*Siri Pauh Janggi 2 : Kelapa Laut @ Pauh Janggi (Click To Read More)
* Siri Pauh Janggi 3: Pusar Tasik Pauh Janggi @Beting Beras Basah (Special Articles Click Here)
Pernahkah anda mendengar mitos tentang Burung Garuda yang bersarang di atas pokok pauh yang tumbuh di tengah Pusat Tasik Pauh Janggi?
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Juga, konon-kononnya dongeng tentang Tasik Pauh Janggi,
di tengahnya ada saluran yang menghubungkannya ke laut luas,
kerana itulah pabila bulan mengambang,
airnya pasang lalu menutup lubang-lubang si ketam angin yang berkeliaran di gigi air.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Merenung masa lalu dan melihat masa depan.
Dari ‘pusat tasik pauh janggi’ tempat berpusar lagi jauh ke tengah segara.
Tasiknya bukan di daratan bandar, tetapi pusar yang paling tengah dan paling dalam.
Siapa terjatuh atau tergelincir, tersuruplah ia ke dalam pusar.
Tempat menanti segala mara bahaya.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Tempat duduk menantinya Nenek Sepit Pentala Naga di Laut Buih Gelombang Tujuh.
Kalau si lemah yang sampai, maka hilang ghaiblah ia di mulut Raja Naga yang maha bisa.
Tetapi kalau si kebal malim megah malim perkasa,
dia berdiri di atas singa juang siap siaga.
Tiada seurat bulu roma celakanya hangus terbakar,
tiada seurat rambut hitam lebatnya gugur bertabur.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Juga mengenai haiwan mitos dalam alam Melayu, Si Gajah Mina...
di Pusat Tasik Si Pauh Janggi, ia bertempur dengan bermacam-macam ular dan naga...
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Ada ku dengar-dengar keris Taming Sari yg asli
kini berada di dalam simpanan Naga Sari di Tasik Pauh Jangi...
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Sesiapa yang menuntut ilmu jampi serapah, tentu pernah mendengar bomoh atau pawang menyebut 'mambang hijau' dan 'Pusat Tasik Pauh Janggi' dalam jampi mantera.
Misalnya ... "Hai ... Mambang Hijau yang menjaga lautan Pusat Tasik Pauh Janggi ..."
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Kata orang ... Mambang Hijau ialah Nabi Khidir (penjaga air dan lautan juga sungai).
Pusat Tasik Pauh Janggi ialah Segi Tiga Bermuda.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

“Si Pauh Janggi is a term
that depicts a faraway location that should be explored”
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
"Masyarakat pribumi Melayu mempercayai bahawa Pauh Janggi
ialah pohon kehidupan yang tumbuh di tengah-tengah alam semesta
sejak bermulanya penciptaan"

"Bagi masyarakat Melayu lama,
dunia ini berpusatkan sebuah lautan yang besar.
Di tengah-tengah lautan itu terdapat sebatang pohon yang besar
digelarkan mereka sebagai Pauh Janggi.
Di bahagian akar pohon itu,
terdapat sebuah gua yang dinamakan Pusat Tasik (Pauh Janggi).
Pusat Tasik Pauh Janggi PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASEK PAUH JANGI
Masyarakat Melayu dahulu percaya bahawa seekor ketam raksasa menghuni gua tersebut
& hanya akan keluar dua kali dalam sehari.
Segala pergerakan ketam tersebut akan mempengaruhi pasang-surutnya lautan,
arah tiupan angin & fenomena alam yang lain"

Rupa-rupanya Tasik Pauh Janggi bukan berada di alam nyata.
Tasik Si Pauh Janggi berada di alam dimensi yang satu lagi.
ALAM JABARUT = alam Tasik Pauh Janggi berada
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Apa itu Pauh Janggi?
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Aku dulu mati-mati ingat Pauh Janggi
(ada yang tersalah eja Pauh Janji, Pauh Jangi)
ini sejenis species pokok mempelam @ mangga.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

Kalau korang pun ingat PAUH = Pauh dilayang atau PAUH = species mango.
Maka, amatlah bersalahan dengan istilah klasik ini.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Mungkin ramai yang tidak pernah melihat pokok palma Pauh Janggi
atau lebih dikenali dengan nama kelapa laut,
Double coconut atau nama saintifiknya Lodoicea maldivica.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pokok kelapa laut atau Pauh Janggi ini sering dikaitkan dengan Lagenda Pelayaran Melayu. Seperti yang kita ketahui, nenek moyang kita zaman dulu terkenal sebagai ahli pelayaran.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Ahli pelayaran ini kerap menemui buah Pauh Janggi
atau kelapa laut terapung-apung di permukaan Lautan Hindi.
Buah Pauh Janggi ini dipungut dan dijual dengan harga yang mahal
dan ramai yang mencarinya kerana dikatakan boleh dibuat ubat
dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit serta penawar segala racun,
sehingga dikatakan air yang disimpan dalam tempurung,
jika diminum dapat mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pauh Janggi juga dikatakan dapat menguat tenaga batin sehingga ia menjadi buruan ramai dan menyebabkan harganya sedikit mahal pada waktu itu.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Ahli pelayaran Melayu merahsiakan kewujudan pokok Pauh Janggi,namun mengikut catatan,
Pigafetta yang turut serta dalam pelayaran Magellan pada 1519,
beliau diberitahu seorang ahli pelayaran Melayu bahawa buah yang terapung itu
ialah Pauh Janggi daripada pokok besar yang hidup di “Pusat Tasik”.
Ahli pelayaran itu percaya di Pusat Tasik itu ada burung Garuda yang memakan lembu dan gajah dan tempat itu tidak boleh dihampiri kerana selalu ribut dan taufan
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Lagenda Pauh Janggi ini juga dikaitkan dongeng Haji Batu yang mana ketika beliau belayar untuk menunaikan haji ke Makkah, dia bermimpi supaya membawa tujuh batang paku dan penukul.
Dalam pelayarannya, kapalnya hanyut ke Pusat Tasik dan apabila kapalnya karam, dia memanjat pokok Pauh Janggi dengan berpaut pada tujuh batang paku yang dipaku pada batang pokok Pauh Janggi. Di atas pokok Pauh Janggi anak burung Garuda tinggal di dalam sarangnya.
Ketika burung Garuda sibuk memberi anaknya makan seekor gajah, dia mengikat badannya pada bulu burung Garuda dan seterusnya burung Garuda itu menerbangkan sehinggalah dia dapat menunai haji di Makkah.
Buah palma ini seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) dan menjadi buah yang terbesar di dunia. Pakar Botani kagum dengan pokok Palma ini yang dapat hidup di lereng-lereng bukit sedangkan buahnya seberat 15 kg boleh berada di lereng bukit.
Pokok Pauh Janggi tersebar luas dan ditanam di sekitar taman botani sebagai tanaman antikuiti, ini termasuk ditanam di Taman Botani Singapura.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pokok Pauh Janggi pernah ditanam di Rimba Ilmu, Universiti Malaya (UM) dalam 1973 dan malangnya pokoknya mati diserang oleh anai-anai. Mengikut catatan, pokok Pauh Janggi pernah ditanam di Melaka oleh orang Portugis.
Sebagai pokok lagenda Melayu sepatutnya pokok ini banyak ditanam di Malaysia, terutama di negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah, sebagai tanaman antikuiti legenda pelayaran Melayu.

FAKTA
Pauh Janggi
Nama Saintifik: Lodoicea maldivica
Famili: Palmae
Negara Asal: Kepulauan Seychelles
Nama Lain: Kelapa laut, Double coconut , Daun Lontar, Daun Tal,
pokok tah, tai, ental, dan etal.
(Daun Lontar = orang dulu-dulu buat kertas tulis manuscript,
atau membuat catatan sebelum kerats dicipta ...
cuba tengok lambang Dewan Bahasa & Pustaka)
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Daun kelapa laut @ Pauh Janggi juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.
LAST BUT NOT LEAST: Here's link to my later entry
* feel free to click*
"Pauh Janggi @ Kelapa Laut : Resepi Penghilang Dahaga"
(Posted at : 17.10.09, Saturday)