Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Monday, May 12, 2008

Kuala Muda (PART 2)



Road to Kuala Muda via main road Tikam Batu - Kota Kuala Muda.
All these trees already large grewn when I was still in standard four.





The tide was rising... we could touch the river water, very close to be touched.


I have phobia with deep water.
But my first son, Asyraf Daniel Imran very excited to touch the water.


A soothing and relaxing pose from my kids.




The water level rose up. 11.00 am in the morning.





Water door with water keys


A fishing boat returning from fishing dock.

Sunday, May 11, 2008

Kuala Muda, Who Knows What's Special There? PART 1

It was 1996, during my semester break.
I loved to ride on my motocycle, carrying my younger brother standard 4 at that time (now a member of Pasukan Gerakan Am Batalion 16 at Sabah) and my younger sister 6 years old at that time.

Originally we just ' masuk kampung keluar kampung', riding on motocycle without objectives.
I was not really familiar with my own area. Many more mysterious spot undiscovered my me.

It began when my motocycled entered Kampung Permatang Pasir, directed to Empangan Jajar (an old damp, now already vanished as a new one built to replace the old one as 'Projek Tembatan Banjir').



We crossed the Muda River using the damp's wall.
Only motorcyles and bicycles able to pass through on the damp's wall.
Crossing from Kedah's bank to Seberang Perai Penang's bank.

From Penang side, we followed the river's stream headed to the river's mouth
- known as Kuala Muda.

*** Blue highlight: Great place to collect cockles/clams during low tide , Green highlight: Kuala Muda Fishermen Docking Area, Pink Highlight:Kuala Muda (Kedah) Orange Highlight: Kuala Muda (Penang) , Between Green Spot & Orange Spot: Pusat Bisik Ikan Kuala Muda, Seberang Prai Utara, Red Highlight : Tsunami affetced areas of Kuala Muda***

It was 7.30 in the morning (year 1996) I saw many peoples , about hundred of them walking on the sea's floor. The tide was low. I wondered what was the activity, oho...

The blue highlight area, I quote from Wikimapia ,
" a great place to collect cockles or clam during low tide."
Yeah, it's true. I had collected the clams for 20kg rice bag size full during that time, my first arrival. The clams collecting activities either early morning between 7.00am - 11.00am or during evening side 5.30pm - 7.30pm. Air surut.

We boiled the clams and took away the flesh.
If you knew 'cucur udang' or 'shrimps fritters', we also can replace the shrimps with clam's flesh.

Thursday, May 8, 2008

"Atiqah, Cantik Tak Kampung Mama?"

Fuuuh, lepas sampai plaza toll Sungai Dua, aku tersenyum sampai ke telinga.
Udara desa ku "inhale" puas-puas macam aku takkan dapat bernafas pada esok harinya sudah.

"Mama, kenapa Tiqah tengok mama asyik senyum-senyum sahaja? Kenapa mama?"
pertanyaan puteriku membuatkan aku makin meleret senyum...

"Tiqah, cuba pandang keluar tingkap, cantik tak kampung mama?"

"..........cantiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkk..."


***lepas bayar toll sebanyak RM24 lebih ker RM27 lebih (malas rujuk resit) dari Ipoh,
kalau anda rajin menjeling ke kiri, inilah jasanya...***


Aku dah nampak hijau sawah, terusan yang penuh dengan air,
maka tahulah aku, inilah musim paling indah di kampung aku...

Semangat Hijau - Kuning telah menyerapi aku.
Mai kita pi Negeri Kedah...
Jelapang Padi.


*** sini jalan satu hala pegi, satu hala mari... bukan macam highway,
ada lorong memotong...
pulak tuh average speed orang sini banyak 40-60km sejam...
kita dah biasa duk KL, selalu 'ter-asuh' membiasakan diri dengan tekanan kota mana ada masa nak bawak ikut kelajuan tahap bersiar-siar tuh...

ada tuh 14 kereta dalam satun deret, nak potong ada sifat kesedaran sivik - double lane... bahaya line clear... (kengkadang tibai jugak )***

****Bila naik jambatan nih (dah 4x runtuh) sila belok ke kanan untuk menuju ke Kampung Bukit Lalang, Tikam Batu, Kedah. Poskod: 08600****

*** ramai makcik-makcik memancing pakai joran buluh petang-petang hari kat sini***

Sila keluar melalui EXIT 166 Persimpangan Bertam, ha masuk ke pekan Kepala Batas, Seberang Perai Pulau Pinang... kampung Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Dah maju dah, macam-macam ada...

Dari situ kena cari signboard tunjuk arah Sungai Petani.
Tak jauh dah...



Kampung aku namanya Kampung Bukit Lalang, kalau nak masuk kampung aku kena cari Sekolah Menengah Tikam Batu. Masuk ikut Lorong Satu.

Kena ada stratefy nak guna jalan ini kalau memandu kereta.
Fikirkanlah apa akan terjadi kalau da sebuah kereta di hujung sana.
Bagaimana kalau bakal bertembung?
Pernah terjadi peristiwa sebuah kereta 'terjun' ke dalam sawah padi akibat tidak mahu beralah...

*** masa banjir besar yang melanda Utara Semenanjung Malaysia, kawasan ini tenggelam jadi lautan, tiang telefon sampai tinggal suku tiang sahaja, aku pernah buat entry naik bot cross sawah padi nih dulu***

Inilah jalan yang dibina di atas 'ban' tali air.
'Ban' ialah istilah untuk permatang atau tambakan di kedua belah tebing tali air.

Ini ialah jalan utama ke Kampung Bukit Lalang, Tikam Batu, Kedah.
Bermula pada tahun 1993 ketika keluarga kami mula-mula berpindah ke sini.
Jalannya ialah jalan tanah merah laterite.
Kemudian tahun 1999, jalan mini-tar
tahun 2000 baru jalan tar.




Masa lepas musim menuai padi... air kering, padi tinggal putung-putung pokok kena mesin...
Aku ngat lagi, tahun 1994 kot.
Adik aku Asyraf darjah 6 sorang lagi darjah 3, Najib.
Nenek aku datang dari Singapore.
Orang tua tuh bosan duk kampung gamaknya.

Waktu pergi kami bertiga dengan nenek aku (yang masa tu memakai kebaya Kota Bharu siap dengan genuine accessories gelang-rantai emas bergayut-gayut) jalan kaki ikut jalan tanah merah yang berliku-liku ini. Shilaw lah nek... bahaya ooooo...



Masa balik kami cross dari hujung sana sampai point sini off-road ikut petak sawah yang dah kering. habis kami cabut kasut jalan kaki ayam.
Ingat lagi senang dan cepat.
Rupanya lagi susah sebab kesan bajakan pisau mesin potong padi agak dasyat pada permukaan tanah tingi-rendah-tinggi melambatkan pergerakan.





Kat sinilah buat pertama kalinya dalam hidup aku pada tahun 1999
aku menyaksikan seekor haruan yang amat besar,
disekelingnya penuh dengan lebih kurang 100 ikan kecil
(aku ingat ikan guppy ke ikan biasa, rupanya baru aku taw itulah anak-anaknya...)

Nih aku naik moto nih ambik gambar nih...

Aku ada pengalaman ngeri masa balik kampung hari tuh...
Kereta aku dah masuk ikut jalan nih...
Di tengah-tengah jalan bertembung dengan sebiji kereta lagih...
Pun dia tak mau mengalah sebab dia lagi teruk kena reverse ikut 3 kali bengkang-bengkok...
Silap hari bulan mahu terjun masuk petak sawah.
Aku kena reverse sebanyak satu bengkang-bengkok.


Ngeri giler... kalau cilok-mencilok kat KL pun tengah-tengah sesak pun tak ngeri macam ini.
Satu macam gabra aku dibuatnya.
Tengah meng-'reverse' aku lagi panik bila kereta kat depan aku jumlahnya dah jadi 3 bijik..
Akhirnya, setelah berpeluh dahi aku dibuatnya,
aku berjaya bagi laluan pada ketiga-tiga kereta tersebut.
Sorang makcik yang dalam keta Pajero tuh angkat tangan kat aku.
Aku pun tak tau muka kau apa reaksi waktu tuh...


masa aku mula-mula sampai ambik dari kereta,
sampai tak sedar kena "HONK" dengan kereta kat belakang..
asyik dan ralit sangat shoot sana, shoot sini... cheh, malu sungguh aku.


Ni kampung yang berjiran dengan kampung aku,
Kampung Pokok Kabu.



Indah nian saujana mata memandang...

Nota Pejalanan Balik Utara (Seorang Ibu & Anak2nya) PART iii


Seterusnya aku menuju pekan Bidor dan Tapah.
Matlamat utama nak cari isi perut atau istilahnya makan tengahari.
Ingat nak makan KFC kat Tapah tu... tapi tak kesampaian,
sebab macam susah jer nak parking & not traveller friendly.


Susah aku nak manage budak 2 orang tu.


Banjaran Titiwangsa sayup-sayup ... tu Barisan Gunung Korbu kot gamaknya...

hajat aku kali ni tak kesampaian sebab terus naik highway sebelum jumpa Ipoh.
Kalau tak aku buleh paparkan 2 lane umah kedai lama di ghost town.
Kiri dan kanan jalan yang agak meruntun jiwa.
Semuanya telah ditinggalkan.


Hmmm... aku nampak kat belah kiri jalan ada warung makan...
Tak nampak kelibat orang pompuan pun...
malas aku nak singgah...


lombong tinggal... kat mana ek... sebelum sampai Temoh.



Jalan sikit lagi ke depan, ada tempat "R & R"
stands for 'Rawat & Rehat'


Kasihnya ibu... susah payah bersama.
Terkial-kial aku nak makan...
(sambil makan otak berputar ligat cari akal macam mana aku nak masuk
washroom yang sempit nih kejap lagi...)


Si Adam tengah tunjuk si stray dog yang sedang menyorot pandangan sayu kepada kami.
Mengharap ihsan simpati, lapar agaknya makhluk Allah tu ...


Anak-anak kecik... tak boleh cuai ketika menjaganya.
Pantang lepa sikit, takut expose to bahaya...
aku sayang anak-anak aku wooo.


*** gendang-gendut tali kecapi, sudah kenyang perut senang hati ***

Terus bergerak ke Kampar, Perak.


Tuesday, May 6, 2008

Nota Pejalanan Balik Utara (Seorang Ibu & Anak2nya) PART ii

Sudah acapkali aku melalui (melintas) depan pintu masuk tempat ni...
(yelah dalam perjalanan pergi balik KL-Sungai Petani/Penang Site/Jusco Ipoh).

Sunyi banget, terpencil jalan utama nih,
kereta yang lalu lalang boleh dibilang dalam sejam... kalau ada tukang banci lalu-lintas, mahu tertidur dan mintak ampun tak nak kena kira kenderaan kat sini...


Kali terakhir aku menjejakkan kakiku di sini ialah pada tahun 1993.
English Intensive Course Programme for 3 months period soon after my SPM.
Semua pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara dikehendaki menjalani rangka kursus selama 3 bulan di Maktab Sains Mara terpilih (untuk ambil peperiksaan TOEFL) .


Ketika itu Maktab Sains Mara, Trolak Perak sedang dalam suasana cuti semester.
Maktab Sains Mara, Trolak Perak adalah sebagai tempat persediaan untuk Australian High Education Foundation Programme.


Terbahagi kepada 2 blok. Anggun - blok kediaman ala rumah panjang dibuat dari separa papan, separa simen... (macam kem tentera tuh)... Sapa yang dapat blok Bistari, nun atas bukit tuh bangunan hostel pelajar, best facilities kat situ... selesa.



Jarak antara Anggun dengan Bistari lebih kurang 2 km.
Tiap2 hari golongan penghuni Anggun berjalan kaki ulang-alik
ke pusat pentadbiran & classroom di Bistari.

*** Jalan menghubungkan Anggun dan Bistari , panas dibakar sang mentari waktu dulu aku berjalan balik lepas habis kelas dari Bistari ke Anggun***


Setiap petang pulak (3.00 sampai 6.00 petang) selama 3 bulan kami kena masuk aktiviti kawad kaki dan disiplin dibawah seliaan Balai Bomba Bidor.
Jangan tak tahu, team aku menang 1st place untuk kategori pompuan taw!



Pada hari itu 1st May 2008, aku teragak-agak membelok masuk.
Tetiba aku terhenti depan pos pengawal (polis bantuan)... punyalah ramai anggota polis nak dekat 7 orang. Waktu masa itu kira-kira pukul 12 tengahari.



Polis tuh jengah dalam kereta, dia nampak 2 budak kecik.
Muka aku masa tuh luar-biasa 'cuak' mencurigakan agaknya.
Sebab apa ntah dia tak tanya pun aku sukarela pegi tanya...
"Er, kat dalam ada apa? Ada tempat rehat-rehat ker? Macam resort ya?"


Dia pun explainlah. Pastu aku pegi cakap "Bukan dulu ada Maktab Sains Mara ker?"
Dia cakap dah tutup. Aku cakap nak tengok2 apa ada kat dalam.
Punyalah cantik masa mula2 masuk, tapi kamera aku tak boleh function. Sumer jadi silau. Rugi tak dapat snap.


Masa English Intensive Course,
diambil 40 orang New Zealanders (aku rasa college students sumer dari New Zealand)... deranglah yang jadi tenaga pengajar kita.

Guru kelas aku namanya Meihana Dhurie, seorang Mat Saleh plus Maori, muka dia macam Jean Claude Van Damme (aku eja salah kot, malas nak check).

Kelas dari C1 sampai C40. Skala paling terrer C1 & C40, sapa yang duk tengah2 tuh macam C20 ke C21 ker kira skala tak terrer lah. Aku teruk, C35. Mula2 sampai kena ambik test untuk penentuan kelas... ikut level...




Sebenarnya aku penah datang sini masa aku darjah 3.
Masa tuh babah aku kakitangan Perbadanan Felda Angkut, tahun 1982-1983 kot...
Tempat ni pada zaman dahulu-kala sebuah tempat rumah kakitangan/pegawai Felda.
Juga jadi tempat berkursus pegawai-pegawai Felda
(Macam Resort Felda Sungai Tekam, Jerantut Pahang).

Aku masuk area rumah pegawai kat situ...
Seronok benar aku negok bebudak naik basikal begini,
macam time aku kecik-kecik dolu-dolu...

*** Umah kakitangan berpotongan quarters kakitangan Felda Angkut yang lazim ***


Alamak...
aku lupa nak citer... ni macam restaurant lereng bukitlah.
Kalau pandang kuar tingkap, ngeri view dia... curam bukit,
ada paya ala2 kolam ikan tinggal penuh semak.



Masa dolu2 member aku dari MRSM Taiping Perak dating
dengan boyfriend yang dia baru jumpa dari MRSM Balik Pulau, Penang...
nak kena cekup dengan Majlis Agama Islam...
maka si girlfriend nih lari masuk paya meraduk segala semak
sampai kat kem aku di Anggun nih.
Masa tuh pukul semilan malam.... tergezut aku & room-mates yang lain dengan crita dia...
tak guna punya jantan... si jantan tuh stay relaks jer,
awek dia pulak yang kena teruk redah paya calar-balar satu badan...
isyh, isyh...isyh... cari nahas, undang bala, nasib baik tak kena telan ular sawa...


*** dan jam pukul 12.40 tengahari, aku bergerak sambung perjalanan ke Utara melalui Bidor > Tapah... pastu berhenti kat Tasik Temoh.... sambung lagik nanti...***


Monday, May 5, 2008

Nota Pejalanan Balik Utara (Seorang Ibu & Anak2nya) PART i

1st May 2008.
Dengan segala macam kecelaruan minda dan kontroversi...
Segala-galanya menyalakan tekad dan azam membara...

Aku nekad meninggalkan Sungai Penchala
Bersama-samaku
Atiqah Jasmine Balqis (4 tahun) & Adiputra Luqman Hakiim (1 setengah tahun)

Sesungguhnya rindu datang mengamit aku pulang.
Perjalanan tanpa direncanakan.
Kepulangan yang tidak diduga.

Kepulangan seorang anak perempuan
kepada sepasang suami-isteri yang telah berusia emas.
Kepulangan seorang ibu
kepada seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja memasuki pra-sekolah...

Aku ingat lagi, kali terakhir aku pulang ke daerah itu kira-kira 5 bulan yang telah berlalu.



*** Selamat Jalan, Romeo!***

Pagi itu detil pukul 9.30 pagi, sesudah mencuci kesemua pinggan mangkuk,
selesai segala pakaian telah kusidai...
aku turun membawa bagasi merah... kusumbat ke dalam boot keretaku...
Anak-anakku turuti aku.. kiranya mereka ingat aku hanya mahu membawa mereka bersiar-siar ke taman sahaja seperti sediakala...


***Kalu nak naik Hi-way biasalah, nengok yang hijau sahaja... biru tak mainlah...***

Singgah di Petronas Sungai Penchala, mengisi minyak RM60.00. Membeli 'toys' untuk bebudak..., tak lupa soya bean milk untuk mereka...
aku meluncur membuat pusingan U di LDP (Lebuhraya Damansara Puchong),
menghala ke Sungai Buloh, naik ke Lebuhraya Utara Selatan...

*** Nak pegi Kedah & Utara Semenanjung Malaysia , sini ambik kanan***

Sesungguhnya perjalanan yang memakan jarak beratus-ratus kilometer
amatlah memenatkan dan membosankan...
lebih-lebih lagi bila melalui lebuhraya yang mana pemandangannya sama sahaja dari mula sampai habis... seragam.
Dan juga selok belok jalan yang sama aja ragamnya...
Mahu mengantuk aku melayan jalan yang tak ada rentak & seninya ... boleh stress wooo...



Haaa... long distance driving nih... menuntut 'endurance' yang sebenar-benarnya...
Lebih-lebih lagi pikul 2 orang budak kecik.
Manakan sama travel sorang diri secara solo jika nak dibandingkan travel sorang diri bersama bayi dan kanak-kanak... oh, alahai banyak sunggu karenahnya..




Kala driving sorang-sorang fikiran terawang-rawang, melayang-layang... tahu-tahu dah sampai.
Driving dengan anak-anak, kejap-kejap nak berak dalam pampers lah,
kejap anak nak minumlah mama...
kejap "mama kenapa mama potong lori ikut sini?"...


*** Nak kuar ikut exit Slim River, Perak... guna jalan dalam lah pulok...
sibuk dengan re-construction, "kesulitan masa kini, untuk kesenangan anda di masa hadapan" katenyer***


So aku dah lama tak layan keindahan alam semulajadi...
Alam ciptaan Allah ni, dah lama aku tak amati betul-betul... kesegaran udara desa dah lama aku tak sedut dan hirup masuk ke dalam paru-paruku...

**** Turn to the right****

Maka, aku kuar ikut Slim River, Perak terus sampai Sungkai > Trolak (Singgah kat satu resort, dulu aku penah belajar kat sini - Maktab Sains Mara Trolak kat Felda Trolak, > lalu Bidor > Tapah naik balik Lebuhraya melalui Ipoh sampai ke Bertam, Kepala Batas Seberang Perai. Penang.

*** gambor malas nak edit, suram, gelap, berbalam-balam,
masa nih tengah salin pampers anak & bagi anak kencing***