*View dari tingkat 10, Block D, sungguh aku tak penah jejak area ni walau dah dekat 20 tahun duk KL, jenuh aku wikimapia zoom-in jalan nak datang sini* Aku sungguh eksaited. Selama ini aku takut-takut nak berbekam. Ngeri bayangkan nak kena toreh dengan pisau cukur. Oh, tidakkk! Tak rela kulitku disayat-sayat zrassss...
So berpuasalah aku sejak malam tadi mengosongkan perut.
Nak dapatkan the best effect.
*Pintu rumah Che Wan, juru bekam... owh sweet nya...*
Tingkat saploh, dah lama dah aku tak berada lebih dari ketinggian 5 tingkat.
Best duk dalam bilik bekam, angin punyalah fresh, tak payah pakai aircond atau kipas.
Nyaaaman jer.
Aku meniarap atas katil spa.
Che Wan pump udara dari cawan bekam. Aku duk kira dalam hati satu-satu, tak leh concentrate ntah berapa cup Che Wan bubuh atas kulit aku. Pastu Che Wan ambil pen bekam.
"Tartttt... tarttt... tartttt..." makkk ai, mak oiii...
Kedengaran suara Che Wan menyapa cuping telingaku, "Sakit tak?"
"...emmm... boleh tahan..."
aku terpaksa mengambil masa lebih 5 saat untuk mereply soklan Che Wan.
(takkanlah aku nak melontarkan jawapan begini "tak boleh tahan...")
Pastu another 'tatttt...tatttt....tatttt'
Hadoihhh, berapa spot lagi nih? masa tu baru tatttt...tatttt...tartttt kat second cupping point, belikat kanan ku. MasyaAllah... aku mula fefeeling ala-ala orang tengah perform wat tatto. Sebab aku tengok video orang lukis tatto lebih kurang jah method dengan jarum bekam ni.
"Che Wan, Che Wan buat berapa cup?"
"Dua puluh cawan" ... argk... aku nak budget tahan sakit. Ni baru jarum untuk cup no2 ku dah sadis. Lagi verangan nak 40 cups.
"Tarttt... tarttt... tartt..." aku cuba kira, satu cawan ada berapa tikaman jarum... lebih kurang 20 tikaman jarum... bentuk mosquito coil, lingkaran nyamuk fumakilla gitu patternnya.
Paling sakit "tarrtttt...tartttt... tarttt.."
area betis & belakang lutut... iyyyerkkkk... nak pengsan aku.
Syukurlah darah aku mengandungi toxin yang moderate.
Takderlah sampai kaler itam pekat berbuih-buih.
Aku tengok tak sampai tahap warna maroon darah ikan tadi.
Just merah pekat, tak der macam jelly sangat.
Seb baik aku dah detox berpeket-peket dalam 3 bulan ni sehabis Raya Puasa 2011.
Aku dah prepare RM250 target nak wat 40 cup overhaul satu kali harung. Tapi juru bekam wat 20 cup jer, sebab aku tak kronik. 3 bulan aku jadi herbivor. Dah 3 bulan tak makan nasik, tak makan daging, takder darah tinggi, takder diabetes.
*Juru Bekamku , Che Wan*Siap tanya, "Dah abis ni boleh saya wat aktiviti macam biasa?"
(padahal aku dah pasang niat nak ukur Jalan Tuanku Abd Rahman & pergi Jusco Taman Maluri)
"Boleh, tapi tunggu sejam baru boleh makan. Jangan makan seafood ya? Jangan minum air ais dalam seminggu ni"
Aku dah agak dah, pas abis berbekam, aku menapak longlai sejauh 200 meter ke kereta.
Kan ada keta kena tolak ke belakang keta aku. Adatlah duk apartment & flat yang mana jumlah keta > jumlah parking. Sumer tak tarik handbrake punya. Janji jangan ada slope, bukit dah...
Kereta Wira bertuah yang telah berjaya aku tolak dengan sebelah tangan, berjaya dialih dari kedudukan asal sejauh 4 meter... wolla!
Dah setahun aku tak jejak bekas tempat kerja lama aku, Headquarters Jusco, Taman Maluri.
Aku cari kaunter Korean Sunseeds, penat pusing-pusing tanya promoter, baru jumpa. Packaging pun dah lain, banyak pulak product baru dia.
Aku apply jadi member, pastu beli Go 30 - 2 at RM96.00
Huhuhu... nilah breakfast aku untuk sebulan.
Tu bukan kuku aku yaaa...
Tu kuku promoter tu, aku suruh dia pegang nak ambil gambar mana lagi outlets yang ada jual Sunseeds kat Malaysia ni. Senang sikit aku nak access.
Giler jauh aku nak kena travel ke Taman Maluri dari umah aku semata-mata nak beli Sunseeds.
Hujan di Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abd Rahman.
Aku pakai redah ajer tak de payung.
Habis dress aku yang English look, basah kuyup. Aku wat slamber jer.
Fefeeling citer Anne Hathaway dalam Princess Diaries: The Royal Engagement lepas jatuh kolam. Ngeh, ngeh, ngeh...
(oh, ya, semalam aku download citer Anne Hathaway berlakon 'One Day', nangis beriya-iya aku menghayati watak... cheh.. sob, sob... )
Lepas balik Jalan Tuanku Abd Rahman, tak serik-serik lagi,
singgah Guardian Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail.
Beli Kinohimitsu KilosCut.
Orait gak, ada 30 sachet, 1 sachet sehari. Tahan sebulan. Jimat betul.
Yearghhhhh.... agaknya dah buat bekam,
laju sikit kut nak hilang lemak-lemak yang memalukan ini.
Pastu aku beli yang ini.
Memang satisfied, Guardian Inhouse Brand Lavender Spa Exfoliating Bath Scrub dia.
So, cepat2 aku tapaw May Lavender Bath Gel (2 packs), Softkin Lavender Shower Cream.
Boleh aku antar balik kampung product2 yang tak menepati citarasaku.