Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Tuesday, August 25, 2009

Ikan & Komik (Pebret Aku)

Besar-besar...
Belum masuk kuali lagi aku dah tau dah betapa lazatnya kalau dah jadi lauk.

* Tuuu... haaa teruboks & the gang.
Siakap pun sedap *

Kalo aku pergi Pasar Borong Selayang ...
mau pengsan aku borong ikan-ikan besor betis, besor lengan macam ni.
Pasal? Rambang mata, disulami nafsu-nafsi selera makan.

* Yang panjang tu macam ikan barracuda
tapi sebenarnya tenggiri.
(aku dulu baca comic Pendekar Laut Si Jerung Harimau,
memyelam dalam laut di celah-celah schools of baracudda...) *


Apalah aku dah TER-melalut sampai Pendekar Laut lah pulak.

Eccheh....
Nostalgia lagik...
Pendekar Laut... Aku memang giler kumpul komik WIRA TUNGGAL nih dulu.
Laaa nih pun suka baca lagik koleksi lama.
Sekali aku teringat , terkenang jua daaa...


Siri Pendekar Laut @ Tiger Shark
Nama Hong Kong dia = Warlord Tiger Hell.
Nama pemilik gelaran Pendekar Laut (nama asal) = Pai Cheung Lang.
Komik Hong Kong yang banyak membentuk diri
para pengemar komik tanah air di negara kita.

* Orga The Killer Whale, nampak tak sirip Killer Whale tuh...
Orga = Arch Nemesis bagi Pendekar Laut.*


Aku pun dah ingat-ingat lupa kat Pendekar Laut Si Jerung Harimau, Orga The Killer Whale,
Blue Dream, Jerung Raksasa,
Penjejak Neraka, Hitomi, Zonan, Zinan
dan macam-macam pendekar kelas 3 & kelas 4 dalam tuh.


Banyak 'bentuk perkembangan minda' aku gara-gara membaca komik-komik cenggini.
Banyak betul duit aku habis masa tu
dek kumpul Siri Pendekar Laut,
(Harga dalam RM1.90 kalo tak salah)
Ada yang mak aku dah bakar,...
masa mak kemas-kemas bilik kat umah di Kedah...(aku tengah kerja, merantau kat KL).

Komik ni ada rentetan generasi..
Pendekar Laut Generasi I dan Pendekar Laut Generasi II,
dan ada pulak Pendekar Laut Generasi III ...

Pebret komik ;
(Siri Pedang Setiawan, Dewata Raya, Raja Rimba)


Akulah antara peng'gila' komik-komik sebegini.
Sebab apa? Sebab daya imaginasi yang tinggi, melampau & super merepek dalam komik nih.


Paling aku tak tahan....
gaya bahasa yang digunakan.
Sungguh cool... (bagi tahap otak kanan akulah...).
ade ker ...
Advance nya Pendekar Maut nih,
tak main lah buah kungfu Hikmah Tendangan Angin Puyuh Ker,
Hikmah Libasan Naga Berantai ker...
"Tinju Maut Pendekar Laut" 1 Juta HP
1 juta horse power tuh, kalo kena mau melambung sampai Alaska.


Fuiiyooohhh... tengok tuh.... Belang Tarung kat dahi.
Inilah yang dinamakan "Belang Tarung".
"Belang Tarung" ini akan muncul saat setiap watak nak tunjuk belang masa bertarung.
Kalo nak tahu hebat tak hebatnya sesuatu watak tuh,
"Belang Tarung" nih yang reflects kehebatannya.
Makin banyak "Belang Tarung" makin power lah hero tuh.


Ramai jugak member-member aku yang taksub dengan komik legend nih.
Sekitar tahun 1997 - 1998.
Siri sampai cecah beratus-ratus siri.... ala Telenovela.
Inilah salah satu wacana seni penceritaan
yang membuatkan ntah berapa ramai yang addicted
& setia mengikuti dari satu siri ke siri yang lain.
Aku dah tua sekarang nih, tapi aku tak kisah nak baca komik nih depan orang kalo aku terjumpa.

Sekian dahulu...
Terima lah Hikmat Ketenangan dan Ketenteraman Abadi 999 999 HP!!!

5 comments:

  1. i love those fish photos huhu

    anyway, ikan ni bagus kot untuk kesihatan

    ReplyDelete
  2. aku dah lama tak makan ikan fresh sya...tension betul. semua pakat frozen jek. jenis tak mainler potong pakai parang apatah lagi pisau...nie kena gune mesen pemotong to sya...huhuhuhu

    by the way...akuler antara pembaca komik2 yang merosakkan poket aku sepanjang aku kat serdang tu. memang hampas betul. Alam Perwira, Pedang Setiawan issshhh...banyak ler sya... boleh menangis aku biler tengok duit yang aku spend untuk komik2 nie.

    ReplyDelete
  3. jekekekkekek charlie...
    teruks kan kita...


    balik mesia nanti ko blasah ikan dalam tin sardin... maknanya, tak bermaknalah hidup koooo,.

    ReplyDelete
  4. ada simpan lagi tak komik P Laut, WT, & Pedang setiawan tu.. klau masih simpan naskah/jilid sila inform sy mynameislie@gmail.com

    ReplyDelete