Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Sunday, June 10, 2012

Hey...Orang Orang Kaya Tmn Tun Dr Ismail @ Jln Rahim Kajai - Burhanuddin Helmi (Part 1)

"Janganlah engkau
memalingkan muka dari para
manusia sebab kesombongan
dan janganlah berjalan di bumi
dengan takabbur,
sesungguhnya ALLAH(SWT) itu
tidak suka kepada setiap orang
yang sombong dan 
membanggakan diri..."




Hari demi hari aku tak pernah berhenti memerhati
Syukur nikmat dunia, harta dan wang belanja juga kemakmuran rezeki yg Allah limpahkan kepada mereka.


Tanah suku kangkang kera chimpanzi pun dah harga berjuta-juta.


Arakian adalah satu wilayah exlusive yang bersempadan dengan Pinggir Taman Tun Dr Ismail... Iaitu yang menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Taman Tun Dr Ismail di mana bertempatnya rumah transit dunia orang yang ada-ada.

Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate.

Kat atas ni adalah Fasa Pertama yang aku agak 'bengkerk'
Aku rasa 'bengkerk' bukan nya sebab aku ada kepentingan peribadi... tak...
Aku sikit pun tak terjejas, sebab aku lalu area ni averagely 1x dalam 2-3 bulan.
Yang tak memerlukan aku cross over the 'borderline'

Nampak 3 Times Multi Protection Shield tu?
Dulu lewat tahun 2003-2005 aku selalu lah juga lalu borderline neyh... naik scooter V100 aku tu, chap Yamaha, warna silver grey. Yalah, balik kerja malam-malam, nilah shorcut yang menyampaikan aku ke gubuk buruk ku. Lepas tu aku realised, derang taruk 'arch' hanya kenderaan 2.5meter allowed lalu...

Kiranya Toyota Hilux, Mitsubishi Storm, Lori 1 Tan, Bus Mini & Bas 20kaki Panjang Asrama Anak-Anak Yatim pun tak leh lah lalu ikut laluan neyh.

Hmmm... seringkali Height Limit Arch tu hilang kepala, sebab dirempuh oleh lori 1 Tan Agaknya dan 4WD yang brutal mengejar toilet dek dihambat perasaan nak terkucil pada waktu larut malam agaknya. Seminggu sekali mesti pintu gerbang had ketinggian hilang kepala.... dah resmi manusia nak lalu juga. Makin ditegah makin disanggah, miahahha


Serupa nilah yg digelar "Bollard" ... 
sehinggalah pada  tahun 2010 derang taruk kat border line tapi dah 
+ Pagar besi 8-10kaki + Concrete Block

Sehinggalah pada tahun 2009 kalo tak salah aku,
dipasang lah road divider (Bollard) , yang mana hanya pejalan kaki boleh lolos.
In 2010 pula
Jangankan pejalan kaki, 
ikan bilis pun belum tentu lolos & lepas dek tahanan jaring besi
Hmmm... tapi aku pasti makluq dimensi lain sa-perti jin dan malaikat bisa sahaja menerobos tanpa masalah. Maka puas hatikah para penduduk kejiranan Rahim Kajai?

Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate. 
Aku tak pernah lupa masa payah-getirku
Mengharungi hujan-ribut lebat 2001 dari 3 lapis layer tu lah membawa ke Sungai Penchala, berjalan kaki basah kuyup lewat pukul 5.00 - 6.00 waktu sore...satu jam perjalanan, alongside menyelusuri garis sempadan Taman Tun Dr Ismail - Pinggir Taman Tun.

Pada masa itu aku bertawakkal, kalo sekiranya terjadi apa-apa padaku misalannya di sergah penyangak di tengah jalan, aku kan lari masuk ke dalam area perumahan Rahim Kajai melalui road divider yang hanya boleh dilangkah ... mudah, kadang-kadang hanya dipisahkan oleh rumpun pokok bunga buat pemisah.

Tapi kini, seandainya ada wanita-wanita Indonesia dari daerah Kerinchi dan Minang yang mencuba nasib bekerja sebagai pembantu kedai mahupun tukang-tukang cuci yang dikenali sebagai 'janitor' dalam bahasa Inggerisnya... jika mereka di'sergah' (bahasa Inggeris : ambushed) maka hendaklah masing-masing menetapkan dirinya serta jiwa sepanjang menempuhi jalan di persempadanan ini:

“ KEPADA TUHAN KITA SERAHKAN DIRI, DIA-LAH TEMPAT KITA MEMINTA TOLONG SERTA MEMOHON RAHMAT DAN HIDAYAH”.

Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate.

Okay? Justeru aku kan teruskan menaip.
Alang-alang mandi biar basah

Mmm... fasal photo di atas. Nampak anak panah sebelah kiri gambar?
Di sinilah selalu berlakunya 'traffic jam'. Kereta model kancil pun susah nak 'ambil lap' budget nak 'kornar'. Sana sini papan tanda no entry. Kalo macam ni, lain kali lupakan sahaja hal-hal kemashalatan ummat. 

Pada hari Juma'at, malam Sabtu... kesabaran yang jitu diperlukan... keazaman yang padu disematkan... sekiranya anda mahu juga menempuhi laluan ini. Nampak sahaja tempat sudur kecil, terpencil. Tapi jam nya buat anda kena tunggu setengah jam untuk melolosinya.
Sebab apa?
Ramainya manusia berpeleseran (Inggeris disebut hang-out) di malam minggu...
Buat apa?
MENUANG. MENOGOK & MENONGGANG khamar... parti, pesta di Pub & Barrel House
yang berderetan sepanjang shop house di kedua-dua block kedai ini.

Kenapa tak disimenkan sama-sekali lorong yang ini . Plaster dengan concrete rapat-rapat senang bukan, kalian semua pasti boleh tidur nyenyak di atas Tilam Vono Spring yang punyai ketebalan 1.5 kaki sambil meluruskan tulang belakang di malam hari tanpa was-was, bimbang dan gusar. 


Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate.


Owh aku lupa... ini barangkali bukan urusan aku.
Mungkin ini urusan bibik-bibik cleaner yang bertatih berjalan mendaki dari depan Sekolah Tahfiz dalam kecerunan 25 darjah naik bukit dalam hawa pagi pukul 6.30am. .. pulang pula di senjakala 6.45pm - 8.00pm. 

Mungkin juga ini urusan para tukang pecah rumah yang mengintai-intai peluang nak menabrak rumah para hartawan dengan kemasan luaran yang menggoda, (itu baru tengok luar rumah, betapa sudah dapat membayangkan kemewahan syurga dunia di dalam rumah... huhuhu...)

Mmm... kepada para penghuni Condominium mewah pula... 
Syukur atau kufur dengan sajian village-view anda? 
Buka tingkap nampak kubur... Adakah anda diterpa angin malam berbau resah? 
Adakah menyusutkan nilai hartanah anda? Atau buat anda rasa tinggi dari rata-rata rakyat marhaen nun jauh di bawah sana.... setiap hari penduduk kampung melangut mendongak memandang anda tak kiralah tatkala semasa mereka sedang menyidai kain di ampaian, atau semasa memasukkan kunci motorsikal ke dalam lubang kunci. 


.

1 comment:

  1. Your content is nothing short of brilliant in many ways. I think this is engaging and eye-opening material. Thank you so much for caring about your content and your readers. scooter kopen in termijnen

    ReplyDelete