Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Tuesday, April 24, 2012

Ngomel Hari Pertama Si Pacal Hina Membuka Gelanggang... Aishhhh!


Indah bukan pokok yang ku bajai & aku kasihi? Pokok ini milik Adinda Puteri Soh Jas yang bakal melarikan dirinya ke negeri tempua bersarang rendah. Dulu pokoknya ku jagai, sekarang tahtanya pula bakal kududuki.  Baru aku tahu, tak sia-sia berbudi kepada pokok rupanya...


... Ayuhai Ka-kanda Paduka Mamak Bendahara W.C.W. Atas gerangan apakah hari ini aku di-high-expectation-kan oleh engkaw!? (sila baca dengan satu nafas sahaja, hoccay?). Aku yang diam, diperintahkan bercakap. Aku yang mendengar dikerahkan melontarkan buah fikiran. Aku yang sedang memerah aqal ku dari otak lembik berlingkar dalam batu jemala, disuruh beliau akan berkongsi peristiwa.



Mamak Bendahara Paduka Wong...  Aku nak diam bleh? 
Apa kau rindu pada nada suara soprano sarcastic ku setelah sekian kali & saban kali aku kerapkali menuangkan diriku dari hari-hari bekerjaku?


.... Ayuhai... Lakukah cakap-cakapku nanti sebagai sa-orang yang ntah-hapa-hapa. Tak sanggup ku nak menjual karya kalau tidak mampu untuk menuai hasilnya kelak.


Apit kiri dan apit kanan... itulah tumbuh-tumbuhan yang bukan berupa sayur-sayuran koleksi therapy aku di maqam kerjaku... Gula-gula candy melon semangka pemberian Mamak Bendahara Paduka Wong padaku 6 bulan yang lepas... ku sadaqahkan pada bala-tentera semut hitam di lantai gua di Negeri Silver.  Apit kanan aku kira sudah menemui ajalnya & tamat riwayat di tangan yang telah menangguhkan masa... menangguhkan yaumu saati... 
Le Sayyid Mahogany Guitar Sendirian Berhad Unlimited Unpredicted Untame-able Exotica Et Je T'aime Encore ( aduh mak aiii... panjang tul gelar & darjah kurnianya.. )
Huhuhu... sukernya aku merepek melalut meraban berbait-bait cengginih... 
Bukan ada orang fahampun... Tu yang seronoknya...

... Canggung langkahku. Sumbing senyumku. Kambing sengihku.
... Aku harus akur, demikianlah sa-bermulanya episod membuka gelanggang.

Oh, ya... aku terlupa pulak. Sebenarnya pada pukul 10.41 waktu Dhoo Haa tadi nyer aku dah berjaya menyiapkan manuscript "Hikmah Mengecat Nenek Tujuh Petala Naga". Ntah camner aku dibiarkan terlupa meninggalkan manuscript dalam dalam buku yang kertasnya berupa bagai sayur ham choiy. Hmmm.. esok hari kalau Allah Izinkan & Allah Suka... kan ku postkan entry "Hikmah Mengecat Nenek Tujuh Petala Naga" itu. Nantikan kemunculannya.... ! Dan bila esok... aku akan mengepost kembali, yeee haaa...! 

No comments:

Post a Comment