Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Tuesday, July 7, 2009

DIGEST: Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala (Betul-Betul Tepi Masjid Kuning Sg Penchala)...

(Kalo tak cukup besar, boleh 'click' 2-3 kali kat gambar nak zoom in kasi besor..., kay...)
Sumber POLL: Forum Kommuniti Sungai Penchala nih.

Aku sedih sangat menghitung hari-hari terakhir aku di Sungai Penchala.
Yelah, tempat jatuh lagi dikenang,
inikan pula tempat lalu-lalang, suka duka, nostalgia bertali arus
sepanjang aku mula-mula mejejakkan kaki ke sini tahun 2001...
nak dekat 9 tahun aku bermukim di sini.

Aku tanak citer pasal Kedai Kojek ker haper...
nak tempek pasal Restoran Sambal Hijau.


Sebagai regular customer,
pagi breakfast situ, lunchie pun kat situ,
tea-time pun lepak situ, dinner pun kat situ,
malam-malam supper pun layan teh tarik sambil nengok bola kat situ pukul 2 - 3 pagi...
Kengkadang Mr. Anuar saja lepak situ, ambil angin malam Sungai Penchala.
Restoran Sambal Hijau
Tetamu datang...
Umah aku kat Sungai Penchala tuh tak jauh... dalam 100 meter jalan kaki dah sampai.
Aku dah jadik regular customer Restoran ini sebelum ia bergelar Sambal Hijau lagik...
Dulu ia adalah warung biasa lantainya bersimen kasar,
berbumbungkan zink, bertiang kayu, dapurnya attached dengan tembok masjid.
Tak bercat lansung.

Tetamu pergi
Then, kalo tak salah aku dalam tahun 2007, diambil alih oleh anak tokey kedai runcit yang paling maju di Sungai Penchala, tokoh peniagawati yang amat disegani dan kreatif, Puan Nurhayati.
Telah dilakukan renovation & food innovation di restaurant itu.

Maka berlakulah re-branding & restaurant makeover dalam erti kata sebenarnya.
Up-grade image, suntik nafas baru.

RESTORAN SAMBAL HIJAU
CLOSER FRONT LOOK...
Tetamu mampir... silih-berganti.
Aku taruk mark kat sesetengah gambor sebab aku dah buat 'homework'...
google-menggoogle dalam 2 minggu,
memang tak ada gambar macam ini berkenaan article Restoran Sambal Hijau.
RESTORAN SAMBAL HIJAU
Paling banyak, semua liputan orang ajak officemate lunch kat Restoran Sambal Hijau.
Masa lunch, sesak ya'amat, mana nak snap sana, snap sini, kang tumpah kuah atas baju pulak.
WARUNG SAMBAL HIJAU
Yalah, sumer gara-gara semenjak Maria Tunku Sabri shooting 'Jalan- Jalan Cari Makan' kat sini.
TV3 tuh,... apalagik... terujalah viewers...
dari orang tak tahu jadi tahu.
WARUNG SAMBAL HIJAU

Gambor orang minum petang ber'hi-tea' kat sini belum ada lagik aku jumpa kat internet.
So aku pun ambil kesempatan ini memaparkan suasana petang, senja merangkak ke malam...
berlatar-belakangkan Restoran Sambal Hijau.


Mr. Anuar menoleh ke arah Kedai Runcit Nurhayati di sebelah.
Kat dinding luar kedai Nurhayati ada lagik 3 meja open sky extra,
dinding kedai runcit dicat putih... anytime boleh function as screen for projector TV.


Paling aku tak bleh lupa...
Dulu derang susun marble stones, batu bulat-bulat atas pagar besi tempat Mr. Anuar letak siku.
Macam spa style lah... sikit sini, sikit sana...
Masa tuh meja yang kami duduk ini ada satu group otai tengah lepak,
dalam 40-an umur...
Tertiba tersiku,... TOINGGGKKKK... berdetung jatuh hit lantai besi...
punyalah kuat, pulak tuh siap melatah-latah lagik...
aku nak makan pun tak bleh, .. sakit perut tengok gelagat orang gelabah...

Sukernyer aku pokok buluh yang agak artistik....

RESTORAN SAMBAL HIJAU
Cahaya kegembiraan jelas terpancar dari mata-jujur seorang anak kecil
yang masih tak mampu 'decision making' untuk dirinya sendiri...
segalanya diatur cara oleh ibu & bapanya.
Mak bapak order roti canai, maka roti canailah yang diterimanya.
RESTORAN SAMBAL HIJAU
Anak-anak ibarat kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya.
There's no bad kids, only bad parents.
RESTORAN SAMBAL HIJAU
" sit properly, mama babab nanti...! "
Sang Adiputra agak aktive, tak takut kat orang...

Adam suka lepak sini.., menunggu roti canai (bukan roti planta)
Risau jugak aku dibuatnya,
kalau pergi kenduri ker, departmental stores ker,...
mencicit larinya mencelah-celah tak terkejar aku dibuatnya.
RISAU... RISAU... RISAU
SAMBAL HIJAU RESTAURANT
Nampak tak apa yang aku nampak?
Sebelah tuh, yang warna kuning pinang masak,
Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala.
SAMBAL HIJAU
Salah satu sudut Restoran Sambal Hijau...
errrkkk... terlalu kecil & terbuka nak digelar restoran...
SAMBAL HIJAU
Nak kata gerai, besar pulak sikit saiznya dari gerai...
SAMBAL HIJAU
Nak panggil apa? Warung konsep...
SAMBAL HIJAU
Kitaorang, petang-petang selalu jugak hang-out kat sini...

Tala & hala kamera hanphone aku ke arah ceiling plak...
Gambar terendak lampu, tersisip sulur buluh mengintai masuk...

Kalo datang dari Penchala Link... exit via Susur Keluar Sungai Penchala,
jalan terus sampai jumpa T-Junction (Simpang Tiga... 200 meter dari Penchala Exit).
Betul-betul kat Simpang 3 itu adalah Masjid Kuning Tengku Abdul Aziz Shah.
Sebelah Masjid Kuning, sharing tembok adalah tak lain tak bukan Restoran Sambal Hijau.

Tunggu roti canai sampai... ramai yang tak tahu warung ini ada jual roti canai.
Sebelum renovation dulu, kaunter roti canai betul-betul kat tempat meja yang kami duduk itu...
Sekarang di'locate'kan kat central kitchen.

Sampai kena hand-written atas A4 size paper "ROTI CANAI ADA DI JUAL DISINI"

Order air, macam dah tahu-tahu tukang ambik order...
Mr. Anuar mesti teh tarik, Madam Aisya mesti pekena kopi kaw, Atiqah Balqis nak milo , share dengan Sang Adiputra... pastu dadih mango satu cup.

Sand Adiputra selepas puas mengejar
Si Kucing Meow-Meow-Meow yang montel di keliling meja.


Mai dahhhh... roti canai dia yang rangup, crispy...
(sebab adunan banyak planta, sebab tuh garing...
lambat dia nak prepare nih, kita order baru dia canai...)
Yang pasti bukan roti canai instant dia defrost dulu yerrr...
Jugak yang pasti dia take time nak hantar ke meja sebab bukan dia rush import dari kedai lain.

Kita orang baru parking nun seberang jalan,
tukang buat roti canai dah sap kita masa kita masih dalam kereta...
"Abe nok ordar roti canai dih..?"

Dia on the way beli baju lelong kat kedai depan tuh...

Banyak planta = roti canai lebih kuning berminyak...
(Mr. Anuar 100% ban roti canai mamak...
tak mau lansung masuk kedai mamak makan roti canai..., aku tak kesah... janji bersih)


Nih gaya orang lapor tak makan nasik tengahari Ahad,
travel about 30km from Pandan Mewah to Sungai Penchala nak angkut barang,
singgah minum petang dulu... enjoyyy!

Sedap lah tu dengan selera dia...


Dah makan jangan lupa basuh tangan.
Sesak-sesak nanti dia boleh main kesat kat baju,
calit kat alas meja.

Dah maghrib, yuk balikkk...

***** ***** ***** ******* ***** ***** *****
Episode 1

Susana malam di Restoran Sambal Hijau.

Pukul 8.00 malam datang dari Pandan Mewah,
turun rumah Sungai Penchala semata-mata nak basuh baju
sebab washer masih di Sungai Penchala...

Sebab lokasi tepi Masjid,
so banyaklah pak-pak lebai, tok siak, pak imam barangkali & para jemaah
yang singgah minum sebelum solat, selepas solat & sementara menunggu Isyak...

Waktu aku snap ini sebelum azan Isyak berkemundangan.

Chuppp! Pak Lebai tuh toleh ingat aku amik gambar curi dia...
'ana tak berniat yaaa tuan syeikhhh..!
(sebijik macam orang arqam bila aku guna gaya bahasa cenggini kan?)

Kat dinding itu... kalo aku nekad extreme step...
pergi snap gambor photo frame tu...
Wall deco gambar pemilik restoran bergambar kenangan dengan Maria Tunku Sabri
hos Jalan-Jalan Cari Makan.
Pastu ada dia hang souvenir tanda dah dikunjungi Jalan-Jalan Cari Makan, TV3.

Aku lupa nak mention.
Konsep makanan.
Tengahari, lunch time... tema masakan.. pengkhususan Masakan Minang, Masakan Padang.

Petang, malam... goreng-gorengan, Ala Thai...
GERAI SAMBAL HIJAU
Sajian makan malam aku hari itu.
macam biasa orang kedai itu dah boleh estimate...
menu pilihan tak kiralah aku pergi ke Penchal Bistro sebelah kedai potong tuh,
pergi Vichudda ker,
sup ekor, kerabu udang ker, kerabu campur ker, kerabu ayam ker, kerabu daging...
Kailan ikan masin...
(Mr. Anuar cukup anti sangat-sangat kalo aku order kerabu...)
Warung Sambal Hijau
Aku cukup sekadar kerabu cengginih, tak makan lauk lain pun tak apa...
kalo daging tuh sekadar celur-celur quarter masak pun okay...
manesssssss.... gittew.... fresh... flesh...

Suasana okay... boleh indulge... serap mood santai...
Makanan okay... harga gak reasonable...

Tahap kebersihan agak menyakinkan.
Dan tak menggangu gugat perasaan ketika kita makan.

Friday, July 3, 2009

DIGEST: Extraordinaire Si Pauh Janggi

*Siri Pauh Janggi 1 : DIGEST: Extraordinaire Si Pauh Janggi (Feel Free To Click Here)
*Siri Pauh Janggi 2 : Kelapa Laut @ Pauh Janggi (Click To Read More)
* Siri Pauh Janggi 3: Pusar Tasik Pauh Janggi @Beting Beras Basah (Special Articles Click Here)



Pernahkah anda mendengar mitos tentang Burung Garuda yang bersarang di atas pokok pauh yang tumbuh di tengah Pusat Tasik Pauh Janggi?
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Juga, konon-kononnya dongeng tentang Tasik Pauh Janggi,
di tengahnya ada saluran yang menghubungkannya ke laut luas,

kerana itulah pabila bulan mengambang,

airnya pasang lalu menutup lubang-lubang si ketam angin yang berkeliaran di gigi air.

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Merenung masa lalu dan melihat masa depan.
Dari ‘pusat tasik pauh janggi’ tempat berpusar lagi jauh ke tengah segara.
Tasiknya bukan di daratan bandar, tetapi pusar yang paling tengah dan paling dalam.
Siapa terjatuh atau tergelincir, tersuruplah ia ke dalam pusar.
Tempat menanti segala mara bahaya.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Tempat duduk menantinya Nenek Sepit Pentala Naga di Laut Buih Gelombang Tujuh.
Kalau si lemah yang sampai, maka hilang ghaiblah ia di mulut Raja Naga yang maha bisa.
Tetapi kalau si kebal malim megah malim perkasa,
dia berdiri di atas singa juang siap siaga.
Tiada seurat bulu roma celakanya hangus terbakar,

tiada seurat rambut hitam lebatnya gugur bertabur.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Juga mengenai haiwan mitos dalam alam Melayu, Si Gajah Mina...
di Pusat Tasik Si Pauh Janggi, ia bertempur dengan bermacam-macam ular dan naga...
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Ada ku dengar-dengar keris Taming Sari yg asli
kini berada di dalam simpanan Naga Sari di Tasik Pauh Jangi...
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Sesiapa yang menuntut ilmu jampi serapah, tentu pernah mendengar bomoh atau pawang menyebut 'mambang hijau' dan 'Pusat Tasik Pauh Janggi' dalam jampi mantera.
Misalnya ... "Hai ... Mambang Hijau yang menjaga lautan Pusat Tasik Pauh Janggi ..."

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Kata orang ... Mambang Hijau ialah Nabi Khidir (penjaga air dan lautan juga sungai).
Pusat Tasik Pauh Janggi
ialah Segi Tiga Bermuda.

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

Si Pauh Janggi is a term
that depicts a faraway location that should be explored”

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
"Masyarakat pribumi Melayu mempercayai bahawa Pauh Janggi
ialah pohon kehidupan yang tumbuh di tengah-tengah alam semesta
sejak bermulanya penciptaan"


"Bagi masyarakat Melayu lama,
dunia ini berpusatkan sebuah lautan yang besar.

Di tengah-tengah lautan itu terdapat sebatang pohon yang besar
digelarkan mereka sebagai
Pauh Janggi.
Di bahagian akar pohon itu,
terdapat sebuah gua yang dinamakan
Pusat Tasik (Pauh Janggi).
Pusat Tasik Pauh Janggi PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASEK PAUH JANGI
Masyarakat Melayu dahulu percaya bahawa
seekor ketam raksasa menghuni gua tersebut
& hanya akan keluar dua kali dalam sehari.

Segala pergerakan ketam tersebut akan mempengaruhi pasang-surutnya lautan,

arah tiupan angin & fenomena alam yang lain"
Dulu aku penatlah meng'google earth' cari Tasik Pauh Janggi.
Rupa-rupanya Tasik Pauh Janggi bukan berada di alam nyata.
Tasik Si Pauh Janggi berada di alam dimensi yang satu lagi.
ALAM JABARUT = alam Tasik Pauh Janggi berada
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Apa itu Pauh Janggi?
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Aku dulu mati-mati ingat Pauh Janggi
(ada yang tersalah eja Pauh Janji, Pauh Jangi)
ini sejenis species pokok mempelam @ mangga.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
* Pipi licin bak pauh dilayang, tapi yang ini bukan pauh janggi, ini pauh = mangga*
Kalau korang pun ingat PAUH = Pauh dilayang
atau PAUH = species mango.
Maka, amatlah bersalahan dengan istilah klasik ini.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Mungkin ramai yang tidak pernah melihat pokok palma Pauh Janggi
atau lebih dikenali dengan nama kelapa laut,
Double coconut atau nama saintifiknya Lodoicea maldivica.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pokok kelapa laut atau Pauh Janggi ini sering dikaitkan dengan Lagenda Pelayaran Melayu. Seperti yang kita ketahui, nenek moyang kita zaman dulu terkenal sebagai ahli pelayaran.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Ahli pelayaran ini kerap menemui buah Pauh Janggi
atau kelapa laut terapung-apung di permukaan Lautan Hindi.

Buah Pauh Janggi ini dipungut dan dijual dengan harga yang mahal
dan ramai yang mencarinya kerana dikatakan boleh dibuat ubat
dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit serta penawar segala racun,
sehingga dikatakan air yang disimpan dalam tempurung,
jika diminum dapat mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pauh Janggi juga dikatakan dapat menguat tenaga batin sehingga ia menjadi buruan ramai dan menyebabkan harganya sedikit mahal pada waktu itu.

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

Ahli pelayaran Melayu merahsiakan kewujudan pokok Pauh Janggi,
namun mengikut catatan,
Pigafetta yang turut serta dalam pelayaran Magellan pada 1519,
beliau diberitahu seorang ahli pelayaran Melayu bahawa buah yang terapung itu
ialah Pauh Janggi daripada pokok besar yang hidup di “Pusat Tasik”.
Ahli pelayaran itu percaya di Pusat Tasik itu ada burung Garuda yang memakan lembu dan gajah dan tempat itu tidak boleh dihampiri kerana selalu ribut dan taufan
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity

Lagenda Pauh Janggi ini juga dikaitkan dongeng Haji Batu yang mana ketika beliau belayar untuk menunaikan haji ke Makkah, dia bermimpi supaya membawa tujuh batang paku dan penukul.

Dalam pelayarannya, kapalnya hanyut ke Pusat Tasik dan apabila kapalnya karam, dia memanjat pokok Pauh Janggi dengan berpaut pada tujuh batang paku yang dipaku pada batang pokok Pauh Janggi. Di atas pokok Pauh Janggi anak burung Garuda tinggal di dalam sarangnya.

Ketika burung Garuda sibuk memberi anaknya makan seekor gajah, dia mengikat badannya pada bulu burung Garuda dan seterusnya burung Garuda itu menerbangkan sehinggalah dia dapat menunai haji di Makkah.

Pokok Pauh Janggi ialah pokok palma tunggal dan kewujudannya hanya di Kepulauan Seychelles. Palma ini adalah pokok yang unik dan mempunyai buah seakan-akan buah kelapa yang kembar.

Buah palma ini seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) dan menjadi buah yang terbesar di dunia. Pakar Botani kagum dengan pokok Palma ini yang dapat hidup di lereng-lereng bukit sedangkan buahnya seberat 15 kg boleh berada di lereng bukit.

Pokok Pauh Janggi tersebar luas dan ditanam di sekitar taman botani sebagai tanaman antikuiti, ini termasuk ditanam di Taman Botani Singapura.
TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Pokok Pauh Janggi pernah ditanam di Rimba Ilmu, Universiti Malaya (UM) dalam 1973 dan malangnya pokoknya mati diserang oleh anai-anai. Mengikut catatan, pokok Pauh Janggi pernah ditanam di Melaka oleh orang Portugis.

Sebagai pokok lagenda Melayu sepatutnya pokok ini banyak ditanam di Malaysia, terutama di negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah, sebagai tanaman antikuiti legenda pelayaran Melayu.


FAKTA
Pauh Janggi


Nama Saintifik: Lodoicea maldivica
Famili: Palmae
Negara Asal: Kepulauan Seychelles
Nama Lain: Kelapa laut, Double coconut , Daun Lontar, Daun Tal,
pokok tah, tai, ental, dan etal.

(Daun Lontar = orang dulu-dulu buat kertas tulis manuscript,
atau membuat catatan sebelum kerats dicipta ...
cuba tengok lambang Dewan Bahasa & Pustaka)

TASIK PAUH JANJI TASEK PAUH JANGI TASIK PAUH JANGGI The Lake Pauh Janggi, Vociferation Eternity
Daun kelapa laut @ Pauh Janggi juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.

LAST BUT NOT LEAST: Here's link to my later entry
* feel free to click*
"Pauh Janggi @ Kelapa Laut : Resepi Penghilang Dahaga"
(Posted at : 17.10.09, Saturday)

Tuesday, June 30, 2009

TAG (Dari Blog Tentang AKU,KAMU,DIA dan SIAPA... )

TAG from Miss Luluchen to Mr. Nas to Madam Aisya


10 Fakta atau Hobi Tentang Diri Sendiri

1. When was young (I mean from I was a toddler until age 22 years old)
my favourite color was BLUE, AQUA, TURQUOISE, NAVY
and mana-mana warna dalam group itu.
Bukak wardrobe sumer penuh dengan blue based clothing.

2. Now, my favourite color (from age 30 - until now... )
Earth color : Brown, Toffee, Chocolate, Latte, Stone, Tawn, Rust, Bronze, Copper,
Olive, Camel, Sand, Wood, Natural & White
My office attire tak boleh lari dari this color group...
Dah penat & benci... tapi tak boleh tak mesti terbeli jugak.

3. I love cotton material.
Suka warna putih especially cotton white-crispy shirt paired with denim.
My soft furnishing choice of color = white.

(Curtains, sofa, bedlinen, cushions, towels... porcelain set)
I love resort style/concept to be applied to my home living.
My dream home: Combination of green material + white + wood

4. I'm addicted to coffee.
Strong black kopi 'O' kaw without sugar
satu hari tak jumpa kopi tak bleh iduppp.

CHAM pun suka (Teh + Kopi)

5. Hobby: Gardening & reading
My favourite plant = bamboo.

Bamboo Grass, etc...
I dream to have a piece of land in Sungai Buloh, Selangor.

Where I can have Japanese Garden + Nusantara Concept.

6. Suka merayau-rayau ala lone ranger.
I love window shopping (tak bawak sapa-sapa...)
I love fabric shops, kedai ubat Cina, book shops & pharmacy.

7. Dream country: Tibet & Portugal
(dream ajer lah... )

8. Citer filem yang paling aku suker: The Pursuit Of Happyness
yg Will Smith berlakon tuh...

Why is the word 'Happyness' spelled with a 'y' instead of an 'i' in the movie's title?
Chris also spelled the word 'Happyness' this way for the book's title.
In a radio interview with KPFA 94.1 fm,
Berkeley, stock broker Chris Gardner explained his spelling choice by saying the following, "There was a place once in Oakland [Ca] near the MacArthur Park station that became very, very, very important to my son and I at the most challenging stage of our journey,
and they spelled happyness with a 'y' and that's why it's spelled that way...
It's personal [the spelling].
It's definitely personal. ...

sampai nangis-nangis aku dibuatnya...
This is an honest, meaningful film that will stay with you long after you leave the theatre.
The viewer becomes fully invested in the struggles of Chris Gardner and his son.
Will and Jadyn Smith deserve huge kudos.
The real-life father and son dynamic enriched the film
and don't know if other actors could have been as powerful.
Be warned, there are several tissue inducing moments

Pastu aku suker & masih terasa kesan nengok filem omputeh
misalnya "Escape With Victory - yg Sylvester Stallone & Pele Soccer Legend tuh lakon"
"Life is Beautiful pasal sorang Jew
dengan anak dia yang kena tahan dalam kem masa Nazi tuh..."

9. Love accessories : bracelets.. necklace, rings
made of semi-precious stones e.g. opal, jade, turquoise

10. Motto hidup : Anda adalah apa yang anda fikirkan ...
Semangat kekeluargaan, persahabatan, kesetiakawanan,
sikap ambil berat (but not toooo busy-body), berlebih -kurang halal
& tolak ansur adalah nilai-nilai yang perlu dipupuk & dikekalkan
oleh kita pada hari ini...

Aku pun tataw nak mensasarkan TAG ini
kepada siapa...
(yalah dunia siber aku terbatas pada ruangan lingkup yang begitu-gitu ajer)
1. Mommy Sarah
2. Eva
3. Kawan Eva (apantah nama dia Lady O'hara ker Salwa redzuan)
4. Najib Rohim
5. FauziSalim
(ahhh, Fauzi Salim belum start buat posting kat blog dia yang tak bernama, belum disebut-sebut, tak diwartakan lagik...)

Cukup takat ini dulu.
Aku pun letih nih.
Pindah umah tak habis-habis angkut sikit-sikit.
Bila aku balik Sungai Penchala ajer baru ada internet.
Nanti kalau dah angkut kat tukun baru aku tuh,
aku jalan-jalan ziarah secara aktif ke blog kengkawan yer...