Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, April 4, 2009

Wanita Ibarat Pokok Semalu

Aku mengikut mak mertua aku dan pak mertua aku
balik ke seberang sana Sungai Pahang. Kampung Kuala Mai.
Tanah warisan keluarga hanya beberapa puluh meter dari landasan keretapi.
Kebetulan Etan (panggilan bagi bapak saudara sulong) tengah membersihkan kolam ikan.


Banyak istilah & benda-benda yang aku tak tahu.
Contohnya; aku cakap bunga merah kat gambar bawah ni ialah bunga teratai.
Maka dikatanya itu bukan teratai, itu bunga telipuk. Species teratai, tapi berbeda.


Pak mertua aku sedang mencabut semalu darat,
nak tunjuk mai kat aku kasi compare dengan semalu air.
Nama lain : Kangkung puteri
Semalu darat = keman darat, semalu air = keman air.


Bersih kan kolam ikan talapia. Sebab kangkung puteri @ semalu air dah galak menguasai kolam.
Semak.
Aku mana tahu.
Mati-mati ku sangkakan yang kat dalam air tuh,
pokok semalu yang dari darat terbabas ke kolam tumbuhnya.

Rupa-rupanya dari dua dunia yang berbeda.
Semalu air mempunyai badan yang besar dan agak gemuk.
Kalau buat goreng atau masak lemak katanya memang sedap...



He,he,he.. aku ada buat screen saver gambor nih kat opis...
Member-member aku geleng kepala,
boleh pulak aku pakai macam nih masa nak kutip kangkung puteri.

Wanita Ibarat Pokok Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

2 comments:

  1. thanks for sharing pasal semalu tu..
    buat aku fikir

    ReplyDelete
  2. Salam... Saya dari cheras. Boleh saya beli semalu air?

    ReplyDelete