Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, April 18, 2009

Snakeheads Family

Aku buat posting ini sebagai arkib untuk diriku yang jahil.
Puas aku nak ingat balik 'rare species' of snakeheads ini.


Kalau orang sebut "Haruan" aku tahulah...
Kalau orang sebut "Toman" aku pun tahu
Kalau orang sebut "Ketutu" macam tahu... Tapi macam tak tahu lagi...


Pada aku kalau orang mention
Ikan Ubi, Haruan Palas, Ikan Bujuk, Toman Paya, Toman Batik, Toman Bunga,
Ikan Bakak (Bakap), Ruan Kerdil, Ikan Bechak (Ikan Berchak), Ikan Jalak,
Ikan Hantu, Haruan Bodoh, Belantuk, Haruan Todak (Perlis), Ikan Kedak
aku dah tak tau apa.
Yang aku tahu, kalau snakeheads sumer haruan.

Aku dalam banyak-banyak species freshwater fish,
ikan haruan & kelilah yang paling aku tak berkenan...
tapi nak cakap kat sini... jangan hina rezeki Allah...
kita tak lalu makan tapi bagi orang lain itu rezeki yang paling baik pernah dapat...



Even back in 1983, my mom terjumpa satu snakeheads about 5" length,
jumpa dalam water drain tepi corridor rumah, pun tak tahu ikan apa...
kitaorang just classified as Ikan Haruan ajer...


Now, selepas baca satu artikel tentang penternakan Ikan Bechak (Ikan Berchak) kat Kelantan untuk buat "minyak power toooot"
baru aku tau itulah ikannya... very the survivor & lasak one.


My mom jumpa itu ikan dalam longkang kecil rumah yang tak ada air,
longkang itu cuma lembab sahaja...
Longkang itu dari bechak kangkung yang link dengan ladang tebu sejauh 20meter.

Kini aku saja nak notes kat sini untuk aku & aku-aku sekelian...
(Saja malas nak google-google lagik di masa hadapan)

Snakeheads: Genus Channa
Primarily freshwater fish; oviparous; carnivorous; solitary or in pairs, highly gregarious when young.
Channa
was previously known as Ophicephalus


Common Snakehead Channa striata
Ikan Haruan = Toman Paya =
Ikan Jalak

*Credits to BuayaNakal*

Black Snakehead Channa melasoma
Ikan Haruan Palas


*Credits to Khairulhazman*

Dwarf Snakehead Channa gachua
Ikan Kedak = Haruan Kerdil = Haruan Todak (Perlis)
= Ikan Berchak = Ikan Bohcat = Ikan Bakak = Ikan Bakap

*Credits to Mat_Ali8008*

Giant Snakehead Channa micropeltes
Ikan Toman +- Toman Bunga, Toman Batik

*Credits to StrikeMaster*


Forest Snakehead Channa lucius
Ikan Bujok


*Credits to StrikeMaster*

Marble Goby Oxy marmoratus
Ikan Ketutu = Ikan Ubi = Ikan Haruan Bodoh = Ikan Hantu = Ikan Belantuk = Ikan Belontok = SoonHock =
Totok Bechet = Lam Kau

*Credits to S9Crew*

Hmmm... berakhirlah sessi pembelajaran ku fasa pertama
Hari google & mentela'ah selama 2 minggu.

Sumber:
Malaysian Fishing Net Forum
Forum Bicara Jutawan (Sekarang Server Down, dah tak bleh acces dah)
www.snakeheads.org
MonsterFishKeepers.com
& macam-macam forum lagik, tak tersebut jumlahnya...

Ni semua gara-gara gian aku tak dapat memancing dah... main belek-belek forum memancing.
(tunggu anak-anak besar dulu baru boleh sambung balik kegiatan memancing)


6 comments:

  1. fantastic

    aku tak reti ni smua, aku tahu makan je haha

    ReplyDelete
  2. salam kenal..
    tq sudi singgah di blog t..
    blog u amat2lah menarik.. penuh info/ilmu..
    x mcm blog t yg merapu giler tu... hehe..
    anyway.. harap kita boleh kenal2 lagi ye!
    suami pelihara ikan patin tu kat area kg bangau.. kuala krau tu kampung t lah.. lahir kat situ.. umah ma abah kat taman sri desa..
    have a nice day ya!

    ReplyDelete
  3. Salam T...
    Setiap blog ada prinsip & theme sendirik... itu masing2 punya hak...
    masing2 ada objective... terpulanglah...

    Nanti saya google mana letak kg bangau kat temerloh / jerantut.

    Kuala Krau kg suami saya. Org Kuala Mai...

    InsyaAllah sya akan ziarah semula ke blog T.

    ReplyDelete
  4. Ko makan ker ikan sungei ...
    Kat Singapore ada lagik ker ikan sungei...

    ReplyDelete
  5. itu bukan gambar Channa Gachua :p. itu antara species2 toman yg boleh besar.

    ReplyDelete