Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, June 9, 2012

"Karena Hodoh Tiada Sa-Perti"


Seminggu lepas aku menerima tugasan mem-proof-readingkah naskah bakal terbit
(compilation 12 pages Gurindam XXX., 65 pages citer pasal tokoh Perang Sabil Acheh, 70 pages Gurindam Perang Acheh , 50 pages Sorotan Sejarah Acheh and last 70 pages Syair 99)
Itu belum campur kena propose 4-5 design book cover artwork nya
Itu belum kira re-branding pakai tajuk baru yang lebih 'Ummmppphhh...!'

First time aku buat kerja macam ni seumur hidupku. Aku tak pernah berkecimpung dalam kerja-kerja berkenaan buku neyh. Aku tau baca buku yang dah siap dicetak. Aku tau beli jah atau pun satu-satunya yang aku suka publish blog entry sahaja kat virtual world...  mudah. 




Hahahha... kalo suruh aku design-design fabric, langsir, cushion, tuala mandi tu aku expertlah.... aku siap boleh tetapkan concept by year quarterly my art policies and direction.


Bidang memproses buku ni bukan bidang aku. Anddd... definitely I have to put my heart on it. Aku tak mahu wat kerja cincai alai-balai. Tu bukan jenis aku. 

Bermula dari malam semalam, baru aku merasa 'ruh'nya
Dari kul 9.00 malam Jumaat membawa ke 4.16 pagi Sabtu, hampir 7 jam 
aku mengerjakan 70 pages edit Syair 99... setting lay-out, graphic, proof-reading... abis.


Pagi tadi seawal jam 7.30 pagi aku continue editting jap.
Lepas tu aku set-up balik lay-out, re-arrange serba-serbi, create graphic ala-ala Victorian Baroque design juga concept classic vector. Sambil duk edit kisah Syair Perang Sabil aku sebak la... sungguh... 



Ya Allah... aku terpana baca kisah Sahabat Rasulullah neyh...
dalam  fasal Sa'id Salami


Hmmm... ni lah sebahagian dari kerja aku sepanjang siang tadi, aku kira senang lagi mudah sepincing mata kan boleh di 'click' cursor, tetapi tidak... menuntut kesabaran yang amat tinggi dan tekad yang jitu



Nak dapatkan 'feel' tu aku kena baca satu-satu ayat dan kalimah... fikir dan serapkan ke hati. Baru aku boleh zahirkan pada karya seniku sebagai graphic artist & lay-out designer. Time baca pengkisahan Sa'id Salami r.a. ini lah aku paling tak boleh tahan-tahan lagi air mata. Laju jer mengalir tanpa boleh diempang-empang. Ya Allah... sedih yahamat.

berkatalah Sa’id merendah diri
“lamalah aku merindukan isteri
kerana  hodoh tiada seperti,
tidak seorang juapun sudi”.


Ya Allah... sesungguhnya hati aku begitu lembut. heart-touching sungguh lah citer neyh.
Maka aku sampai tak leh nak continue kerja, aku pun tangkap leleh syahdu dari kul 12.00 tengahari membawa ke 3.30petang. Fefeeling yang fana' dengan citer neyh. Tak leh jadi kerja.


Aku segera menelefon bonda Zalimah, "Bonda, uols tengah wat pew tu? Boleh tak Redd Rohim nak sembang-sembang sebentar...?"

Aku rasa Bonda Zalimah pun naik rimas kut, nak cakap tak berbutir asik dengar sok-sek-sok-sek aku menangis hembus hingus jah.... "It's not easy Bonda... I really commit to do it at my best... tak boleh accomplish dalam 2 weeks time"

Personally, aku peluang tak selalu datang. Aku mahu sentuhan aku pada naskah ini mampu menarik pembaca untuk membacanya, menyuntik semangat terus berjuang dalam pembacaan, menghidangkan pembaca dengan lay-out & font yang readers' friendly dan membuatkan pembeli tak merasa rugi memiliki naskah yang sekali baca kan terkenang jua dan pastikan dibaca berulang-kali.



No comments:

Post a Comment