Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Showing posts with label From Wheel Of Steering. Show all posts
Showing posts with label From Wheel Of Steering. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Orang Kata Aku Tak Reti Penat...

Kwang- kwang... Cuti Raya 26th August until 7th September 2011.
Tadi baru habis journey yg sebenar-benarnya...

* Genting Highland Kota Keriangan dari Karak menghala ke Kuala Lumpur *

26th August last day bayar2 bil, bayar instalment, beli souvenir untuk insan-insan yang diingati.
Then drove from KL-Jengka 'bout 183km.
The next day 27th August drove back Jengka-KL another 183km.
Heading to Sungai Petani 404km.
183km + 404km non stop. (only 30 minutes pit stop kat Behrang jew)
Bluweksss... sapa kata tak penat.

* Budak nakal cucuk aku dengan lidi buah jambu batu
on and on sepanjang perjalanan.. sakit la...
cucuk buah, bukan cucuk mama la.. apa adik nampak mama ni macam buah jambu kew?*


Aku drive keta manual wooo.
Sarat dengan muatan penuh boot.
Anak kecil 2 worang. Adik pompuan sorang.
Takder kelindan yer... sebab co-pilot kekdah pemanduan hanyalah 'auto driving methode jer'

* Cik Tam berstatus auto yang takder feel masa memotong,
berhempas pulas aku nak memotong naik Cik Tam *


Kat home-town aku
Aku bawak MyVi bernama Cik Tam.
Selalu tersasul duk tekan cluth, main gear...
Lupa aku keta auto gear D, R, N, P ...
Ada sekali tu, traffic light dah ijow,
aku masuk gear R


Fefeeling sesangat bawak keta manual neyh sebenornyer.
Paling best drive manual lat slope, naik bukit, turun bukit...
aku amatlah enjoy bersangatan drive manual kaedah long distance.
Endurance driving gittew.

* Jambatan Merdeka , bila nampak ni aku senyum sampai ke telinga,
al-maknanya jap agi aku kan tercium bau kampung aku nan permai *


Neyh baru 30 minutes mendarat dari ketaku. Lepas journey 183km dari Jengka, Pahang.
Hantar anak-anak kat Mr. Anuar.
Semalam, transit 1 hari kat umah aku Sg Penchala, KL.
Monday 5th September travel 1 whole day dr Sg Petani.
Mana tak broke-back..

* Nak yang lebih endurance? Yang gearless? Cuba yang ni.
Imagine keta tak pernah tercipta...
Wuhoho... aku naik yang ni 4 ari baru sampai Kedah dari KL*

Huargh... jap gi nak pi Jusco Bandar Utama.
harus lah menjamu mata lepas raya tengok new arrivals & new release...
Retail Therapy is very good after long Journey.
Reward Yourself!

Friday, December 25, 2009

Malang Tak Berbau: Tragedi Kemalangan Lebuhraya Pantai Timur 20.12.09

Kemalangan kilometer 84 Lebuhraya Pantai Timur (Karak- Lancang)
20hb Disember 2009 , Ahad
5.00 pm

Still in 'gegar' condition.
Habis sakit-sakit satu badan.
Still trauma.
Hilang punca.
But, hidup mesti terusss...
Ambil 3 hari ' No Pay Leave'


Selalu cerita pasang suka.
Tempek gambar senyum-senyum.
Hari ini nak cerita 'part' duka pulak.

Langgar around jam 5.00 pm.
Masa berlanggar,
semua family member aku tengah syiok lena diulit intan.

2 saat sebelum hit belakang kereta Gen 2 itu,
aku sudah cuba sedaya upaya...
all the best nak menyelamatkan keadaan.

Kalau elak ke kanan,
mana tahu ada kereta di belakang terus hentam kami.
Kalau elak ke kiri,
parit & tiang juga bahaya,
mana tahu ada kereta curi-curi guna emergency lane masa tuh...


Yang aku tahu, aku pasrah...
dan Dusyummm!...
Aku pejamkan mata, ibarat kapten kapal Titanic
di saat-saat terakhir sebelum Titanic
ditelan Lautan Atlantic lepas langgar iceberg...
dalam keadaan tak sempat mengucap
(kalau mati, memang mati katak).

Habis anak-anakku Adiputra bercempera melambung di dalam kenderaan,
Atiqah Balqis terperosok di tempat ruang kaki.
Encik Anuar terdorong ke hadapan.
Nasib baik aku & Encik Anuar mengenakan 'seat belt'
kalau tidak ,
aku rasa kami akan terhumban keluar
melalui cermin tingkap depan...

Dalam keadaan yang kalut-kabut itu (mana nampak luar tingkap)...
hujan punyalah lebat, putih sahaja bila dipandang... kereta mati di atas jalan...

Encik Anuar cepat-cepat buka pintu keluar.
Aku terus ke tempat duduk sebelah melangkau gear & stereng,
tak mahu keluar pintu nanti kena hujan...
Encik Anuar memesongkan stereng kereta 60% masih di atas jalan.

"Telefon...! Telefon no kat sticker cermin tuh..." Arah Encik Anuar.
Aku tahu immediately,
contact number tow- truck Allianz Insurance.
Panik, satu biji telefon pun tak jumpa
dalam keadaan kereta yang macam tongkang pecah,
Sang Adiputra tak henti-henti menangis...
Atiqah Balqis terdiam.

Aku pusing kebelakang,
penuh back seat dengan hamburan muntah terpercik di sana-sini
dek Adiputra automatically termuntah-muntah panic.
"Diam, dah cukup...!"
ujarku pada Adiputra...
Aku pulak naik panik,
dengan Adiputra yang non-stop 'wek-wek-wek..."

Telefon satu pun belum berjumpa ,
baik di celah-celah seat,
bawah tempat kaki... mana dia?
Argghhh... tension...
aku rasa macam nak nangis sahaja masa tuh...
(kalo aku nangis, nescaya aku pasti 'dilempang' jadi lempeng pisang serta-merta
oleh Encik Anuar gara-gara ngengada & cengeng
di masa-masa genting gitu....
mengalahkan anak kecik)...

Akhirnya otakku berfungsi juga.
Mengamati radio yang terkeluar & pecah...
aku seluk tanganku di celah-celah rekahan radio..
nah,
kutemui handphoneku terperosok jauh di dalamnya.

Ya, Allah, bateri satu bar lagi, kredit ada RM7.04...
terketar-ketar dial no 1-300 - ...
Ada operator dihujung sana,
dia pass kan talian.
Sepi...

Aku call lagi, ada operator lain pulak yang menyambut,
dia pass kan talian, ada yang jawab...
Tanya aku nak tow-trucking ke mana?
Ke Karak? Ke Temerloh? Ke Bentong?...
Ohhh... tidak,
aku tinggal di Kuala Lumpur,
kerja di Kuala Lumpur...
Aku nak tow keretaku ke Kuala Lumpur
... wahhh... jauh tuh...

Dalam kelam-kabut, hiruk-pikuk...
adalah 3 biji tow-truck yang cuba memancing mangsa.
Jumlah keseluruhan kenderaan terbabit dalam nahas kecelakaan = 9 buah

Dari arah Temerloh ke Kula Lumpur.
Ada 4 biji kereta yang accident.
(2 kereta di hadapan accident, 3 kereta di tengah-tengah ok,
2 kereta di belakang accident,
yang belakang ini kereta akulah...)

Ditengah-tengah divider ada Toyota Hilux terpacak
(tak dapat ditentukan dari arah mana Hilux itu datang & ke mana ia menuju)


Di arah bertentangan (Kuala Lumpur menuju Temerloh, ada 4 lagi kereta accident).

Di ambil keterangan oleh MTD Ronda,
IC, lesen memandu & gambar kereta diambil.
Selepas itu Pegawai Penyiasat Traffik
dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pulak yang datang mengawal kenderaan.

Keretaku lansung jam.
(Keta aku kalu nak start enjin pakai security flash card,
Eye of Horus System Takashimaya)...
haaa, lagilah susah...

Paling mencabar,
saat kereta yang jam nak ditolak undur kebelakang dalam ujan lebat,
sebab menghalang jalan.
Pihak MTD Ronda & Encik Anuar yang tolak.
Aku tukang kawal brake & stereng...
Ya Allah... Aku rasa nak nangis jer...

Passenger lalu tengok kami,
penumpang bas lalu tengok kami...
ada yang snap photo, ada yang rakam video...
selama ini aku witness orang,
suka-suka tangkap gambor sana, tangkap gambor sini.
Kali ini orang pulak witness aku.


Pukul 5.30pm ambulans & bomba datang potong Hilux itu
kuarkan dua mangsa dah tak sedar diri,
derang baringkan ajer tepi jalan kena hujan.
Pastu bomba teruskan memotong pakai chainsaw & oksigen berapi,
ada 2 mangsa tersepit di hadapan.
Kuat keyakinan 2 orang yang depan itu telah menemui ajal.

Aku tak dapat ambil gambar banyak
sebab bateri handphone tinggal satu bar,
mesti nak simpan untuk kecemasan.
Handphone Encik Anuar bateri pun dah merah.
Anak-anak aku dalam kereta kena jaga,
takkan aku pulak sibuk-sibuk pergi suka-suka snap gambar
masa tengah berduka gitu
... mana bleh...

Pukul 6.30 semua tow-truck orArah bertentangan -
tinggal satu tow-truck & Hilux hancur itu & MTD Ronda sahaja.
Sepi, sunyi
lebuh raya pukul 6.30 petang itu.
Tinggallah kami berempat bermukim & berlindung
di dalam kereta yang dah ditolak
ke atas bahu jalan berumput hijau.
Hujan di luar terus lebat mencurah-curah.
Sunyi giler, sepi...
sesekali... ada kereta sahaja yang passing by dengan kelajuan 110km/jam...


Masa tuh Allah sahaja yang tahu.
Lapar, kesejukan, nak terkencing...
busuk dalam kereta lintang-pukang...
Yang paling kesian,
Encik Anuar basah lencun 100% baju & seluar.
Sempat tukar baju sahaja.
Seluar tak ada seluar spare.
Kaki baru sedar luka panjang 15cm terhentak dashboard.

Adiputra hampir-hampir melepaskan kencingnya di dalam kereta.
Aku panik... terpaksa buat 'toilet' segera di tepi kereta
(buka pintu depan, buka pintu belakang,
hadang dengan selimut sekeliling...
nasib baik ada 2 botol 1500ml air mineral Sungai Gau aku beli sebelum itu).


Pukul 7.00 malam, totally lonely & sepi .
Tow truck belum datang.
Kaki aku dah kembang kena air hujan tadi.
Naib baik aku pakai 'Seluar Tight Leotard Macam Seluar Swimming'...
air tak serap.
Kena air hujan cepat kering.
Baju dah lembab...
lama & seksanya penantian tow-truck.

4- 5x aku call tow-truck driver nak pastikan location dia.
Pukul 6.00 tadi masih di Genting Sempah (Genting Highland Exit)...


Pukul 7.15 malam akhirnya baru tow-truck muncul
dari arah bertentangan.
Encik Anuar melambai-lambai.
then handphone aku berbunyi,

"Itu tadi you ker?"
"A'ah... husband saya yang botak-botak pakai baju merah tuh..."
hepinya aku tow-truck dah sampai.
kemalangan LPT 20.12.2009
Bagi aku tow truck itu sama dengan Noah's Ark pada situasi sebegitu.
Tow truck kena buat U-turn kat exit Lancang 15km away,
pergi balik 30kilometerlah...

7.45 malam baru sampai kat lokasi kereta aku tersadai.
Sukernya anak-anak aku naik keta ditunda tow-truck...
Jauh giler aku rasa naik tow-truck nak pergi IPD Bentong...
(1st time masuk Bentong, tak pernah-pernah pegi Bentong,
hanya sekadar melalui tepi highway jer selama ini)

Terhengguk-hengguk dalam kereta,
duduk atas kerusi condong 30 darjah,
macam naik roket gayanya...

8.40pm baru sampai IPD Bentong.
Buat police report.
Siap kena saman
(aku memang tak puas hati... nak buat cam no)...
"Gagal Mengawal Kenderaan Dengan Baik ...."
Mana ada undang-undang ...
Kalau Keta G berundur, keta W hantam belakang, Keta G kena saman...
yang tetap kena saman keta W...

Pukul 9.20 malam bertolak ke Kuala Lumpur naik tow-truck.
Aku lapar, anak-anak lapar, tahan ajerlah...
non-stop tow-truck tuh bawak kitaorang...
Anak-anak aku dah tidur berselimut kat belakang.


Aku tak mampu terlelap mengenangkan ngeri
nak turun Genting Sempah
selepas Terowong Karak...
slope curam yang amat...
dah tuh, nak turun ditunda tow-truck,
lagi aku tak bleh accept...

11.00 malam sampai di workshop Taman Ehsan, Kepong....
A very farway, isolated area.
Tak ada taxi,
orang lalu-lalang pun tak nampak.
Yang ada hanya lolongan anjing-anjing liar.

So, kitorang naik tow-truck 4 orang duduk sebelah driver.
Encik Anuar riba Adiputra.
Aku riba Atiqah.
Bawak 2 bag yang penting sahaja
(aku pulak salah grab bag...
bag ada charger handphone tak bawak...)


Kami diturunkan di Jusco Metro Prima Kepong,
5 kilometer dari Taman Ehsan.
turun dari tow truck dalam keadaan
masih memegang selimut bergulung-gulung.
Bahu aku menyandang knap-sack.
Anak-anak aku pakai paju tak proper,
terus sarung pyjama kat luar akibat kesejukan.
Berpasang-pasang mata merenung ke arah kami.
(aku dapat merasakan,
inilah perasaan orang yang dihalau
dari rumah sewa tak bayar sewa agaknya...)

Banyak jugak budak-budak Jusco & promoter-promoter Jusco
yang baru abis kerja waktu itu.
Kami terus ke kedai Mamak Ali Maju,
order 2 roti canai dan 2 nasi campur.
Lepas makan, nak call Azian,
adik ipar aku handphone dah mati,
terpaksa pinjam charger mamak,


Encik Anuar segan & malu nak pinjam.
Aku suruh dia, dia suwuh naik cab jer...
midnight charge tuh...
ingat senang nak tunggu cab tepi jalan dgn anak-anak & barang-barang... ?
Aku dah tak tahan, nak malu apa, kita dah desperado...
So, aku wat tangan macam Tamil Megastar Hero, Rajnikhanth...


"Deyyy... macha! You apa telipon pakai?"
"Itu charger you ada angkat mari ka?"


then call Azian dari Taman Sri Segambut
mengambil kami di Kepong (5 kilometers from there).


The next morning,
call my superior apply for 3 days emergency leave.
Pergi balik workshop Taman Ehsan,
submit cover letter insurance, geran kereta nak wat claim.
Aku rasa keta aku takkan dapat direpair lagi, totall loss tukar baru.


Aku dapat simpulkan.
it was a bad day... but not yet the worst day.
Sebab ada lagi pengalaman yang worse, yang pernah aku lalui (sebelum ini).


Bernasib baik:
1. cermin kereta yang sedia retak 15cm, tak pecah masa accident.
kalau tak mandi hujanlah kami anak beranak & ada lagi kecederaan lain.

2. Dah sampai Kepong, baru rasa sakit-sakit badan& sedar anggota badan lebam-lebam & luka.

* Azian & anaknya Iqbal sewaktu memandu Hilux membawa kami berurusan *

3. Ada Azian.
Kalau tak tak tahulah macammana kami nak balik waktu menghampiri midnight itu.

4. Bateri masih nazak & kredit handphone nyawa-nyawa ikan, kalau tak lagi mati kutu.

Monday, November 30, 2009

DIGEST: Balik Utara, Raya Haji : Dugaan Lembah Beringin ( I See Skies Of Blue...)

Janji dengan adik aku Najib Rohim, balik pukul 8.00 am pagi Aidul Adha nan mulia itu.
10.00am ada kat umah aku lagi minum-minum teh "Ho Liao"...
(Teh Tarik Kaw laaa, anak-anak aku sebut teh hayaw...)

10.30am singgah kat BP Sg Kayu Ara sebelum toll NKVE Tropicana,
basuh keta...
Aku ingat nak tiru iklan
"Professional Gula-gula yang sua lidah tuh"...

11.00am singgah Restoran Jejantas Sungai Buloh.
(Mr. Anuar called & tergezut pabila di'mention' masih berada di Sg. Buloh...
umah aku dgn Sg Buloh dalam 10km jer...)
Anak-anak lapar... aku lapar... Najib Rohim tak menunjukkan sebarang tanda.

Masuk kedai Kopitiam.
Punyalah banyak menu. Punyalah banyak customer beratur.
Sampai kat kaunter, dia boleh cakap Nasi Lemak ajer yang ada...
Vudusss... patutnya...

1. Jeritlah macam kat warung tuh , "Haaa... hari ni kita ada nasik lemak aja..."

2. Takpun tampal kertas A4 kata Bubur Nasik takda,
hanya nasi lemak ada kat pintu ker, kat menu board ker...
Rasa macam nak lempang laju-laju kanggg...

Tunggu apa lagik, aku masuk KFC, order apa yang patut.

Pagi- pagi makan KFC, muak-muak-muak.
Yang penting order MILO jangan letak ais, dapat lebeyyy banyak.

So dalam pukul 12.00 noon, gerak ke Utara Semenanjung Emas.
Sampai 10km sebelum Lembah Beringin,
traffic jam... merangkak-rangkak dalam setengah jam.
Aku hanya fikir "nak ESCAPE... ESCAPE... ESCAPE... nak EXIT..."

* 90% rumah terbengkalai kat Lembah Beringin yang dah lebih 20 tahun umurnya... *

Kuar ikut Lembah Beringin.
Lembah Beringin is located 70km away to North of Kuala Lumpur.
Ada dalam 20 keta kat Plaza Toll Lembah Beringin.
(Aku berani bet... sumer macam aku, 1st time in life masuk ikut situ & tak sure guna jalan dalam kuar ke arah Tanjung Malim - Kuala Kubu Baru...)

Tergerak hati nak tanya cashier toll "Tanjung Malim ikut mana..."
tapi konfident level moderate - kata musti ada sign-board kat depan kelak...

Nah, hambik sekali... kan dah pusing-pusing satu Lembah Beringin.

Memang Vudusss...
Jalan 2 lane besor 2km , tetiba berakhir dengan off-road.
Tapi pantang Melayu menyerah sebelum kalah... aku yakin, mesti ada jalan pintas...

* Ini view 500meter lepas toll... Terus ke Kolej Yayasan UEM,
kiri ke SSG Golf Club & Kem PLKN*

Penuh dengan pokok-pokok belukar semak... kat hujung jalan ...
semua kereta pakat buat U-turn dalam belukar,
atas rumput, atas daun kering... tempat jungle tracking ...
dah tak boleh elak... dah suddenly dead ends...
Dead ends tuh lepas Kolej Yayasan UEM.

Papan tanda lansung tak ada,
(yelah papan tanda untuk sapa? Untuk hantu agaknya...
dah namanya ghost town...

lansung tak ada satu pun grocery shop kat sini ...
ini sumber yang disahkan oleh students Kolej UEM melalui blog diaorang...)

LEMBAH BERINGIN GHOST TOWN JALAN PINTAS KELUAR KE TANJONG MALIM & KUALA KUBU BARU
ada papan tanda Kelab Golf SSG & Kem PLKN sahaja...
Gerombolan kereta-kereta batch group aku yang nak escape...
20 keta masuk, 16 keta kuar balik ikut toll
agaknya mereka sudah pasrah kembali harungi jam teruk
yang berskala kerut dahi 8 lapis, penyumbang migraine 1 tan sebelah kepala.

Hanya 4 keta gamble masuk ikut sekuriti Padang Golf...
scenery yang cukup terik & bohsan...
banyak rumah-rumah terbengkalai... deppressing sight.
Kalolah waktu malam, tobat aku sanggup ikut jalan jam highway walau 2 jam queue...

banyak simpang siur, keta no 1. patah balik U turn takder konfident...
Aku keta no 3.

Kali pertama tanya orang
(pemandu ACX 11 yang tanya, aku follow yakin betul cara dia selari dengan cara aku jer...)

Penat pusing-pusing pusing follow van ACX 11 yang serasi dengan gerak hatiku...
ada sorang India pemotong rumput,
van berhenti, aku pun berhenti selamba depan van tuh
(padahal tak pernah bertegur sapa
& janji apa-apa dengan pemandu van,
tengok muka pun tak)...
LEMBAH BERINGIN GHOST TOWN JALAN PINTAS KELUAR KE TANJONG MALIM & KUALA KUBU BARU
Kali kedua bertanya orang (seorang guard)...

dari tempat driver, aku menjerit "Tanjung Malim! Tanjung Malim! Tanjung Malim"
(Sila baca dengan nada yang histeria...
sambil angkat tangan kanan buat pusing-pusing ke hadapan...)

Pakcik guard tuh jawab pun sambil jerit-jerit 40 decible kuatnya " truih! truis, terus..."

*Ini border line, escape kuar Lembah Beringin ikut this exit... aku purposely bawak slow 40km/hour semata-mata nak tangkap gambar nih...
kekekek ... macam rally Paris-Dakar dengan van ACX 11*

LEMBAH BERINGIN GHOST TOWN JALAN PINTAS KELUAR KE TANJONG MALIM & KUALA KUBU BARU
sampai hujung jalan, macam citer koboi...
Wowww!... Habis berdebu bila lalu...

* Tergiang-ngiang lagu Louis Armstrong - Lagu iklan promosi Lembah Beringin 20 tahun lalu " What A Wonderful World ... I see skies of blue and clouds of white...*

*Endless road, alone kat tengah-tengah jalan tuh, kalau car breakdown...
ibarat musafir lalu nan dahaga, di jalan panas membara.... begitulah hakikatnya ... pukul 1pm tuan-puan oiii... *


Sapa sangka, jalan yang macam tak berpenghujung... usang, terbiar
akhirnya berakhir di satu ladang... Ladang Kerling namanya

main follow-follow jerrr... macam van tulah GPS aku.

Kali ketiga berhenti bertanya (tanya pada siapa? Tanyakan pada 'aya' yang dok kait buah mempelam kat bawah ni)

(driver ACX 11 yang turun tanya, baru aku nampak driver tuh sebab aku berhenti belakang van Toyota GrandAce dia... seorang lelaki India berusia pertengahan 40-an)...

dia pelik kitorang buat tak malu asik follow dia tanpa disuruh.

"Bang! Kita orang follow abang ya?" Najib Rohim tersengih-sengih, maklumlah...

Dalam nak meneruskan perjalanan... aku insaf betul...
terpencil tersorok pedalaman betul kedudukan Ladang Kerling & Kampung Kalumpang.

Macamanalah agaknya diaorang nak access internet, perkembangan kemodenan, pendidikan & macam-macam yang berlaku pada dunia luar.


Jalan kuar ke Tanjung Malim sebijik macam jalan dari Toll Exit Tapah nak ke Tanah Rata Cameron Highlands ikut jalan lama.
Sempit, berliku-liku dan sunyi.
Pokok buluh kiri-kanan.

* Tadaaa... turn left -will lead you to Tanjong Malim Town *

Satu ajer aku terfikir. Aku ada tengok movie 1997 release.
Tajuk: Dante's Peak
Starred by: Pierce Brosnan, Linda Hamilton.
Pasal satu in-active volcano at Dante's Peak,

which has recently been named
the second most desirable place to live in America
.
Dr. Harry Dalton (Pierce Brosnan) discovers
that are is being threatened
by a volcano that hasn't been live for years.

So, bila volcano errupts, everybody in the place panics & tries to escape.
Tak jumpa jalan kuar.
Habis jalan-jalan tikus di daerah pedalaman di explore...
Haaa... macam kami nak escape dari Lembah Beringin waktu tuh..
"Sempat aku imagine waktu tengah drive masa tu... , kalo KL kena bom... macamana all the people nak escape out... "


Monday, May 11, 2009

DIGEST: Kuala Kangsar (Part 1 : Jambatan-Jambatan Sungai Perak)

Yu'uh... boringnya aku tak ada koleksi baru aku nak tempek & buat penceritaan.
Buat review & buka topik pasal makanan adalah cara yang paling mudah & jimat.

*Jambatan laluan keretapi nak ke Bukit Berapit*

Makan dulu, then baru cerita lepas 6 bulan ke atas.

Tadi aku pegi opis, 23km dari umah aku.
3rd Floor Jusco Maluri.
10.30 am sampai. Banyak parking kosong. Ekonomi gawat. Kuasa membeli kureng...

Buat budget, pukul 2.00pm aku chow...
Sampai umah, internet W1max pulak server mengong... kat 3 jam aku tunggu dia ok balik...
Hubby aku tak bayar bill ker haper? Bila expired aku pun tak ada info.
Ya Allah, makin sepi-lah dunia aku.
Astro pun aku tak tahu bila expired nyer... belum bayar lagik agaknya...


*Ini dari Taiping menghala ke Dandar DiRaja Kuala Kangsar...
maknanya kena guna jalan dalamlah,

kalau guna highway, kuar ikut mana yer?
Haaa, kuar kat atas sikit selepas Sungai Siput Utara*


Chupppp! Tak jadilah...
Aku nak cerita pasal Labu Sayong... yey, yeyyy...


*Lepas signboard kat atas tu, akan jumpa junction... kalau terus naik jambatan baru ini.
Jap aku check apa nama dia..
Jambatan baru = Jambatan Sultan Abul Jalil.

Kalau tak naik Jambatan Sultan Abdul Jalil, belok kiri,
akan jumpa Jambatan lama yang bergelar Jambatan Iskandariah.
Lepas Jambatan Iskandariah
kalau belok kanan akan jumpa Kampung Kepala Bendang,
kalau belok kiri pergi Kuala Lumpur, pun ada kedai labu sayung kat sebelah kiri*

Chupppp!
Seksa sungguh nak retrive memory
nama-nama Jambatan yang cross Sungai Perak.

Keliru.

Nanti salah taruk nama, marah orang-orang tertentu kita salah bagi fakta.


1.Jambatan Iskandariah = Jambatan lama.
Dibina = Tahun 1928
2 lane; Satu (1) lane pergi, satu(1) lane balik.

Diperbuat dari besi, typical type old bridge construction.
Main road = Federal Route no.1, laluan utama Utara-Selatan sebelum Lebuhraya PLUS siap.
Location: Kampung Jamuan.
Sebelum naik Jambatan Iskandariah, jumpa JPJ.
Jika dari Taiping, turun Jambatan Iskandar jumpa simpang,
(Kanan untuk ke Sayong. Kiri untuk ke Ipoh & KL)

Gambar ini puas aku 'Google' jarang betul nak dapat gambar Jambatan Iskandariah
yang jelas & clear tanpa perlu disuluh-suluh macam ini.
Credits photo to : Krabat Kramat

*Yang ini aku snap masa drive.
Dari Taiping menghala ke Ipoh & KL
Sebab tulah aku mark gambor nih, very rare species. Nantilah aku beli satu camera murah-murah macam yang Mr. Deaf Angel sarankan. Cadangan Tuanku , patik junjung & diterima*

*Dah nak turun dari Jambatan Iskandar,
belok ke kanan jumpa Kampung Sayong, belok ke kiri ke Ipoh & KL,
ada deretan gerai labu sayong kat kiri bahu jalan.
*


2.Jambatan Sultan Abdul Jalil = Jambatan baru = Jambatan Sayong
Tarikh dibuka = June 2002
Panjangnya = 330m
4 lane; 2 lane pergi, 2 lane balik
Ada divider kat tengah-tengah.
Diperbuat dari gabungan besi & konkrit.
Gah sekali & indah berkelipan pada waktu malam.

Credits to : AsiaExpose
Letih nak cari yang cantik & lain dari yang lain duduk letaknya.

Copy dari Wikipedia: Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah@ The Sultan Abdul Jalil Shah Bridge (a.k.a Jambatan Sayong) is one of two bridges that cross the Perak River in Kuala Kangsar, Perak. The other bridge is the Jambatan Iskandariah

The bridge connects the town of Kuala Kangsar (on the left) with Sayong village (on the right), spanning 330 meter across the river. It officially opened by the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah in June 2002.

3. Jambatan Sultan Azlan Shah =
Jambatan Yg Merentangi Sungai Perak melalui PLUS Expressway.
Dibuka: Tahun 1986
Panjangnya lebih kurang 300meter.
4 lane; 2 lane pergi, 2 lane balik.
Ada divider kat tengah-tengah.
Berhampiran Kawasan Rehat Sungai Perak Arah Utara & Arah Selatan
Material; Besi & konkrit

4. Jambatan Sultan Idris Shah II =
Jambatan Yang merentangi Sungai Perak di Bota

melalui Ipoh -Lumut Highway (Federal Route no.5)
Dibuka = Tahun 2007
Menghubungkan Bota Kanan & Bota Kiri

Aku imbas balik post aku yang dulu-dulu bawah tajuk
"Nota Perjalanan Balik Utara (seorang Ibu & Anak-anaknya...)"
dah lama dah aku post rupanya manuscrip itu ...
Bulan May 2008... start 5th May 2008 post

yang aku gamble balik dengan 2 putera & puteri aku.

(Tahu tak... 4 bulan selepas aku balik tuh, aku dapat pos laju ...
dari Polis Trafik Cawangan Bidor... aku kena saman RM300 speeding over limit.

Speed limit 60km/hour, aku bawak bukan laju... 80km/hour.
Mr. Anuar membebel-bebel kat aku after found out,
kata beliau "Jalan kampung, mana boleh bawak berdesup")

SAMPAI SEKARANG aku tak bayar-bayar,
masa nak renew road-tax aku pegi Balai Polis Traffik Cawangan Jalan Bandar, KL ,

dekat Bas Stand Kelang area Central Market tuh,
polis tuh kata tak payah bayar kalau renew roadtax insuran kat agen,

kalau kat Pos Malaysia kena settle dulu sumer...
ada 4 saman bawah nama aku

1 aku over speed, 1 Mr. Anuar over speed,
2 from org yang aku dah kuburkan nama dia dlm kamus hidupku....


*Turun Jambatan Sultan Abdul Jalil akan ada 2 bengkel & kedai Labu Sayong right hand-side,
kena U-Turn kat depan T-junction ni kalau nak pergi ke kedai itu.
Kalau belok ke kiri, kita boleh tembus ke tempat Jambatan Iskandariah berakhir,
boleh pergi ke tempat asal-usul AUTHENTIC labu sayung yang pure,
di Kampung Kepala Bendang

Dulu tak ada Jambatan Baru Sayung, orang ramai naik bot penambang seberang sungai.*