SIRI JELAJAH KENARI : Pantai Merdeka
SIRI JELAJAH KENARI : Tanjung Dawai
SIRI JELAJAH KENARI : Lembah Bujang
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai & Titi Hayun
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai (Episode 1), Flash Back
Aku bukan anak jati Negeri Kenari.
Aku tak dilahirkan di Negeri Kenari.
Aku tak membesar di Negeri Kenari.
Aku tak pernah menuntut ilmu di Negeri Kenari.
Aku pun bercakap loghat Negeri Kenari bercampur Loghat Indera Kayangan.
Negeri yang paling nolstalgik pada aku ialah Perlis Indera Kayangan.
Aku rindukan Monsun Tropika nya.
Aku rindukan saat bunga-bunga lalang berterbangan
menari di tiup angin musim kering.
*****
Aku rindukan panorama perbukitan indah Ladang Tebu Chuping Perlis.
Mengayuh basikal mendaki bukit pada kecerunan (slope > 45%)
Then menuruni bukit dengan basikal Chopper sampai putus rantai basikal,
basikal bergerak sejauh 1kilometer tanpa dikayuh!
Sebelah kiri Tanjung Dawai, sebelah kanan Pantai Merdeka.
Menyusur Pantai Merdeka sampai ke Pulau Sayak (tempat tengok anak bulan Ramadhan & Syawal), juga tempat mee udang yang famous amous itu... ***
*** Yang bertanda kuning (org Kedah pronounce : ku- nin')
ialah Muzium Arkeologi Lembah Bujang...
Kalau menyusur ke kiri lagi...
melewati Pekan Yan masuk simpang Masjid akan menghala ke Air Terjun titi Hayun yg ada Tangga Kenari 1000 Tahun itu,
1km dari Air Terjun Titi Hayun ada Air Terjun Batu Hampar
juga 1km ke Air Terjun Puteri Mandi ***
Aku hanya pulang ke Negeri Kenari pada penghujung tahun 1993.
Babahku pulang ke kampung halamannya...
Seingat-ingat aku, aku mula jatuh cinta dengan kampung halaman bapaku
sewaktu aku mula memiliki kereta pertamaku pada tahun 2001.
Puas aku menjelajah (6 beradik menaiki kereta selama seminggu)
Dari Sungai Petani - Air Terjun Titi Hayun - Gunung Jerai - Alor Setar - Bandar Darulaman dan lain-lain tempat.
Kuala Muda -Yan tanpa memperihalkan keindahan & keistimewaan Dataran Kedah- Perlis...
Saujana mata memandang Jelapang Padi Malaysia...
(Episod akan datang aku akan review pasal keistimewaan sawah padi Yan)
Berapa ramaikah yang pernah melihat sawah padi terbentang luas
dari ketinggian 1.217 meter dari aras laut?
SubhanaAllah... very breathtaking view...
Saujana mata memandang...
kalau Uols naik Gunung Jerai pukul 7.00 pagi, sampai kat peak dekat-dekat pukul 8.45 pagi... boleh tengok kabus beransur-ansur berarak...
mula-mula tak nampak apa pun kat bawah, lama-lama sikit-sikit tabir kabus tersingkap, mempamerkan sawah padi, lautan & pulau-pulau...
VIEW DIA?
MACAM TAK MAU BALIK DAH***
Gambar-gambar lama belum di-scan lagik...
Esok aku harap aku boleh scan balik, so jap lagik aku cari balik album dolu-dolu.
(kira kita circle Gunung Jerai itu dari South to the West to the North and to the East,
baru naik gunung.... ikut Guar Chempedak, Gurun)
Sebab apa?
Aku datang dari Sungai Petani, South area... ikut Jambatan Sungai Merbuk.
Mesti nak mandi air terjun pagi-pagi buta itukan?
So aku nak-beranak tak mandi pagi itu, tak payah nak membazir bil air rumah bonda aku.
Kami angkut segala shampoo, shower gel, sabun mandi, scrub, berus gosok badan...
(kalau boleh nak basuh baju sekali kat situ pakai sabun Breeze... ngeh,ngeh, ngeh)
On the way to Air Terjun Titi Hayun actually ada satu Air Terjun - Lubuk Tupah namanya.
Orang kata best & indah, ntah aku tak pernah pegi pun...
dekat sangat dengan Sg. Petani location dia.
Aku tak lalu nak pergi sebab
dulu kecoh pasal kes "video2 toooot dalam hutan rimba rekreasi ini", ha itulah sebabnya......
mana taknya, pukul 9.00 am sampai,
pukul 4.00 pm baru nak berangkat kuar dari Air Terjun Batu Hampar ***
Meh, aku quote, copy & paste dari web Majlis Daerah Yan
Tangga Kenari 1000 Tahun
-
DI SEBALIK kekayaan spesis hutan dan keindahan atmosfera alam semulajadi Gunung Jerai telah melahirkan cetusan idea Tan Sri Dato' Sri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu untuk membina tangga konkrit melalui denai hutan. Ianya bertujuan memajukan industri pelancongan berasaskan alam semulajadi.
-
Rekreasi Titi Hayun jaraknya hanya 5 kilometer ke Peranginan Gunung Jerai mengikut laluan denai hutan serta mempunyai kemudahan jalan masuk merentasi perkampungan tradisional dari Pekan Yan dengan jarak 3.4 kilometer sahaja telah dipilih sebagai destinasi pembinaan tangga konkrit ke Puncak Gunung Jerai. Pembinaannya ada kaitan dengan air terjun Titi Hayun iaitu kawasan perkelahan sediada dengan sejarahnya sendiri sejak 100 tahun lalu.
-
Pada 5 Mei 1997 lalu anak tangga pertama telah dibina dengan dinamakan Tangga Kenari 1000 Tahun sempena nama sejenis burung yang ada di Negeri ini.
-
Lebihkurang 1342 anaktangga dan sebuah jambatan gantung dibina berkonsepkan MENJARO (Mental, Jasad dan Roh) pada sebahagian laluan denai tersebut disamping mengekalkan sebahagian laluan denai melalui kompatment 21 dan 22 Hutan Simpan Gunung Jerai.
-
Dengan terbinanya mewujudkan budaya pendakian bukit untuk kecergasan dan rekreasi serta seterusnya menyemai bibit-bibit cintakan alam semulajadi anugerah Allah (SWT).
- Di sepanjang Tangga Kenari akan dinikamati keindahan flora dan fauna khusus Orkid.
- Ia adalah anak tangga terbanyak dan terpanjang di dalam hutan yang menggunakan tenaga manusia secara gotong-royong.
1. naik ikut jalan raya,start kat Guar Chempedak. (dekat dengan highway la.)
2. naik ikut tangga 1000 tahun, melalui air Terjun Titi Hayun, Yan Kedah,
Landmark: Simpang masuk Maktab Mahmud cawangan Yan.
3. naik ikut jaln belakang Museum Arkeology Lembah Bujang,Merbok....yg ni trek hardcore...tempat circuit kembara negara wat race.
4. naik ikut...jalan Denai Lata Tupah, Merbok
*Episod akan datang: Lembah Bujang & Tanjung Dawai
fuyooo happening
ReplyDelete... air terjun Batu Hampar tak happening... macam longkang kering jer... scarry macam tempat sorok anaconda.
ReplyDelete... air terjun Titi Hayun pun dah banyak polisterine & plastik terlekat celah batu
... aku comfirm, Air Terjun Puteri Mandi masih ok... (tapi mana larat nak trekking 2km ke sana ikut Air Terjun Titi Hayun)...
Thanks drop by... jap lagik saya pergi kunjung bals hormat.