Abuse & Adore
(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Saturday, June 23, 2012
malas
9.32 malam . esok ahad beb. tak ada nyer aku nak adakan acara ronggeng.
jadi pengetuk key-board lagi baik... leh gak aku wat laporan apa-apa yang patut dari lokasi kejadian.
aku memetik-metik permukaan japanese table ku.
melaraskan irama lepas aku balik dari kubur kul 3.30 petang tadi.
lepas aku cakap-cakap dengan Sime Tyre... aku tak punya Kamalul Yaqeen.
kang tayar Sime Tyre meletup kat South Klang Valley Expressway kang... bahawasanya aku sudah lupa aku dah tak der sesapa kat Kelang punya lembah neyh sekarang.
so aku auto-lencong lah ke Perkuburan Islam Bukit Kiara.
pertama kali aku jejak kali selepas hampir 15 tahun bermaustatin di area neyh.
ntah kubur siapa aku ziarah aku pun tak tahu. ntah kubur sapa aku singgah aku tak ambil tahu.
yang aku tahu aku nangis beriya bagai kat bawah perdu pokok tadi siang nya sebab aku fikir kalo aku mati sok-sok hari, ada tak strangers tetiba tercongok nak mai baca sadaqah tahlil 70,000 horse power kat kubur aku tu.
bila kupejamkan mata . segalanya menghampiri . ke layar rasa semalam . termanggu sejenak
malasnya kumelangkah ke sana . mencari sempadan kehidupan . yang selalu hilang sebelumnya
di sebalik satu kenyataan .
sesungguhnya malas itu indah . tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa . dalam berusaha mencari sesuatu
kekurangan di sini . sudah cukup buatku . apa yang ku genggam itulah harapan .
kelebihan yang datang . adalah kesyukuran . selagi dapat menyedut ketenangan.
sehingga terasa di jiwa . nikmatnya.
Hurmmm... lepas aku baring atas rumput carpet di tepi sebuah pusara , bawah naungan pephon kemboja di sana. aku mendapat inspirasi... huhuhu... cool lagi gila, beb... tapi aku rasa damai & tenang luar-biasa diraih dari sana. sejuk hati aku.
yelah, tengahari tadi aku memakai gamis serba serbi putih, kain kekotak, tudung pokla dot.
aku pun melagukan ikut sedap mulut aku sahaja sambil berjalan pulang di bawah teduhan pepohon kemboja... gugur bunganya mewangi ...
Selagi air ke hilir, selama gagak berbulu hitam...
berani dikerat, tahan dikepat
nafas tersentak tidak disayang-sayang
umur sejemput tidak ditimang-timang
cheeewahhh...! amacam? cocok tak?
owh ya, lupa aku nak mention, ketika aku menapak pulang antara celahan kubur tengahari tadi. mata aku terbuntang. aku nampak ada satu kubur mendap... dahsyat gila lekuk dia... tanah kubur runtuh ke bawah... mendap trus habis... lubang kubur nampak dari atas tembus sampai lahad masa aku jengah rapat-rapat tu ... iyyy... aku menaip neyh sambil meremang bulu roma toleh belakang 2-3 kali neyh... huhuhu...
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment