Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Tuesday, October 16, 2012

“Pokok? Kau tengah Solat Da’im kah?”




15.10.12. Senin.
---------------
Pukul 12.01pm tengahari. Ummat manusia kolar biru, kolar putih, kolar indigo, kolar emas kancing suasa berbondong2 bertebaran keluar. Berpusu-pusu menerpa express check-out gate. Touch & go staff identity card ala-ala kat KLIA Airport boarding gate.
Kolar baju aku tetap kolar bulat 365days. Begitu-begitu.
---------------

Aku duduk atas kerusi buat pusing-pusing sambil angkat kaki tak cecah lantai. Skirt ala Belladonna aku angkat elok2 takut tersangkut pada roda caster. Saya putarrrr…..Ilham besar ! Ilham besar ! lham besar !
---------------
Stop jap. Membelek-belek tumbuhan separa akuatik. Chantik. Lentik. Sulur pautnya , akarnya beralun dlm air jernih.
---------------
Tertanya-tanya “Pokok? Kau tengah Solat Da’im kah?”
---------------
Pokok diam, Kew aku yg kena hijab telinga . hijab perasaaan. Hijab deria. Tak dengar apa-apa. Tak kasyaf laaa…
---------------
Aku pasang-pasang telinga, sayup-sayup dari department sebelah. Mengambil masa 22minit . Memperbahaskan SamSing S2 maSing-maSing. Plan apa yang dilanggan. Mengambil masa 21 minit baru balik dr honey madu bulan moon di Genting last penghulu sagala hari, Yaumul Sabbath & Hari Mentari,
---------------
Next… makan masa 11 minit plus-plus-plus membahaskan methodology memasak ayam muda berusia kurang dari 5 bulan secara saksama tanpa kulit.
---------------
Masuk water closet (nama sopan bagi bilik kakus).
Sekadar mahu mencari ketenangan di sana. Sendiri & terasing.
Tiba-tiba suara wanita nyaring menerjah cuping telingaku.



“Daging ayam tu you perap pakai Wostercheshire Sauce, lepas tu you bungkus dalam Vietnam rice paper, you steam… 20 minit…iyyyyyy my son sukerrrrrr….”



17 minit lagi masa yg di ambil untuk menggulung hujah perbahasan masak ayam yg diternak secara komersial di datangkan khas ‘segar’dr ladang. Hmmm utk kasi anak makan utk membesar. Masak dengan renchah kaseh sayang seorang ibu.
---------------
12+11minit+17minit’total = 50 minit membentangkan, membahaskan & menggulung perkara sekitar penglibatan ayam cucuk hormone buang kulit dlm masakan.
----------------
Apa lagi nim? Aku tataw nak klasifikasi under kategori mana samada nak taruk bawah category :
1. enthusiastic kaseh sa-org ibu, dilimpahkan rahmat ke dalam hati para ibu dgn kasih sayang yg melimpah ruah
2. tak adakah perkara2 lain yg lebih bermakna utk diambil kira , nak dipedulikan? Sehingga kita jadi tak kisah dah….


.
.

No comments:

Post a Comment