Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Friday, June 22, 2012

Tembus & Pandang


Aku sendiri tidak perasan di dalam relung apa sedang aku duduk diam sekarang.
Hendak menangis tak macam menangis, hendak terguris tak nampak garis... hendak apa?


Semalam sore aku mengusap tayar kereta sebelah kiri bahagian belakang. Sambil berdo'a aku panjatkan harapan sejauh 7,777 tahun cahaya perjalanan merentas angkasa. Hari ini pabila pulang ke gubuk buruk ku... aku merenung muka lappy kokak ku, manakala lappy kokak ku kekal bersahaja demi jejari ku menaip kekuncinya.... senyum pun tidak, membentak pun tidak... merelakan sahaja aku berekspresi, emosi... lesu...?




Ini hari Yaum-ul Jum'ah... pulangnya Wak Mat bapa saudaraku di Temasik, dikebumikan selepas Zohor... malam ini ialah malam pertama Wak Mat bemalam di kubur. Aku berniat hadiahkan tahlil buat arwah Wak Mat yang selalu sporting dan mesra dalam urusan-urusan keluarga... Semoga aman dan di tempatkan di taman syurga ruuhnya Wak Mat... ameen...




Sore ini aku terasa aku lah yang perlu menggenggam kemas pedang samurai bermata berkilat itu. Sore ini aku berkira-kira hendak menghunus mata pedang itu ke dadaku sendiri. Sore ini aku nekad nak mencucuk mata pedang itu menembusi jantung ku lantas tembus ke belakang. Biar akulah yang menikam diriku sendiri, buka sapa-sapa....




Aku mengira-ngira ruas jari... hendak apa nya? 
Memandang limpahan cahaya lampu dr lampshade Ikea berwarna putih polos... memandang nako berbayang dedaun di tiup bayu senja... memandang sang cicak sedang mengendap serangga di tiang seri... memandang ke dalam diri aku sendiri... ada yang aku terlepas pandang?




.

No comments:

Post a Comment