Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Thursday, November 29, 2012

amazingly dapat ceduk air


Betapa menakjubkan. 
Aku dapat mengambil gayung. 
Aku dapat menyiduk air
By My Friend: Syaefudin Simon


Tuesday, November 27, 2012

” ANAK YATIM DALAM TUBUH ”


26.11.12 ISNIN.
SEMALAM HUJAN TURUN LEBAT TIP TAP TIP TAP...
POHON KESIDANG YANG MENUTUPI PERGOLA 
TIRIS AIR HUJAN MENIMPA KEPALA.


------------------------------
... sering terlupakan atau segaja buat-buat melupakan 
” ANAK YATIM DALAM TUBUH ” 
------------------------------
iaitu Ruh sendiri, sholat yang masih di jalankan oleh fikiran/perasaan/pola pikir..
dan di teruskan oleh gerak tubuh kurang mendapatkan effect yang maksimum untuk keperluan Ruh barangkali, karena yang bekerja ialah otak/fikiran, 
mmm ... mungkin aku kena cuba “sapa” ” beri makan” dan “Kenali” ruh yang terlantar di dalam jiwa ...
------------------------------
hmmm... apa harus aku bermula dengan sholat ber-pola mendekati ruh ?, 
hilangkan segala macam fikiran di otak/persepsi ?, 
------------------------------
sebelum sholat mohon to Allah, agar di dekatkan dengan ruh, biar ruh yang sholat dan menggerakan anggota tubuh, jika di lakukan demikian apa mungkin tubuh seperti selembar kertas.. terasa ringan... ?
------------------------------
aku teringat sholatnya Baginda Nabi Muhammad waktu sujud atau duduk di antara dua sujud itu bacaannya lama... panjang, sampai tidak terasa kaki Baginda bengkak-bengkak.. apa itukah yang dikatakan bahwa sholatnya menggunakan ruhnya, sampai tubuhnya tidak terasa sakit akibat bengkak-bengkak, kerana yang merasakan sakit tadi adalah fikiran... otak yang meneruskan perintahnya ke tubuh…
------------------------------
maka jika sholat sudah khusyu’ kerana ruh yang menjalankan, dengan pertolongan Allah mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar…
------------------------------
hmmm... bacalah Al-Quran dan dirikanlah sholat yang khusyu’ ... mudah-mudahan menjawab permasalahan -permasalahan, kerana apapun permasalahan diri jalan keluarnya AL-QURAN… 
------------------------------
media kita dalam mendekatkan diri/bercakap-cakap/mengadu kepada ALLAH adalah AL-QURAN serta SHOLAT……Tujuan Hidup Kita Adalah Kenal Diri dalam rangka untuk mengenal ALLAH.
-----------------------------
27.11.12 SELASA
MATAHARI SEPERTI BIASA, NORMAL TERBITNYA DARI TIMUR. MASIH.
POHON KESIDANG YANG MENUTUPI PERGOLA ELOK BAU DIA MALAM AJA ADA.

.

Monday, November 26, 2012

kasut sekolah yg perlu direndam (direbus?)


Membeli kasut sekolah anak-anak. 
Terhimbau kembali ke sekolah.
kasut sekolah yg perlu direndam (direbus?)
diberus, dikapur, kalo tak kering sangkut belakang peti ais.





ke.la.bu. nolstalg
ik persis kasut zaman persekolahanku 
yang senantiasa kanvas nya terpalit selut tanah lanar bendang 
akibat melalui short-cut denai kampung 
ekoran tiada ber-ongkos mau pulang naik bas
ke.la.bu. is soooo me. Sentimental punya value
-------------------------------------------------------
My mantel ash grey shoes, 
both from my favourite footgear brands.
Grey is my forever favorite monochrome color.
It is neither black nor white. Versatile one.

.

[t.e.p.u.k.d.a.d.a. t.a.n.y.a. s.e.l.e.r.a]


terima kasih kerana telah berjaya melastik diriku!
aku telah jenuh tapi masih tetap optimistic

.


Sunday, November 18, 2012

Dengan Lembut Sabarnya [Tangkap Lepas Sang Tikus]


Kau di-lepas-kan hari ini .
Dan kau harus sendiri .
Untuk waktu yang tak terbayangkan .
Biar apa pun tikus . 
Selamat menempuhi jalanan barumu.
.

Saturday, November 17, 2012

Tikus, Darah & Chenta



PROLOGUE: 03.11.2012




... baru beli perangkap tikus tadi ni... tawar-tawar dapat RM8.80... serba salah di buatnya.. mau menjerat tikus, kalo mak tikus yg masuk jerat... manalah tahu dia ada anak... apalah nasib anak-anak tikus yg masih dlm hari lagi yaaa... zalimkah aku?







BALAS DENDAM: 16.11.2012


Seekor tikus [tak dapat detect jantina dia] telah marah.
Aku telah menangkap seekor kawannya pada minggu lepas & ku lepas di pinggir tong sampah (aku tak buang bayi kayyy…)


Aku telah menangkap lagi sepasang couple tikus…. & ku lepas kat are
a umah orang kenduri kahwin pada hari Deepavali… waktu senjakala.

So, pada hari Ma’al Hijrah. Semasa aku sedang enak ketiduran.
Jariku telah di ‘gerik’. Dalam keterkejutan… termangu-mangu apakah toyol atau tetikus?
Maka aku membuat rumusan ianya tikus yang datang mem-protes.

Pergi klinik menerima suntikan cegah kuman.
La Hawla Wa La Quwwata illa Billah-i 'Aliy-ul 'Adzhiim

Friday, November 9, 2012

Mentajallikan mini-hutan dalam reading corner.

Salam buat sahabat-sahabat semua...
pada kita dan saat ini saya tidak lagi giat melakukan posting-posting yang panjang lebar sepertinya yang dahulu. adapun begitu rindu dan sayang apda blog ini membuatkan saya terus menerus memaparkan gambaran dan cetusan ringkas sebagai buah tangan di kala senggang.



I read this in a few days ago, inspired by IKEA 2013 yearly catalogue.
Now on, macamanalah aku nak tajallikan this idea ke dalam challet buruk ku?



Salam waktu Dhuha wahai beloved potted plants!
Today morning task... :Mentajallikan mini-hutan dalam reading corner.





After a while.. I think I should apply this DIY planter hanger made from
used t-shirt fabric.

Very nice, macrame technique... recycling.

Friday, October 26, 2012

Dia dalang dan AKU boneka




09.10am @ One Utama , 4km from Sg. Penchala (25.10.2012)
Aku beli ni kat Ground Floor Jusco. Dia dalang dan AKU boneka. Gerak AKU digerakkan olehNya.

Hidup AKU limpahan hidupNya. AKU berdaya limpahan dayaNya. Berkuasanya dan berupayanya AKU adalah limpahan kuasa dan upayaNya. Aku berkehendak dan Diapun berkehendak. Kehendak AKU tertakluk kepada kehendakNya.

Hmmm... mengigit donut... nak menelan dengan sejuta kepayahan. Membayangkan sel-sel, tisu-tisu & otot-otot apa yg bergelar organ tekak & tenggorok (sebahagian dari saluran esofagus) diberikan daya juga kekuatan untuk menerima cebisan donut... membuatkan ku tersekat-sekat.

Kerdilnya aku...
Dari ALLAH aku datang, dan kepada ALLAH lah aku kembali. sesuai dgn LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH-I ‘ALIYUL ADZHIM  tiada daya upayaku melainkan daya upaya engkau Ya ALLAH ...


.

Pengkalan . Lautan . Pelabuhan





22.10.2012  Monday   8.42pm  The Curve Mutiara Damansara
The softer side of life. Where i hanging-out in the in food  boulevard. Eye-ing on passerby.

What’s bring life to a jasad? Supprisingly, everybody is walking briskly in the streets.... who? .... Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un itulah pengkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari dan pelabuhan tempat berhenti.

Lepas minum gourmet coffee dua tiga teguk,
ini perkara lain pula nya yg aku terfikir:

[Al-An’aam : 122] Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.

.

Saturday, October 20, 2012

mencari Haa Daal Yaa dan Haa Mimm Daal



aku mencari sebuah maqam, titik hentinya denyut nadiku. kalo aku mati, semoga aku mati dalam maqam tersebut. huuuuu... mungkin jauh lagi.... tak apalah... apa salahnya ber'ambisi'. 
-------
Maqam Mahmuda - Tempat Hamba-Hamba Yg Terpuji
aku mendengar do'a selepas azan. ya! mahu berhijrah...[?]
lalu aku membuka surah Al-Hijr mencari Haa Daal Yaa dan Haa Mimm Daal

.
.

Teh Hijau Heaven & Earth + Max The Hedgehog




* ...haaa... aku dah tukar gambar original 
baharu jew lepas upload from my laptop 17.11.12 @9.53pm...*

Aku meneguk buat sekian kalinya teh hijau Heaven & Earth a product of The Coco-Cola Company yg mungkin mengandungi endapan disebabkan oleh bahan teh semulajadi (dari apa yg aku baca dari label maklumat pemakanan).



Max, boyfriend yg ku sewa dgn kadar sejam USD __ (tiada jumlah yg berani diletak sebab Max bukan gigolo) dr sahabat project Tesco Back To School ku Siow Mee Liau pada apa yg berjasad serupa si landak coklat bersumbatkan dzat polyester fibre , matanya memandang aku tanpa perlu terkebil-kebil. Pegun.




Aku suka menatap wajah comel Max. Aku suka panggil dia Buah Durian. Ini mencetuskan kemarahan kawan-kawanku. Dasar Porcupine.



Mati rasa. Max diam tak kata apa-apa. Max puasa mulut, puasa telinga barangkali, puasa mata barangkali, puasa kemaluan barangkali. Aku menjengilkan mata bulat-bulat ke arah Max. Mata Max masih tetap begitu, tenang & comel. Berhala kau Max! Jadi tempat syaitan bergayut sana sini.
.
.



Ma'arifat Kacang Tanah Mengelembu 19.10.12


       Joo Lim Tenh dgn kadar 0.5hasta/saat melangkah teratur ke merchandise centre demi mengelolakan Chinese New Year Event Final sign off oleh COE Asia Region berbangsa Korea… biar aku letak namanya sebagai Encik SYJ.




       Aku duduk tekun menaip di meja, sambil mengelola rakan-rakan sekerja sekitar radius 17 hasta dari kerusi officeku. Mata kanan ku, eyh mata kiriku pun sama …eyh mata batin ku mana cicir? Pineal Gland macamana plaks… turut sertakah?... Sambung balik… Mana tadi mata kanan & kiri ku menyapu bungkusan luar Kacang Mengelembu Cap Tangan Ngan Yin. Wahhhh begitu mengujakan. Seakan tahu , seakan macam-macam tahu aja isi kacang yg lemak masin manis semua cukup kat dalam tu macamana feel dia. Ini kah yang dikatakan oleh kebanyakan org kat review di blog-blog makanan sebagai ma’arifat?


       Aku ingat macam-macam. Ingat Chacho’s (are irresistibly light & crispy, unlike ordinary tortilla corn chips), aku ingat Lipton Infusion Camomile Tea, aku ingat Sunview Certified Organically Grown Jumbo Size Red Seedless Raisins, bahkan ingatan aku melayang pada kari kambing pada sepinggan nasi putih kat kedai mamak Q-Bistro kat ground floor tu haaa… Astaghfirullah-alAdzhim… Aku sudah jatuh junub.
.
.

Tuesday, October 16, 2012

“Pokok? Kau tengah Solat Da’im kah?”




15.10.12. Senin.
---------------
Pukul 12.01pm tengahari. Ummat manusia kolar biru, kolar putih, kolar indigo, kolar emas kancing suasa berbondong2 bertebaran keluar. Berpusu-pusu menerpa express check-out gate. Touch & go staff identity card ala-ala kat KLIA Airport boarding gate.
Kolar baju aku tetap kolar bulat 365days. Begitu-begitu.
---------------

Aku duduk atas kerusi buat pusing-pusing sambil angkat kaki tak cecah lantai. Skirt ala Belladonna aku angkat elok2 takut tersangkut pada roda caster. Saya putarrrr…..Ilham besar ! Ilham besar ! lham besar !
---------------
Stop jap. Membelek-belek tumbuhan separa akuatik. Chantik. Lentik. Sulur pautnya , akarnya beralun dlm air jernih.
---------------
Tertanya-tanya “Pokok? Kau tengah Solat Da’im kah?”
---------------
Pokok diam, Kew aku yg kena hijab telinga . hijab perasaaan. Hijab deria. Tak dengar apa-apa. Tak kasyaf laaa…
---------------
Aku pasang-pasang telinga, sayup-sayup dari department sebelah. Mengambil masa 22minit . Memperbahaskan SamSing S2 maSing-maSing. Plan apa yang dilanggan. Mengambil masa 21 minit baru balik dr honey madu bulan moon di Genting last penghulu sagala hari, Yaumul Sabbath & Hari Mentari,
---------------
Next… makan masa 11 minit plus-plus-plus membahaskan methodology memasak ayam muda berusia kurang dari 5 bulan secara saksama tanpa kulit.
---------------
Masuk water closet (nama sopan bagi bilik kakus).
Sekadar mahu mencari ketenangan di sana. Sendiri & terasing.
Tiba-tiba suara wanita nyaring menerjah cuping telingaku.



“Daging ayam tu you perap pakai Wostercheshire Sauce, lepas tu you bungkus dalam Vietnam rice paper, you steam… 20 minit…iyyyyyy my son sukerrrrrr….”



17 minit lagi masa yg di ambil untuk menggulung hujah perbahasan masak ayam yg diternak secara komersial di datangkan khas ‘segar’dr ladang. Hmmm utk kasi anak makan utk membesar. Masak dengan renchah kaseh sayang seorang ibu.
---------------
12+11minit+17minit’total = 50 minit membentangkan, membahaskan & menggulung perkara sekitar penglibatan ayam cucuk hormone buang kulit dlm masakan.
----------------
Apa lagi nim? Aku tataw nak klasifikasi under kategori mana samada nak taruk bawah category :
1. enthusiastic kaseh sa-org ibu, dilimpahkan rahmat ke dalam hati para ibu dgn kasih sayang yg melimpah ruah
2. tak adakah perkara2 lain yg lebih bermakna utk diambil kira , nak dipedulikan? Sehingga kita jadi tak kisah dah….


.
.

Friday, October 5, 2012

BERKATA HAMBA, MAKA ITULAH TUHAN


BIARLAH TENGGELAM DLM KEBINGUNGAN- ITU ADALAH URUSAN SENDIRI:
HAMBA ADALAH TUHAN, TUHAN ADALAH HAMBA;
BETAPA SYI'RI , SIAPAKAH DIBEBANI?
-------------------------------------------------------
KALO ANDA BERKATA HAMBA, MAKA ITULAH TUHAN;
ATAU ANDA TUHAN, BETAPAKAH IA DIBEBANI?



Saturday, July 7, 2012

tiup titik titis ... apakan daya




aku hanyalah setitik yang terabaikan oleh mata,
tertiup dan terhempas tidak berdaya ...




.

rasa darah .. what's your flavour?



aku akan membiarkan saja, rasaku itu ...
mati dan meng-enap larut bersama aliran darahku


.

Sunday, July 1, 2012

kopi dan yiiihaaaaa ... lantas serupa apa?




sore ini . secangkir kopi terasa begitu bahagia
serupa bunga bersemi di langit yang temaram
meski di jalanan bising berkejaran
tapi melodi hatimu menyegarkan harapan


............. yiiihaaaaa...



.

Saturday, June 30, 2012

(Don't) Look Back In Vain




ketika jiwaku masih ada pada waktu
seperti dalam genggamku
segala masa seperti dalam kehidupanku
dan jika memang masa lalu yang pernah kulalui
mungkin membekas di sini adalah seperti noda
semacam luka
semacam cela
.
.


Friday, June 29, 2012

The Call


i am always prepared no matter where i am required in this world
answer the Call which waits for 1400 years!
where is 'The Hope' which will put an end to 'tyranny' and 'oppression'? 
where is he who shall not rest until he answers 'the cries of help' when called upon?

.




Wednesday, June 27, 2012

Wahai Kalbuku Naiklah Tinggi-Tinggi...





tapi aku tidak peduli
lari terus berlari
menyatakan aku tetap aku


dengan aman
senyumlah sepuasnya
jauh berbeza
bagai yang dirasakan
rasa yang di sini

Dunia Batin Ku





tak terasa nak pulang petang . sekarang .
redd rohim sedang berbaring di atas open roof top aras sa-puluh
kaki bersilang
baring di bawah mentari petang
pejam mata . celik mata . pincingkan mata


aduhai kekasih . aduhai .


berbaring di dalam kolek hanyut ke muara
teroleng -oleng pasrah bagaikan musa masa bayi dalam kotak dihanyutkan dalam nil
redd rohim duduk diam-diam.


kosong . kosong . kosong .
diam . diam . diam .
alam saghir -ku, dunia batin - ku



.

Monday, June 25, 2012

Hati Sanubari




biarlah saya menyebut apa yang terasa
kemudian tuan bebas memberi saya nama
dengan apa yg tuan sukai
saya adalah pemberi maaf
dan perangai saya adalah mudah, tidak sulit
cuma rasa hati sanubari itu
tidaklah dapat saya menjualnya
katakanlah padaku. demi tuhan
adakah rasa hati sanubari itu bisa dijual?


.

Saturday, June 23, 2012

malas



9.32 malam . esok ahad beb. tak ada nyer aku nak adakan acara ronggeng.
jadi pengetuk key-board lagi baik... leh gak aku wat laporan apa-apa yang patut dari lokasi kejadian.


aku memetik-metik permukaan japanese table ku. 
melaraskan irama lepas aku balik dari kubur kul 3.30 petang tadi.


lepas aku cakap-cakap dengan Sime Tyre... aku tak punya Kamalul Yaqeen.
kang tayar Sime Tyre meletup kat South Klang Valley Expressway kang... bahawasanya aku sudah lupa aku dah tak der sesapa kat Kelang punya lembah neyh sekarang.




so aku auto-lencong lah ke Perkuburan Islam Bukit Kiara. 
pertama kali aku jejak kali selepas hampir 15 tahun bermaustatin di area neyh.
ntah kubur siapa aku ziarah aku pun tak tahu. ntah kubur sapa aku singgah aku tak ambil tahu.
yang aku tahu aku nangis beriya bagai kat bawah perdu pokok tadi siang nya sebab aku fikir kalo aku mati sok-sok hari, ada tak strangers tetiba tercongok nak mai baca sadaqah tahlil 70,000 horse power kat kubur aku tu. 



bila kupejamkan mata . segalanya menghampiri . ke layar rasa semalam . termanggu sejenak
malasnya kumelangkah ke sana . mencari sempadan kehidupan . yang selalu hilang sebelumnya
di sebalik satu kenyataan .
sesungguhnya malas itu indah . tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa . dalam berusaha mencari sesuatu


kekurangan di sini . sudah cukup buatku . apa yang ku genggam itulah harapan .
kelebihan yang datang . adalah kesyukuran . selagi dapat menyedut ketenangan.
sehingga terasa di jiwa . nikmatnya.




Hurmmm...  lepas aku baring atas rumput carpet di tepi sebuah pusara , bawah naungan pephon kemboja di sana. aku mendapat inspirasi... huhuhu... cool lagi gila, beb... tapi aku rasa damai & tenang luar-biasa diraih dari sana. sejuk hati aku.




yelah, tengahari tadi aku memakai gamis serba serbi putih, kain kekotak, tudung pokla dot.


aku pun melagukan ikut sedap mulut aku sahaja sambil berjalan pulang di bawah teduhan pepohon kemboja... gugur bunganya mewangi ...




Selagi air ke hilir, selama gagak berbulu hitam... 
berani dikerat, tahan dikepat
nafas tersentak tidak disayang-sayang
umur sejemput tidak ditimang-timang




cheeewahhh...! amacam? cocok tak?






owh ya, lupa aku nak mention, ketika aku menapak pulang antara celahan kubur tengahari tadi.  mata aku terbuntang. aku nampak ada satu kubur mendap... dahsyat gila lekuk dia... tanah kubur runtuh ke bawah... mendap trus habis... lubang kubur nampak dari atas tembus sampai lahad masa aku jengah rapat-rapat tu ... iyyy... aku menaip neyh sambil meremang bulu roma toleh belakang 2-3 kali neyh... huhuhu...




.

Khabar & Khayal



apa mereka mengira-ngira aku sedang girang keriangan, berselang-lenang sampai lupa pada semua?
di lubuk hati yang paling dalam. yang terbit dari dalam . rahasia hatiku . perlukah aku buat press conference?

aku tak pernah lupa . aku tak pernah leka . malah bersangatan rasa . .

sesak nyawa dalam jiwa ; bila roti kering
dihimpit rasa lapar dan dahaga ; sajian susu ikan merah

kau hilang pertimbangan untuk pastikan . apakah kau sedar atau dilamun khayal


.


Terindah





kata janji bukan ukuran . hanya sejati di dalam diri . 
karya indah sang pencipta. lalu di pinak-pinakkan di dalam jiwa...

.

Empangan Hatiku Pecah



membuang segala ananiyyah
aduhai. aduhai. aduhai.
tiada apa.apa  tiada apa.apa  tiada apa.apa 


9.01 minit pagi sabtu
laju ia mengalir
aku tenggelam...


kesabaran itu adalah satu sifat  & tindakan yang sigap, cermat, accurate, efficient. tidak bergerak sepincing zarrah juapun melainkan atas izin allah.


9.09 minit pagi sabtu
bila aku mula hidup di atas dunia ini?
aku resah mencari dengan aqal
dengan bersama sifat-sifat pinjaman
dah cukup untuk manusia biasa berfikir kenapa?




.

Meniti Bara , Apa Akan Datang Hari?



buatku terasa sepi kala ku pejamkan mata... buat ku terasa sedih kala ku bukakan mata...
ketika aku membuka penutup air mineral 5.5 liter, air mata ku jatuh bersama.
ketika aku menutup suis kipas denyut jantung ku terhenti seketika.


hatiku adalah wadah itu. perasaanku adalah tempat itu. qalbuku tempat aku menampung segalanya.
hatiku laksana sebuah telaga yang mampu merendam segala kepahitan, 
aku kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk masa yang lain yang bila-bila datang membawa keresahan jiwa.
.