa maksud
1. Mati Dalam Hajat Tak Kesampaian @ Berputih Mata?
2. Mati Kempunan?
3. Mati Merajuk, Membawa Diri, Menjeruk Rasa?
4. Mati Dalam Menanggung Kerinduan?

5. Mati Menanggung Dendam?
6. Mati Menanggung Hutang?

7. Mati Dalam Keadaan Marah?

8. Mati Tetiba, Tak Sakit Tak Apa, Mati Mengejut & Tubuh Jadi Keras Kaku, Terawet?
9 Mati Setelah Menderita Sakit Yang Lama, Sesudah Bertahun-Tahun Baru Mati?

10. Mati Sakit Tua?

11. Mati Kena Sumpah?

12. Mati dalam keadaan panasaran, mabuk, giler
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
-----------------------------------------------------------

Aku 'google' sana, aku 'google' sini.

Akhirnya sipi-sipi, dari Blog 'Suri Di Mata Deli' posted at 20.10.2009:

Sekali sekala bertandang tamu yang mulanya asing,
langsung akrab dek datang setiap bulan, menagih ansuran.
Mana tidaknya, kalau nak dibayar selepuk-selepap tak berduit;
tak diambil tak merasa, dibiar berlalu takut kempunan dikhuatiri pula mati beragan.
Mati beragan ni bagi yang tak tahu ialah beragai suri.
Pun tak pernah dengar?
Maknanya seakan-akan mati tetapi sebenarnya tidak.
Suai benarlah tu rang suri - beragai suri, siang sasar terlopong, malam mengigau mengidam.
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
-----------------------------------------------------------
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
Jika kita melayari Blog-Blog barangan mistik untuk dimaharkan, Barangan misteri & aneh... banyaklah asal-usulnya dari haiwan-haiwan yang 'mati beragan' tapi tidak ada penerangan terperinci apa itu terminology 'mati beragan' dengan detail.

Gigi Geraham Gajah Mati Beragan <> Taring@Misai@Kuku Harimau Mati Beragan
<> Kulit Kijang Mati Beragan <> Tanduk Payau betina putih Mati Beragan
Mati Beragan = Mati Beragam ?
__________________________________________________

Ikut Kamus Online Indonesia - Inggeris
Beragam : Mati ~ gan to die suddenly

__________________________________________________

Sumber KATEGLO
http://bahtera.org/kateglo/

Definisi:

  1. tampaknya sudah mati, tetapi nyatanya belum; mati samar; mati suri
  2. mati mendadak
  3. (Mk) mati dengan sengaja (bunuh diri)
_____________________________________________________


Akhirnya.... Aku jumpa jugak @ 8.23pm , 2nd January 2010.
jumpa kat "Peribahasa Si Manja"
MAKNA ERTI MAKSUD MATI BERAGAN ADA DI SINI
Ini aku rasa logik...
biasanya binatang liar, bila sakit ker, bila dah tua, disingkir dari kumpulan,
akan menyendiri, merajuk, bawa diri
sampai mati sengsorang.

TAPI aku rasa yang menepati istila-istilah mistik...
Barangan mistik yang tentunya mempunyai 'jiwa' & 'ruh'....
MATI BERAGAN = tampaknya sudah mati, tetapi nyatanya belum; mati samar; mati suri