Abuse & Adore
(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Saturday, June 30, 2012
(Don't) Look Back In Vain
ketika jiwaku masih ada pada waktu
seperti dalam genggamku
segala masa seperti dalam kehidupanku
dan jika memang masa lalu yang pernah kulalui
mungkin membekas di sini adalah seperti noda
semacam luka
semacam cela
.
.
Friday, June 29, 2012
The Call
i am always prepared no matter where i am required in this world
answer the Call which waits for 1400 years!
where is 'The Hope' which will put an end to 'tyranny' and 'oppression'?
where is he who shall not rest until he answers 'the cries of help' when called upon?
.
Wednesday, June 27, 2012
Wahai Kalbuku Naiklah Tinggi-Tinggi...
tapi aku tidak peduli
lari terus berlari
menyatakan aku tetap aku
dengan aman
senyumlah sepuasnya
jauh berbeza
bagai yang dirasakan
rasa yang di sini
Dunia Batin Ku
tak terasa nak pulang petang . sekarang .
redd rohim sedang berbaring di atas open roof top aras sa-puluh
kaki bersilang
baring di bawah mentari petang
pejam mata . celik mata . pincingkan mata
aduhai kekasih . aduhai .
berbaring di dalam kolek hanyut ke muara
teroleng -oleng pasrah bagaikan musa masa bayi dalam kotak dihanyutkan dalam nil
redd rohim duduk diam-diam.
kosong . kosong . kosong .
diam . diam . diam .
alam saghir -ku, dunia batin - ku
.
Posted by
Aisya Redd Rohim
at
6/27/2012 08:05:00 PM
Labels:
Alone Monologue,
Ntahhh.. Kerja Aku,
refreshment
Monday, June 25, 2012
Hati Sanubari
biarlah saya menyebut apa yang terasa
kemudian tuan bebas memberi saya nama
dengan apa yg tuan sukai
saya adalah pemberi maaf
dan perangai saya adalah mudah, tidak sulit
cuma rasa hati sanubari itu
tidaklah dapat saya menjualnya
katakanlah padaku. demi tuhan
adakah rasa hati sanubari itu bisa dijual?
.
Saturday, June 23, 2012
malas
9.32 malam . esok ahad beb. tak ada nyer aku nak adakan acara ronggeng.
jadi pengetuk key-board lagi baik... leh gak aku wat laporan apa-apa yang patut dari lokasi kejadian.
aku memetik-metik permukaan japanese table ku.
melaraskan irama lepas aku balik dari kubur kul 3.30 petang tadi.
lepas aku cakap-cakap dengan Sime Tyre... aku tak punya Kamalul Yaqeen.
kang tayar Sime Tyre meletup kat South Klang Valley Expressway kang... bahawasanya aku sudah lupa aku dah tak der sesapa kat Kelang punya lembah neyh sekarang.
so aku auto-lencong lah ke Perkuburan Islam Bukit Kiara.
pertama kali aku jejak kali selepas hampir 15 tahun bermaustatin di area neyh.
ntah kubur siapa aku ziarah aku pun tak tahu. ntah kubur sapa aku singgah aku tak ambil tahu.
yang aku tahu aku nangis beriya bagai kat bawah perdu pokok tadi siang nya sebab aku fikir kalo aku mati sok-sok hari, ada tak strangers tetiba tercongok nak mai baca sadaqah tahlil 70,000 horse power kat kubur aku tu.
bila kupejamkan mata . segalanya menghampiri . ke layar rasa semalam . termanggu sejenak
malasnya kumelangkah ke sana . mencari sempadan kehidupan . yang selalu hilang sebelumnya
di sebalik satu kenyataan .
sesungguhnya malas itu indah . tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa . dalam berusaha mencari sesuatu
kekurangan di sini . sudah cukup buatku . apa yang ku genggam itulah harapan .
kelebihan yang datang . adalah kesyukuran . selagi dapat menyedut ketenangan.
sehingga terasa di jiwa . nikmatnya.
Hurmmm... lepas aku baring atas rumput carpet di tepi sebuah pusara , bawah naungan pephon kemboja di sana. aku mendapat inspirasi... huhuhu... cool lagi gila, beb... tapi aku rasa damai & tenang luar-biasa diraih dari sana. sejuk hati aku.
yelah, tengahari tadi aku memakai gamis serba serbi putih, kain kekotak, tudung pokla dot.
aku pun melagukan ikut sedap mulut aku sahaja sambil berjalan pulang di bawah teduhan pepohon kemboja... gugur bunganya mewangi ...
Selagi air ke hilir, selama gagak berbulu hitam...
berani dikerat, tahan dikepat
nafas tersentak tidak disayang-sayang
umur sejemput tidak ditimang-timang
cheeewahhh...! amacam? cocok tak?
owh ya, lupa aku nak mention, ketika aku menapak pulang antara celahan kubur tengahari tadi. mata aku terbuntang. aku nampak ada satu kubur mendap... dahsyat gila lekuk dia... tanah kubur runtuh ke bawah... mendap trus habis... lubang kubur nampak dari atas tembus sampai lahad masa aku jengah rapat-rapat tu ... iyyy... aku menaip neyh sambil meremang bulu roma toleh belakang 2-3 kali neyh... huhuhu...
.
Khabar & Khayal
apa mereka mengira-ngira aku sedang girang keriangan, berselang-lenang sampai lupa pada semua?
di lubuk hati yang paling dalam. yang terbit dari dalam . rahasia hatiku . perlukah aku buat press conference?
aku tak pernah lupa . aku tak pernah leka . malah bersangatan rasa . .
sesak nyawa dalam jiwa ; bila roti kering
dihimpit rasa lapar dan dahaga ; sajian susu ikan merah
kau hilang pertimbangan untuk pastikan . apakah kau sedar atau dilamun khayal
.
Terindah
kata janji bukan ukuran . hanya sejati di dalam diri .
karya indah sang pencipta. lalu di pinak-pinakkan di dalam jiwa...
.
Empangan Hatiku Pecah
aduhai. aduhai. aduhai.
tiada apa.apa tiada apa.apa tiada apa.apa
9.01 minit pagi sabtu
laju ia mengalir
aku tenggelam...
kesabaran itu adalah satu sifat & tindakan yang sigap, cermat, accurate, efficient. tidak bergerak sepincing zarrah juapun melainkan atas izin allah.
9.09 minit pagi sabtu
bila aku mula hidup di atas dunia ini?
aku resah mencari dengan aqal
dengan bersama sifat-sifat pinjaman
dah cukup untuk manusia biasa berfikir kenapa?
.
Meniti Bara , Apa Akan Datang Hari?
buatku terasa sepi kala ku pejamkan mata... buat ku terasa sedih kala ku bukakan mata...
ketika aku membuka penutup air mineral 5.5 liter, air mata ku jatuh bersama.
ketika aku menutup suis kipas denyut jantung ku terhenti seketika.
hatiku adalah wadah itu. perasaanku adalah tempat itu. qalbuku tempat aku menampung segalanya.
hatiku laksana sebuah telaga yang mampu merendam segala kepahitan,
aku kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk masa yang lain yang bila-bila datang membawa keresahan jiwa.
.
Friday, June 22, 2012
Sime Tyre Kamalul Yaqeen?
9.25 malam... aku berangan-angankan lot tapak kuburku sendiri.
Memasukkan jasadku ke dalam lemari (bukan almari Narnia tu... )
Mengunci dari dalam diri
Mematikan diri sebelum mati
Mati maknawi
Huhuhu... aku kuar lah balik dari gerobok usang tu. Lemas! Tahu tak? Gelap. Sesak nafas.
Tetiba ketika aku duduk di atas kasur ... aku teringat pada lazatnya kuih karipap pusar... aduhai kasih aduhai. Selazat-lazat kuih karipap pusar Taman Tun Dr Ismail, kuat lagi keinginan aku untuk menziarahi maqam Al-Marhum Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra...esok...Sabtu...
Aku mati kutu. Terpelongo di kamar sendiri. Privasi mengizinkan aku menerawang merencana hari esok... bagaimana harus aku ? Rempuh sahaja sampai meletup Sime Tyre itu? Ya Allah... Berikanlah aku Kamalul Yaqeen...
.
Sandaran Hati
yakinkah ku berdiri? di hampa tanpa tepi?
teringat ku teringat. pada janjimu ku teringat .
hanya sekejap ku berdiri. ku lakukan sepenuh hati...
.
Dabus Rohani
mari dibawa pergi sembahyang
Allah kasih, Muhammad kasih
Rasulullah terlalu sayang
mmmm... tidaklah aku menggesa mayat-mayat di kuburan bangkit untuk membaca entry aku kali ini.
Al-Fatihah buat para mukhliseen...
.
Tembus & Pandang
Hendak menangis tak macam menangis, hendak terguris tak nampak garis... hendak apa?
Semalam sore aku mengusap tayar kereta sebelah kiri bahagian belakang. Sambil berdo'a aku panjatkan harapan sejauh 7,777 tahun cahaya perjalanan merentas angkasa. Hari ini pabila pulang ke gubuk buruk ku... aku merenung muka lappy kokak ku, manakala lappy kokak ku kekal bersahaja demi jejari ku menaip kekuncinya.... senyum pun tidak, membentak pun tidak... merelakan sahaja aku berekspresi, emosi... lesu...?
Ini hari Yaum-ul Jum'ah... pulangnya Wak Mat bapa saudaraku di Temasik, dikebumikan selepas Zohor... malam ini ialah malam pertama Wak Mat bemalam di kubur. Aku berniat hadiahkan tahlil buat arwah Wak Mat yang selalu sporting dan mesra dalam urusan-urusan keluarga... Semoga aman dan di tempatkan di taman syurga ruuhnya Wak Mat... ameen...
Sore ini aku terasa aku lah yang perlu menggenggam kemas pedang samurai bermata berkilat itu. Sore ini aku berkira-kira hendak menghunus mata pedang itu ke dadaku sendiri. Sore ini aku nekad nak mencucuk mata pedang itu menembusi jantung ku lantas tembus ke belakang. Biar akulah yang menikam diriku sendiri, buka sapa-sapa....
Aku mengira-ngira ruas jari... hendak apa nya?
Memandang limpahan cahaya lampu dr lampshade Ikea berwarna putih polos... memandang nako berbayang dedaun di tiup bayu senja... memandang sang cicak sedang mengendap serangga di tiang seri... memandang ke dalam diri aku sendiri... ada yang aku terlepas pandang?
.
Eva's Heart ... Hati-Hati
"Setiap
apapun yang disaksikan oleh mata
hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa semua itu
hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa semua itu
adalah Af'al (perbuatan) dari pada Allah s.w.t."
.
Wednesday, June 20, 2012
^.^ Hanya Jauhari Mengenal Manikam
Mungkin suatu hari
dia akan melarikan diri dari masyarakat dengan menggembala kambing di
pergunungan di kawasan air terjun kerana kambing itulah sebaik-baik harta yang
masih ada, demi menjaga agama dia yakni agama-NYA.
Entahkan sudah sampai masanya.
Entahkan sudah sampai masanya.
.
Tuesday, June 19, 2012
Tambang Bolak Balik
Umat terdahulu ada yang menamakan tempat itu
Valhala,
Ada yang menamakan ia Jericho,
Ada yang menamakan ia Shangri La,
Ada yang menamakan ia Xanadu,
Umat terkini ada yang menamakan tempat itu Jamratul Awliya'.
Ada yang menamakan ia Qhofin 'ala Qaf,
Ada yang menamakan ia Bukit Qaf.
Tempatnya kat mana?
Berapa tambang AirAsia?
Ada yang menamakan ia Jericho,
Ada yang menamakan ia Shangri La,
Ada yang menamakan ia Xanadu,
Umat terkini ada yang menamakan tempat itu Jamratul Awliya'.
Ada yang menamakan ia Qhofin 'ala Qaf,
Ada yang menamakan ia Bukit Qaf.
Tempatnya kat mana?
Berapa tambang AirAsia?
.
Wednesday, June 13, 2012
haru-biru-indigo
Kecelaruan emosi ku bertandang lagi
kali ini lebih haru-biru-indigo
Hawa nafsu akan terus menuntut bila aku memanjakannya
kali ini lebih haru-biru-indigo
Hawa nafsu akan terus menuntut bila aku memanjakannya
Bismillahirahmannirahim...
"Ya Allah,sesungguhnya aku adalah hamba-Mu,
anak hamba-Mu,dan anak hamba perempuan-Mu.
Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qada-Mu kepadaku adalah adil.
Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu
yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu,
Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu
atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu,
hendaknya Engkau jadikan al-Quran sebagai penenteram hatiku,
cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku."
.
Monday, June 11, 2012
8th August 1511
"Hey anak Melayu! Lihatlah tangan kita!" - Sultan Ahmad Syah
Melihat yang demikian, tersentaklah hulubalang Melaka lalu mereka beramai-ramai menggempur Portugis bermati-matian.
.
Detak Jantungku Adalah Kau!
Alasca... aku tak lupa The Happy Owl Cafe
Always somewhere.
Miss you where I've been
I'll be back to love you again
.
Sunday, June 10, 2012
Hey...Orang Orang Kaya Tmn Tun Dr Ismail @ Jln Rahim Kajai - Burhanuddin Helmi (Part 1)
"Janganlah engkau
memalingkan muka dari para
manusia sebab kesombongan
dan janganlah berjalan di bumi
dengan takabbur,
sesungguhnya ALLAH(SWT) itu
tidak suka kepada setiap orang
yang sombong dan membanggakan diri..."
Hari demi hari aku tak pernah berhenti memerhati
Syukur nikmat dunia, harta dan wang belanja juga kemakmuran rezeki yg Allah limpahkan kepada mereka.
Tanah suku kangkang kera chimpanzi pun dah harga berjuta-juta.
Arakian adalah satu wilayah exlusive yang bersempadan dengan Pinggir Taman Tun Dr Ismail... Iaitu yang menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Taman Tun Dr Ismail di mana bertempatnya rumah transit dunia orang yang ada-ada.
memalingkan muka dari para
manusia sebab kesombongan
dan janganlah berjalan di bumi
dengan takabbur,
sesungguhnya ALLAH(SWT) itu
tidak suka kepada setiap orang
yang sombong dan membanggakan diri..."
Hari demi hari aku tak pernah berhenti memerhati
Syukur nikmat dunia, harta dan wang belanja juga kemakmuran rezeki yg Allah limpahkan kepada mereka.
Tanah suku kangkang kera chimpanzi pun dah harga berjuta-juta.
Arakian adalah satu wilayah exlusive yang bersempadan dengan Pinggir Taman Tun Dr Ismail... Iaitu yang menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Taman Tun Dr Ismail di mana bertempatnya rumah transit dunia orang yang ada-ada.
Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate. |
Kat atas ni adalah Fasa Pertama yang aku agak 'bengkerk'
Aku rasa 'bengkerk' bukan nya sebab aku ada kepentingan peribadi... tak...
Aku sikit pun tak terjejas, sebab aku lalu area ni averagely 1x dalam 2-3 bulan.
Yang tak memerlukan aku cross over the 'borderline'
Nampak 3 Times Multi Protection Shield tu?
Dulu lewat tahun 2003-2005 aku selalu lah juga lalu borderline neyh... naik scooter V100 aku tu, chap Yamaha, warna silver grey. Yalah, balik kerja malam-malam, nilah shorcut yang menyampaikan aku ke gubuk buruk ku. Lepas tu aku realised, derang taruk 'arch' hanya kenderaan 2.5meter allowed lalu...
Kiranya Toyota Hilux, Mitsubishi Storm, Lori 1 Tan, Bus Mini & Bas 20kaki Panjang Asrama Anak-Anak Yatim pun tak leh lah lalu ikut laluan neyh.
Hmmm... seringkali Height Limit Arch tu hilang kepala, sebab dirempuh oleh lori 1 Tan Agaknya dan 4WD yang brutal mengejar toilet dek dihambat perasaan nak terkucil pada waktu larut malam agaknya. Seminggu sekali mesti pintu gerbang had ketinggian hilang kepala.... dah resmi manusia nak lalu juga. Makin ditegah makin disanggah, miahahha
Serupa nilah yg digelar "Bollard" ...
sehinggalah pada tahun 2010 derang taruk kat border line tapi dah
+ Pagar besi 8-10kaki + Concrete Block
|
Sehinggalah pada tahun 2009 kalo tak salah aku,
dipasang lah road divider (Bollard) , yang mana hanya pejalan kaki boleh lolos.
In 2010 pula
Jangankan pejalan kaki,
ikan bilis pun belum tentu lolos & lepas dek tahanan jaring besi
Hmmm... tapi aku pasti makluq dimensi lain sa-perti jin dan malaikat bisa sahaja menerobos tanpa masalah. Maka puas hatikah para penduduk kejiranan Rahim Kajai?
Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate. |
Aku tak pernah lupa masa payah-getirku
Mengharungi hujan-ribut lebat 2001 dari 3 lapis layer tu lah membawa ke Sungai Penchala, berjalan kaki basah kuyup lewat pukul 5.00 - 6.00 waktu sore...satu jam perjalanan, alongside menyelusuri garis sempadan Taman Tun Dr Ismail - Pinggir Taman Tun.
Pada masa itu aku bertawakkal, kalo sekiranya terjadi apa-apa padaku misalannya di sergah penyangak di tengah jalan, aku kan lari masuk ke dalam area perumahan Rahim Kajai melalui road divider yang hanya boleh dilangkah ... mudah, kadang-kadang hanya dipisahkan oleh rumpun pokok bunga buat pemisah.
Tapi kini, seandainya ada wanita-wanita Indonesia dari daerah Kerinchi dan Minang yang mencuba nasib bekerja sebagai pembantu kedai mahupun tukang-tukang cuci yang dikenali sebagai 'janitor' dalam bahasa Inggerisnya... jika mereka di'sergah' (bahasa Inggeris : ambushed) maka hendaklah masing-masing menetapkan dirinya serta jiwa sepanjang menempuhi jalan di persempadanan ini:
“ KEPADA TUHAN KITA SERAHKAN DIRI, DIA-LAH TEMPAT KITA MEMINTA TOLONG SERTA MEMOHON RAHMAT DAN HIDAYAH”.
Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate. |
Okay? Justeru aku kan teruskan menaip.
Alang-alang mandi biar basah
Mmm... fasal photo di atas. Nampak anak panah sebelah kiri gambar?
Di sinilah selalu berlakunya 'traffic jam'. Kereta model kancil pun susah nak 'ambil lap' budget nak 'kornar'. Sana sini papan tanda no entry. Kalo macam ni, lain kali lupakan sahaja hal-hal kemashalatan ummat.
Pada hari Juma'at, malam Sabtu... kesabaran yang jitu diperlukan... keazaman yang padu disematkan... sekiranya anda mahu juga menempuhi laluan ini. Nampak sahaja tempat sudur kecil, terpencil. Tapi jam nya buat anda kena tunggu setengah jam untuk melolosinya.
Sebab apa?
Ramainya manusia berpeleseran (Inggeris disebut hang-out) di malam minggu...
Buat apa?
MENUANG. MENOGOK & MENONGGANG khamar... parti, pesta di Pub & Barrel House
yang berderetan sepanjang shop house di kedua-dua block kedai ini.
Kenapa tak disimenkan sama-sekali lorong yang ini . Plaster dengan concrete rapat-rapat senang bukan, kalian semua pasti boleh tidur nyenyak di atas Tilam Vono Spring yang punyai ketebalan 1.5 kaki sambil meluruskan tulang belakang di malam hari tanpa was-was, bimbang dan gusar.
Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate. |
Owh aku lupa... ini barangkali bukan urusan aku.
Mungkin ini urusan bibik-bibik cleaner yang bertatih berjalan mendaki dari depan Sekolah Tahfiz dalam kecerunan 25 darjah naik bukit dalam hawa pagi pukul 6.30am. .. pulang pula di senjakala 6.45pm - 8.00pm.
Mungkin juga ini urusan para tukang pecah rumah yang mengintai-intai peluang nak menabrak rumah para hartawan dengan kemasan luaran yang menggoda, (itu baru tengok luar rumah, betapa sudah dapat membayangkan kemewahan syurga dunia di dalam rumah... huhuhu...)
Mmm... kepada para penghuni Condominium mewah pula...
Syukur atau kufur dengan sajian village-view anda?
Buka tingkap nampak kubur... Adakah anda diterpa angin malam berbau resah?
Adakah menyusutkan nilai hartanah anda? Atau buat anda rasa tinggi dari rata-rata rakyat marhaen nun jauh di bawah sana.... setiap hari penduduk kampung melangut mendongak memandang anda tak kiralah tatkala semasa mereka sedang menyidai kain di ampaian, atau semasa memasukkan kunci motorsikal ke dalam lubang kunci.
.
Saturday, June 9, 2012
"Karena Hodoh Tiada Sa-Perti"
Seminggu lepas aku menerima tugasan mem-proof-readingkah naskah bakal terbit
(compilation 12 pages Gurindam XXX., 65 pages citer pasal tokoh Perang Sabil Acheh, 70 pages Gurindam Perang Acheh , 50 pages Sorotan Sejarah Acheh and last 70 pages Syair 99)
Itu belum campur kena propose 4-5 design book cover artwork nya
Itu belum kira re-branding pakai tajuk baru yang lebih 'Ummmppphhh...!'
First time aku buat kerja macam ni seumur hidupku. Aku tak pernah berkecimpung dalam kerja-kerja berkenaan buku neyh. Aku tau baca buku yang dah siap dicetak. Aku tau beli jah atau pun satu-satunya yang aku suka publish blog entry sahaja kat virtual world... mudah.
Hahahha... kalo suruh aku design-design fabric, langsir, cushion, tuala mandi tu aku expertlah.... aku siap boleh tetapkan concept by year quarterly my art policies and direction.
Bidang memproses buku ni bukan bidang aku. Anddd... definitely I have to put my heart on it. Aku tak mahu wat kerja cincai alai-balai. Tu bukan jenis aku.
Hahahha... kalo suruh aku design-design fabric, langsir, cushion, tuala mandi tu aku expertlah.... aku siap boleh tetapkan concept by year quarterly my art policies and direction.
Bidang memproses buku ni bukan bidang aku. Anddd... definitely I have to put my heart on it. Aku tak mahu wat kerja cincai alai-balai. Tu bukan jenis aku.
Bermula dari malam semalam, baru aku merasa 'ruh'nya
Dari kul 9.00 malam Jumaat membawa ke 4.16 pagi Sabtu, hampir 7 jam
aku mengerjakan 70 pages edit Syair 99... setting lay-out, graphic, proof-reading... abis.
Pagi tadi seawal jam 7.30 pagi aku continue editting jap.
Lepas tu aku set-up balik lay-out, re-arrange serba-serbi, create graphic ala-ala Victorian Baroque design juga concept classic vector. Sambil duk edit kisah Syair Perang Sabil aku sebak la... sungguh...
Ya Allah... aku terpana baca kisah Sahabat Rasulullah neyh...
dalam fasal Sa'id Salami
Nak dapatkan 'feel' tu aku kena baca satu-satu ayat dan kalimah... fikir dan serapkan ke hati. Baru aku boleh zahirkan pada karya seniku sebagai graphic artist & lay-out designer. Time baca pengkisahan Sa'id Salami r.a. ini lah aku paling tak boleh tahan-tahan lagi air mata. Laju jer mengalir tanpa boleh diempang-empang. Ya Allah... sedih yahamat.
berkatalah
Sa’id merendah diri
“lamalah
aku merindukan isteri
kerana hodoh tiada seperti,
tidak
seorang juapun sudi”.
Ya Allah... sesungguhnya hati aku begitu lembut. heart-touching sungguh lah citer neyh.
Maka aku sampai tak leh nak continue kerja, aku pun tangkap leleh syahdu dari kul 12.00 tengahari membawa ke 3.30petang. Fefeeling yang fana' dengan citer neyh. Tak leh jadi kerja.
Aku segera menelefon bonda Zalimah, "Bonda, uols tengah wat pew tu? Boleh tak Redd Rohim nak sembang-sembang sebentar...?"
Aku rasa Bonda Zalimah pun naik rimas kut, nak cakap tak berbutir asik dengar sok-sek-sok-sek aku menangis hembus hingus jah.... "It's not easy Bonda... I really commit to do it at my best... tak boleh accomplish dalam 2 weeks time"
Friday, June 8, 2012
Vacancy: Nak Apply Jadi Highlander?
Huhuhu... nahhh...
ini do'a bagi sapa-sapa
yg pernah coba, mahu coba, sedang coba,
terus mencoba & gigih mencoba
terus mencoba & gigih mencoba
untuk menjadi highlander
Bismillah-ir ar-Rahman-ir ar-Rahiim...
"Allah-umma ij'al-na min-al awliya' ik-al- muqarrabiin
fa ja'al-na min-hum"
Wahai Allah, Jadikanlah kami dari golongan wali-wali
& golongan yang hampir kepada-Mu
& golongan yang hampir kepada-Mu
maka jadikanlah kami dari kalangan mereka
.
Tuesday, June 5, 2012
Sabil Prahara Di Bhumi Rencong (Atjeh)
last Saturday aku menerima satu misi dari The Another Faqir Mahagony Je'Taime Encore
task aku ialah menyiapkan design ... I mean... cover kulit buku mengenai Jihad Fisabilillah di Atjeh(tajuk buku di rahsiakan buat setakat ini) dalam 3-4 hari ni aku sibuk membuat homework tentang konsep tata-warna, motif & thema yg aku nak ketengahkan.
motiff: Raja Sabil, Bonda Raja Sabil, Peta Atjeh, Senjata Rencong
Juga motif Atjeh Shield & Bendera Perang Atjeh untuk aku gunakan di setiap introduction of chapter.
chantik bukan artwork buku yang telah sedia wujud ini?
aku kagumi... sangat vassss... very bold
Posted by
Aisya Redd Rohim
at
6/05/2012 11:13:00 PM
Labels:
Books - Reading Material,
Ntahhh.. Kerja Aku,
Nusantara
Sairus Saalikiin ... Sa-Buah Titian Perjalanan
hendaklah kamu menjadi Rijal!
hmmm... jadilah Rijal dengan kaki berpijak di Bhumi,
namun cita-cita tergantung di langit nan tinggi
Part ii
Ya Allah
masukkanlah kehendakku
dalam kehendak-Mu
.
Monday, June 4, 2012
Sorok - (Muka-Muka Opera)
"when your heart's not hearing
what your brain is saying"
rahasia hati yang paling dalam
rahasia itu hanya Tuhan yg tahu
sirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
aku hanyalah melakonkan
di muka agak kebodoh-bodohan
lugu, polos... ya lagi naif
biarkan sahaja
relakan sahaja
serahkan sahaja
tahan sahaja
aku yang diam tak semestinya bisu
aku angguk tak semestinya mengia
aku senyum tak semestinya rela
hikmah itu tersembunyi
...karena, mereka tidak mengerti
selami, kan temui
sisipan di celah taman karangan
to the one who's following and watching:
"always remember! it takes character to keep you 'there'"
.
Subscribe to:
Posts (Atom)