Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, April 25, 2009

Siri Jelajah Kenari : Pantai Merdeka

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut




Belatar belakangkan Gunung Jerai di seberang sana.
Juga Tanjung Dawai di seberang sana.

Top -right hand side, yang dilitupi pepohon hijau itu apa dia?



Itulah dia Gua Bukit Penjara.
(Prisoner Cave)
Bukit Penjara sempana nama Penjara Raja Bersiong.
Dikaitkan dengan tempat di mana Raja Bersiong simpan semua stock prisoner dia
sebelum dibawa ke 'royal kitchen'.

Di atas Bukit Penjara inilah..
Di atas bukit, di tepi laut.

Siapakah itu Raja Bersiong?
Raja Bersiong = Tunku Sulaiman
Setelah diadili dan didapati bersalah memakan beberapa orang tentera China Manchu,
dia melarikan diri ke Singgora ( Songkhala ) dan dibunuh oleh Narai @ Hang Tuah di sana.

Rentetetan Cerita Raja Bersiong (dari Blog Sejarah Nagara Kedah):

Ayahanda Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah Paduka Seri Per Abu, Sultan Nara Wanara (Kelantan dan Trengganu) yang berkahwin dengan keturunan Batak dari Sumatera.

Tengku Sulaiman telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina manchu ini (anggaran 10 orang kesemuanya) lalu memasak dan memakan daging mereka.
Tulang-tulang mereka di kumpulkan berhampiran Istana Bukit Tinggi.
Setelah di jalankan siasatan diraja, Tengku Sulaiman dipanggil mengadap Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Setelah diadili, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah meyebut perkataan “Raja Tui yangkam belot yukbat” bermaksud, Raja Sulaiman derhaka enggan serah kuasa (rujuk Undang Undang Kedah, m.s 24).

Tengku Sulaiman telah melarikan diri ke Singgora (Songkhala, Thailand)
yang masih lagi berada dalam Nagara Kedah ketika itu. Baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerintahkan Raja Acheh iaitu Paduka Seri Iskandar Muda Thani untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman memberi tentangan dan baginda dibunuh oleh Iskandar Muda Thani di Singgora.

Paduka Seri Tuanku Iskandar Muda Thani dikenali sebagai Hang Tuah di Melaka dan sebagai Narai di Ayuthia. Nama sebenar baginda ialah Tun Saaban.

Kalau ikut legend: nama Raja Bersiong (gelaran): Prak Ong Maha Perita Deria
tapi legend dicipta untuk banyak agenda tersembunyi.

Apa lagi? Kononnya ada pepohon buah pala di atas Bukit Penjara ini.
Yang ini aku tak dapat nak pastikan.


Very outstanding Gunung Jerai itu.
Landmark yang jadi petunjuk arah kepada pelayar-pelayar ataupun pedagang-pedagang
masa silam untuk ke Lembah Bujang dari Lautan Hindi & Selat Melaka.

*bot penambang yang boleh dibayar tambangnya untuk membawa penumpang ke seberang sana ... Tanjung Dawai*

Masa aku kecik-kecik dulu, Pantai Merdeka mana ada benteng ataupun tembok kat tepi dia tuh.
Tembok ini untuk keselamatan & juga mencegah hakisan.


Ombak laut pun dah lesu, air laut pun dah tak bersih macam dulu.

Masa aku umur 4 tahun dulu, aku masih boleh ingat nih...
Aura Pantai Merdeka... pasir punyalah banyak ala-ala Port Dickson tuh...
Pokok kelapa dan pokok-pokok lain merendang.
Angin punyalah kuat, menderu...

Apalagik, dia punya pukulan, aku menjerit-jerit ketakutan (sampai nak masuk dalam kain mak aku masa tuh) pada bunyi deburan ombak yang menggerunkan.

Aku sebagai budak umur 4 tahun yang tak pernah jumpa pantai, (sebab aku duduk kat tanah tinggi perbukitan Chuping Perlis tuh, hulu... dalam hutan)
terjerit-jerit sampai tak boleh berjalan sebab phobia sangat.

kata orang Kedah : "Per-ghark" (jak*n)


*inilah dia... gamat yang dah mengecutkan badan dia jadi bebola...*

*lembah bujang, pantai merdeka, penjara raja bersiong, bukit penjara*

Friday, April 24, 2009

Siri Jelajah Kenari : Tanjung Dawai

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut



Laaa ni, jom kita zoom in spot yang aku dah landed dengan selamat.


"Jom Pi Kedah....!"
Itulah slogan yang terpampang di merata-rata area kat Kedah
pada Tahun Melawat Kedah 2008

Ini lagu yang sering berkumandang di station-station radio Kedah.
Aku first dengarq lagu ini pada tahun 1992,
bila aku pertama kali balik Kedah selepas kali terakhir 1984 tinggalkan Utara Semenanjung pindah ke Kuala Terengganu (Aku dok Terengganu 1984 - 1993).

Mai chek oi mai chek mai.
Kita ke negeri Kedah.
Mai oi bagi ramai. Jamu nasik kawah.
Naik kapai terbang (plane). Turun Kepala Bataih(Kepala Batas).
Makan toksah bimbang. Kami banyak beraih (beras).
Ikut lebuhraya teruih (terus)ke Kayu Hitam.
Jaga check (kataganti nama) oi jaga. Reta meneru neram.
Reta meneru neram (kereta menderu menderam laju).
Mengkala mai (Apabila datang) Kedah. Singgahlah ke Pekan Rabu.
Minum nira nipah. Makan emping kerabu.
Kotlah rasanya penat. Jom pi ke Langkawi.
Langgah ayaq(air) gamat. Minumlah ayaq (air) tongkat ali.
Langgah ayaq gamat. Muka naik seri.
Kedah sudahlah maju. Dak lagi lagu (tak lagi macam) la dulu.
Rumah serba baru. Kenduri ada selalu.
Kelih sana sini. Pembangunan serata negeri.
Ada mesin padi. Ada kilang besi.
Melawak (gurau) orang Kedah. Jangan cepat terasa.
Toksah dok kisah. Berkawan cepat mesra.
Berkawan cepat mesra.


Berjalan menyusur pantai... itulah laluan yang akan ditempuhi sejurus sebelum menjumpai Pekan Tanjung Dawai.

Di kanan jalan adalah pantai yang menyajikan panorama Selat Melaka.
Selat Melaka, nun di lautan lepas, saujana mata memandang.
Oh, aku mula terbang ke kurun ke-2 sebelum masihi.
Macammana agaknya jika kau seorang aku berdiri di hentian ini pada kurun ke-2 sebelum masihi?
(oh, apakah yang aku merepek ini... makhluq...! Spoil the thing!)


* Yang kat dalam gambor ini bukan aku,
itu adik bongsu aku Halimah As-Sa'adiah
masih study form 5 Mara Junior Science College, Pendang, Kedah

Tak ada orang nak tangkap aku berposing, so tak adalah muka aku kat dalam nih... *



Yang kat belakang jadi backround itu bukanlah sebuah pulau,
(mula-mula ingatkan pulau, nampak half ajer, mana nak ingat)
masa nak buat artikel ini puas aku compare & refer Google Earth
dengan replica mukabumi Kuala Muda - Yan yang aku tempek kat posting sebelumnya.
Model mukabumi itu aku snap dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Itulah dia seberang sana Muara Sungai Merbuk
iaitu Tanjung Puteri yang amat terpencil & Teluk Nipah.

Tanjung Dawai.
Sebuah perkampungan nelayan. Punyai ciri-ciri pekan koboi.


Scenario & Observation:

Sebuah pekan yang agak ke'koboi'an masih menebal ciri-cirinya.
Ada kedai mamak, ada kedai makan Cina, tapi Melayu tumpang jual nasik lemak kat kaki lima,
kedai runcit (aku tak perasan pulak kedai Ah Meng ker, kedai Lim Tat ker, kedai Weng Heng)

Rumah-rumah kayu bertiang separa reput , dah melekat tunggul-tunggul teritip laut
kesan air pasang...

Rumah-rumah batu (buat sikit-sikit renovation) banyak yang baru dibina di celah-celah rumah kayu yang sesak padat macam kawasan setinggan...
Kelihatan jelas kesan air naik di dinding batu rumah tepi-tepi kuala sungai ini, kesan air naik & banjir

Kelemahan Pekan Tanjung Dawai:
1. Jalan selorong, kalau sampai simpang, siap sedialah, mana nak reverse, mana nak go ahead, mana nak mengelak... mana nak merempuh...

2. sistem pengaliran & peparitan & kumbahan

3. Aku tak dapat bayangkan kalau berlaku kejadian kebakaran...
macamanalah 'evecuation plan' penduduk kat sini...

4. Garbeach


Kenapa dinamakan Tanjung Dawai?
Pernah dibina pagar dawai di sekeliling kawasan ini
untuk tujuan ketenteraan , untuk strategi pertahanan agaknya.

Tak dapat dipastikan oleh penulis dibina oleh tentera apa.
Tentera Siam? Tentera Kedah? Tentera British? Tentera Jepun?
Tapi aku rasa oleh tentera Kedah (banyak perang saudara di masa silam nak rebut kuasa, sebab empayar Kedah-Siam besar sangat sampai ke Burma, Kemboja nun... banyak raja-raja daerah yang bergelut berperang agaknya)

Kalau ikut Naim Firdausi dalam comments on tajuk "Sejarah Realiti Raja Islam Terakhir"

Tanjung Dawai (Than Wai) – pertahanan awal



Banyak sungguh kambing-kambingan berkelompok berkeliaran di sini.
Boleh naik bot penambang nak cross Kuala Sungai Merbok...
Kalau naik dari jeti Tanjung Dawai akan mendarat di Pantai Merdeka.


Di Tanjung Dawai banyak produk hasil laut
seperti ikan kering (salah satu ikan kering yang paling digemari ialah ikan talang),
belacan, ikan bilis, udang kering, sotong kering & tak tersebut senarainya.

*lokasi ini di sebelah Masjid Tanjung Dawai,
ada banyak bot-bot besar & kapal besar terdampar sebab dah lupus & dah expired,
tengah hujan nih tangkap gambar,
husband & anak-anak tunggu kat dalam kereta dalam 70 meter... layan*


Juga ada satu pusat ikan bakar kat sini.

Curiosity: Melalui pembacaan orang Arab Badwi menternak kambing & biri-biri di kawasan padang pasir yang ada sikit-sikit rumput.
Tapi kebanyakan coast yang aku pergi,
aku dapati banyak sungguh kelopok kambing,
tak kiralah kambing hitam atau kambing putih bersiar-siar di sini.


* Kuala Muda, Kedah*

Contoh:

Kuala Muda, Kedah
Pantai Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Tanjung Dawai, Kedah.

Kambing nih, mereka buat aktiviti apa kat tempat-tempat macam ini?

A) mendapatkan bekalan garam-mineral yang mudah & meluas
B) mengutip lambakan sampah terbiar, sumber protein utama & plastik utama
C) tarikan semulajadi kepada pengunjung dengan gelagat ikhlas mereka
D) mereka pun macam manusia nak hilangkan stress & menikmati alam semulajadi
E) nak rapatkan relationship sesama mereka , team-building activities
F) lari dari asrama yang disediakan oleh tuan mereka

Thursday, April 23, 2009

Siri Jelajah Kenari : Lembah Bujang

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut




Here, a roughly view of Kuala Muda - Yan landmark Gunung Jerai
(formerly known as Kedah's Peak) and it's surrounding area.



Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Masuk percuma.

Betul-betul kat kaki Gunung Jerai southern area.
Nak cari agak tersorok ikut lorong kecil belakang deretan rumah kedai tradisional Cina 2 tingkat.
Ikut Pekan Merbok.

*kali kedua dalam hidup aku mengunjungi Muzium Arkeologi Lembah Bujang,
first visit year 1995*

Aku sebenarnya da snap gambar dalam muzium itu.
Gambar tembikar purba, batu kisar, gambar stupa & manik-manik purba...

Tapi tak berapa clear, dah delete dah...


Perahu Sagor dari batang balak yang ditebuk & dikorek...


Babah aku mula-mula dulu dia pergilah, jadi tourist guide untuk ipar-duai beliau dari Singapore nak jalan-jalan sana-sini...
Tapi bila kau ajak datang, jalan-jalan .... beliau tak mati-mati tak mahu jejak ke sini lagik,
katanya itu Candi Hindu.

(who said so? Fakta atau auta sejarah?
Sejarah telah banyak diselewengkan pihak barat...
Itu 'candi' asalnya dalah tempat menyembah Allah)

Tapi yang paling pelik, babah aku tak pernah lepas ke Langkawi seumur hidupnya.
Walhal dulu stayed kat Perlis hampir-hampit 10 tahun,
teramatlah dekatnya nak cross ke Langkawi...


Ada lebih kurang 13 candi di sini, ada di lokasi asal, ada yang dipindahkan & dibina semula.

Kalau kita kaji struktur, cara letak-susun bata, jenis batuan bata , leper lebar... banyak sangat persamaan dengan bangunan Narai di Ayuthia... Bangkok.
Jahat sungguh mereka yang cuba menutupi bangkai gajah...


*Dicopy & paste dari Blog Sejarah Nagara Kedah*

Binaan menggunakan bata yang leper dan lebar berbanding bata yang kita pernah lihat hari ini adalah binaan orang-orang Siam Islam.
Kota Kuala Muda di bina menggunakan jenis bata yang sama dengan binaan candi.
Jika orang-orang Siam beragama Islam (berbanding orang-orang Thai yang beragama Buddha), kenapakah candi Lembah bujang dikaitkan dengan agama Hindu.
Bata binaan candi Hindu adalah lebar dan besar.
Lihatlah contoh pada binaan candi yang dibina semula di Indonesia.



Dah dua kali aku datang sini, tiap-tiap kali datang pasti kala hujan turun renyai-renyai...
Penat nak panjat bukit nih, kat tepi bukit ada air terjun yang deras...
Siap ada gerai minum-minum dah sekarang ni...

Hidup ini indah...


***

Wednesday, April 22, 2009

Siri Jelajah Kenari : Gunung Jerai & Titi Hayun

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut



Hijau-Kuning semangat padi.
Aku bukan anak jati Negeri Kenari.
Aku tak dilahirkan di Negeri Kenari.
Aku tak membesar di Negeri Kenari.
Aku tak pernah menuntut ilmu di Negeri Kenari.
Aku pun bercakap loghat Negeri Kenari bercampur Loghat Indera Kayangan.


Negeri yang paling nolstalgik pada aku ialah Perlis Indera Kayangan.
Aku rindukan Monsun Tropika nya.
Aku rindukan saat bunga-bunga lalang berterbangan
menari di tiup angin musim kering.

*****
Aku rindukan panorama perbukitan indah Ladang Tebu Chuping Perlis.
Mengayuh basikal mendaki bukit pada kecerunan (slope > 45%)
Then menuruni bukit dengan basikal Chopper sampai putus rantai basikal,
basikal bergerak sejauh 1kilometer tanpa dikayuh!

*** Kuala Sungai Merbuk, Kedah:
Sebelah kiri Tanjung Dawai, sebelah kanan Pantai Merdeka.

Menyusur Pantai Merdeka sampai ke Pulau Sayak (tempat tengok anak bulan Ramadhan & Syawal), juga tempat mee udang yang famous amous itu... ***

*** Yang bertanda kuning (org Kedah pronounce : ku- nin')
ialah Muzium Arkeologi Lembah Bujang...
Kalau menyusur ke kiri lagi...
melewati Pekan Yan masuk simpang Masjid akan menghala ke Air Terjun titi Hayun yg ada Tangga Kenari 1000 Tahun itu,
1km dari Air Terjun Titi Hayun ada Air Terjun Batu Hampar
juga 1km ke Air Terjun Puteri Mandi ***


Aku hanya pulang ke Negeri Kenari pada penghujung tahun 1993.
Babahku pulang ke kampung halamannya...

Seingat-ingat aku, aku mula jatuh cinta dengan kampung halaman bapaku
sewaktu aku mula memiliki kereta pertamaku pada tahun 2001.

Puas aku menjelajah (6 beradik menaiki kereta selama seminggu)
Dari Sungai Petani - Air Terjun Titi Hayun - Gunung Jerai - Alor Setar - Bandar Darulaman dan lain-lain tempat.

*** Uols...!.. Tak lengkap rasanya kalau bercerita tentang daerahku
Kuala Muda -Yan tanpa memperihalkan keindahan & keistimewaan Dataran Kedah- Perlis...
Saujana mata memandang Jelapang Padi Malaysia..
.
(Episod akan datang aku akan review pasal keistimewaan sawah padi Yan)

Berapa ramaikah yang pernah melihat sawah padi terbentang luas
dari ketinggian 1.217 meter dari aras laut?

SubhanaAllah... very breathtaking view...
Saujana mata memandang...
kalau Uols naik Gunung Jerai pukul 7.00 pagi, sampai kat peak dekat-dekat pukul 8.45 pagi... boleh tengok kabus beransur-ansur berarak...
mula-mula tak nampak apa pun kat bawah, lama-lama sikit-sikit tabir kabus tersingkap, mempamerkan sawah padi, lautan & pulau-pulau...

VIEW DIA?
MACAM TAK MAU BALIK DAH***


Aku tak ada gambar terbaru...
Gambar-gambar lama belum di-scan lagik...
Esok aku harap aku boleh scan balik, so jap lagik aku cari balik album dolu-dolu.

*mandi sampai KE-TARQ
KE-T'ARQ = ketar = ketor*


Selalunya routine naik Gunung Jerai ini bermula dengan pergi ke Yan dulu
(kira kita circle Gunung Jerai itu dari South to the West to the North and to the East,
baru naik gunung.... ikut Guar Chempedak, Gurun)
Sebab apa?
Aku datang dari Sungai Petani, South area... ikut Jambatan Sungai Merbuk.
Mesti nak mandi air terjun pagi-pagi buta itukan?
So aku nak-beranak tak mandi pagi itu, tak payah nak membazir bil air rumah bonda aku.
Kami angkut segala shampoo, shower gel, sabun mandi, scrub, berus gosok badan...
(kalau boleh nak basuh baju sekali kat situ pakai sabun Breeze... ngeh,ngeh, ngeh)


Pukul 7.00am bertolak selepas makan nasi goreng yang bonda sediakan.
On the way to Air Terjun Titi Hayun actually ada satu Air Terjun - Lubuk Tupah namanya.
Orang kata best & indah, ntah aku tak pernah pegi pun...
dekat sangat dengan Sg. Petani location dia.
Aku tak lalu nak pergi sebab
dulu kecoh pasal kes "video2 toooot dalam hutan rimba rekreasi ini", ha itulah sebabnya......



*** Kita worang mandi sampai selsema & demam esok harinya...
mana taknya, pukul 9.00 am sampai,
pukul 4.00 pm baru nak berangkat kuar dari Air Terjun Batu Hampar ***


* Apa itu Tangga Kenari 1000 Tahun?
Meh, aku quote, copy & paste dari web Majlis Daerah Yan

Tangga Kenari 1000 Tahun

  • DI SEBALIK kekayaan spesis hutan dan keindahan atmosfera alam semulajadi Gunung Jerai telah melahirkan cetusan idea Tan Sri Dato' Sri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu untuk membina tangga konkrit melalui denai hutan. Ianya bertujuan memajukan industri pelancongan berasaskan alam semulajadi.

  • Rekreasi Titi Hayun jaraknya hanya 5 kilometer ke Peranginan Gunung Jerai mengikut laluan denai hutan serta mempunyai kemudahan jalan masuk merentasi perkampungan tradisional dari Pekan Yan dengan jarak 3.4 kilometer sahaja telah dipilih sebagai destinasi pembinaan tangga konkrit ke Puncak Gunung Jerai. Pembinaannya ada kaitan dengan air terjun Titi Hayun iaitu kawasan perkelahan sediada dengan sejarahnya sendiri sejak 100 tahun lalu.

  • Pada 5 Mei 1997 lalu anak tangga pertama telah dibina dengan dinamakan Tangga Kenari 1000 Tahun sempena nama sejenis burung yang ada di Negeri ini.

  • Lebihkurang 1342 anaktangga dan sebuah jambatan gantung dibina berkonsepkan MENJARO (Mental, Jasad dan Roh) pada sebahagian laluan denai tersebut disamping mengekalkan sebahagian laluan denai melalui kompatment 21 dan 22 Hutan Simpan Gunung Jerai.

  • Dengan terbinanya mewujudkan budaya pendakian bukit untuk kecergasan dan rekreasi serta seterusnya menyemai bibit-bibit cintakan alam semulajadi anugerah Allah (SWT).

  • Di sepanjang Tangga Kenari akan dinikamati keindahan flora dan fauna khusus Orkid.
  • Ia adalah anak tangga terbanyak dan terpanjang di dalam hutan yang menggunakan tenaga manusia secara gotong-royong.

Jika nak naik Gunung Jerai ada 4 jalan altenatif...

1. naik ikut jalan raya,start kat Guar Chempedak. (dekat dengan highway la.)
2. naik ikut tangga 1000 tahun, melalui air Terjun Titi Hayun, Yan Kedah,
Landmark: Simpang masuk Maktab Mahmud cawangan Yan.

3. naik ikut jaln belakang Museum Arkeology Lembah Bujang,Merbok....yg ni trek hardcore...tempat circuit kembara negara wat race.
4. naik ikut...jalan Denai Lata Tupah, Merbok

*Episod akan datang: Lembah Bujang & Tanjung Dawai

Saturday, April 18, 2009

Snakeheads Family

Aku buat posting ini sebagai arkib untuk diriku yang jahil.
Puas aku nak ingat balik 'rare species' of snakeheads ini.


Kalau orang sebut "Haruan" aku tahulah...
Kalau orang sebut "Toman" aku pun tahu
Kalau orang sebut "Ketutu" macam tahu... Tapi macam tak tahu lagi...


Pada aku kalau orang mention
Ikan Ubi, Haruan Palas, Ikan Bujuk, Toman Paya, Toman Batik, Toman Bunga,
Ikan Bakak (Bakap), Ruan Kerdil, Ikan Bechak (Ikan Berchak), Ikan Jalak,
Ikan Hantu, Haruan Bodoh, Belantuk, Haruan Todak (Perlis), Ikan Kedak
aku dah tak tau apa.
Yang aku tahu, kalau snakeheads sumer haruan.

Aku dalam banyak-banyak species freshwater fish,
ikan haruan & kelilah yang paling aku tak berkenan...
tapi nak cakap kat sini... jangan hina rezeki Allah...
kita tak lalu makan tapi bagi orang lain itu rezeki yang paling baik pernah dapat...



Even back in 1983, my mom terjumpa satu snakeheads about 5" length,
jumpa dalam water drain tepi corridor rumah, pun tak tahu ikan apa...
kitaorang just classified as Ikan Haruan ajer...


Now, selepas baca satu artikel tentang penternakan Ikan Bechak (Ikan Berchak) kat Kelantan untuk buat "minyak power toooot"
baru aku tau itulah ikannya... very the survivor & lasak one.


My mom jumpa itu ikan dalam longkang kecil rumah yang tak ada air,
longkang itu cuma lembab sahaja...
Longkang itu dari bechak kangkung yang link dengan ladang tebu sejauh 20meter.

Kini aku saja nak notes kat sini untuk aku & aku-aku sekelian...
(Saja malas nak google-google lagik di masa hadapan)

Snakeheads: Genus Channa
Primarily freshwater fish; oviparous; carnivorous; solitary or in pairs, highly gregarious when young.
Channa
was previously known as Ophicephalus


Common Snakehead Channa striata
Ikan Haruan = Toman Paya =
Ikan Jalak

*Credits to BuayaNakal*

Black Snakehead Channa melasoma
Ikan Haruan Palas


*Credits to Khairulhazman*

Dwarf Snakehead Channa gachua
Ikan Kedak = Haruan Kerdil = Haruan Todak (Perlis)
= Ikan Berchak = Ikan Bohcat = Ikan Bakak = Ikan Bakap

*Credits to Mat_Ali8008*

Giant Snakehead Channa micropeltes
Ikan Toman +- Toman Bunga, Toman Batik

*Credits to StrikeMaster*


Forest Snakehead Channa lucius
Ikan Bujok


*Credits to StrikeMaster*

Marble Goby Oxy marmoratus
Ikan Ketutu = Ikan Ubi = Ikan Haruan Bodoh = Ikan Hantu = Ikan Belantuk = Ikan Belontok = SoonHock =
Totok Bechet = Lam Kau

*Credits to S9Crew*

Hmmm... berakhirlah sessi pembelajaran ku fasa pertama
Hari google & mentela'ah selama 2 minggu.

Sumber:
Malaysian Fishing Net Forum
Forum Bicara Jutawan (Sekarang Server Down, dah tak bleh acces dah)
www.snakeheads.org
MonsterFishKeepers.com
& macam-macam forum lagik, tak tersebut jumlahnya...

Ni semua gara-gara gian aku tak dapat memancing dah... main belek-belek forum memancing.
(tunggu anak-anak besar dulu baru boleh sambung balik kegiatan memancing)


Thursday, April 9, 2009

Mari Belajar Terbang...

Jaman dulu semua tak percaya besi boleh terbang...

An-Nahl (The Bee)

16:79 Have, then, they [who deny the truth] never considered the birds, enabled [by God] to fly in mid-air, [92] with none but God holding them aloft? In this, behold, there are messages indeed for people who will believe!



How? Sekarang ni nak terbang dari bawah ke atas ataupun terbang dari atas ke bawah?

I Believe I Can Fly

Keyakinan dan term 'i believe' tu lah yang sukarrrr sangat - sangat untuk di kuasai...


Tuesday, April 7, 2009

Aku Sedih, Haruskah Aku Berpindah Ke Rumah Baru?




http://suka-suka.pasti.my/

Sayangnya aku pada blog aku yang ntah-hapa-hapa ini.

Blog syok sendiri kata hati kecilku.
Blog yang cukup low profile.
Blog yang mengajar aku erti menaip, meng-upload gambar...
Dari aku tak tahu macamana nak moderate comment.

Pandai pulaknya aku taruk link-link akhirnya...

Hmmm... sayang, sayang, sayang...
Aku tahu aku selesa di blogspot ini
walaupun tak sophitiscated mana...

Monday, April 6, 2009

Are You Mind, Body, or Spirit? & What Body of Water Are You?


Hari ini sambil-sambil layan Atiqah Balqis & Adam
nengok Tom Tom Bak Uncle Aznil
(Anak aku pukul 11.20pm tak tidur-tidur lagik... weiyyy kus smagat...)


Encik Anuar sudah ke Bandar Seri Damansara lepak mamak corner sampai esok pagi.
Ada 4 - 5 orang member dia dah tunggu.
Dia kata pukul 7.00 pagi baru nak balik, pukul 7.30 pagi aku pulak nak lenjan kereta tuh


Aku gatal-gatal click kat "right hand-side" link BLOGTHINGS

Lepas buat several quick test...
maka instant result pun kuar...

Dia cakap aku:
You Are Body


You're the type of person who doesn't feel good mentally unless you feel good physically.
Whenever you're feeling frustrated or depressed, you get moving. It does wonders for you.

You believe that taking care of your body is the best way to improve your quality of life.
A healthy body equals a happy mind. Feeling strong makes you confident!



Pastu aku buat pulak...

(takut aku ada makhluq belalang pel***t kat atas tuh...
aku cakap kat dia suruh diam dia buat jugak bunyi bising-bising mencicit dia tuh...
bila aku baca Ayat Kursi dia diam pulak...
aku amik penyapu halau dia, dia terbang masuk bilik...
Hisyhhh... meremang bulu roma
masih ada lagik... credit tipun dah tak ada
hey, bilalah Encik Cicak nak muncul ngap dia skali...)


Cheh ada hati nak pergi Dimensi Kelima.
Kat sana nanti lagi macam-macam makhluq yang ada.
Ini baru dengan belalang dah gubra, cuak.

Haaa, aku tak bleh tidur (pukul 12.01 pagi dah nih), sanggup aku buat pulak test nih...


What Body of Water Are You?

You Are a Bay

You are a blissful, peaceful person. Some might call you spiritual.
You are easy-going and tranquil. You take solace in life's sweet moments.

You are sentimental and open-hearted. You love many people, places, and things.
You try to live an enlightened life. You are benevolent, noble, and intuitive.

Sunday, April 5, 2009

Dimensi ... Ruang Waktu

Aku dalam sejak dua - tiga menjak ini sentiasa mencabar akal fikiranku sendiri.
Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena....
Asik-asik fikir quantum theory sahaja & teori relativity masa...
Aku pun tak tahu apa sebab...
Jauh, di sudut hatiku yang aku tahu, aku teringin sangat mengembara ke dimensi kelima...cuba buat teleportation....

  1. Dimensi Pertama - Titik atau Garis (1 metre) = (1 m)
  2. Dimensi Kedua - Luas (1 metre kuasa 2) = (1 m x 1m)
  3. Dimensi Ketiga - Isipadu @ Volume (1 metre kuasa 3) = (1 m x 1 m x 1 m)
  4. Dimensi Keempat - Ruang - Masa X Lengkung Parabola, Masa bersifat linier atau berada pada garis lurus yang tidak akan pernah kembali lagi.
  5. Dimensi Kelima - Ruang - Masa X Lengkung Hyperbola , maka jadi hyperspace atau hiperspasial.
  6. Dimensi Keenam - ????
  7. Dimensi Ketujuh - ??????
  8. Mengikut kajian matematik, sekurang2nya terdapat 10 dimensi tetapi manusia tak dapat buktikan.




Aku membayangkan, labah-labah di atas hidup dalam dunia 2 dimensi.
Flat sahaja.....

Aku dan juga kamu hidup dalam dunia 3 dimensi.

Dalam dunia 2 dimensi
Labah-labah hanya tahu pergi ke tepi, ke tengah, ke kanan, ke kiri.
Labah - labah tak tahu nak pergi melompat , melonjak ke atas permukaan, keluar dari screen komputer aku pun...

Andai kata aku tarik keluar sebilah kaki labah-labah ni kuar dari screen... terjongket....
Kaki labah-labah sudah masuk dalam paksi ketinggian atau kedalaman (depth).
So, sebilah kaki labah-labah dari dunia 2 dimensi sudah berpindah ke dunia 3 dimensi...
Labah-labah sudah tak dapat melihat sebilah kakinya pada kala ini...


2 dimensi nampak petak (box), 3 dimensi nampak kotak (cube)
2 dimensi nampak bulatan (circle), 3 dimensi nampak bola (sphere)


Saturday, April 4, 2009

Wanita Ibarat Pokok Semalu

Aku mengikut mak mertua aku dan pak mertua aku
balik ke seberang sana Sungai Pahang. Kampung Kuala Mai.
Tanah warisan keluarga hanya beberapa puluh meter dari landasan keretapi.
Kebetulan Etan (panggilan bagi bapak saudara sulong) tengah membersihkan kolam ikan.


Banyak istilah & benda-benda yang aku tak tahu.
Contohnya; aku cakap bunga merah kat gambar bawah ni ialah bunga teratai.
Maka dikatanya itu bukan teratai, itu bunga telipuk. Species teratai, tapi berbeda.


Pak mertua aku sedang mencabut semalu darat,
nak tunjuk mai kat aku kasi compare dengan semalu air.
Nama lain : Kangkung puteri
Semalu darat = keman darat, semalu air = keman air.


Bersih kan kolam ikan talapia. Sebab kangkung puteri @ semalu air dah galak menguasai kolam.
Semak.
Aku mana tahu.
Mati-mati ku sangkakan yang kat dalam air tuh,
pokok semalu yang dari darat terbabas ke kolam tumbuhnya.

Rupa-rupanya dari dua dunia yang berbeda.
Semalu air mempunyai badan yang besar dan agak gemuk.
Kalau buat goreng atau masak lemak katanya memang sedap...



He,he,he.. aku ada buat screen saver gambor nih kat opis...
Member-member aku geleng kepala,
boleh pulak aku pakai macam nih masa nak kutip kangkung puteri.

Wanita Ibarat Pokok Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.